Monday, December 16, 2013

[ Kasih & Sayang ... Untuk Kamu ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Long time no see, eh? Tak po lah. Pagi buta ni, tak dapat nak lelap sebab tadi dah puas lena, 10.30 malam baru bangun pi cari makan. Lapaq weeyyyy. hahaha

Today, this whole day, been to Bandaraya Kuala Lumpur menaiki kenderaan awam with my big sis, nak settle kan hal majlis dia. Adey, letih! Baru buat satu part. Fuuuhhh ~~

Yang nak jadi ceritanya bukan hal tu. Only one part of the whole story - BUT - makes a thought for whole day, or maybe the day after. Cleo cerita bukan atas niat lain-lain, tapi.. mungkin berguna untuk yang membaca, sebagai memperingati orang yang susah. It begins ...

Masa ni, kami dah setel semua benda. On the way balik, nak singgah Sogo dulu beli Chatime. Sebab tak tau mana Coolblog. hahaha. Masa keluar dari Kompleks Pertama, ternampak sorang pak cik berkopiah dan berjubah putih, duduk tepi kaki lima. Yang pelik, jubah tu memang putih bersih, serious. Makin mendekat, baru perasan ada anak perempuan dia duduk berdepan dengan dia (terlindung dengan pak cik). Makin dekat lagi, nampak nasi putih, yang baru dibuka dari bungkusan. Yup, semata-mata satu bungkusan penuh nasi putih. Tak dak secalit kuah or seketul lauk langsung.

We passed through them. Sebelum tu rancak bersembang, kami terdiam sepanjang melalui laluan tu. Cleo berpaling semula ke arah anak dan ayah tu. Nampak ayah dia kuis-kuis nasi, untuk suap ke anak dia. Sikit-sikit dia amek dari sebungkus nasi tu. Terus terdetik di hati, mungkin nasi sedang dicatu untuk makan malam. Sebak!

Terus Cleo pandang kakak, mungkin dia juga terasa apa yang Cleo rasa.
"Nak belikan lauk tak?"
Terus Cleo angguk laju-laju.

Kami patah balik sebab sebelum sampai tempat pak cik tu, kami lalu medan selera bangunan tu. Sebelah tu KFC. Terdetik, kalau bagi KFC macam okay jugak. Tapi... mungkin pak cik tu menjaga makanan dia, sebab sesetengah kawan Cleo sendiri ragu-ragu nak makan ayam KFC. So, tak jadi. Terus ke bahagian nasi campur. Tak tahu nak decide apa, choice pun tak banyak, kakak Cleo amek ikan dua ketul, Cleo amek ulam kacang kelisa dua biji kacang kelisa. Bungkus. Itu sahaja, dibayar dengan harga yang sangat tak patut. No wonder. Mungkin sebab tu pak cik tu beli nasi putih sahaja. Mungkin. Cleo tak tahu. Tapi bagi Cleo, that's an obvious reason to be.

"Air? Macam tak nampak air je tadi."
Cleo angguk lagi.
Sebungkus air, nasib baik bungkusan besar.

Lepas bayar, kami bergegas.
"Harap pak cik tu ada lagi kat situ."
Yup, masih di situ makan dengan anak perempuan dia.

Masa kami serahkan lauk tu, ada satu bungkusan yang mungkin juga baru diberi orang sebab tadi tak nampak pulak. Pak cik tu, tunduk ja. Terima kasih pun, tunduk ja. Cleo.. sebak! Anak pak cik tu, diam. Diam tak kata apa.

Sedang kita, sehari-hari membuang sisa makanan. Kadang tengok setengah pinggan dibuang. Curse you. Yang dah dapat makanan pun, depan rezeki komen tak nak kalah. Pengkritik hebat segala rencah rasa. Curse you. Yup, Cleo dari kecil dididik tak buang makanan, tak membazir. Cleo sakit telinga dengar orang komen depan makanan, dah habis makan baru komen boleh la nak tolerate sikit. Sebab tu Cleo tak minat tengok reality show yang ada barisan juri kritik masakan. Dan Cleo paling ralat kalau dapat kawan yang makan dengan Cleo, jenis makan tak habis. Yang dah tau makan sikit tapi amek jugak bertimbun macam Gunung Ledang pun ada, yang memang makan nak jugak tinggal selonggok nasi, lauk dalam pinggan. Tak faham! Cleo tak faham. Bagi yang dah kenal, tak ada masalah untuk Cleo tegur depan-depan, habiskan jugak. Ada certain moment tu memang Cleo guna paksaan (tapi bagi yang dah kenal rapat la), kadang-kadang guna jugak ayat dapat suami soleh tu (untuk tujuan berebut makan yang last, serious orang buat lawak, lawak jugak tapi agak berkesan jugak), and sometimes walaupun bukan yang Cleo suka, Cleo guna ayat sedih, kesian orang yang kena musibah (contoh mangsa banjir sekarang ni). Jangan membazir. Kesian orang lain tak dapat makan apa yang kita makan. Memang, kadang Cleo pun ada moment yang makan tak habis, tapi lepas tu memang sehari rasa menyesal. Sebab Cleo memang gini, bila lapar teringat balik yang dah terbuang tadi. Hmmm...

Entah lah, sejak-sejak lepas dari degree, Cleo dah semakin sensitif. Banyak yang Cleo lalui, dulu masih boleh tahan tapi sekarang... sebak! Air mata tu tak payah tunggu drama. Cukup dengan drama kehidupan tiap-tiap hari. Tu pun still kena jugak label hati kering.. tak po lah.. hati kita basah tapi tak menitik sampai menyusahkan orang lain dah cukup memadai, rite dear?  =)

My dear, wherever you are, whatever you do, ingat pesan ini, pesan untuk Cleo jugak.

Kalau mengingati orang tersayang tak mampu menginsafkan kita, ingatlah mereka yang masih memerlukan kasih sayang. Kalau kita rasa tak disayangi, berikanlah kasih sayang kita pada orang supaya orang lain merasai masih wujud kasih sayang dalam dunia dia. Sungguh, kasih sayang hanya pinjaman dari Allah buat kita, apa salahnya kita berkongsi sesama makhluk. The only thing yang tak naik harga and tak pernah hilang nilai is love.

Buat sang pemimpin, secara totalnya anda gagal. Buat sang penyokong, secara totalnya anda gagal. Buat sang pembangkang, secara totalnya anda gagal. Buat anak muda, secara totalnya kita juga gagal. Tak perlu Cleo huraikan, bagi yang masih ada kewarasan dan kematangan akal, Cleo yakin dalam konteks ni you understand it very clearly.

Sebagai individu, sejauh mana kita berkongsi dunia ni. Mungkin kita kalut kejar skrol ijazah, kita lupa orang yang masih hidup dalam dunia kita. Cleo pun gitu lah juga. Astaghfirullahalazim. Mungkin lepas ni, kita boleh cuba sikit-sikit. My dear, tak perlu susah-susah. Mulakan dari yang kecil, try untuk permudahkan urusan orang lain mungkin, atau juga memberi senyuman tika mendung di dunia bro or sis lain mungkin. At least it can be a cure untuk hati kita yang semakin mengeras, moga mengalir kasih sayang dari yang lain untuk kita jugak. Ameen.





Warna dunia
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Tuesday, November 12, 2013

[ Engineer's Wife... Will Be? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Sebelum mula bergosipan, jom sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk insan-insan yang telah meninggalkan kita.
Dua pelajar SPM, adik Nur Syazwani Arifin dan adik Norsuwana Safawa
and some more.

Kematian tak menunggu kita, selagi ada masa, rebutlah peluang menyayangi mereka di sekeliling kita. Selagi ada peluang, bergegaslah kita mencari bekalan untuk dibawa bersama. Allah.. Allah.. Allah... Siapalah kita yang dapat melawan kuasa-Nya. Kun fa yakun.
Andai selama ni saya ada salah silap to you, my dear, mohon dimaafkan..

* * *

Petang tadi, berkesempatan menaiki bas untuk balik kolej dengan one of my friends. Berkebetulan hari ni she will be staying at my place. Naik bas dari PTSL, bas tu nanti sampai ke Fakulti Undang-undang (FUU). Memang banyak masa ada untuk kami berbual. On the way back, bas berhenti di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Entah macam mana, topik perbualan kami terus melencong towards: Jodoh. haha. How I always tried not to talk about this. -.-"

"Zizah, awak tak pernah aim budak kejut ke?"
". . . . . . . ."
Tergamam. Dalam hati terdetik, soalan apa ni? haha!
Mungkin sebab muka yang ditayangkan clearly confused, so sahabat tu ubah ayat dia.
"Tak pernah ke nak cari budak kejut untuk jodoh awak?"
". . . . . . ."
Terdiam. haha! Serious la, soalan-soalan ni saya tak pakar nak jawab. kih3. Then, automatically terkeluar jawapan ringkas: Tak. (senyum)

Persoalan tu hanya timbul sebab kami melalui kawasan kejuruteraan tu, then dia yang memang dah kenal rapat dengan family saya kaitkan situasi tu. Based on her, disebabkan family members saya majoritinya memang major in engineering (walaupun tak sama), so I'm quite qualified to find someone dari bidang tu jugak. Why? Because dah faham hidup dengan engineers. haha. I lost my words, you know. Hanya mampu mendengar.

Then, she started telling me a story, of someone she met. An engineer's wife. Her life, I would say is the same as my parents' but tentulah tak serupa tu banyak. But overall, ada la. Sama tapi tak serupa. And then, I said to her: "Actually, pernah dulu tekad, I'm not gonna marry an engineer. haha. Because I've seen a life with one, spent 20 years of my life with one, and some years with a-will-be engineers. Well, I guess that'll be enough la kot." My dear, not just my little family, this includes my cousins, pakcik-pakcik, and makcik-makcik. Gosh. haha.

Memilih? haha. Tentulah bukan sebab tu. Tapi, kalau ada pilihan, yang lainlah. Tapi kalau dah itu yang terbaik, agama dia no problem, serasi dengan kita, tak dak masalah. Okay, stop. That's not the point. Please, please, please.. Dah tak tahu nak lari ke mana. Pusing kiri, kanan, depan, belakang, haaaiiizzz. Topik ni jugak terselit. -.-"

Bila bercakap tentang ni, teringat anganan saya sebentar lepas sesak tengok kertas yang tak berapa nak faham tadi. "Aku keshian, keshian aku," bak kata Azali, anak si pakcik Lepat tu. Yep, saya kesian. Kesian sangat pada golongan wanita sekarang. Maksud saya, lepas tiadanya zaman kegemilangan Islam. Dalam kertas yang saya baca tapi tak berapa nak faham tadi, ada satu ayat bercakap tentang status isteri-isteri Rasulullah SAW, yang selama-lamanya bergelar Ummul Mukminin. Dan teringat sebuah kisah yang mana seorang Muslimah telah menjadi sebab pembukaan kota Ammuriah (Turki) kerana diperlekeh dan diganggu seorang warga Rom. Kisah ni, was told by Ibn al-Athir dalam penulisan dia. All arabic so try cari jugak, terjumpa certain posts yang told the same story. Link ni, saja letak sebagai bukti yang penulisan Ibn al-Athir ni certified. And ada terjumpa entry ni tadi masa searching. Hanya kerana seorang wanita, beribu-ribu bala tentera turun membela sampaikan tentera Rom berundur. And it ended with khalifah Mu'tasim tu sendiri datang, ketuk pintu Muslimah tu and tanya mana orang yang buli dia, then ada yang kata orang tu pulak jadi hamba sahaya Muslimah tu.

Kesian. Aku keshian, keshian aku. Sebab aku juga seorang wanita. Terdetik kat hati: Susah jadi wanita zaman sekarang ni. And, terdetik jugak satu benda yang dari dulu, cukup menyakitkan tiap kali mendengar kata-kata orang tua-tua: "Susah nak jaga anak perempuan, lagi senang jaga kambing sekandang." Saya tak ada anak, tapi saya tak setuju jugak dengan kenyataan ni. Memang la susah, tapi kan anak perempuan tu ada ayah, ada abang, ada adik lelaki, ada saudara lelaki, ada ustaz, ada ulamak, ada guru lelaki, ada polis lelaki, ada guard lelaki, ada pemimpin negara yang jugak lelaki. Kalau lah semua lelaki-lelaki ni dijaga, dididik, diasuh dengan baik, saya pasti, mudah untuk menjaga anak perempuan tadi. Saya yakin dan pasti! My dear, saya tahu awak boleh link kan sendiri perkaitan ni, so saya malas nak panjang lebar.

Okay, back to the point. Kesian. Memang susah jadi wanita. Kesian, hari-hari kena bomb. Kalau tak pihak lelaki, pihak wanita sendiri bomb wanita. Bomb ni, I mean, salah satunya, bila sebut tentang aurat. Fuh. Pom pang pom pang, semua salahkan wanita. Pastu jap lagi ada jugak kaum yang tak puas hati, bomb balik aurat lelaki pulak. Kadang kita ni pun termasuk jugak golongan tu, sebab sakit hati sangat. Cakap kemain, yang tak ada adab tu lagilah. Bermacam kata makian dibaginya. Aduh. Kesian. Memang, tak salah pun cuba nak tegur, tazkirah segala benda tapi berpadalah. Kalau memang dah sampai tahap jahil murakkab tu, degil sampai guna axion pun tak lepaih, tak leh kata apalah. Doa ja lah bagi dapat hidayah. Tapi ni dah elok-elok kawan tu baru mula kenal nak tutup aurat, tak pun baru belajar pakai niqab, ada pulak yang bising itu tak kena, ini tak kena. Aduh, kesian. Tu tak masuk lagi persepsi masyarakat towards wanita ikut golongan masing-masing. Fuh. Nak habaq tang ni memang tak larat type lah. Kadang penat dah nak dengar. Kesian kat orang yang tak tahu apa, yang innocent, tetiba termasuk sekali golongan yang tak berapa nak sedap dengar. 

Aku keshian, wanita dah la lemah (entry ni mungkin ada hurai sikit lemah tu), pastu selalu pulak kena mentally torture. Keshian. Satu dunia arif dah, wanita lebih emosi dari akal. Dah banyak kajian tunjuk, saintifik pun ada, kajian psikologi pun ada, kajian agama pun ada. Bukan setakat tak dididik dengan baik, in fact kena jugak cucuk dengan media-media especially dari golongan orang bisnes ni. Keshian. Kami memang lemah dengan shopping, sales, semua ni. Datang pulak macam-macam fesyen, gaya, trend. Peh. Sedangkan orang lelaki pun dah mula bergaya lebih dari wanita. *sigh* Aku keshian, keshian aku.

And then, wanita sekarang memang tak dapat lari dari keluar rumah. We too go out to socialize. Kami keluar ke kampus, ke ofis, ke pejabat pos, ke market, ke stesen bas, ke lapangan terbang, ke negara asing, ke pasar malam, ke padang sasar, balik kampung, sapu laman rumah, tengok kebun, reban ayam, melancong, outstation, you name it. And not to forget, laman sosial kita ni haa. Kecuali ke kawasan larangan and only for males la kan. Tak dapat tidak, it is a normal life for us. Melainkan memang dari awal pagi sampai malam, dari Isnin sampai Ahad, yang setelkan hal-hal luar rumah orang lelaki. Wanita? Just duduk dalam rumah, and kalau nak menyembang, just give a call and gayut lama-lama, then kemas-kemas rumah, masak-masak, that's all. Naahh. Tak relevan dah kehidupan tu. Nak pulak dengan hal yang nonsense yang semua orang dah taw apa dah jadi dengan negaraku tercinta sekarang ni. Hmmm.

Serious, susah jadi wanita. Keselamatan tu dah memang tak terjamin. Dah tak ada orang yang macam Khalifah al-Mu'tasim and bala tentera dia. Dah tak ada orang yang macam Saidina Umar. Tiba-tiba, rasa sebak. Biarlah tak dapat rasai luasnya internet, biarlah tak dapat rasai asyiknya drama, biarlah tak dapat rasai canggihnya gajet. Kalau dapat tukar, teringin rasanya tukar dengan kehidupan zaman khalifah dulu. Untung wanita-wanita tu. Sangat-sangat beruntung sebab ramai yang datang untuk lindungi dia, semata-mata kerana dia bergelar seorang wanita Islam. Tu baru satu kisah yang dirakamkan dalam buku sejarah. Teringin rasanya nak dengar banyak lagi kisah dari wanita-wanita zaman tu. Tentulah lagi banyak keistimewaan bagi mereka. Lagi tinggi nilainya seorang wanita dari permata di zaman tu. Seperti sama nilainya sebuah negara. Allah.. Allah.. Allah... 

Mungkin entry dari Dr. MAZA ni boleh dikaitkan sikit. Wanita zaman tu pun keluar rumah atas urusan masing-masing. But then, masih dihormati dirinya sebagai wanita. Mungkin dari sudut ni, aurat tu boleh jadi salah satu sebab kenapa wanita tak dihormati zaman ni. Tapi, fikir balik, zaman Rasulullah SAW dan khalifah  dan selepasnya tak mungkin semua wanita tertutup auratnya dengan sempurna? Sebab ada juga golongan yang bukan orang Islam. Habis tu, takkan double standard pulak? Muslimah saja yang dihormati, wanita kafir buat tak reti? I don't think so. Satu benda yang sangat tak logik dek akal. Kalau macam tu, tell me why Rasulullah SAW berbudi dengan wanita kafir yang saban hari letakkan duri-duri, sampah, najis kat laluan Rasulullah SAW? Like I said earlier, segalanya bermula dengan seorang yang bergelar lelaki. Sejauh-jauh manapun tersasar seorang wanita tu, silapnya kalau tak jatuh pada zauj, akan jatuh pada ayahnya. Atau jua abang dan adik lelakinya. Atau jua saudara lelakinya. Atau secara totalnya, jatuh pada si pemimpin komuniti tersebut.

Satu lagi, ni out of topic sikit. Kematian yang terlalu banyak sejak kebelakangan ni. Seriously, rasa macam dah hidup dalam bandar Batman, Gotham City. Bila dengar berita about the death of pegawai JAIP tu, terus terbayang ni. Pengaruh media sangat kan? Tapi ni bukan media sangat dah, dah reality dah sekarang ni. Dulu boleh la, dalam tv ja kita tengok orang tembak-tembak suka hati. Sekarang, duduk dalam rumah pun tak tentu lagi selamatnya tu. Hmm ~~

Wallahu a'lam.. Sejauh mana kita, selama mana kita akan hidup macam ni, hanya Allah yang tahu. Kalau orang Barat tu, dah lama depa inginkan hero untuk selamatkan masyarakat depa. Sampaikan kita pulak yang mengagung-agungkan hero depa tanpa kita sedari. Tanya saja diri kita dan sahabat handai kita, satu-satu disebut dengan lancar: Thor, Loki, Hercules, Superman, Batman, Power Rangers, Sailor Moon, Wonder Woman, Black Widow, and so much more! Imagine that, my dear. Betapa depa sangat perlukan a hero untuk selamatkan kapal depa yang dah nak karam tu. Kita tanya balik, hero kita siapa? Yang bakal sebut Rasulullah SAW pun sekarang ni, mungkin dah tak banyak. Nabi Musa AS? He's a hero too. Nabi Sulaiman AS? Sahabat-sahabat Rasulullah SAW? Khalifah-khalifah like khalifah al-Mu'tasim tadi? Ulama-ulama yang sekarang sedang berusaha menegakkan Islam sebagai the only way untuk selamatkan ummah sekarang? Siapa mereka bagi kita? Kita dah ada lagi ramai hero dari orang Barat, tambah lagi dengan yang sedang berjihad selamatkan negara depa, yang dah memimpin dah pun, tiba-tiba dipenjara. Bukankah tu hero jugak yang sedang berjuang?

Ya, memang sebak and envy dengan wanita-wanita yang hidup zaman kegemilangan Islam dulu. Tapi bukan bermakna I can just abandon my life here. Hanya mampu berharap pada Allah, Dia yang Maha Berkuasa. Moga dapat berpeluang hidup at least, merasai a little bit macam depa pun cukup bersyukur.

Mohon, yang membaca, those who are reading this, let's recite our du'a for all women in the world, may Allah protect us. May Allah protect all of us. May Allah give each of us the chance to live in a life that women are no longer the slave of the world. Save us, ya Rabb. Save our sisters, ya Rahman (the Compassionate). Please, save our mothers, ya Rahim (the Most Merciful). Rasulullah SAW said majority in hell will be women, but ya Muhaimin (Giver of Protection), please protect us from naar. Ya Ghaffar (Most Forgiving), ya 'Aliim (the All Knowing), ya Fattaah (Remover of Difficulties), ya Mu'iz (Giver of Honour). Ameen.




I wish, and I pray
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, November 3, 2013

[ Sayang, Nape Poyo? ]

*naseb baek la blog ni memang for private use. so tak kesah lah yg baca nak rasa apa. yg penting kalo tak dak kaitan jgn terasa sgt okeh. tapi kalo terasa, amek iktibar, jangan buat kat org yg kita sayang*

peh peh PEEEEEHHHHHH

bengkek je dpt kawan yg poyo.. hahahaha! mungkin jugak disebabkan kitaran tido tak stabil, jadi a lil bit cranky.. semua serba tak kena, semua ada ja yg nak kena.. tapi.... hisy serious yg paling tak tahan, poyo btul.. awak lari dr sy ke? hohoooohoooooiiii kalo need a break cakap depan-depan der.. bukan main lari-lari, cilot cak pulak.. buat gitu lagi sakit ati bila nanti awak tetiba muncul blek, hoping to be like we used to be.. ceh.. kalo berdepan, tak de la org rasa terhina sangat weh.. at least org boleh la nak husnuzhan dr awal.. sebab tak mungkin laa org yg confront to tell what they need tu org yg negatif dgn kita ka, apa ka.. at least, itu pandangan peribadi sy la kan.. ni, haaa kan tak pasal, poyo kena kat hang.. ehh awak.. eeeehhh dia ni.. pok sekali, dr poyo payung jadinya kang.. haaaiiizzzzz

pape je lah awak.. org tegur, ramah tamah ngan awak pun jadi masalah, sekian lah.. dulu dah penah luah kat org lain, tapi memandangkan awak orang lain, jadi sy luah balik.. luah je, tak muntah.. sy tak perlukan org yg selalu negatif sama ada dgn sy atau sekeliling sy, sebab sy hanya selesa hidup dgn positivity or acts ke arah itu.. jadi, sekarang dsebabkan act awak, sy telah hidup negatively.. hmmm sooo, eh kalo setahun dua sy tak contact awak dah tu, paham-paham je lah ye.. tu basic je tu.. hihi

*cuba utk tak jadi BOB tapi rasa macam dah tergolong....kah?* ^_^v


- Cleo -

posted from Bloggeroid