Monday, December 16, 2013

[ Kasih & Sayang ... Untuk Kamu ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Long time no see, eh? Tak po lah. Pagi buta ni, tak dapat nak lelap sebab tadi dah puas lena, 10.30 malam baru bangun pi cari makan. Lapaq weeyyyy. hahaha

Today, this whole day, been to Bandaraya Kuala Lumpur menaiki kenderaan awam with my big sis, nak settle kan hal majlis dia. Adey, letih! Baru buat satu part. Fuuuhhh ~~

Yang nak jadi ceritanya bukan hal tu. Only one part of the whole story - BUT - makes a thought for whole day, or maybe the day after. Cleo cerita bukan atas niat lain-lain, tapi.. mungkin berguna untuk yang membaca, sebagai memperingati orang yang susah. It begins ...

Masa ni, kami dah setel semua benda. On the way balik, nak singgah Sogo dulu beli Chatime. Sebab tak tau mana Coolblog. hahaha. Masa keluar dari Kompleks Pertama, ternampak sorang pak cik berkopiah dan berjubah putih, duduk tepi kaki lima. Yang pelik, jubah tu memang putih bersih, serious. Makin mendekat, baru perasan ada anak perempuan dia duduk berdepan dengan dia (terlindung dengan pak cik). Makin dekat lagi, nampak nasi putih, yang baru dibuka dari bungkusan. Yup, semata-mata satu bungkusan penuh nasi putih. Tak dak secalit kuah or seketul lauk langsung.

We passed through them. Sebelum tu rancak bersembang, kami terdiam sepanjang melalui laluan tu. Cleo berpaling semula ke arah anak dan ayah tu. Nampak ayah dia kuis-kuis nasi, untuk suap ke anak dia. Sikit-sikit dia amek dari sebungkus nasi tu. Terus terdetik di hati, mungkin nasi sedang dicatu untuk makan malam. Sebak!

Terus Cleo pandang kakak, mungkin dia juga terasa apa yang Cleo rasa.
"Nak belikan lauk tak?"
Terus Cleo angguk laju-laju.

Kami patah balik sebab sebelum sampai tempat pak cik tu, kami lalu medan selera bangunan tu. Sebelah tu KFC. Terdetik, kalau bagi KFC macam okay jugak. Tapi... mungkin pak cik tu menjaga makanan dia, sebab sesetengah kawan Cleo sendiri ragu-ragu nak makan ayam KFC. So, tak jadi. Terus ke bahagian nasi campur. Tak tahu nak decide apa, choice pun tak banyak, kakak Cleo amek ikan dua ketul, Cleo amek ulam kacang kelisa dua biji kacang kelisa. Bungkus. Itu sahaja, dibayar dengan harga yang sangat tak patut. No wonder. Mungkin sebab tu pak cik tu beli nasi putih sahaja. Mungkin. Cleo tak tahu. Tapi bagi Cleo, that's an obvious reason to be.

"Air? Macam tak nampak air je tadi."
Cleo angguk lagi.
Sebungkus air, nasib baik bungkusan besar.

Lepas bayar, kami bergegas.
"Harap pak cik tu ada lagi kat situ."
Yup, masih di situ makan dengan anak perempuan dia.

Masa kami serahkan lauk tu, ada satu bungkusan yang mungkin juga baru diberi orang sebab tadi tak nampak pulak. Pak cik tu, tunduk ja. Terima kasih pun, tunduk ja. Cleo.. sebak! Anak pak cik tu, diam. Diam tak kata apa.

Sedang kita, sehari-hari membuang sisa makanan. Kadang tengok setengah pinggan dibuang. Curse you. Yang dah dapat makanan pun, depan rezeki komen tak nak kalah. Pengkritik hebat segala rencah rasa. Curse you. Yup, Cleo dari kecil dididik tak buang makanan, tak membazir. Cleo sakit telinga dengar orang komen depan makanan, dah habis makan baru komen boleh la nak tolerate sikit. Sebab tu Cleo tak minat tengok reality show yang ada barisan juri kritik masakan. Dan Cleo paling ralat kalau dapat kawan yang makan dengan Cleo, jenis makan tak habis. Yang dah tau makan sikit tapi amek jugak bertimbun macam Gunung Ledang pun ada, yang memang makan nak jugak tinggal selonggok nasi, lauk dalam pinggan. Tak faham! Cleo tak faham. Bagi yang dah kenal, tak ada masalah untuk Cleo tegur depan-depan, habiskan jugak. Ada certain moment tu memang Cleo guna paksaan (tapi bagi yang dah kenal rapat la), kadang-kadang guna jugak ayat dapat suami soleh tu (untuk tujuan berebut makan yang last, serious orang buat lawak, lawak jugak tapi agak berkesan jugak), and sometimes walaupun bukan yang Cleo suka, Cleo guna ayat sedih, kesian orang yang kena musibah (contoh mangsa banjir sekarang ni). Jangan membazir. Kesian orang lain tak dapat makan apa yang kita makan. Memang, kadang Cleo pun ada moment yang makan tak habis, tapi lepas tu memang sehari rasa menyesal. Sebab Cleo memang gini, bila lapar teringat balik yang dah terbuang tadi. Hmmm...

Entah lah, sejak-sejak lepas dari degree, Cleo dah semakin sensitif. Banyak yang Cleo lalui, dulu masih boleh tahan tapi sekarang... sebak! Air mata tu tak payah tunggu drama. Cukup dengan drama kehidupan tiap-tiap hari. Tu pun still kena jugak label hati kering.. tak po lah.. hati kita basah tapi tak menitik sampai menyusahkan orang lain dah cukup memadai, rite dear?  =)

My dear, wherever you are, whatever you do, ingat pesan ini, pesan untuk Cleo jugak.

Kalau mengingati orang tersayang tak mampu menginsafkan kita, ingatlah mereka yang masih memerlukan kasih sayang. Kalau kita rasa tak disayangi, berikanlah kasih sayang kita pada orang supaya orang lain merasai masih wujud kasih sayang dalam dunia dia. Sungguh, kasih sayang hanya pinjaman dari Allah buat kita, apa salahnya kita berkongsi sesama makhluk. The only thing yang tak naik harga and tak pernah hilang nilai is love.

Buat sang pemimpin, secara totalnya anda gagal. Buat sang penyokong, secara totalnya anda gagal. Buat sang pembangkang, secara totalnya anda gagal. Buat anak muda, secara totalnya kita juga gagal. Tak perlu Cleo huraikan, bagi yang masih ada kewarasan dan kematangan akal, Cleo yakin dalam konteks ni you understand it very clearly.

Sebagai individu, sejauh mana kita berkongsi dunia ni. Mungkin kita kalut kejar skrol ijazah, kita lupa orang yang masih hidup dalam dunia kita. Cleo pun gitu lah juga. Astaghfirullahalazim. Mungkin lepas ni, kita boleh cuba sikit-sikit. My dear, tak perlu susah-susah. Mulakan dari yang kecil, try untuk permudahkan urusan orang lain mungkin, atau juga memberi senyuman tika mendung di dunia bro or sis lain mungkin. At least it can be a cure untuk hati kita yang semakin mengeras, moga mengalir kasih sayang dari yang lain untuk kita jugak. Ameen.





Warna dunia
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

3 comments:

riihulwardah said...

muhasabah seketika =)

Ezuan Saad said...

Allahurabbi...

Inilah realiti cebisan kisah marhaen yang dihimpit oleh kerakusan sang penguasa yang haloba.
Ini baru secebis..
Yakin, masih bertebar cebisan2 kecil kisah sebegini di celah2 lorong kehidupan kita.

Semoga Allah menggantikan kehidupan mereka (dan kita) dengan lebih baik di akhirat kelak.

Sebut pasal makan, dulu masa kecil2 slalau bawa bekal ke sekolah. wan takkan tinggalkan secebis sisa pun. sebab rasa kesian kat mak penat2 masak tapi anak tak habiskan. kadang2 tinggal sambal pun paksa telan... anak soleh :)
heh!

Thanks for the great entry.

p/s : tukar background, susah nak baca~

Unknown said...

alhamdulillah, tahniah wan! akhirnya jadi org yg soleh utk org yg solehah jugak ye.. huhu

ntah bilalah cerita hidup insan-insan ni nak sampai ke pedulinya si pemimpin.. merata alam diorang boleh hantar wakil, gabenor, duta, tapi sayang, tak ada pulak yg sampai ke jalanan tempat sendiri.. biarlah sibuk urusan paling besar, sedang tak dilupa urusan paling kecil.. semua tu tanggungjawab yg terbeban bila angkat sumpah dulu..

yg bground tu thanx bg taw, insyaAllah lepas ni free skit, org tukar hehe gomennasai atas kesulitan :D