Sunday, February 26, 2012

[ Rehat Kejap ~ ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

Tengah hari ni, tak de pe nak gi taw pun. Just nak sebut ni:

Kalau dulu piee selalu tolong. Sekarang sampai nak termuntah ngadap ni sorang-sorang. Mintak tolong yang sorang, not available pulak hari ni, mintak tolong sorang lagi, training pulak dia jawab. Hmm. Ingat kot boleh tinggal terus tapi tak yakin diorang boleh siapkan esok kalo macam ni punya kejadian. Aduyai. Nak lepas tangan pon tak sanggop tapi . . . siyesli nak TERMUNTAH..!!!




Mencik!!!
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, February 25, 2012

[ Tak Dak Tajuk Pun Boleyy ~ ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Hari ni, walaupun plan very the last minute, tapi alhamdulillah menjadi. To my brother: Firdaus, happy birthday!!! Moga dia lebih matang kayh ^.^

Walaupun happy sangat hari ni outing ngan my brother and turut sama secara tak sengaja ter'outing' ngan someone, hati ni tetap tak terubat. Dah cuba jugak, last minute plan pi kerja hari ni. Semua benda plan last minute, tapi still happy ending. Ingatkan terubat jugak hati ni, at least, might forget it for a while tapi... bila habis semua, still the same. And still can't stop the tears. Buat la apa pun, setiap benda reminds benda yang sama. Aduyai. Streeeess ~

Bak kata someone:

"Allah yg menggerakkn kita mampu tersenyum walau dalam keadaan menangis,tempat utk kembali bangkit sekalipun hati kita telah hancur berkali-kali..Segala sesuatu yg terjadi Allah lebih memahami hati kita mlebihi diri kita sendiri:)"

Ya Allah, ampuni dosaku, ampuni dosaku, ampuni dosaku..
Ya Allah, tunjukkan padaku, ajarilah diriku, erti di sebalik sesuatu yang terjadi itu..
Ya Allah, biarpun pahit, ku sanggup harungi, asal dapat ku mengerti perkara sebenar yang Engkau ketahui...
Ya Allah, ku mohon diri ini tidak dibiarkan dalam keliru, sesat, tidak mengetahui kebenaran ya Allah...



Tido je, tido la
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, February 9, 2012

[ Cukuplah, Aku Bukan Dia ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Apa pun yang terjadi, ku berlepas tangan di dunia, tapi tak mungkin akan ku lepaskan kamu di akhirat nanti, insya-Allah. Moga janji perhitungan adil di sana memberi ketenangan di hati ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang zahir atau tidak di mata aku, kamu dan mereka.

Yang pasti, serasa ku, dia dapat apa yang dia impikan selama dia berusaha begitu keras bermula detik itu. Alhamdulillah, tahniah untuk kamu tapi beringatlah, hasil tak kan bermakna jika cara mu terpesong.

Masakan kamu hilang peduli jika dari awal kamu berpegang pada 'persahabatan' yang kamu julang sekarang? Mengapa setelah ku mula membalas, baru panas kata-kata persahabatan diulang di khalayak ramai? Jika hati telah memaafkan, mengapa masih diulang peristiwa semalam yang hanya sekelumit berbanding segala yang kau lakukan? Mungkin pengalaman hidup kita berbeza atau mungkin antara kita ada yang tidak tahu membezakan. Pada hemat ku, tiada sahabat yang sanggup perlakukan sebegitu rupa terhadap sahabatnya. Atau mungkin hanya aku yang berfikiran kolot sebegitu? Hmmm...

Ya, aku bukan pengadu domba, aku bukan peniup api bara. Biarlah. Biarlah diri ini dipandang hina oleh semua, sedang jiwa ini yang lebih mengetahui segalanya.

Bila dikenang kembali, Rasulullah s.a.w. hanya sendiri, berdiam diri, dan tidak pernah menyebarkan kisah duka Baginda. Ya, tiada sahabat yang mengetahui melainkan diwahyukan oleh Allah, dikisahkan oleh teman hidup Baginda, ditafsirkan sendiri oleh mereka melalui pemerhatian tingkah lakunya, pemerhatian apa yang berlaku sebenarnya. Ya, itu satu pengajaran untuk ku. Tiada yang lebih memahami, lebih mengetahui selain Dia. Peringatan yang Dia beri sebentar tadi seusai membelek kalam-Nya, amat menyentuh jiwa ini. Terbatal segala niat, cukuplah. Aku tidak mahu menjadi seperti dia. Itu yang membezakan antara dia dan aku.

Kini, aku hanya perlu bersyukur. Alhamdulillah. Ya Allah, berilah segala yang ingin dia miliki. Ku serahkan segala yang ku ada jika itu yang dia pinta, ya Allah. Ya Allah, hanya satu yang ku pohon, jika hasratnya menghancurkan hati ini, lebih baiklah berikan nyawaku pada nya, ya Allah. Kerna hanya sekeping daging kecil inilah yang tinggal untuk mengingatkan ku pada-Mu, ya Allah. Allahu ya karim, Allahu ya rahman, Allahu ra rahim. Hanya pada-Mu ku serahkan segala urusan yang di luar batasan ku, wahai Penciptaku.

Senyuman tangisku, hanyalah untuk-Mu Tuhanku . . .
Aku redha dengan ujian-Mu kali ini ya Allah . . .
Syukur ku panjatkan kepada Mu kerna masih bersamaku, duhai Raja segala alam . . .





I'm nothing without You
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~