Monday, December 31, 2012

[ Oh Nonaku Azizah ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2012 so nak bercerita about satu benda yang bagi macam-macam pengalaman, kenangan and pengajaran hidup: My Name - 'Azizah ^_^

Lagu ni selalu jadi lullaby pakcik cleaner sekolah rendah dulu each time terserempak dia. And pakcik ni selalu temankan tiap-tiap petang balik sekolah sebab abi selalu datang amek lewat. Biasalah, jem kat bridge dari dulu sampai sekarang, gettin' worse year by year. Okay, layan lirik yang dulu I hate it, sekarang hate jugak kot kalo ada orang nyanyi. Well, bukan hate tapi annoyed. hoho.

- - - - -

Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembira

Senyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku Azizah

Hidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O Azizah

Cantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari syurga

Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah


Nak dengar lagu dia sila search sendiri. Hee :D

- - - - -

Umi pernah story, dulu nak letak nama Khadijah, sebab nak make me become like Khadijah ra. Abi masa tu still kat Jepun, tak dapat balik lagi. And Abi nak bagi nama Japanese, Abi pernah bagi tau tapi da tak ingat nama tu. Sayang.. huhu Then, tak tau cemana ley dapat nama Azizah ni. kikiki.

Well, let see.. My name is 'Azizah. Tapi dari kecik, no one seems to say it properly. And setakat ni dah belambak nama and I can't even remember who's using which one. lol

Azizah - dulu kawan sekolah rendah la guna tapi sejak-sejak berpisah dah tak dak. Ada orang guna tapi so few of them. Kalo dengar orang panggil ngan nama ni jadi stunt jap. :)

Nur 'Izzah - family members like mom, cousins, makcik pakcik sekalian alam

Kak Izah / Kek Zah (sebab nak sebut laju2) - my sis n bro

Zizah / Kak Zizah - mostly digunakan termasuk orang baru kenal termasuk adik-adik program. Krabby Patty gurls pun guna nama ni.

Jijah / Kak Jijah - memg tak bagi sesapa pun guna nama ni sebab memang tak suka. Tapi excuse nama ni ONLY for family Pencak Silat. Sebab rasa lebih rapat antara kami dengan nama ni :)

My dearest ~

Zah - rasanya Dayah Yahya ja yg guna ni.

Azie / Azy - yg paling ingat ni panggilan Sakinah Sobri. Sometimes she uses Zie ja.

Kawan - only used by me and Yanayir. Sampai sekarang, still using.

Jah - only used by Cikgu Sarah, cikgu matematik moden time form 5 dulu. Rindu cikgu ^^ Tapi lately tambah sorang lagi, Fahmi, fasilitator TBTC.

Aizah - only used by friends from UKM

Cleo - used mostly in my nicknames.

Rei Cyzarine - a name I wish I could use ^^

Kak Zi - nama yg anak-anak staf bagi. So this is the latest name, I guess and the last name I got for this year.

Hmm... Each name came with special history, and always, always comes with special moments. Memang, selalu mengaku tak ingat padahal ingat tapi sebab too much yg teringat at the same time makes me feel, better cakap tak ingat. hehe. Better diam dari orang anggap kita menipu. Lalalala ~

Hmm kind of missing kanak-kanak ribena calling Kak Zi. huhu. Who knows, they changed me - a lot ^^

Still belom dapat copies of gambar program anak-anak staf so gidalyeo. ^__^


Cleo

Well, I guess orang lain pun have sorts of nama. Mesti pening kan? hahaha Okay then, da azan so jom solat Zohor dulu. Adios!




Too many, but only one in my heart
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, December 28, 2012

[ Pengembaraan Sdn Bhd ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

Hola, mi amor! Como esta? Cewah, lama benor tak sepeaking bahasa La Usurpadora neh. Wah, kenangan! hahaha Dulu teringin nak amek masa degree tapi apakan daya, jadual hidup tak sanggup dimadukan. Peh :p

Okay, actually nak story about kisah perjalanan Budak Sesat dua hari lepas. Fuh ~

Semuanya bermula di sini....

Part One

Saja balik Penang ikut parents, alang-alang boleh balik sekali, esoknya tu kenduri sahabat zaman sekolah, Uzair Mazlan. Tak tau la pasai pa, semangat terlebih nak pi kenduri tu. Padahal tak pernah nyembang rasanya ngan si Uzair ni. Last nampak muka dia time form 2 la rasanya. hahaha. Tapi dah dijemput, via fb pon jadilah. Wajib kan? Lagipun kenduri kawan-kawan lain susah betul nak dapat pi, ni alang-alang dah habis belajar, tak dak kerja busy cam dulu dah, pi ja lah.

Yang nak jadi ceritanya, esok kenduri petang tu baru recruit geng nak pi sana. Kami kan geng ABC, lagi la depa pakat malaih nak tunjuk muka. Tapi tak tau la, nak jadi cerita, alhamdulillah Allah gerakkan hati semua geng setuju nak pi. Memang satu kepelikkan. hohoho. And semuanya dikatakan bermula dengan ceq la. ahaha. Cik Ayu cakap: Ni sebab Zizah la, dia paling payah nak jumpa. Bila dia ajak memang teruja la. hahaha. Haaa bila Cik Ayu agreed, ramai lagi yang terbukak hati nak ikut. Alhamdulillah, walaupun tak semua geng tapi majoriti la dapat jumpa. Dari attend kenduri kawen, terasa macam attend reunion kot. hahaha Mana tak nya, siap jumpa Sir Said, Cikgu Jamsari and Cikgu Mad Radhi. Rindu ~

Yang terharunya cikgu Jam ingat nama sorang-sorang padahal lama betoi kami tak jumpa cikgu taw. Huuuuuu terharu! Sir pun ingat lagi kat muka kami. Dari jauh kami lambai cikgu Jam, sempat nampak cikgu mention: Eh tu geng Azizah tu. Lagi terharu cikgu sebut nama kita! waaaa!! Bak kata Cik Aliaa: Muka hang cikgu mana tak kenai, saja la weh. Berapa tahun ang kat Irshad tu, sampai form 6 kot. hahaha Ya la Chot, I warga emas betol kat situ. kikiki

Dari kiri: Najwa, Ona, Nyet, Chot, Kawan, Cikgu Jam, Uzair and Auni, So-eh, Me, Ayu, Amy, Nabilah, Umy.

Semoga kekal hingga ke syurga pasangan Uzair and Auni ^^

Syok tengok kengkawan yang bahagia. Alhamdulillah.

Hmm, lepas kenduri kami terus berpisah sebab masing-masing rushing macam-macam hal. Like me, kena cepat la, nak beli tiket pi selatan sebab esoknya tu kerja. Plan awalnya nak naik bus ja tapi tentulah tiket dah abes kan, malam tu nak gerak. Tapi alhamdulillah, dapat jugak beli tiket train and dapat bed. Balik tu kalut-kalut packing, lepas makan, rehat-rehat sat, then terus pi station. Abi, umi, kak Imah hantaq. Alhamdulillah malam tu train tak stranded, smooth ja perjalanan. Yang lagi best nya, tidoq malam tu memang nyenyak betul la. Sebelum tu risau jugak kalo tidoq tak cukup sebab esoknya tu kerja kena pi Zoo Negara, Explorace ngan bebudak yang sangat hyper active weh. Tapi alhamdulillah, semua perancangan Allah, itulah yang terbaik dari perancangan kita manusia ^^

Tepat 6.20 pagi sampai Sungai Buloh, berhenti situ, cari surau (encik pegawai yang tunjuk arah tu hensem - cuci mata pepagi hik3) then setel-setel semua, 6.45 komuter sampai, terus gi next destination. Tak jauh pun so dalam 7 am dah sampai. Turun station, teksi pun baru dok beratur, terus naik lah. 7.15 am rasanya, sampai bangunan biru tu, tak tau nak pi mana, jalan-jalan ternampak pasar belakang tu. Singgah sat niat nak tengok-tengok ja tapi ternampak gerai makan. Perut bunyik, singgah makan. Tentulah, tempat tu 99% guys weh. Only me, sorang mak cik, and pekerja gerai-gerai tu ja. Seram! Tapi terpaksa punya hal, apa ku kesah. Duduk, order air, makan, and minum buat tak reti. 

Dear, sometimes, memang sedih bila orang mengata about my face. Tapi most of the time, depa tak tau, betapa bersyukur hati ni dikurniakan muka yang macam ni. Rasa macam orang takut nak buat dajal, orang hormat tak pandang "merata" pun ada. Berani ka? So alone pun, at least yakin diri orang tak kacau tu ada la jugak walaupun alarm tu sentiasa pasang kan. Tapi sirius, masa dah habis makan tu, tunggu nescafe tarik tu suam sikit, ada dua mamat indon, muda lagi muka, muda dari I rasanya, nak tumpang duduk. Memang lah, tempat kita ja kosong, yang lain full with guys. Punya lah bersopan santun, dari masa bertanya tu sampai la masa makan, nak minum pun very careful. Rasanya kawan depa dok menyakat kat belakang, sebab depa dok gelak-gelak pastu ada la jugak macam dok maki tu (biasa lah, guys). Good. Sila jaga adab sopan you bila berdepan dengan I, arasto?

Dah tu, tunggu lagi? Panas tak panas, ku minum perabih cepat-cepat then belah. Safe!

Pastu dah tak tau sangat nak pi mana, jalan lenggang kangkong, tengok view. Anjing berkeliaran pun tak rasa apa dah, depa pun tah-tah bosan tengok kita. hahaha. Lastly, lepak kat tepi parking depan ofis. Pakcik-pakcik yang mai awai pun tengok pelik. Ha la, mesti la lam otak depa: Isy, tak senonoh sungguh dak pompuan ni. Buat apa la lepak pepagi tepi jalan tang ni. Tak dak umah ka. Isy. - rasanya ni tipikal mind set kalo sesapa yang nampak situasi ni, toi dak? huhu

Ade lah aku kesah weh. hahaha. Pakcik bukan nak jemput sy, bertanya apa pun idak kan. So lantak lah. Anak-anak pakcik lepas ni dalam genggaman sy. kui3 Okay, setel. Cik puan yang ditunggu-tunggu sampai dalam 8.15 am barulah terselamat masuk dalam bangunan. Tapi tak dak makna la, naik atas terus start bertugas jaga adik-adik tu. Siriusli, semangat la jugak bila jumpa Amal, Fahmi, K A kan. huhuhu.

So, bersiap punya bersiap, menunggu punya menunggu, tibalah masa pi zoo. Berkumpul, bagi makanan, naik bas, bertolak. Setel. Sampai sana, bahagi kumpulan, tengok show sat, briefing then terus dengan explorace. Ya Allah, penat melayan kanak-kanak ribena weh! hohoho Tapi memang enjoy, budak-budak ni paling exited tengok lion, tiger ngan hyenas. Oh and gajah yang depa cakap nama apa tah, ada dalam siri Zoo yang Maslan tu berlakon ngan Lisa Surihani tu. Pastu exited bila nampak signboard Pada Zaman Dahulu. Huhu. Kanak-kanak.... ^^

Penat jugak la, round 80% area zoo tu cari check point. Lepas tu kami rehat sat kat surau, solat then adik-adik tu semangat nak sambung lagi sebab tinggal lagi satu soalan ja lagi. Kalo ikutkan hati, udah-udah le tu, search internet ja la. hahaha. Tapi sebab depa semangat, kita kena ikut jugak la kan. Kebetulan mak adik-adik tu pun nak jalan sama, follow ja la. kui3

And as the result, my kumpulan la menang nombor satu, yeay! Sorak kuat jugak budak-budak tu weh. Tak kesah la umur yang dah tingkatan pun sama naik ja sorak. haha. Daebak! Nak upload gambaq pun tak boleh, tak dapat lagi. Nanti-nanti la kay ^^

Lepas penyampaian hadiah, amek gambo then balik. Pakat lena dalam bas. kui3 Sampai sana, post moterm. Of course la I kena paku, memang masalah pun, handphone I kan ada problem. huhuhu. Gomennasai, insya-Allah ada rezeki I tukaq phone baru, moga masalah tu selesai. huk3

Okay, pastu maghrib then mintak tolong Amal hantarkan ke KTM station. From there, terus gi KL Sentral, dengan kalutnya pi kaunter. Ya la, takut tiket abeh pulak. Naya. Alhamdulillah, dapat tiket balik malam tu jugak, bed pulak tu. Di luar jangkaan betul, alhamdulillah. Psstt ingat tak bro uniform tu? Dia ada belakang kaunter tu semalam, tetiba mai nyebok dok sebelah bro kaunter ni. Da la ada jerawat besar kat muka ni, malu la I, terus tunduk muka, cover. hohoho Sudah, sudah, merepek jauh. Lalalalala.

Okay, then bermula lah Part Two.

Sementara menunggu dari pukul 8 lebih tu, masa tu memang dah full, tak dak tempat duduk. I choose duduk kat kiosk yang dah tutup. Kebetulan ada sorang akak yang alone jugak, so kami duduk sama-sama. Kak Shila, from Limkokwing. Banyak kami sembang walaupun baru kenal. Akak tu dah setahun kerja, insyaAllah tahun depan kawen. Moga Allah permudahkan segalanya untuk kak Shila, ameen.

Kak Shila tu naik train kul 9, train from Singapore straight to Hatyai. So kesorangan la menanti kat situ. Yang bestnya, bila dok sorang-sorang ni, kita jadi pemerhati and orang pon perhati kita. Erk, best ka? =.=

Firstly, jumpa orang kaya makan Burger King. Dia mai pun time tu tak dak tempat duduk so he sit next to me, kat kiosk yang sebelah la of kos. Pemakaian dia memang cara orang kaya. Suit dia, kasut dia, tengok la, makan Burger King tu. Handphone dia, gaya dia. Tapi yang terharunya, dia tak memilih, duduk kat lantai jugak, just like me, rakyat marhain ja. Sweet. Orang muda camni la sweet, putih tu ye la, tapi walaupun muka just oridinary tapi sweet la, tak menyombong. I guess dia nak bertegur sapa, sebab dok kalih-kalih tapi kita pun da letih, mata pun bertahan sebab tunggu train, tak termampu nak senyum dah aih. hahaha. Orang muda kaya ni naik train yang sama, cuma gerabak jauh-jauh la kot sebab masa dok cari gerabak tu dia ke hulu, I ke hilir. kui3

Secondly, masa menunggu tu nampak dari jauh ada orang muda jugak, buta, jalan dengan sorang kawan dia. Chinese I guess. You see, dia tak nampak pathetic macam orang melayu yang buta. Mintak sedekah and so on. Tapi dia nampak normal, just like orang biasa, tapi lagi better good looking kot. Badan orang yang pi gym, orang yang selalu bersenam, seriously. I can't get my eyes off him. And you know what, he just can't stop smiling. Isn't it good? Suppose those unfortunate people be like that, I guess. Bukan mengharapkan orang simpati 24 hours dengan nasib diri. Sigh.

Thirdly, from the corner, ada partners of Mat Saleh, travelers I guess. Muda lagi. Kalau dulu, teruja nampak omputih tapi sekarang merata jumpa, dah tak rasa apa melainkan, tok sah dok sini lama-lama na, balik la negara ampa pulak. Dah penat tengok orang tak cukup kain. Okay, back to dua orang ni. Yang boleh jadi ternotice nya sebab one of them jenis suka perati orang la kot. Dari jauh dok tengok kami-kami yang merempat atas lantai ni. Last-last dia ajak kawan dia duduk jugak, dah penat berdiri menunggu kat tepi tiang tu la kot. huhu. And guess what, dia pakai watch hitam tangan kanan! heeeee =D And masa dah sampai Butterworth pagi tadi baru perasan, he's bed berdepan ngan I! Bangun pagi dah hello. hahaha

Fourth, masa merempat tu, next to me ad sorang bro Chinese ni. Pakai short yang bawah lutut, baju besar, badan pun besar, topi dak hip hop. Dia kebosanan menunggu, tetiba buat shuffle kat ruang depan kami. hahaha. Terkejot den. Shuffle dia sambung terus duduk. Sebelah dia pakcik tengah baca newspaper, pakcik tu la tanya-tanya dia. Dengar cam dia cakap dia suka dance and just do it for charity. Dah pergi macam-macam negeri and negara untuk charity. Good, good. And then lama jugak menunggu, masa tu dah 10 lebih tapi train tak mai lagi, orang pun dah mengantuk gila dah masa tu. Tak tertahan. Tetiba bro ni buat hip hop betul-betul in front of me! Terkejot den! Orang len pon pakat terpegun sat. hahaha. Nak lari tepi masa tu memang tak dan dah la, dengan dah tak terdaya nak bergeraknya. Takut jugak kena hempap, kena tendang ngan bro naya ja. Tapi bro tu pandai control la, tak kena sikit pun. haha. Topi dia tercabut masa dia spin body dia, habis dia dance orang bagi balik topi ke dia, smiling. I guess tu senyuman ikhlas dari orang mengantuk, agak sweet jugak la kot sebab orang keliling dari dok tercengang-cengang pun tersenyum sama. huhu.

Fifth, masa dah aboard, dapat katil atas sorang pakcik ni. Masa menunggu tadi pakcik ni duduk kat seats in front of me, dia sambil dok menyembang ngan pakcik len dok perhati jugak kita. Ya la, pompuan, sorang, dok atas lantai, selamba ya ya ja tang tu makan-makan pastu dok melengu ngan muka mengantuk. hahaha. Masa letak barang atas katil, pakcik ni sempat la menyembang ngan kita:

Pakcik: Nak pi mana?
Me: Butterworth ja, pakcik.
Pakcik: Oh, rumah tang mana?
Me: P.P ja pakcik. hehe.
Pakcik: Ni mesti orang Anuar ni. Kan?
Me: . . . . hehe No komen la pakcik. hehe.
Pakcik: haha Tak pa. Choose wisely. Kamu Islam kan?
Me: *noding*
Pakcik: Haa tak pa, pilih betul-betul pemimpin kamu. Esok kat akhirat kamu yang kena jawab nanti. Jangan salah langkah.
Me: hehe Ya, baek. huhu. Pakcik nak pi mana?
Pakcik: Pakcik nak pi Cheruk Tok Kun.
Me: Oh.. :)


After that, kami dipisahkan dengan tilam katil. Sorry pakcik, sy memang kepenatan betul, tak dapat nak menyembang lebih ngan pakcik. Lepas-lepas tu dengar pakcik ni sembang ngan guys yang katil bawah jugak. Safe ~

So, tu senarai orang yang jumpa. Banyak lagi tapi abaikan yang lain, tak penting. Tak ada motif nak ingat pun. hehe. Okay, proceed.

Part Three.

As usual, train yang orang naik tak pernah tak stranded. Kalo perjalanan smooth tu memang alhamdulillah gila macam pagi tu. Kali ni, memang dahsyat. 3 jam stranded kat Ipoh! Dah la panas! Terpaksa bukak sikit langsir tu bagi angin masuk. Panas yang amat! Masa tu tak ingat dok send mesej kat sapa, abi kot, tetiba terlena terus. hohoho. Bangun tetiba gelap. Eh...? Tengok-tengok langsir ada orang dah tutupkan. Hup! Waaa!! Malu!! Shiapakah gerangan orang tu..? Huuuaaa!! Jangan la tengok muka I tengah tido!! X.X

Tapi yang peliknya, sepanjang stranded tu, tak dak sorang pun yang mangkit lam gerabak tu. Cuma sorang uncle ni, pastu one of the guys yang tak silapnya mangkit pi merokok, and ada budak kecik tu mangkit gheyau. Yang lain siap berdengkur bagai. Dah la panas, rimas, bising plak. Nasib ja la dapat terlena sat tu. Penat sangat. huhuhu.

Sampai Istana Kaca tadi koi 11 lebih. Fuh! Jejak kaki terus naik pi mandi. Turun makan, lapaq. Lepas tu tengok tv sat dengan abi, terus terlena balik. muahahaha. So, tu ja la nak cerita nya. Panjang betoi! Kali ni memang tak sesat tapi begitulah ceritanya. Lalalala.

Hadoi. So, see you soon dear. Adios mi amor! ^__^





Lagenda Budak Sesat
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, December 23, 2012

[ Bicara Antara Kami ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Hari ni, alhamdulillah, sangat happy sebab Allah hantar abi and umi ke Istana Kayu kat selatan ni. wuhuuuu. Malam ni tidur bertemankan mereka ^____^

You know, dari dulu sangat suka bila makan satu family kat luar. Sebab masa ni lah macam-macam story kami kongsi. Paling best abi nanti cerita about macam-macam benda. Past, present and future. And cerita abi bukan auta, bukan cereka, but the facts of life. That's what I really love to hear. Kalau dengan friends pun, sangat tak suka sembang about benda merepek, merapu, tak dak arah. Waste of time. Tapi kadang-kadang kalau about movies or books tu layan la jugak.

Malam ni, abi talk about one thing: pasangan hidup a.k.a jodoh. I don't know, naluri seorang ayah la kot. Tetiba abi story dari the past, sampai la future. Of course, abi bagi contoh depan mata, in our family sendiri. Sebagai pengajaran.

Dear, you tau kan I macam mana. Malas nak pikir hal jodoh, getting married ni semua. Memang dari dulu, serah 100% pada kuasa Dia. Memang ada friends yang offer nak tolong cari tapi... hati ni berat nak agree. Atas satu sebab ja, Allah lebih tahu siapa yang paling sesuai and mampu bring me to His jannah nanti. Takut-takut, ciri-ciri yang kita senaraikan tu hanya ikut kehendak kita, tapi kita tak tahu mungkin orang tu bukan yang terbaik Allah tetapkan untuk kita. Dalam doa cuma mohon jumpa dengan orang yang terbaik untuk bimbing ke syurga. Tu ja. Macam friends, a lot pulak tu, pagi petang siang malam tak habis-habis bising about this. Yang dah ada sibuk risau cara dah ada, yang tak ada pun cara orang tak ada lah. Sampai rasa, perlu ke taksub sangat sampai macam tu? Kadang sampai terpaksa cakap kat diorang, enough, don't say a word about this in front of me. Rimas kot. Macam dalam dunia ni dah tak dak isu lain nak sembang. =.=

Tapi, malam ni bila dengar story abi, especially this one, berkaitan dengan Nabi Ibrahim, Sarah as, Hajar as, and Nabi Ismail, tetiba rasa nak menangis. I guess, doa selama ni tak sampai pada tujuan, too selfish. Sebab tak teringat pun nak doa untuk zuriat. Astaghfirullah al-azim. And selama ni pun, selalu dengar cerita pengorbanan Nabi Ibrahim and Nabi Ismail, penghijrahan Hajar and Ismail, tapi tak pernah terfikir pengajaran di sebalik story tu pun. Sungguh. :(

And bila ada yang bertanya, cuma evaluate diorang based on benda yang bukan la remeh tapi I suppose tak cover and tak sampai matlamat: Does he care about his zuriat later on? Hmm. Ada satu kenyataan abi tadi: If that guy betul-betul pentingkan zuriat dia, dia mesti tau pengajaran kisah Ibrahim, Hajar, Sarah and Ismail tu. Sebab bila mula lelaki tu pegang sebagai nakhoda kapal, mak ayah dah tak dapat control hala tuju anak perempuan dia, termasuk zuriat anak dia. Kalau nakhoda pusing kapal jauh dari jalan yang lurus, semua sekali akan ditarik sama-sama. Hmm. Tak tahu lah kenapa, seriously, bila abi sebut tu memang rasa nak menitis air mata. And yang terfikir cuma satu: How will my life be nanti? Will I meet someone yang boleh guide the ship towards His jannah? Will my children and grandchildren be safe in their journey? :'(

I need to be better, so that one day, I'll meet someone better or at least trying to be better together for the sake of our children. Insya-Allah. Moga Allah perkenankan doaku, ameen.

He's never too late, never too soon, He give the thing we need just in time.






Will always remember
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, December 21, 2012

[ If Only the Truth Being Told ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


I have to say this, I just have to. I wish I could say the truth but when the time comes, I'm speechless. Like a fool. Nothing came out of my lips. I wish I could say: Please, we are and always be no more than acquaintance. This is hard for me. It's hard enough for me to accept strangers into my life, plus to be accepted as family? When each of us can't confront each other and talk, about real life, real deal. Face to face. This shows to me there's no trust at all between us. And how do you expect me to accept you as my family when there's no trust between us?

Look, we're not fools, I'm not a fool. I know you've been talking behind me, and that's the biggest mistake you've done, my dear. For me. I hate that attitude, for real. How do you expect me to know what I did wrong when you didn't even bother to talk about it? What? You think I'm some kind of white wizard or the elf? I'm sorry for what I did, and I'm sorry if every single thing I did was wrong, and wrong, and wrong, and stupid enough for you. Tell me, if it is, just tell me right away so I won't be repeating it again and again and again.

I hate doing mistakes, but how can I help myself when I didn't know what's right and what's wrong? Please, stop the discrimination. I told you, I take serious of my work, and I'm sorry, I don't joke around when I'm working but it doesn't mean that I hate working with you guys. If you wanna joke around, so be it but there'll be no jokes coming out from my lips while I'm working. That's all. No feelings attached.

*sigh*

I hate leaving with so many questions in my head but then I feel like I have no rights to question you. Nothing more than worried you'll say I'm rebelling when asking too many questions but indeed, I need to know everything, I have to so that I can leave the past without affecting the future, though I doubt we'll see each other again after this.

Whatever it is, to say I'm sorry for every single thing I did wasn't enough for me for not knowing the real reason saying those words. It's kinda saying the words just for formality before leaving.

Hmmm


Or should I be the first to ask?





Searching the way
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, December 20, 2012

[ Ini Bukan Cobaan, Ini Betul-betul ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


How are you, my dear? Hope you're doin' fine sepanjang ketiadaan sy la ye. hik3 Merepek ja lebey lalalalala.

Orite la. Nak kata tak dak apa, nipu la kan, tapi ada banyak tu yang jadi sampai rasa, macam tak dak apa. Err apekah hahaha.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Walaupun tak official tapi kira official la dulu naa, buleh? hehe Alhamdulillah, hari ni tamat sudah contract keja part time as facilitator. Huuuuu. Macam-macam pengalaman, dan yang pastinya, tentulah banyak salah silap yang jadi. Hopefully mereka-mereka yang terlibat mampu untuk memaafkan salah silap kita ni. Ameen.

Empat hari lepas berprogram untuk Kem Rasul in My Heart and tadi kemungkinan hari last berkhidmat as fasi untuk program anak-anak staf. Macam-macam benda jadi untuk hari ni saja. Meh nak story...

Mula-mula sekali tentulah bangun lambat. Tak tau lah, malas nak salahkan tido lambat semalam tapi mungkin sebab tu la kot. Bangun tadi, memang tak sempat la kalo nak naik ktm kan. So terus drive gi sana. Hadoyai. Bermulalah al-kisah lagenda budak sesat. Masa pi tadi, dok terasa hati ni nak ikut jalan yang adik-adik IPG selalu guna: Stadium Bukit Jalil. Ye la, dok ingat kalo ikut situ tak tempuh jem, tak banyak tol. Kita tak pernah lalu situ, memang tak tau apa la. Sekali sampai situ, jem...!! Lama gila, panjang gila. Tambah pulak tak pernah lalu situ, ikut suka hati ja masuk jalan mana pun. Lagi la tambah lambat nak sampai. Dah tu, tambah pulak last skali jalan tu tembus kot jalan yg sama I ikut jalan yang selalu guna tu! Siriusli?! Masa tu memang hati kering sungguh dah. Satu, terasa bazir gila minyak and masa, tambah pulak, its the same route, so got the same amount or kalo less pun satu ja kot plaza tol all the way tu. So, bazir duit sama. Siriusli... kesesatan yang nyata ni memang di tahap Kinabalu.

Okay, pagi dah macam tu, sampai sana alhamdulillah ada parking kosong. Tapi bila jejak kaki masuk,  adoyai...... Hari ni paling dasyat la adik-adik tu. Bayangkan, untuk sehari tu 5 orang menangis. Kena buli, bergaduh, macam-macam. Kelam kabut ngan depa, terlupa about makanan. Kelam kabut habis hari tu. Haisy.... Tapi tak pa, penat takat tu ja, belum tenat lagi. hehe.

Cukup situ, nak balik, sekali tengok ada surat cinta berharga RM 100 menanti kat cermin keta. Oh no! Panjang umur betul la. Sebelum tu baru ja sembang ngan dak-dak fasi ni about saman and tiket parking area tu. Adoi la...... Sekian!

Tak pa la, dengan hati yang redha ku terima warkah cinta itu, letak elok-elok. Drive pasang lagu UNIC kuat-kuat, melalak sorang-sorang. hohoho. Ada keta sport kat lane sebelah, baru beli kot, tengok plat dia cantik ja. huhu. Tapi kesah pulak aku? You nak bayarkan saman I ke? Tak kan, so gi maen jejauh. hahaha. Okay, pastu bermulalah kisah pengembaraan pulang Budak Sesat. Tak faham! Guna jalan yang sama selalu guna jugak, tapi tak tau macam mana baca signboard, tak tau macam mana GPS otak control tangan ngan steering tu, boleh jugak sesat!!

Kali ni punya penyesatan memang menyimpang jauh sangat weyh! Bayangkan la, boleh pulak termasuk laluan nak ke PICC. Tembus keluar jalan belakang PICC. Siap boleh nampak rumah Prof Siti lagi haaa, memaen kau. hahahaha. Gile betul, half tank minyak habis dalam satu malam! Naseb baek la keja sambilan ja, kalo tiap-tiap hari lagu ni punya cerita, naya weyh, naya. Confirm kalo kawen ti kena berenti keja. Mana tak nya, duit habis kat minyak and tol, then masa habis kat atas jalan, then sampai umah paling awal 10 lebih. Nah kau, sapa nak jaga rumah, anak semua? Aigoo aigoo. =.=

Dah sampai jauh tu, tambah lapaq pulak, tak terasa nak nasi, so teringin la nak beli RFC. Cari jalan from there pi B.B. Bangi, pusing punya pusing tak jumpa parking, full! Tak faham. Kenapa malam ni jugak nak full semua tempat makan ni, bukan hujung minggu. Stress! Tak jadi, nak pi PKNS beli KFC. Sampai sana ingat dan nak beli susu dulu sat dalam Billion, sekali ramai orang pulak beratur kaunter. Semata-semata nak bayaq 3 items, beratur sampai lenguh kaki. Dah keluar tu memang tak la kan, tutup dah la KFC nye pon haa. Sekian. =.=

Dengan perut yang lapaq teringin segala benda tak dapat, last hope, burger sedap depan umah ja la. Memang yakin burger tu akan dapat jugak, so plan singgah sat Pusanika, nak tengok dak-dak training. Pi sana pulak, parking full jugak! Dah kenapa laaaahhhh..... Tak paham. Kalau siang kot la, ni da dekat tengah malam kot. Fed up terus balik. Tapi sempat lagi calling-calling coach, terus ajak minum-minum area umah kami. So tu lah pengakhiran kali ni: Dating ngan coach, sambil makan burger ditemani Radix ais. Balik dengan tangki minyak hampir kosong, touch n go yang semestinya kosong - kosong oooo, tapi alhamdulillah perut yang penuh. Sekian wassalam. hohohoho.

Tu ja lah, jom jom nak kira bil pulak. Bayaq jangan tak bayaq ^___^





Lagenda Budak Sesat terbaek
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~