Thursday, November 20, 2014

[ Kisah Kampung Makam - Kisah Pisang Emas ]

 With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


Here and back again ~

Cewah.. bajet macam Bilbo Baggins dah ni.. haha! Kali ni, Cleo nak berkongsi kisah Kampung Makam, Georgetown. Tempat membesar ayahanda Cleo. Sebelum ni selalu abi tell us stories zaman kecik-kecik tapi ni baru terdetik hati untuk buat post khas. Yang before ni dah bercampur aduk, biasalah, ala-ala diary tu. Semua benda diletak sekali satu page. haha.

Hari ni makan malam kami tutup dengan pisang emas as dessert. Sambil-sambil abi pulas pisang, abi berpantun:
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti

Cleo menyampuk, "Apasal la sebijik ja yang masak? Padahal sesikat tu ada sekali."
Abi gelak."Sebab dia sebijik ja dok ataih peti." Hahaha.
"Masalahnya, baru ni terpikir. Pelik benor pantun ni. Dah la masak atas peti, pisang ni tak terumbang-ambing ka dok tang tu? Selamat pulak dia sampai masak." Hahaha.
Abi: "Yang bestnya pantun ni, kaya pulak orang tu. Hutang emas boleh bayar." Hahaha.

And then abi bukak cerita.

"Dulu-dulu, abi, nak dapat makan pisang emas ni, hari Jumaat ja. Nak dapat makan nasik minyak, malam orang baca yasin kat masjid kampung makam tu. Time orang pukul gendang raya tu, ada orang mai gantung pisang banyak-banyak (tunjuk gaya pisang digantung sederet kat palang). Haaa masa tu budak-budak sukalah. Bila tok imam dah nak mula sembahyang, budak-budak nanti buat saf kat bawah pisang-pisang tu. Tok imam angkat takbir ja: Allahuakbar! Budak-budak pun angkat: Allahuakbar! (sambil tunjuk tangan dok cabut pisang emas) hahahaha. Dah dapat pisang, simpan masuk dalam poket. Dulu kan pakai baju melayu, ada poket tu. hahaha.

Budak-budak dulu pi sembahyang jumaat pakai songkok. Mana yang ambik banyak tu, tak muat poket dah, boh pisang dalam songkok. (buat gaya) Lepas tu, time rukuk, bergolek habeh semua. hahaha. Tu yang orang dok marah tu. hahaha. Mana yang tergolek tu pulak, dia tunggu sat gi time nak bangun sujud, dia kaut sekali (gaya kaut pisang, sekali pakai songkok atas kepala). hahaha.

Ada sorang budak ni, nama dia Udin. Dia besaq. Besaq dari budak-budak lain. Sebelah dia ada budak pendek ja, alah, budak kecik. Orang angkat takbir, dia kalut nak kaut pisang tak sampai-sampai. Udin ni geram, dia angkat budak ni, pusing, letak dia kat luaq pagaq masjid. hahahahaha. Pagaq masjid dulu rendah ja, buat dengan papan. Bukan macam sekarang, tembok tinggi tu. hahaha. Budak tu, punya hangin, dia dok tang tu, tak pi mana (buat gaya budak bebal, cekak pinggang, muka masam, tunduk sket, mata jegil kat Udin). hahaha.

Cleo tak tahan. Gelak sampai berair mata. "Budak tu tercegat ja kat situ? Abi? Dok perati ja?"

"Hahaha. Budak tu tak pi mana. Dia tunggu situ sampai orang habeh sembahyang. Abi bagi salam, dia dok lagi tang tu, dok tengok kat Udin. Habeh baca doa, dia dok ada lagi. hahaha. Punya hangin dia kat Udin. Nak pisang, tak dapat. Kena pulak dok luaq. Pisang tak dak, sembahyang jumaat pun tak dapat. hahaha.

Orang habeh ja sembahyang, ada la orang-orang yang pakat mangkit, tok imam dok baca doa lagi. Budak tu panggil Udin (tangan kat pinggang, muka budak tak puas hati): Udin! Udin! Beru****!!" (gelaran orang kampung kat Udin. Cleo tak dapat tangkap sebab abi dah tergelak-gelak. hahaha) Udin bengang, dia ligan budak tu. hahaha.

Budak kampung, depa mana takut kat orang. hahaha.

Dulu, kat masjid kampung makam tu, ada pokok keriang. Besaq. Ada musim dia, buah-buah banyak, macam buah anggur tu. Ada banyak banyak banyak (tangan tunjuk gaya gugusan-gugusan buah). Budak-budak sukalah dok panjat pokok tu. Satgi kan, pak cik-pak cik yang mai sembahyang panggil la depa turun: Hey, turun! Turun! Hampa turun! hahaha. Budak yang ataih pokok, tengok macam ni ja (gaya budak tak mau turun pokok, peluk tubuh) kat pakcik bawah tu. Depa mana mau turun, tak kisah la, pakcik tu bukan boleh panjat pokok tu. hahaha.

Macam-macam budak-budak kampung dulu..."

- The End -

Tu lah kisah yang abi kongsi malam ni. hahahaha. Tak larat gelak. Abi, kalau bercerita, gaya tu mesti ada. hahaha. Haa, ni gambaq pokok keriang.


Ni gambaq buah keriang.




So... itulah kisahnya. Bagi Cleo, beza nakal budak dulu dengan budak sekarang. Tul tak? Hmmmm. InsyaAllah nanti Cleo nukilkan lagi kisah-kisah dari abi kat sini. Ye lah, kita semua koi dok tua. Kubur dah dok panggil. Nanti-nanti, ni ja lah yang dapat ingatkan kita balik masa-masa yang pernah ada dulu. Pesanan ringkas: Hargai selagi masih ada ~~




Bakal merindu
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment