Wednesday, December 28, 2011

[ Alhamdulillah :) ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Wee.. Eh! Silap. Alhamdulillah..hehe

Baru lepas lunch. Awal gila lunch hari ni. Teeett..!! haha
Ah, ada aku kesah? Lapar weh. Semalam bertahan ngan bihun sup petang, kebab sekecik roti hotdog malam. Ah! Di mana kau semalam nasik..!! Setresss... Pagi ni, belum pukul 10 perut da nyanyi dongdang sayang. Pergh.. haha

Apa-apa pun, sangat berpuas hati. Sebab... hari ni makan semua home made. Sekali ngan buah-buah oren dalam peti ais tu pun ku rembat. Hmmm.... Puas hati. hohoho ~

Lepas gian nak makan sambal ikan. Walaupun tak sesedap umi masak, tapi bau tu ada la sama sikit. hehe. Agak-agak la, orang tak reti masak kan. First time try masak sambal ikan ni haa. Pedas woo... Tapi puas hati. Sangat. hahaha. Alhamdulillah menjadi jugak daripada jadi kes-kes ICU (hangit ka, apa ka). Untung laa ~ hahaha.

Tapi yang nyesal nya tu..... pijar tangan....... umi......... ades......... Boleh tak nak masak guna plastic glove ja pasni? Yang macam lam citer Korea tu. Diorang masak selalu guna tu. Hmm... Good idea. Tapi tu la kan. Sana Korea, senang la dapat. Sini Tanah Melayu, dah penah survey tapi tak penah jumpa. huhuhuhu. Untung laa ~ Orang Korea buat kimchi pun tak pijar tangan ~~

Dah, merepek ja keja kan. Petang ni plan ngan Cik Niza and Cik Bee nak pi kebun Bendahari UKM. Rambutan oh rambutan! hohohoho ~

Jom jom. Meeting memanggil manggil nama mu ceq oooiii....! Tok sah dok ghalit depan ni lagi ceq ooooiiii..!!
So, adios!





Orang tak reti masak yang tengah puas hati ~
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, December 25, 2011

[ Haram Tetap Haram Tapi . . . ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Sebelum mula apa yang nak mula sebenar-benarnya, nak sampaikan satu berita gumbira. My former school mate, Puan Fatin Izzati, selamat melahirkan baby first dia. Baru ja tadi tertengok gambar yang dia upload. Wah wah wah... The first baby among batch kitorg la. Wuuuuu ~


To Fatin, moga lebih ceria hidup kamu, and moga Allah pelihara keluargamu, ameen ~~

Okay. Back to the real point. Ni sebenarnya nak sembang-sembang about food. Saya suka makan dan makanan. hoho. Okay. Nak imbas kembali saat-saat praktikal kat JHEAIPP dulu, tiap-tiap hari ditemani soalan-soalan berkaitan status halal haram makanan. Fuh. Tak ku sangka, pegawai-pegawai kat sana memang jaga makan depa. Sikit. haha. Paham-paham la.

Orite. Bab makan ni, kalau bersembang ngan orang biasa, I mean orang yang bukan lam bidang agama, tentu macam-macam yang kita dapat feedbacknya. Paling banyak, negatif sebab bagi diorang berat. Nak makan pun susah, halal la, haram la, sumber la, tukang masak la, kilang yang buat la. Hmm....

Kadang-kadang, orang yang dalam bidang agama pun dua kali lima sepuluh gak. Serabut...serabut. huhu.

Hmm. Macam ni lah. Senang cerita, kita set our mind senang ja. Bagi yang nak taraf dia same with the others, gunapakai yang ni: Selagi ada cop halal dan diyakini halal, makanlah, minumlah.

Bagi yang nak suci sikit dari the others, use your sense. Apa yang kita makan, itu yang tentukan siapa kita, dan siapa zuriat kita, dan siapa generasi kita. Peace no war :)

Pernah jugak dilontarkan ayat ni bila cakap tentang halal haram:
"Dah semua kira nak haram, apa pun tak boleh makan kan?"

Isy isy isy isy Astaghfirullahal azim. Cuba relax dulu, fikir dulu diam-diam baru bercakap, kan hilang kontroversi.. 

Okay. Bagi insan-insan yang berpendapat cenggitu, meh sini meh. Baca ni dengan emosi yang terkawal meh. hehe. Camni... cuba kita renung balik. Apa yang sebenar-benarnya Allah tetapkan haram untuk kita...?

Sikit je. Babi dan keturunannya, haiwan yang memakan bangkai atau kotoran, haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat, haiwan yang hidup dua alam, daging keldai, dan haiwan yang bertaring.

Ce tengok ayat Quran ni:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ

Diharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih tidak dengan nama Allah, yang mati dicekik, mati dipukul, mati jatuh, mati berlaga, binatang yang telah dimakan binatang buas, kecuali yang dapat kamu sembelih,dan dilarang memakan binatang yang disembelih atas nama berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan (Qs. Al-Maidah : 3)

*Kalau nak tau lebih lanjut, rajin-rajin kan diri ye ;)

Okay. So... tak banyak pun yang haram kan? kan? Selagi tak ada was-was tu, silalah. Tapi for sure, zaman sekarang ni, semua kena berhati-hati. Kalau dah teringin sangat makan benda lain, yang sendiri pun tak confirm status tukang masak dia ka, tempat masak dia ka, barangan masak dia ka, apa salahnya cuba buat sendiri kat rumah? Bajet pun save jugak. Yang nak keluar duit pun, paling jauh nak dekat sama harga ngan beli kat restoran tu. Tak susah, bukak laptop, search recipe, then ce masak. Senang, kan? kan?

Selalunya, yang kita teringin ni, mesti makanan barat. And, makanan barat, bukanlah sesusah nak masak makanan Melayu ni haa. Teeettt..!! hohohoho 

Banyak yang Allah cuba nak ajar melalui situasi ni. Nampak tak, nampak tak..? huhu

1. Bahasa kasarnya, tok sah dok pulun nak hat haram ngan was-was, belambak lagi yang halal boleh masak, makan, minum dengan hati yang tenang, tak dak resah gelisah. Skill memasak ni, semua orang ada. Memang dah nature of human, tak kira gender, tak kira bangsa, tak kira umur. Yang selalu jadinya bila orang mula berkira gender, pangkat, bangsa, umur. Betul kan? Tak payah hurai, orang yang membaca selalu menilai ~

2. Allah nak didik kita berusaha sendiri. You nak rasa, you kena usaha. Tak perlu harap orang lain, setakat nak mintak tolong (dalam konteks ni sediakan bahan mentah. contohnya, orang tolong jual sayur, kita beli dan masak sendiri. Ada paham tak konsep ni? =D) tu boleh la. Apa guna hidup dalam masyarakat, komuniti tapi tiada tolong menolong kan? kan?

3. Allah nak didik kita kenali dan fahami budaya, cara hidup bangsa lain. Bila kita tengok shows makan-makan macam dalam Asian Food Channel (lam Astro) dan lain-lain, kita dapat kenal macam-macam cara masak, macam-macam hasil masakan dari macam-macam bangsa dan kaum. Padahal raw material dia sama dengan yang ada depan mata kita: minyak bijan, minyak zaitun, rempah kari, daun kunyit, ayam, daging, rusuk semua lah. Betul kan? So, bila kita tengok, kita akan cuba cari resipi tu, nak buat jugak. Dan dari situ, kita mula dapat kenal, "Oh, diorang guna benda haram ni, tak mustahil sebab budaya diorang cenggini cenggini." Dan kita akan dapat belajar budaya orang lain secara tak langsung. Nampak tak, nampak tak..? haa.. Belajar dari alam, itu perintah pertama dari Allah, ingat tak? Iqra' :)

Ada lagi pengajaran yang you all dapat..? Kongsi-kongsi kan lah ye. Penulisan ini sekadar lontaran idea penulis. Wallahu a'lam 







Lapa la pulak
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, December 24, 2011

[ Banjir dalam Rumah . . . Apekah..? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hahahaha okay. Jap. Aaaaaaahahahahaha. Okay. Adus. Parah.

Sebenar-benarnya, baru lepas menonton sorang-sorang lam rumah. Nonton satu movie Thailand yang copy dari Cik Niza yang dia copy dari Encik Hans. hoho.

Semangat nak nonton sebab masa diorang citer snippets citer ni, memang sangat best. Tapi memang cool, memang best citer ni. It's a little thing call love. huhu.

Okay. Yang best nya, bajet citer ni memang comedy la kan, sebab suasana movie ni kat sekolah, citer sal budak-budak sekolah. Memang keja gelak ja weh dari awal. haha. Tapi, tu la kan. Bila hati bicara. Selalu steady ja tapi bila tengok citer ni, banjir kilat weh! hahaha.

Mula banjir masa Nam (watak utama citer ni) cuba nak berbaik balik ngan kawan dia. Haa... dari situ sampai tamat citer ni memang senang ja nak banjir walaupun dah stop. Ye lah, banjir, stop, gelak-gelak, banjir balik. Gile lah. hahahaha.

Okay, fine. Dah nak maghrib. Jom jom, solat is the penting one. Tengok movie berpada-pada, tinggal solat jangan sekali. Jom ;)




You look the same, cute as usual. - Shone
Cleo 
~ Creating Ideas, Developing Words ~