Wednesday, September 28, 2011

[ Tak Banyak, Tapi... Layan ~ ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Haa.. Tajuk tu refer pada apa yang nak bebel malam ni. Tak banyak tapi... tengok lah panjang mana nak jadi nanti. Layan ja. haha.

First of all, alhamdulillah sangat bersyukur sebab pagi tadi dapat jugak bersarapan ngan sorang yang amat dirindui, Kak Adau. Lepas berjuta kali terpaksa cancel date kitorang, ntah-ntah sampai husband dia bosan apa. haha. Tak apa lah, husband dia pun nampak cam okay ja, tak kisah sebab dia pun dok tak habis lagi mood konvo, berjumpa kawan-kawan kan. Thanx ye bro. huhu.

Sarapan pun, idak le jugak. Diorang berdua ja yang makan. Kita ni, tu lah. Lapar, perut bunyik, tapi... Ntah. No comment. huhu. Yang pasti tiada niat di hati mogok lapar or suicide okeh. Tak dak maknanya nak mati sia-sia. haha.

Sangat happy lah tadi jumpa and sembang-sembang, lawak-lawak ngan Kak Adau. Tapi ye lah, segan jugak kat husband dia tu. Depa dok buat romantik pulak dah depan kita, nak makan tu makan ja lah. Adeh. Geli pon ada, segan pon ada. Tapi tak boleh nak salahkan diorang sangat, dah nama pun pengantin baru kan. Eeeeuuuuwww! haha. Apa-apa pun, berpada lah depan orang lain ye, segan saya okeh. huhu.

Orite. Apa lagi eh? Haa. Hari ni kuliah pun tak berat sangat, lec banyak guna contoh light and real life story. Pastu kuliah PK pun okay la, semangat belajar hari ni. Dah la kami pi awal makmal, maklum lah, lagi 4 orang tu baru masuk kuliah minggu ni, sangat blur apa yang dah belajar sebelum ni. Try la jugak ajar-mengajar diorang tu ngan Tiqa setakat yang kami mampu. huhu. Insya-Allah kami 6 orang tak drop kot subjek ni. huhu.

Pastu, balik lewat petang pun tak tau kenapa mood baek terlebih ajak Wani makan kat bilik. Masak bihun segera pun jadilah. Serve Twister oren, pasang Red Riding Hood (2011) yang amek kat Niza. Settle. Mata dah pedih tapi still rasa happy, nikmati hari ni. Alhamdulillah.

Tapi wayang kitorang terpaksa tangguh kejap sebab Wani ada mesyuarat tadi. Ada saja nak kacau date kami ni. Isy. huhu. Tak tau sangat nak buat apa kat bilik, saja ikut Wani keluar sekali lepas Maghrib. Wani belok ke FPI, kita lajak pi PTSL. Tetiba semangat pulak mencari buku rujukan. hoho. Alhamdulillah, dapat banyak buku untuk assignment. OM dapat 1, PK dapat 2. Dok rasa macam pernah tengok ja soalan assignment lam buku ni. Adakah itu jawapan bagi soalan tersebut? Jeng jeng jeng. hehehe. Kalau betoi, ALHAMDULILLAH sangaaaaat ~

Then, balik pulak sambung wayang. Wani lah, kata tak boleh, kena tengok jugak. Nanti teringat-ingat nak tau ending. haha. Ye la tu Cik Wani oi. huhu.

So kesimpulannya, alhamdulillah. Hari yang menyenangkan. *wink wink*

T a p i . . . kenapa ye lutut ni tetiba rasa cam terkeluar je masa berjalan tadi? Sakit usah dibilang dong. Berapa kali dah stop tengah jalan, bersandar kat mana-mana yang boleh. Lutut ku sayang, kamu kenapa? Jangan la cenggini... Saya perlukan khidmat kamu lagi berapa minggu je ni....
Cukup lah dengan hati yang runsing, janganlah kamu pulak jadi hal.... ='(



Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Monday, September 26, 2011

[ Hari yang Sangat Mengecewakan ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni start petang malam training cam dulu balik. Pergh. Sangat-sangat kecewa. Petang tadi, just dapat 4 round je, tu pun slow jog dari mula sampai habis. Lepas round 3, jalan keliling sekali. Pastu baru sambung balik jog round 4. Round 5 memang tak larat nak jog, jalan ja pusing. Round 6 ingat nak sambung jog, memang tak dak maknanya. Penat gila. Jog tak sampai half, stop terus. Masa tu memang dah rasa lain dah lutut ni. Yang lagi risaunya tu, tengah dok jogging tetiba rasa sikit sakit, sikit je la, kat lutut ni. Tu lah padahnya tinggal guard kat umah. Bajet dah baik betul la lutut ni. haha. Belagak sangat kan. haa. Tapi memang amat risau la. Dah elok-elok ni, jangan la sakit balik pulak. Nak main Ganda ngan Ain. hukhuk.

Malam kira okay lagi la, dapat buat straight terus 4 round. Tu pon, haaiiizz... Terhegeh-hegeh. Adoih. Fitness sangat di tahap ZERO! Gile lah. Fitness tak dak, cemana nak praktis Ganda pulak. SUKEM pulak tinggal berapa minggu ja ni. Haaaiizzzz.... Pakat say Hi Hi Bye Bye la gamaknya cik adik oi.

Tak pa, tekad nih. Sepanjang minggu ni kecuali Rabu, nak turun tiap-tiap petang jogging. HARUS! Minggu depan, nak jog dengan dumb bell. Diorang tak dapat pinjam, pi pinjam sendiri pun tak kisah. HARUS jugak! Tak leh nak wajib sangat, satgi jadi apa-apa, langsung tak dapat main. Nauzubillah, idok le teman mintok haa..

Tapi, kecewa jugak malam ni. Baru kena sikit hujan, dah berdenyut kepala ni. Eeee..!! Mengada tol. Patot la orang len menyampah sangat ngan aku. Hisy!!

Dah, plan nak jumpa Kak Adau ngan Ayu pun cancel. Sedey nya. Sedey tahap maksima dah ni. Dah berhari-hari plan nak jumpa diorang. Kak Adau maybe esok, maybe malam ni dah nak balik ngan husband dia. Huaaa...!! Nak jumpa Kak Adau, nak bagi handphone strap tu kat Kak Adau. Dah la kenduri dia tak dapat pegi, lepas dia konvo pun tak dapat pegi jumpa. Sedey nya..!!

Tak tahulah ada buat masalah apa lagi, rasa macam kena hukum ja tak habis-habis. Ayu tak kisah sangat, sebab tau lepas-lepas ni still dapat jumpa dia. Tapi Kak Adau... hukhuk. Kak Adau.....

Bye lah, tersangat kecewa dah hari ni. ='(

Adios ~



Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Itulah Hidupku - Agaknya ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Pagi ni just nak bebel kosong je. Sebab dari semalam terpikir kan. Ingatkan dah bangun tido nanti lupa dah. Nipu je. huhu.

Pelik la. Kalau orang lain buat kan, mesti cakap, "Tak pe la, dia tak sengaja tu." "Ada problem kot tu." And yg sewaktu dengannya. Tapi kalau kita? "Dah ko yg mula dulu kan?" Aik...? . . . Haha. Satu ayat je dah cukup buat otak ni berfikir panjang. Hmm. Ye la kan, mungkin kita ni tak sesuai jadi orang yg buat silap kot. Ntah la.

Ye lah, betul la tu. Semuanya takkan jadi la rasanya kot, kalau bukan sebab kita yg mulakan. Semua..? Benda apa yg semuanya tu? Ntah, tak tahu lah sy apa sebenarnya masalah yg diorang maksudkan melainkan terasa yg amat dalam kat hati-hati diorang. Ada lagi ke masalah lain yg timbul lepas-lepas tu? Hmm...

Tu lah, selalu dah pesan kan, dear? Tak nak jugak ingat-mengingat. Jangan buat camni.. Bila dah jadi, haa... Perkataan maaf tu memang tak da nilai, serious. Tak paham. huhu. Cakap pi lah juta kali pun, sakit hati tu memang takkan hilang, betul kan? :)

Hmm. Ni lah hidupku. Ingat ye, selalu kena ingat. Kamu ni bukan yg jenis senang dapat kemaafan dari orang, jadi stop timbulkan masalah ye. Sengaja ke, tak sengaja ke, doesn't matter. From now on, tutup ja mulut tu bila tak perlu. And, by the way, about your face tu, tak yah la terasa sangat. Dah memang cenggitu yg Allah bagi ke kamu, bersyukurlah. Mak pun selalu cakap kan, "Dia kena sedar, muka memang dah tak cantik..." Asal nak nasihat je, tu lah ayat first yg dia sebut. huhu. Tragis tul rasa tapi dah kenyataan. Ingat lah ye, jangan la lupa lagi. Muka dah memang macam ogre, so senyum je lah banyak-banyak. Kalau ada yg sakit hati jugak, no comment la tu kan. Apa yg jadi pun, ingatlah, senyum okeh? Bukan senyum sebab kita nak orang suka kita, senyum je, so that lepas-lepas ni tak ada orang dah nak terasa apa-apa bila tengok muka okeh? huhu. Jangan tulis je tapi tak ingat pulak macik..hoho.

And, by the way, kalau dah buat silap tu, tak payah explain any further ye. Be quiet is enough. Kalau nak jugak explain, choose: either you want to fight till the last drop and bash every single word from them and of course hurt them more and more; or prepare to be bashed by them from your every single word and yes, you'll be hurt my dear. :)

Okay lah. Nak bebel lagi tapi sedar sikit, banyak lagi benda lain kena buat. huhu. Ciao!



Tears thief, I hate you so much
Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~