Saturday, November 26, 2011

[ Obes Ke Tak...? ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Hah. Apa la pulak nak bebel sal obes ni. Hmm. Actually, dah dekat dua bulan, sangat risau akan BMI diri ini. Ye lah, since masuk sem hari tu, berat turun non-stop. Boley imagine tak? Apekah... Ya Allah. Tak pasti kenapa. Adei.

Sangat tak boley nak hidup aman bila pikir sal berat ni. Normally, berat 49-50 kg. Kalo tu, memang di tahap lega. Tapi... masuk sem ni, timbang, 49 kg lagi. Before SUKEM, timbang, turun sampai 46 kg! Apekah, apekah!! Ini satu yang tak normal!

Lepas SUKEM, bajet nak naik la balik berat tu. Selalunya, memang confirm berat naik. Sebab tak join training. Ntah dah selang berapa minggu dah tak join training, jap kira. 6 minggu = 1 bulan 2 minggu. Haaa.. betapa lamanya tak training. Memang confirm berat lebih. Sekali, semalam timbang, 45 kg pulak! Astaghfirullah al-azim. Allahuakbar. Betapa hampanya diri ini. Kondisi kamu sekarang sangat tak sihat, cik kak!!

Sangat tak puas hati. Pastu tadi, cari jugak kat Encik Gugel, sal BMI. Dapat. Ni haa. Sesapa yang rasa nak check pon, silalah tekan link ni.

Sangat bimbang sebab sebelum ni, ada kawan mention, law BMI 25 ke atas sikit, tu normal. Law bawah 25 tak, lebih berapa ntah obes. Hah. Lagi la risau. Tapi bila tengok kat situ and sini, lega ceq. Kenyataan tu ada kesilapan sikit, kot. BMI saya stabil sekarang, walaupun berat semakin kurang.

File:Body mass index chart.svg


Lega tapi tetap risau. Berat tak kan turun tanpa sebab, betul tak? Sama la kes berat tak kan naik tanpa sebab jugak. Haaa.... Ya Tuhan, apekah silap ku dalam dietary harian ni.... Kenapa, kenapa, dan kenapa? Why...? hukhukhuk

Saya nak jadi seorang hamba yang sihat tubuh badannya............saya tak banyak buat benda yang Dia suka, at least saya nak jadi satu ja, sihat. Dia suka hamba Dia yang sihat............... :'(




Sedih, pilu, risau menggunung
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, November 24, 2011

[ Begitulah Kisahnya ~ ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


How are you? Feeling good or just fine? huhu. Anyway, someone teach me, no matter what condition you're in, be grateful for Allah still want you to remember of Him. Alhamdulillah :)

Hmm.. sejak balik dari Kuala Betis, hidup memang tak tentu arah. Dari sana lagi dah tapi yang kat sana, biarlah tinggal kat sana ja. Bila balik, tak tentu hala ngan keja sekolah pulak. Terbaek dari ladang. huhu. Tak pe, sangat bersyukur, walaupun cenggini, alhamdulillah, Allah masih menyayangi, Allah masih ada bersama. :)

Yang pasti, semalam memang dapat layanan istimewa, khas dari-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun pagi dikejutkan dengan berita-berita yang menyentap jantung, malam semalam lena diiringi kekusutan, bangun pagi pun serabut ja rasa, tapi alhamdulillah. Walaupun otak ni tersangat lah blur, serabut sampai tak tau nak plan hari dengan baik, tapi tak ada sedetik masa pun yang tersia. Alhamdulillah, jika yang merancang itu Dia.

Satu per satu keja setel walaupun kepenatan. And penutupnya, sebelum balik bilik lewat petang, lepas kerja-kerja setel, terasa sangat lapang. Beli roti, dapat free satu. Orang jaga kaunter tu pun terkejut bila anak orang kedai tu bagi free satu. Rezeki kan? Untung laaahh ~ Alhamdulillah :)

Boleh je nak jalan balik dari pusan tu tapi sebab penat sangat dah rushing all day, saja panjat setinggi-tinggi bangunan pusan tu, semata-mata nak tunggu bus zon U. haha. Dan yang best nya, walaupun orang ramai, tapi suasana tak bingit, aman je petang tu. And bila bus datang, tak perlu nak tunggu turn pun. Seolah-olah bus tu hanya untuk kita. Alhamdulillah. Pak cik driver tu pun incredibly baik, senyum, siap tolong tengok line clear ke tak. Terasa sangat bagus kan suasana tu? huhu. Alhamdulillah.

And tadi pun, walaupun tak puas hati ngan kerja sekolah yang submit, tapi sangat bersyukur, ada kawan yang sangat membantu. Kalau baca, nak say thanks a lot kat kamu ye, Ari. Alhamdulillah :)

Hmm... Lepas ni, insya-Allah akan mula turun training balik. Rindu pulak walaupun tau, nanti kompem tak tercapai akal nak sama level ngan bebudak ni. huhu. Cumanya, sekarang, ada lagi satu je yang masih runsing. Kerja sekolah Encik *tenyeh jari*. Hmm... Bukan nak salahkan demam, tapi sirius, first time sangat blur ngan kerja sekolah kali ni. Baca guidance, baca nota, baca contengan-contengan, still clueless. Sedey nya. Jumaat kena submit tapi still otak kosong. Astaghfirullah. Hmm.

Tak pe lah. Esok kelas lewat, so I guess pagi tu boleh la nak try sekali lagi, or mungkin berkali-kali lagi. Mesti, okeh. huhu. InsyaAllah.

Orite, mata dah pedih. Tak boleh lama-lama, satgi laen jadi pulak. Dah la dok terasa nak banjir dah ni tak pasai-pasai. Kenapa eh? Terlalu merindui nyiaw ka..? Hmm...

Mode: Sedang cuba mengelak dari tengok gambar anak-anak kucing. huh!

Baru tukar template, dari semalam dok edit. Hari ni terasa nak edit gambar, hasil letak as background. Puas hati tengok. And baru perasan, tersama motif ngan template Encik Afiq pulak dah. Hmm... tak terkata apa dah la tu.....hahaha :)





New BG
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, November 19, 2011

[ Sekali Lagi.. Cewah ~~ ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear

Video ni diambil masa kat Latihan Amali Dakwah Muslim at Gua Musang, Kelantan. Apekah?? Nanti la, kita story mory panjang-panjang pasni. Sekarang sibuk nak siapkan assignment dulu. So, tengok la ye video ni. Bagi yang memang hafal langkah ni, memang nampak clear segala sumbang sumbing langkah walaupun penonton mengegarkan dewan. hahahaha. Lantak lah ~~







Fever
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Monday, November 7, 2011

[ Berserabut Hidop!! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Selamat Hari Raya my dear! ^_^

Hmm. Sangat tak suka. Serabut. Menyampah. Tapi nak buat cemana. Sapa lah kita kan. Haaiizzz!!!

Tolonglah, tolonglah, tolonglah!!! Buat la master plan. Tolonglah. Bukan nak tambah serabutkan hidup korang, cuma nak bagi lagi senang. Buat kerja, biar ada planning. Draft sikit pun jadilah, asalkan korang sendiri nampak hape benda yang korang nak buat. Ni berserabut sana sini, tiba-tiba muncul. Tup tup mintak tu, mintak ni. Yang belah kiri serabut macam tu, yang belah kanan serabut macam ni. Isy! Kang ada nak kena gak ni..!!

Yes, I admit. Saya tak suka kerja last minit nih! Kalau dah memang terpaksa tukar plan last minit, tak kesah sangat. Tapi kalau dari awal tak reti plan elok-elok, ni yang nak hangin ni. Bila kita bagi cadangan untuk penambah baik, buat tak reti, buat tak dengar. Bila kita sound sebab buat keja last minit, bengang pulak. Tak reti-reti ka nak belaja pengalaman lepas? Muka-muka hampa ni bukan first time buat program. Hisy! Sengal tol.

Eeee...!! Sangat sakit hati. Nak fleksibel pun, jangan la sampai semua benda, "Tak pa, tak pa. Tak dak hal ni." Haaiizzz...!!! Kalo tak dak hal, napa tak buat plan bagi elok? Napa tak buat awal-awal keja ni..?! Sengal! Aaaaarrrghhh...!! Untung la, kita ni bukan orang yang ada hak bersuara. Kalo tak mampos la korang, ku tembak satu-satu, tepat. Haaaiiizzz...!!!

Sekarang ni, mode: LANTAKLAH ~~

Ada otak, ada pengalaman, buat la sendiri. Kita bercakap kang, ada yang nak terasa hati cam hapa gi. Tengok la, when things getting worst, siap ampa. Ketua ka, ketuat ka, semua ku tenyeh cukup-cukup. Nak terasa sampai ke liang lahad pon da tak kesah dah. Orang cakap awai-awai ampa buat tak reti naa. Belagak pandai, ego tak kena tempat. Tunggu la. Huh!




Bengang ngan manusia bengap
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, November 4, 2011

[ Apa Ertinya . . . ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Kali ni, tak nak cerita satu habuk pun. Sebab tak nak cerita ni kekal lama. Yang pasti, semua ni buat orang rasa sedih sangat. Yang sebelah macam ni, yang sebelah lagi macam tu pulak. Whatever lah. Tak dak sapa pernah peduli, so buat apa nak serabut-serabut sedih-sedih lama-lama. So, dengan rasminya, malam ni kita pesta air mata jom. Tak tahan dah. Tak mo teringat-ingat sampai raya nanti. Tak mo nanges-nanges sebab ni bila jumpa umi, abi, firdaus, naim, k. ifah, k. imah. Tak mo. Kalo boleh tak mo ingat dah, tak mo nanges dah pasai ni sampai bila-bila. Kan best kalo ada wand dumbledor yang boleh tarik memori tu. :'(

P/s: Akan lebih lama menyepi, dear. Lepas raya perlukan at least tiga minggu untuk setel kan segala hal. At least. Hopefully Allah bantu lancarkan segalanya, ameen ~~

Jom, jom. Kolam dah melimpah :')






Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~