Thursday, July 14, 2016

[ Giveaway untuk pencinta matcha!! ]

Assalamualykum my dear
With Allah's love

Ni nak habaq mai ni... Ada giveaway ni, khas untuk pencinta teh hijau. Yeay!

Ni bukan teh hijau biasa yang penuh dengan preservatives, colouring, lepas tu rasa macam rumput. Kena bancuh dengan susu yang banyak nak seimbangkan rasa tu. Uuuuuiiiii. Kita minum teh hijau nak sihat, dok tambah lagi penyakit pulak dah.

Serbuk Matcha Latte datang menyelamat! Uolls rugi tak cuba. Nak beli, jauh nak kena order dari Jepun. Ni ada nak bagi free ni haa.



Macam mana nak dapat serbuk matcha latte ni? Senang ja weh.

1. Like page Sopan Santun Sihat
2. Komen Done! kat post giveaway tu.
3. Pemenang akan dipilih secara rawak pada 12 am 16/7/16.

Uollss, ganbarre!


Giveaway mode
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, February 11, 2016

[ Happy New Year Uollss!! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Telah bertahun lama, tenggelam arus masa ~~
Tibe je kan. Teringat lagu Cinta Pantai Merdeka.

Bukan apa, nak katanya, dah berapa lama tak update ini blog. Terus, gua teringat sama itu lagu dong. Hmmm.

Sebelum terlupa, masih belum terlambat kan nak wish?
Happy New Year to all! Tak kisahlah yang sambut new year mana satu pun. haha.

Bila dah habis setel hal tesis ni, bosan la pulak kan. My friends dah pakat balik kampung, tinggal la kami berdua ja. Esok lusa Cleo pulak balik, tinggal kawan ni sorang-sorang. Masa ni, mulalah nak layan perasaan. Gembira, sedih, pilu, rindu, excited semua lah.

*I just don't fancy perpisahan la* *sigh*

Apapun, alhamdulillah, siap juga tesis tu. Hantar untuk pemeriksa, sekarang tunggu dipanggil viva saja. Viva pun, satu hal juga tu. Semua orang tahu, viva is sesi penderaan students. Tak tahulah in terms of typical Malaysian lecturers ka, satu dunia. Whatever lah. Pernah pulak Cleo kisah hal-hal remeh ni. Dia nak bagi lulus, lulus lah. Dia nak gagalkan, gagal lah. I've done my best, I'll just leave the rest to Him, betul tak? =)

A bouquet for her.
Bunga ni bagi kat my beloved Prof. Birthday dia hari tu. Cantik kan? They said a dozen of roses = the greatest love. Haha. Pape je lah. Yang penting, I gave it to cherish her. Lepas ni nak beli lain pulak, bagi kat Abi and Ummi. InsyaAllah. Orang tengah senang hati, tesis dah hantar. Hohoho.

Right now, I'm thinking of writing a book. Tak sure lagi nak up pasal apa. Eh tapi sebenarnya dah taw dah isi tu, cuma Cleo tak tahu macam mana nak menulis, mengarang. Selama ni, mengarang ikut format exam SPM, pastu up sikit, academic style. Ni tetiba nak out of the box pulak. Melengu la depan laptop, sepatah kalimah pun tak terungkap haa.

Bosan jugak sebab tadi dah habis marathon Naruto Shippuden Season 16. Nak teruskan online, macam tak berkenan la pulak. Oh by the way, I've made up 2 gif pictures out of Naruto's scene.



And another one.


Naruto ni, banyak pengajaran dia bagi kat penonton. Sampai satu tahap, Cleo rasa... lost. Sebab selalu terfikir: If only all of us have this kind of attitude toward one another. Tapi rasa impossible, sebab Cleo sendiri tak mampu ikut semua. Sama ja lah bila cakap pasal sunnah Rasulullah SAW kan. Tapi, itulah. tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua. At least, give a try.

Semalam my ex-room mate dah balik kampung. Sebelum dia balik, kami rancang nak buat macam-macam to celebrate, tapi apakan daya. Satu pun tak menjadi. Rindulah masa sama-sama dulu! Cleo story kat dia, bagi bunga kat Prof. Tetiba kami terbuat deal. Masa konvo dia request Cleo bagi bunga hidup kat dia. Apa lagi, Cleo pun suro dia bagi jugak bunga hidup kat Cleo. Muahahahaha! Eloklah.

Petang tadi, Cleo teringat pulak kat kawan sekolah dulu. Amelia. Rindulah kat dia. Kami tak selalu dapat hang out sebab kelas lain-lain. Tapi tiap Jumaat, we'll meet up and play table tennis sama-sama. Dari mula lepas lunch sampai boys balik dari solat Jumaat. Sebab time tu ja boys tak conquer tempat tu. Kat blok gegurls ada meja ping pong tu, tapi bapak buruk! Nak main pun stress sebab bola melantun ke mana hala, meja tak stabil. Waaaaa, rindulah! Dah tua-tua ni, tak dak geng nak ajak main. Dulu ada lah sorang, yang sama-sama semangat beli bat ping pong, bola. Tapi, it just last for a week. Lepas tu dah tak nak main. Alasan: tak pandai main. Adoih. Stress Cleo. I'm not a star either, bukannya wakil negara, apatah lagi wakil negeri. Kita main suka-suka. Bukan masuk pertandingan. Ehmmm ~~

So... what now? Dah macam zombie dah rasa ni. Bosan gila hari-hari, Fb, Twitter, Insta. Fb, Twitter, Insta. Fb, Twitter, Insta. X_x

Yang boleh terasa nak berblogging balik ni pun, sebab semalam terbukak blogspot. Perasan banyak juga blogger yang masih aktif ye. So, jari-jemari ni terasa nak menaip banyak-banyak, macam suatu masa dulu. Terasa nak sahut cadangan Dr OT, share the ideas or articles tentang kajian. Tapi, nantilah. I'm thinking of writing a book dulu. Alang-alang ada kawan offer join dia terbit buku.

So, tak pa lah. Cleo rasa nak proceed with that one la dulu. Wish me luck!


One day, insyaAllah.




It is time
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, September 11, 2015

[ The Point Is...? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Ya ampun, lama betul tak update. Tadi kat rumah dah karang dah nak update, tetiba laptop tak dapat connect wifi. Sedih! Terus terlupa point yang dah susun tadi. Aduh....

Setengah jam melengu... I can't recall what's my point tadi... Aduyai...

Tak pa lah. Esok-esok kalau ingat update lain.

Sekian.




*sigh*
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~