Tuesday, September 30, 2014

[ Yang Dulu ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Aku.. lebih gemar bersama yang tiada apa-apa, tetapi kemudiannya berusaha untuk memiliki sesuatu..
Aku.. lebih selesa mengenali yang jahil, tetapi kemudiannya berusaha untuk mengetahui sesuatu..
Aku.. lebih gemar mengenali yang biasa-biasa sahaja, tetapi kemudiannya berusaha untuk menjadi sesuatu..
Aku.. lebih selesa bersama yang keras hati, tetapi kemudiannya berusaha untuk menghargai sesuatu..

Aku... lebih memilih yang menyakitiku, tetapi kemudiannya menyedarkanku dari fana..

Kerana mereka itulah yang benar-benar mengerti jalan hidupnya.. mereka itulah yang benar-benar memahami siapa dirinya.. dan mereka itulah.. yang menetapkan sendiri pengakhiran tanpa menyalahkan permulaan..

Kerana itu, aku tidak pernah bosan mendengar kisah-kisahmu.. walau kadang aku terlupa.. aku sedayanya tidak menghakimi dirimu.. aku sentiasa mengingati dirimu.. seorang yang mewarnai hidupku.. melihatkanmu, aku kenali indahnya dunia..

Tetapi maafkanku.. jika aku pergi darimu.. setelah dirimu berubah.. setelah dirimu berjaya.. setelah dirimu memiliki sesuatu.. kerana aku tak bisa mendampingi golongan bernama.. aku tak bisa mendampingi golongan bertakhta.. aku tak bisa mendampingi golongan berkuasa.. kerana aku hanya aku, yang inginkan hidup manusia biasa.. bersama manusia biasa.. yang tidak pernah lupa, apa erti hidupnya.. kerana aku tak sanggup, mengulangi hidup yang dulu.. aku tak sanggup, menghadapi yang ku tinggal dulu.. kerana aku takut, kembali terluka seperti dulu.. maafkanku.. tapi ingatlah sahabat, tidak sesekali aku membencimu.. sayangku padamu tak pernah hilang.. seandainya dirimu kembali di sisi, takkan pernah ku pergi darimu lagi ~~




Memang sukar untuk mengerti
Hidup sering disalah erti
Bila tidak didengari
Itulah dipanggil duniawi

Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, September 25, 2014

[ Bingkisan risalah... atau nota cinta?]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


First of all, just a credit to my dear friend yang post tentang happiness. [here it is] It really made me think deeper.

Okay. Sebenarnya Cleo nak mula kerja-kerja tesis ni. Tapi sebelum tu, as usual. I need to let go unnecessary things yang terlalu mengganggu. Terasa nak share something yang Cleo dapat baru tadi, so here it is, sebelum mula bercerita.

*  *  *

Terbaca Cleo satu buku written by Imam Hassan Al-Banna yang terselit dalam buku-buku simpanan abi. Of course, buku ni terjemahan dia. Tiga Bingkisan Risalah Da'wah. A part of it:

Kasih sayang
Demikian juga kita mengharapkan agar bangsa kita mengetahui bahawa kita mengasihi mereka lebih dari diri kita sendiri, kita mengharapkan mereka mengetahui bahawa jiwa-jiwa ini sanggup menjadi tebusan demi kepentingan mereka andainya ketinggian itu meminta tebusan. Jiwa-jiwa ini sanggup dicabut sebagai harga kepada keagungan mereka, kemuliaan mereka, agama dan cita-cita mereka andainya perkara-perkara ini memerlukan demikian. kita mengambil sikap yang demikian terhadap mereka hanyalah kerana kasih sayang telah membelenggu hati dan merajai perasaan kita, membuatkan kita tidak nyenyak tidur dan mengalirkan air mata. Amat sukar dan luar dari kesanggupan kita melihat sesuatu menimpa bangsa kita dan kita terus menyerah diri kepada kehinaan atau merelainya, atau kita terus berputus asa. Kami (Ikhwan) bekerja untuk manusia kerana Allah lebih dari kami bekerja untuk diri kami, kami untuk kamu, bukan untuk orang lain dan kami tidak akan menjadi beban kepada kamu.

This part, reminds me of who I was. Or maybe still am. Bezanya, banyak. Only He knows. Semestinya, Imam Hassan al-Banna melalui lebih banyak dugaan berbanding Cleo. And he managed to stay that way till the end. Cleo? Well, most of it shred me to pieces. And I took too much time to stand up in a piece. Lemahnya Cleo.

*  *  *

So.. this is a story, of a trusting heart..

It happened, like a thousand times yet I still can't learn how to confront it. Sakit terasa, bila kita mengharapkan orang faham kata-kata kita. Especially bila dah berjanji, things will stay just between us. I'm not sure why, but this time, it really hurts. Need I to remind you, no matter how brave I am, how bold I am, how upfront I am, I'm still a woman. A lady, yang masih ada rasa malu untuk orang ketahui perkara-perkara peribadi. And yes, I am a bit mysterious and I don't like people knowing about things I don't want them to know.

Tak tahu lah Cleo. Mungkin dia anggap satu kebanggaan bagi dia atas apa yang dia tahu. *sigh* What have I ever done to you? What grudge do you have for me? You and me, we know what we said before. How can you break the promise you made? How long..? How long have they knew about this? Ya Salaam, ya Mu'allimun. How can I be such a fool to trust you in this.

My dear, dear darling. Kalau betul, awak berbangga dengan apa yang awak tahu. Why don't you just let me know. I'll make it easier for you. It's not so hard to get publicity in this kind of world, you know. I gave, much more than they asked, before. Those so called friends? They got what they want, even more. And I never did take it back from them. If.. if you really are one of those "friends", come clean. I can't kill you, for God sake. Your death, is not worth it. I'll cooperate and make sure you get what you want, to satisfy yourself. Vengeance? That's the way I did, by giving you the publicity, if that's what you're aiming for, my dear. Let's not to forget my motto: when I get serious, I'll do my best for the goal.

And never to worry, YOUR SECRET IS SAFE with me. And will be forgotten in a matter of time. What goes around comes around, my dear. What goes around.. will never fails to come around..





Bukan mudah tuk katakan benci
Bukan mainan tuk katakan sayang
Bukan sewenangnya tuk bermadah
Bukan seadanya tuk percaya


Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, July 26, 2014

[ Mungkin Bukan Hanya Mimpi ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


So, how's it with your Ramadhan Kareem, dear? Sama-sama kita berdoa moga ibadah kita diterima Allah SWT ya. Cleo sekarang dalam proses siapkan satu projek mini. Just a mini one. Wait till my next update kayh. Insya-Allah. Projek mini ni, terkandung seribu satu rasa, perasaan, impian, yang mungkin takkan tercapai, atau mungkin juga akan dapat Cleo rasai sebelum ajal. Tapi, biarlah hanya projek mini tu yang terzahir. Dalam hati, hanya untuk Dia. Rahsia antara kami. Cuma mengharapkan doa from you, my dear. Moga Allah perkenankan keinginan ni. Ameen.

Sekarang ni, kita semua dah tahu dan makin ramai yang aware. Dekat nak raya ni, sama-sama kita mengingati saudara-saudara kita yang sedang berjuang untuk negara mereka, si pembebas tanah air; saudara-saudara kita yang berjuang untuk kelangsungan hidup, si gelandangan tanah air; saudara-saudara kita yang dizalimi seluruhnya. Jangan pernah berhenti berusaha hatta dengan doa, pemberian bantuan-bantuan mahupun dengan hanya usaha demo dan boikot. Semua itu diambil kira walau sekecil mana ia di mata kita.

Macam biasa, kalau update ni mesti ada benda Cleo nak bebel kan? haha. Cuma, kali ni bukan bebel kot. Just, wanna talk. I had a dream. Dalam mimpi tu, Cleo berlayar dan tak semena kapal Cleo dilandai ribut. Habis pecah, karam semua. Keliling Cleo cuma ada serpihan-serpihan kapal, kotak-kotak kayu besar muatan yang dibawa. Cleo tak pandai berenang, and yes, Cleo takut air dalam especially lautan. Fobia. Tapi dalam mimpi tu, Cleo berjaya bertenang, berpaut to something than try as hard as I can to reach the land. Tiba-tiba satu ombak besar bawak Cleo terus ke daratan, that is batu-batu bawah tebing tinggi yang macam kita tengok kat laut oversea tu. Tak dak pantai, cuma batu-batu and tebing-tebing tinggi. Cleo ingat dah selamat, but then Cleo nampak something moving dalam air. Coming towards me. Seram! Jantung Cleo dah tak boleh bertenang. Terus Cleo pusing and panjat tebing tinggi tu. Bila dah sampai atas, Cleo jenguk bawah, ada dua ekor ular warna gelap, besar yg amat macam anaconda. Nak bayang besar ka tak, bayang tebing yang tinggi dari atas kita tengok batu-batu besar kat bawah tu kecik ja, ular tu dari bawah tu try to get dari bawah tu sikit lagi nak dapat naik atas tebing. Kalau ikut logiknya, dua ular tu dah dapat panjat naik tapi tak. Seems like ekor dia tersangkut kat bawah yang membuatkan dia tak dapat terus panjat tinggi lagi. Cleo lega. I thought dah selamat. Tiba-tiba Cleo nampak bayang dari hujung mata, benda bergerak slowly. Cleo paling ke belakang, ada lagi sekor ular besar! Melingkar betul-betul belakang Cleo. Ular ni warna dia cerah sikit, tapi tak la macam ular sawa albino tu. Just like light brown or something. Seram.... Terus Cleo try to remind myself, okay this is just a dream. Wake up, please, wake up! Wake up! Tak lama lepas tu, Cleo terjaga. Berpeluh, jantung degup laju, toksah cakap la. Allah. Ntah berapa kali Cleo ludah kiri, baca ntah macam-macam dah. Sampai tak boleh nak tidur balik, takut tersambung mimpi tu semula (always happen and it really is stressing till now).

Well, bila tak boleh nak tido, Cleo tergerak hati nak search about it. Of course, susah nak percaya things written kat online ni. But, then what? Tak salah mencari, right? So, terus cari, cari, cari sampai la terjumpa dua tiga blog ni yang penulis dia mengaku sebagai ust. So, okay fine. Kat situ, bloggers ni tulis if ular besar and warna gelap, shows musuh kita ada dekat dengan kita, lagi gelap warna, lagi besar dia, means lagi berpengaruh or ada kuasa or someone yang ada nama lah, and lagi "kuat" dari kita. Kalau lagi light warna, means lagi lemah, so mudah kita "kalah"kan. Terkedu jap Cleo masa tu. Seriously, the whole bulan lepas memang crucial time dalam hidup Cleo. Things happened and I had to make decisions, more about loyalty. And I thought, keputusan yang Cleo buat tu mungkin membuatkan mimpi tu terjadi. Mungkin juga berkaitan bila Cleo melepaskan beberapa tali dari genggaman Cleo. And I really had peaceful time, rasa hilang beban masa tu.

Tapi, dalam bulan ni pulak. Lain jadinya. Things happened, again, and it got twisted somehow. And it's getting harder for me. Kalau betul la about mimpi tu, Cleo betul-betul harap dapat lepas and move away from "musuh" tu. Lots of benda yang sampai ke Cleo, and menguatkan lagi berkaitan musuh tu. Hmmmm.. Ntah lah. Kenapalah mesti wujud benda-benda gini sedangkan kita hidup bukannya nak cari musuh, cari gaduh. Habeh tak dak keja la tu. Tapi, tu lah. Manusia, kita tak kata apa, tak buat apapun kat dia, pun kena jugak tuduhan macam-macam. Hmmm.. Tak pa lah, tu letak tepi. Yang nak katanya ni, benda yang I thought I could let go untuk fokus siapkan tesis ni, dah jadi terbalik pulak. Haih... Ntah lah. Life's complicated. And we can't just give up selagi tak datang ajal. Go on. Teruskan. Cuma berharap, tak dak dah kewujudan manusia-manusia yang ntah apa-apa tu lagi. Orang lain, datang buat hal, okay lah, dia orang baru. Tapi kalau orang yang sama, datang balik. No, sir. I'm sorry. You're not invited here. Saya tak sanggup hidup susah dengan perbalahan tak dak makna dengan anda. Haaaaiiihhhh...

Apapun, sama-sama kita jauhi sifat negatif, pemikiran negatif, orang-orang negatif. Anti-negativity. Sama-sama kita jadi positif, yuk! ^^




Salam akhir Ramadhan, my dear
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~