Sunday, November 7, 2010

[ Risau Itu Ada ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear


Hmm...... Ni lah perkataan yang selalu sebut lately. Tak terucap yang lain dah. Nak komen, tak terkeluar idea yang better untuk komen. Nak counter balik apa yang dibualkan, pun dah tak ada idea. Lastly, 'hmm....' je yang keluar. Mohon maaf ye bagi yang dah fed-up dengar perkataan tu or baca mesej camtu dari Cleo.

Tak tau la kenapa, tak dapat nak fokus dah sekarang ni. Nak kata banyak sangat fikir, hmmm.... (tengok la ni, kuar lagi hmm....) hmmm...

Risau betul... Sangat risau...
Firstly, sangat risau ngan Taming Sari ni. Kita nak tolong, kita pun tak tau apa yang boleh ditolong sebab masing-masing menyepi, diam tak dengar berita. Plus, hanya diorang yang tau apa kerja diorang, law tak cerita, kita memang tak tahu menahu la apa problem yang nak kita tolong tu. Nak minta laporan, hmmm.... Tu dah jadi formal sangat. Ya Allah... Ni baru sebut about pengurusan program, belum lagi atlet. Adoyai...... Yang dah mula komited ngan training tu, alhamdulillah... Yang masih dalam kepompong, tak keluar2 tu, hmm.......
Tak tawu lah kalau-kalau diorang ada training kat tempat lain on the same time, dah ada fitness. Cleo pun tak leh nak cakap apa sebab fitness pun tak tara mana Cleo ni.. Ni pun satu hal lagi yang SANGAT merisaukan Cleo.... hmmm.....

Tak tahulah, mungkin masing-masing ada komitmen yang lain.. Tak boleh nak kata apa la tu, kan? Tak tahu la Cleo pun... Kesian gak kat Abang Man (jurulatih kitorang)... Tiap-tiap kali datang, muka yang sama ja, bilangan pun mesti la sama kan? huhu... Kesian abang Man. Dia tanya sorang-sorang, sebut nama satu-satu. Gi mana? Tak datang ke? Ada hal ke dia tu? Dia betul ke nak main ni? Kategori apa dia nanti?
Haa... Ni baru abang Man tanya pasal atlet. Belum lagi yang under organization for our big program. Hmmm...... Hari last jumpa abang Man, berkerut-kerut muka abang Man tanya tu, tanya ni. Macam mana ngan tu, macam mana lak ngan ni? Ya Allah... Terdiam je masa tu, biar Pie (Pengarah) je yang jawab. Hmmm......

Risau jugak ngan program lagi satu ni.
Liga Piala Dekan ni... Ya Allah... sungguh, kat hati ni dah kurang keyakinan program ni boleh jalan. Sekarang ni, tengah tumpu editing kertas kerja, nak hantar balik kat PPP. New proposal. hmm.....
Lepas tu, nak kena contact balik dengan AJK semua. hmm.....
Tak tau lah, memang overall nampak benda ni no hal, kecik je. Tapi, lam hati ni....hmmm.........
Tak tau lah, mungkin terlalu banyak sangat fikir sal negatif kot, tu yang jadi tak tentu arah tu. Serabut ja jadinya. Rasa macam kepimpinan tak berkesan pun ada. Nama ja belajar kat kos kepimpinan. Ades...

AJK, MT semua ada number contact dah, tapi tak tercontact jugak. Susah bila dah tak serasi ni. Ye lah, Cleo faham. Sepatutnya Cleo la yang contact diorang, inform apa-apa hal kat diorang. Tapi, tak boleh ke at least diorang mesej, tanya about program ni? Seingat Cleo, tiga orang ja yang penah tanya sal tugas diorang. Alhamdulillah, ada jugak yang care about their responsibilities. Yang lain? Mahal sangat ke kredit kalau nak send mesej ke nombor Cleo ni? Nak kata ada beza antara number ikut negeri, aih, cam pelik je tu. Cleo pakai number luar negara? Lagi la pelik. Seriously, apa yang Cleo rasa sekarang is diorang dah tak amek tawu dah sal program ni. Ye la, sebab sebelum2 ni, dah banyak complaint asyik tukar tarikh, tak nampak gerak kerja pun, whatever2 lagi lah. Hmm....

Nak sakit hati pun, simpan je sebab diorang tak tahu kenapa semua tu jadi. Nak panggil meeting untuk inform sal hal-hal yang timbul, masing-masing cakap tak boleh, ada hal, ada kuiz, kelas ganti etc. Yang tak reply tu pun satu hal jugak. Nak meletup jugak rasa masa tu, tapi tahan je. Husnuzhan, mungkin diorang tak ada kredit. Ye lah, student life, bukan ada banyak duit pun. Kita pun student jugak. Hmm......

Kesian jugak kat sorang AJK Cleo ni. Sekarang ni nampak dia ja yang bersungguh nak jayakan jugak program ni. Semangat dia melebihi Cleo, ni Cleo mengaku sendiri. Bukan apa, Cleo mengaku, ni kelemahan Cleo sendiri. Cleo bukan ketua, pengganti? Lagi lah. I'm just a woman. Clearly, I have no rights to be a leader. Paling jauh pun, Cleo hanya layak berdiri sebagai pembantu and yang sebetulnya pun, tu memang post Cleo sekarang ni. And memang setakat tu je yang Cleo mampu pun. And sekarang, nampak macam AJK tu je yang dah ambil alih. Memang bukan dari segi tugasan, tapi ye lah. Hmm.... Cukup lah, tak sanggup Cleo cerita lagi panjang..... Cleo dah cukup bersyukur dia banyak bantu Cleo, banyak sangat. Cleo faham, dia dah mula sibuk ngan real life dia yang tak lama lagi dah nak tukar status. Tapi dia still tak lupa tanggungjawab dia untuk jawatan yang dia terima. Alhamdulillah... Selebihnya? hmm......

Banyak lagi tak settle ni ceq uuuiiii.....adoyai......hmmmmm...........

Yang pasal study ni, lain pulak.. Ya Allah, memang terasa sem ni paling teruk la.....isy...... Tak tau lah result ni nak dapat apa ceq oi....... Assignment? Semua buat halai ja... Tak ada satu pun yang buat ngan bersungguh 100%. Semua jadi last minit punya keja. Sangat amat berbeza ngan masa Tahun 1 dulu... Adoi....
Presentation? This is the worst in my whole life! Sem ni lah 1st time Cleo dapat rasa presentation Cleo yang paling amat hampeh! Hmmm...........
Exam and quizzes? Mid sem? Ya ampun....... Nak tawakal pun malu jugak, sebab usaha sangat lah...hmmm....  Cuma dapat berharap je la tak kena repeat any of the papers...... hmmm.......
Sangat amat tak suka sem ni....!!!

Now, move on kat training pulak. Adoi..... ceq buat apa la ceq....? hmmmm......
Stamina tak ada langsung. Walaupun masa MASUM dulu tak masuk pun, just join in training, tu pun tak lama, masa awal-awal ja, sebelum balik cuti sem, stamina tu memang boleh rasa... ada la jugak...
Ni? Jogging pun dah kurang, malas pulak tu.

Nak kata penat petang-petang lepas kelas, tak larat nak jogging, orang lain pun penat jugak gi kelas, Cleo. Diorang turun je jogging kat stadium tu. No hal pun?? (monolog) hmm.... Tak tau lah Cleo pun...
Target nak menang la konon Taming Sari ni, tak nak dah orang cakap menang sebab tak ada lawan etc. Tapi usahanya tak ada pun ceq uuiii.... Hmm.... Susah rasa hati ni........

Perkampungan untuk Taming Sari ni pun, dah boleh nampak yang Cleo mungkin tak dapat join. Bukan la nak bersangka buruk ke hape kan. Tapi... Hari tu dah slow talk ngan abi dah. 1st time, abi cakap macam bersungguh je nak bagi datang join perkampungan ni. 2nd time cakap, abi no respond. Tukar topik. 3rd time cakap, abi cuma respon, "Tak pa, nanti balik cuti bincang lain." Fuh...! Berderau darah, berdegup kencang jantung, bertakung air mata. Tak payah nak cakap banyak dah ceq uiii bila dah keluar statement tu dari abi. Ye lah, sendiri cari pasal. Bila keredhaan tu tak ada dalam tangan kanan, jangan harap la dapat apa-apa nak genggam tangan kiri....(sendiri2 paham la ye) hmmm........

Tak join perkampungan tu = Tak ada stamina = Tak ada confident untuk main dalam Taming Sari, perasaan yang sama macam TM yang lepas
Tak join perkampungan tu gak = Tak join in any meeting = Tak dapat jalan kerja untuk program = Laporan-laporan minit mesyuarat akan bertimbun untuk ditaip bila datang nanti

Surat-surat tu tak apa, dari rumah pun boleh siapkan je pastu terus send kat e-mail sekretariat tapi minit mesyuarat susah nak buat kalau tak join mesyuarat.. Blur ja nanti, nak type in maklumat pun sakit otak memikir. hmm.......

Tak tau la ceq uuiiiii.......... Hidup bukan sengsorang, semua kerja ada kaitan ngan manusia lain.. Nak buat keputusan, memang kena consider macam-macam. Hmmm..... Tersangat risau.................


Tengok gambar ni, hilang sikit risau tu. Tapi tak bermakna hilang terus. Berkesan kejap je tu.....hmmm.....






Hmmmmmmm.............................
Cleo

~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment