Monday, May 15, 2017

[ Permulaan Baru ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Alhamdulillah. Sekarang baru berkesempatan nak update blog bersarang ni. So. Apa yang selama ni Cleo buat? Busy bebenor. Kalah menteri. Menteri pun sempat ja update itu ini. >.<

Actually, Cleo baru habis Fasa 1 Kursus Diploma Profesional Eksekutif Halal & Pengauditan, under UTMSpace. Kami ni kira first batch la. Pilot test gitu. Fasa 2 mula lepas raya. Praktikal 3 bulan. Gemuruh jiwa!! Tiba ~~ haha :p

Baju students. Kami pakat pakai baju ni bila join mana-mana program.
5 bulan starting December till April Cleo ulang alik tiap selang seminggu Jumaat - Ahad cross Penang Bridge pi kuliah. Sekarang I dah jadi driver yang lebih kental dari dulu. Ngiahahaha. Tangan laju ja nak tekan hon kereta tu. Kui3

Setiap kuliah, kami jumpa pensyarah yang berbeza-beza. Seorang pensyarah cover 1 modul untuk 3 hari tu. Bayang la kelas dari 8 am to 5 pm, straight 3 hari. Memang ceq tiap kali balik kuliah blackout. Terjaga bangun makan tu pun kira syukur dah. Kadang 3 hari tu tak sempat tengok muka parents, padahal duduk sebumbung. Eh over, sempat la pagi tu salam2, balik pun salam2. Lepas tu kirim salam ja laaahh. Hahahaha.

Kadang memang sebab kelas tu berat, I mean, ya lah. Cleo ni bukan budak sains. Last dengar perkataan sains ni semua 2006, SPM. 10 tahun nak bukak balik fail tu kaa. Berkerut-kerut dahi nak mengingat balik. Masa tu la dok dengaq lecture, masa tu la baru dok cari balik fail dalam otak. Parah. Hahaha. Nak sangat adventure kan. Dan ke :p

Tapi kan. I really do bersyukur berpeluang dapat join kursus ni. I learnt a lot, like, banyak gila kot. Tak dapat nak luah. Dari isu agamanya, ke isu sainsnya, law lagi, masuk lagi bab bisnes, pastu about IT sikit (ni kuliah plus assignment). Memang -- pergh-!

But still, masih ada sikit rasa kurang tu. Ada la part sana sikit, part sini sikit, yang Cleo rasa this is not enough. I meant, macam info masih ada yang tak sampai, macam tu. Faham ka apa ceq merepek ni? >.<

Tapi tak kisahlah. Ilmu dunia boleh dicari. Apa nak susah. Small matter. Sedia duit ja la nak pi seminar beratus ribu riban tu. Huahaha. Aiippp! Bila mai tang ilmu, toksah dok kedekut ngat naa. Apa guna kumpoi duit tapi tak jadi apa? Otak kosong? Haaa. Tak mo, tak mo.

And.. I met.. new friends. Like hell, totally new friends. Okay, macam tak biasa. Lone ranger kan. Pi mana pun berseorangan, memang la dok dapat new friends. *Tapi I tak lupa former friends I yang baik hati, cun, hensem, gigih, intan, payung, berlian, permata yang dicari.* >.<

And of course, kawan-kawan yang tak berapa nak sama umoq. Huhuhu. Eh ada sorang sama umoq. Tapi tak sama status. Tapi perangai gelong ja pon macam orang single. Hahahaha. Ermm rindu la pulak kat depa tu. Selasa ni insyaAllah kami berjumpa lagi. Half of us la. Kami join satu seminar ni, under PIHH.

Image may contain: text
Kalau ada dah daftar, kita jumpa la nanti naa. InsyaAllah. 
Ermm majority vote nak pi pakai baju korporat ada sulam nama tu. Rujuk gambar. Emm. I is tamo pakai baju tu. Sebab I is nampak mok pakai baju tu. Huuuu. I mean, bukan la mok. Cemana eh? Nampak selekeh, tak smart. I don't know ar. Tak kisahlah cantik ka dak, yang penting tampil smart ka dak. Huuuu. Tak po lah. I is pasrah dengan majoriti. T^T
So this is me, with my lecturer yang lead Modul QuikHalal.
Now I'm certified to use the application untuk buat audit. Yeay to me!
So ni gambor Cleo dapat sijil as certified user of QuikHalal. QuikHalal tu padia weyh? Hah malaih nak story. Ampa pi tengok FB Page dia, baca la semua tang tu. Hihihi. A software developed by this lecturer and his team. The first eva yang wujud dalam dunia ni kowt. Kau rase? Tabik spring ar. Syabas bete. Eh. Bete anak perempuan kan? Hah, pape je lah nak oi.

At PIHEC 2017
Ni masa kami first time join as students kat PIHEC ni. I think just to show our face ja kot. Sebab kalau nak ikut yang hal bertugas ikut turn tu, tak dak apa sangat pun. Kami pi cari orang menyembang ja. Tah lah. Tah orang ingat apa yang Cleo cakap kat dia ka dak, ku pun tak sure. Huhu.

Sempat la menyempit bergambaq ngan retis. Actually, I'm not that eager pun. Tapi saja nak meraikan kawan-kawan. Not gonna hurt anybody pun kan? Why not ~

And then... ermm. The one that I like about this one particular batch berbanding kelas master, degree, zaman sekolah, is this one thing. Kami semua tak sama peringkat umur, tapi kami saling belajar antara kami. Okay, belajar dan mengajar. Mengajar tu tak sangat lah, it's belajar. Yes. For me lah, at least. I learnt a lot from them. And again, at least for me, the only classmates yang tak selindung apa-apa. Naturally just, be me. Tapi I'm not sure lah depa terima I ka dak. Setakat ni semua respond biasa ja. Tayah pikir la kalo ada dok mengata belakang tu, I malaih nak peduli. I peduli yang face to face ja. As usual. Lantak hang dok pendam pi sorang-sorang, tak habaq apa kan. Asal ku bahagia. Hahaha.

Tapi so far, I pelik jugak. Tak payah tunggu setahun cukup 365 hari macam selalu, I open up to them easily. Alhamdulillah. Maybe jugak sebab some of them ada yang did the same. We just trying to be sincere with each other, telus - eh? Tah lah. Eh I missed my partner sebelah dalam kelas lah. Dia paling jujur antara semua. Hihihi. Moga Allah murahkan rezeki dia.

Okay. At first, kelas kedua, kami ditanya by Mr Shahrel, siapa yang memang nak jadi auditor? I didn't raise my hand. Maybe he expected me to do so sebab ceq perasan mata dia ada jeling belah sini. Tapi, nak buat macam mana kan. This is just me. Selagi tak cukup what I think I need to be an auditor or apa saja, I won't say I'll do it. Tu ja. But now, I think I yakin to try and be an auditor. Tapi internal ja la. Experience tu masih kurang banyak. Tunggu lepas praktikal nanti pe cer pulak. Hihihi.

Hmm banyak nak story. And banyak jugak hari yang ada lagi lepas ni. InsyaAllah we'll meet again. For now, I really need to start siapkan skrip tu. Selasa nak pi program, Selasa lah jugak nak submit skrip. Jangan cari pasai.

Till we meet again yaw ~


Halal auditor to be
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~