Saturday, May 21, 2011

[ Nota Untuk Awak ]


With Allah’s love
Assalamualykum my dear


These are some words for some people in this world. I hope you get what I’m trying to say (or type). Tak tau kenapa, lately sangat terganggu dengan hal-hal ni. So, I decided untuk luahkan je terus.


***

Awak… Emm… Sy mintak maaf sangat sangat kat awak. Masa kita sama-sama pegi book fair tu, sy tau awak terasa sangat ngan sy, kan? Kan? Tak pe, awak tak bagi tau pun tak pe. Sy tau, awak nak diam-diam je kan? Tapi kat sini sy nak cakap jugak kenapa sy buat macam tu kat awak. Harap awak faham ye.

Mula-mula tu, masa awak tetiba beria ajak sy pegi sy dah rasa lain. Sebab awak tak macam awak yg selalu. Awak yg sy kenal, jenis yg suka tumpu untuk study masa study week, sy dah masak dah. Tapi kali ni awak beria-ia nak pegi jugak, mintak sy teman awak pegi sekali. Sy cuba tolak, sebab semester kali ni memang perlukan sy focus sangat-sangat dalam study week. Sy banyak buang masa semester ni. Tapi bila awak beria, sy tak sanggup nak cakap tak nak kat awak.

Few days sebelum hari pegi tu, awak tekad bagi tau sy yg awak nak jumpa kawan awak kat book fair tu, sebab tu mintak sy temankan awak. Hmm. Sy dah agak yg awak nanti bagi tau dia tu yg awak nak jumpa.

Awak, sy sayang awak. Ikhlas dari hati, sy sayang awak. Sy tak nak awak end up macam sy. Awak yg sy kenal, seorang wanita yg baik agamanya. Lebih baik sejuta kali ganda dari sy. Jadi sy tak nak awak mulakan jejak langkah awak kali ni macam sy. Sy tahu, awak pun tahu, permulaan itu adalah segalanya. Lebih baik menghindari dari merawati.

Awak, sy mintak maaf ye. Sy mintak maaf sebab sy langsung tak pandang awak ngan kawan awak masa tu. Sy tolak mentah-mentah pemberian dia, dan mungkin membuatkan awak malu dengan dia atas perbuatan sy tu. Sebelum awak jumpa dia pun, masa awak tengah berdebar macam nak amek exam tu pun sy buat tak reti je kat awak. Dah la buat tak reti, saja jugak sy cucuk-cucuk awak bagi awak marahkan kawan awak tu dengan harapan awak buat keputusan tak nak jumpa dia bila dia banyak songeh sangat dengan mesej-mesej dia tu.

Awak, sy mintak maaf ye. Sy sayang awak. Kalau yang buat macam tu orang lain, sy tak amek peduli langsung tapi kalau awak, sy tak boleh nak biarkan. Sy tak nak nanti hubungan awak dengan Dia rosak sikit demi sikit depan mata sy. Selagi boleh, sy sanggup buat pape je asalkan awak tak end up cam sy, walaupun perbuatan sy tu lastly buat awak sangat bencikan sy. Lebih baik awak benci sy dari awak dibenci Dia, kay?

Dan sy tak nak awak terluka kemudian hari bila orang mula bukak mulut menjaja nama awak sesuka hati. Orang ramai kenal awak, dan awak pun berjawatan tinggi antara kalangan kita. Awak tau kan? Sy pasti awak lebih arif tentang ni berdasarkan apa yg berlaku di belakang sy yg awak rahsiakan selama ni, kan? Mulut manusia, tak kira siapa dia masih tidak penat menjaja nama sesiapa pun. Jadi sy tak nak nama awak yang sememangnya berkedudukan tinggi tu merudum atas usaha baik diorang tu, apatah lagi bila hati awak disiat-siat bila awak sendiri terpaksa mendengar nanti. Mianata ~

***

Awak, sy rindu awak. Sy rindu nak berbual-bual dengan awak. Tapi susah betul rasanya nak hantar mesej kat awak. Nak pegi rumah awak pun sy rasa berat hati. Tak tau kenapa. Sy tak dapat cari punca masalah bila tentang awak. Hmm…

Mungkin … ya, mungkin … sy jadi fobia nak berbual dengan awak. Sy tak tau cakap apa dengan awak. Selalu sy buat kerja bodoh dan sia-sia, tapis topic yg bakal sy bualkan dengan awk. Sebab emm… sy takut tersilap topic dan buatkan kita berdua salah faham lagi macam dulu. Jadi sy buat keputusan, tak pe lah. Biarlah macam ni je daripada kita bertegang urat lagi.

Apa-apa pun, sy tetap rindu nak berbual dengan awak.

***

Awak, sy nak ucap terima kasih. Terima kasih atas nasihat-nasihat awak yg datang tak bermusim. Walaupun sy terasa, tapi nasihat yg awak bagi tu betul, dan sepatutnya sy buat macam tu. Terutamanya bila awak bagi nasihat tentang bersyukur tu. Secara jujurnya, sy tersentap masa baca mesej awak tu. Tapi, sy husnuzan. Bukan niat awak untuk menikam, tapi memperbaiki.

Terima kasih ye. Akhir-akhir ni, sy jadi segan pulak nak mesej awak. Mungkin sy tak tahu apa yg sy tuturkan ni, tapi gerak hati sy kuat mengatakan yg awak dah berubah. Awak semakin menjadi seorang yg baik. Bukan maksud sy sebelum ni awak tak baik, cuma sejak masa tu, sy mula rasa awak lebih baik berbanding diri sy. Pelik kan?

Tak ada yg pelik bila segalanya tentang dunia dan akhirat. Sekarang ni, kadang-kadang sy ambil masa untuk fikir sebelum sy tekan ‘Send’. Sy takut sy menjadi bahan pencemar kat usaha awak untuk menjadi seorang yg lebih baik.

Lepas sy baca entry awak tu, lagi sy rasa tak patut sy ganggu awak. Mungkin nanti usaha awak jadi sia-sia je. Tapi awak kawan sy. Banyak yg sy kongsi dengan awak, macam dah jadi satu yg kekok bila tak berkongsi dengan awak. Benci bila sy perlu membuat pilihan. Susahnya macam ni.

Sy tak nak ganggu awak walaupun awak cakap tak mengganggu. Tapi jujurnya, memang sy rasakan sy mengganggu. Cuma sy tak nak panjangkan cerita macam hari tu. Awak tau, sy di’denda’ atas perbuatan sy kat awak tu. Mungkin sebab sy dah buat awak terganggu dengan kenyataan sy tu jadi sy dah takut nak ulangi.

Awak tau, sy di’denda’ berjemur di tengah panas tengah hari tanpa bumbung atau pokok rendang yg dapat sy berteduh. Masa tu, awak berusaha untuk rungkaikan masalah tu tapi sy pulak berusaha abaikan mesej dan soalan-soalan awak dengan harapan awak penat, bosan dan marah, lastly awak pun malas nak amek tau. Sebab selama ni pun, kalau hal-hal tu terjadi, sy cuma abaikan dan biarkan benda tu berlalu macam tu je. Lepas tu buat-buat macam tak de pape pun yg jadi sampai la sy lupa tentang tu. Sy keluarkan kenyataan macam tu selalunya untuk menyenangkan hati sy. Sebab sy sedar, tu salah sy sendiri. Sepatutnya sy tak ada hak nak terasa dengan segala tindak tanduk awak melainkan awak betul-betul buat sesuatu yg menyakiti hati sy. Bila sy keluarkan kenyataan tu, paling kurang ia dapat mengingatkan sy tentang reality, mengejutkan sy yg dah lama terleka. Sy mintak maaf ye. Bukan niat sy untuk memburuk-burukkan awak. Tidak, bukan itu. Minta maaf ye.

Tapi, masa tu, sy betul-betul diberi pengajaran yg sy sendiri tak pasti apa moral values yg patut sy ambil dari kejadian tu. Selama sy tak hiraukan mesej-mesej awak tu dan sy cuba berdiam diri, selama tu sy tak dapat masuk ke rumah. Sy di’paksa’ menunggu di tengah halaman yg panas terik sampailah akhirnya sy bagi tau awak punca masalah tu. Selama sejam lebih sy di’jemur’ hari tu tapi sampai hari ni, cuma andaian yg sy dapat buat.

Awak, peristiwa tu membuatkan sy terfikir. Mungkin Dia sayang awak lebih dari sy, jadi Dia sangat tak suka bila sy ganggu kehidupan awak. Terkilan sy masa tu. Sejak tu, setiap yg berkaitan dengan awak membuatkan sy berfikir sedalam-dalamnya dulu sebelum bertindak. Sy tahu, awak faham kan? Sy tak nak sy jadi antara factor tersirat yg membuatkan cita-cita awak ter’halang’ kerana murkanya Dia. Dia sayang awak, dan Dia lebih berhak untuk awak dekati, jadi sy tak nak menjadi penghalang dari awak menerima kasih sayang dan rahmat-Nya. Bukan sy nak buang awak jauh-jauh. Tidak. Awak masih antara sahabat yg rapat bagi sy. Sy harap awk tak terasa dah macam hari tu.

That night, awak cakap kind of miss that moment, rite? And you hope that it’ll stay. Sy pun harap macam tu tapi it’s hard, you know. Sejak hari tu, sy rasa bersalah pada awak. Awak berusaha keras mencari yg baik tapi sy menjadi salah satu faktor penghalang. “Yang baik itu tidak akan pernah bercampur dengan yang sebaliknya”. Sy yakin awak pernah dengar kata-kata macam ni kan? Mungkin lepas ni kita semakin menyepi, jadi sy harap, apa yg sy cakap tadi awak faham ye.

Awak masih awak, sorang kawan yg sy rasa rapat dan senang berkongsi, tak ada yg dapat mengganti. Sy tetap akan berkongsi dengan awak, kacau-kacau awak, tanya banyak-banyak soalan kat awak, saja-saja malas nak buat dan mintak tolong awak buatkan, cuma mungkin tidak sekerap dulu. Sy cuba nak pulangkan balik masa awak yg sepatutnya hak milik Dia tau, sy cuba sikit-sikit. Sy doakan, kasih sayang dan rahmat Dia sentiasa bersama awak, menghadapi segala kesulitan hidup awak. Semoga Dia sentiasa di sisi awak, memberi semangat dan ketabahan untuk awak hadapi rintangan ye. Hwaiting! (Korean ni, means “Fighting!)


***


Tik tik tik
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

1 comment:

hana_aniz said...
This comment has been removed by a blog administrator.