Wednesday, May 28, 2014

[ Aku & Dia - Hingga ke Hujung Dunia ]

With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


Gila berhabuk blog ni!! Ngiahahaha. Ni bukti betapa pemalasnya Cleo semester ni. Allahurabbi.. Insaf la wey!!! Aigoo aigoo ~~

Okay, yang jadi semangat blogging balik ni bila timbul satu isu yang, seperti biasalah, Cleo rasa tak puas hati sangat! Sangat sangat sangat sangat!! OH GOSH! Nah kau. hahahaha

Al-kisah

Tadi Cleo keluar ngan my bro.. benda biasa bagi Cleo.. who else can you depends on instead of your siblings, kan? Lagipun tadi ada barang yang nak mencari, boleh ja budak tu cari sendiri tapi Cleo yang nak ikut sangat, kaki berjalan.. itulah kisahnya.. hahaha

Okay, nak katanya sini.. sangkaan buruk itu perkara biasa zaman ini.. sepanjang hari ni, sedih dengan respon mereka yang melihat kami adik-beradik tadi.. Cleo taw lah, kami ni jauh beza.. tak nampak macam adik dengan kakak sekali pandang.. tapi agak-agak lah.. yang paling sentapnya bila kami nak singgah solat asar di Wangsa Walk tadi.. ni memang kemuncak yang membuatkan Cleo sakit hati yang amat.. kebetulan sekumpulan pemuda yang mungkin baya kami ja, 20-an, baru sudah solat.. bila kami lalu, one of them tak semena said: Cepat sikit ye, sayang.

Gosh! Kurang diajar kau, dik! Cleo tak pasti adik Cleo dengar atau tak. Yang pasti, itu yang Cleo dengar. Agak-agak la kalau itu taktik awak menyindir untuk berdakwah. Hey you, kalau benarlah kata-kata tu tuju kat kami, bawak bertaubat boleh? Pantang betoi orang yang jenis menuduh ni. Ape ke halnya lah dia ni. What's the basic thing for da'wah, hah? Melulu tuduh orang ke? Gitu? Isy. Hangat hati ceq.

Tu tak kira lagi yang lain-lain all the way kami shopping and survey barang dari tengah hari sampai dinner tadi. Kejamnya dunia! Kalau ikut hati nak sentap: Tak layak ka muka Cleo ni bergelar kakak kepada adik Cleo? Sedar la kita ni, muka biasa-biasa saja. My bro tu, sekali dipandang murah rezeki terus. (logik... ka? hentam ja lah hahaha) Wey, sedih kot! Tapi, tu kalau nak ikut hati yang sentap la. Apa nak dikata, itulah manusia. Yang kita rasa dah kenal kitapun tak sengaja tersangka buruk kat kita, tersalah faham dengan kita, ni kan pulak orang asing. So, yang boleh kata nak pujuk balik hati: Biarlah, depa tak kenai kita. Depa tak tau langsung kalau tak tengok IC. Ntah-ntah kalau kena tahan dengan penguatkuasa jabatan agama, dia mintak tengok kad nikah apa. hahaha. (Mustahil lak rasa, penguatkuasa buat kerja malam ja yang Cleo taw.)

Apapun, yang nak jadi kesnya, sedih taw!! Uollss ni, kejam!! Agak-agak uollss pandang gitu ke kalau uollss jumpa those yang betul-betul couple? Bagusnya uollss.. maaflah, tapi mohon jangan pandang kami gitu, boleh? Kadang rasa impossible sangat depa tak boleh nampak iras kami adik-beradik. Beza sangat ka kami? Benci! Kejam! I hate uollss yang pandang slack kat kami selama ni. Kejam!! Salahkah kami beradik nak have fun together bila kami stress study? Salahkah kami beradik nak enjoy the day laughing and do whatever we want to do, wherever we want to do. Kejam laaaa!! Cleo tak suka!! Mencikkkkk!!

Kat sini, curse you orang Islam yang couple pastu kuor dating kat mall. hahaha Haaaa kaannn.. Dah tak pasai kena. hahahaha! Kalau nak tuju salah siapa, susah tu. Semua back to masing-masing lah. Untuk Cleo, sabo je lah. Dari kecik, pi library awam sama-sama pun dah kena. Inikan pulak bila dah besaq, pi shopping sama-sama pulak. Chooooooiiiiii sekali! *rolling eyes*

Buat lawak lah depa ni. Kuno punya otak. Kalau muka tak iras pun, boleh beza kot layanan antara couple ngan adik-beradik. Choooooiiii!! Macam orang tak pernah tengok dunia pulak depa ni. Kalau tak nak pikir luar kotak sekalipun, perbesaq sikit kotak tu pun kira orait lah, bro. Deal? Choooooiii ~~

Oh, and satu lagi, kalau kami couple, takkan lah kami berani mati nak dinner together dalam kafe marhallah tu. Choooiii lagi, bley? ^^

Kesimpulannya kat sini:
1- Islam itu asing, dan akan kembali terasing. If you know what I mean.
2- Kesian, depa tak dapat buat macam tu dengan kakak or adik perempuan depa kot. Sedas bagi sekali =P
3- Bagi pihak semua termasuk Cleo sendiri, husnuzhan itu tenang. Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum.

Sekian berita nightline hari ini. kih3













Hingga ke hujung dunia ini
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment