Sunday, February 7, 2010

[ For Today ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to all


Alhamdulillah....ku bersyukur ke hadrat Mu, Allah... Tamat sudah segalanya malam ini... Alhamdulillah...


Hmm... Kebelakangan ni mood lebih untuk type dalam bahasa Melayu. Okay lah. Tak ada hal. =)
Leganya terasa... Malam tadi dah lepas sedikit beban, tamat sudah sesi choir untuk FESSAT. Tapi dengar kata kami diserap pulak dah jadi kumpulan koir KTHO. Ya Allah, penat terasa menyusup jiwa bila dengar tu. Hmm..

Alhamdulillah, lepas ni boleh la concentrate untuk fakulti pulak. Insya-Allah, zizah, cuba yang terbaik untuk segala tanggungjawab yang diamanahkan. Jangan sekali pun terabai kerna ia mengundang azab yang pedih daripada Allah kelak. Ingat lah wahai diri ku, moga kau sentiasa berhati-hati hendaknya...


Hmm...Cuti Chinese New Year dah nak dekat. Tinggal lima hari je lagi... Hmm... Tak decide lagi nak balik ke tak.... Nak balik, reason : rindu kat semua... Tak nak balik : Kat umah sudah pastinya zizah ni tak tengok buku... Dah jadi tabiat...adoih... Tak mau la cari pasai... Isnin tu lepas cuti terus exam maharat. Jangan dok cari pasai la, Zizah. Arab kita tak mantap, tok sah la dok buat main ceq na....


Hmm... Banyak betul nak cerita ni... Tapi, tak apa. Lepas ni boleh update lagi blog ni. =)
Biarlah yang ni sebagai perkongsian terakhir untuk hari ni...
Tadi masa fencing, terasa bahagia and puas hati yang amat. Ya Allah, betapa ku bersyukur atas nikmat rasa kepuasan ini... Puas sebab dapat pegang blade dalam masa yang agak panjang dari selalu. Bukan setakat blade foil saje, sekali dengan epee and saber. Waaahhh....

Terasa puas yang amat sebab dapat belajar saber. Ya Allah, betapa ku mencintai saber. Sedari awal mendengar nama saber, hati ku telah berkata, itulah yang akan amat ku sanjungi, hanya dengan mendengar sahaja. Dan Tuhan ku, betapa pedih terasa di hati ini pabila mengenangkan hilangnya peluang ku tika ku mengundurkan diri... Tika ku mula menyintai fencing, mula bersemangat tuk memahami dan mendalaminya, telah ditakdirkan ku untuk berpisah darinya. Ku tahu, dan ku yakini, sememangnya hikmah di sebalik ini terlalu besar buat diri ku, kerna telah ku rasainya di kala ini. Namun tidak dapat ku nafikan, bergenang jua di pancaindera ini tatkala bilah pedang itu digenggam erat di telapak ini...

Telah ku lali dan fahami, setiap yang ku cintai perlu ku korbankan, demi keredhaan Mu duhai Penciptaku... Telah ku lali dengan 'perpisahan' yang tidak ku duga itu, kerna ianya tatkala hati ini sudah bertekad untuk bersamanya selamanya.... Saber, hadir dan pergi seperti yang lain. Bukan ku ingin ingkari, dan bukan ku ingin menempa murka-Mu, ya Rabb. Ku memohon pada-Mu Allah, tenangkan lah hati ini, buangkanlah kesedihan ini jauh dari ku, ya Allah. Sungguh, ku kan cuba redha dengan segala ketentuan Mu, ya Allah. Dan ku perlu bantuan Mu untuk mengatasi segalanya, wahai Yang Memahami...

Saber, moga suatu hari nanti kita berpeluang bertemu kembali...
Betapa ku akan merindui mu selama perpisahan ini, saber...
Sungguh, tidak ada yang menggantikan mu, kerna kau lah yang ku cintai sedari awal perkenalan...
Kerna kau lah satu-satunya yang menerima hati ini hanya kerna ku ingin lebih mengenali dan bersama mu, saber.

Saber, for the last time, I wish I could be with you till the end. I wish I could turn the time back. But it wasn't my choice. It was out of my range.
I wish, I wish, with all my heart, to meet Saber again no matter how and why, as long as I could be with Saber for a moment.



All out ~
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: