Tuesday, September 30, 2014

[ Yang Dulu ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Aku.. lebih gemar bersama yang tiada apa-apa, tetapi kemudiannya berusaha untuk memiliki sesuatu..
Aku.. lebih selesa mengenali yang jahil, tetapi kemudiannya berusaha untuk mengetahui sesuatu..
Aku.. lebih gemar mengenali yang biasa-biasa sahaja, tetapi kemudiannya berusaha untuk menjadi sesuatu..
Aku.. lebih selesa bersama yang keras hati, tetapi kemudiannya berusaha untuk menghargai sesuatu..

Aku... lebih memilih yang menyakitiku, tetapi kemudiannya menyedarkanku dari fana..

Kerana mereka itulah yang benar-benar mengerti jalan hidupnya.. mereka itulah yang benar-benar memahami siapa dirinya.. dan mereka itulah.. yang menetapkan sendiri pengakhiran tanpa menyalahkan permulaan..

Kerana itu, aku tidak pernah bosan mendengar kisah-kisahmu.. walau kadang aku terlupa.. aku sedayanya tidak menghakimi dirimu.. aku sentiasa mengingati dirimu.. seorang yang mewarnai hidupku.. melihatkanmu, aku kenali indahnya dunia..

Tetapi maafkanku.. jika aku pergi darimu.. setelah dirimu berubah.. setelah dirimu berjaya.. setelah dirimu memiliki sesuatu.. kerana aku tak bisa mendampingi golongan bernama.. aku tak bisa mendampingi golongan bertakhta.. aku tak bisa mendampingi golongan berkuasa.. kerana aku hanya aku, yang inginkan hidup manusia biasa.. bersama manusia biasa.. yang tidak pernah lupa, apa erti hidupnya.. kerana aku tak sanggup, mengulangi hidup yang dulu.. aku tak sanggup, menghadapi yang ku tinggal dulu.. kerana aku takut, kembali terluka seperti dulu.. maafkanku.. tapi ingatlah sahabat, tidak sesekali aku membencimu.. sayangku padamu tak pernah hilang.. seandainya dirimu kembali di sisi, takkan pernah ku pergi darimu lagi ~~




Memang sukar untuk mengerti
Hidup sering disalah erti
Bila tidak didengari
Itulah dipanggil duniawi

Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: