Wednesday, July 7, 2010

[ Tapi Tak Pe . . . ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear


Dear, nak tau tak? Nak citer ni. Tentang seseorang.... Dengar la ek?

* * *
Hari tu kan, berkobar-kobar mereka kate nak kekalkan persatuan ni. Dan berkobar-kobar la jugak semangat mereka yang mendengar ni. Bila sebut banyak aktiviti nak buat, sy nampak muka awak happy sangat. Pastu kan, awak semangat nak buat keje, awak nak pegang jawatan ngan tekad lam hati, 'Saya nak aktifkan balik persatuan ni macam dulu.' Dan bile awak dapat post yg awak nak, sy nampak awak tersenyum lebar.

Tapi kan, bile dah sampai mase utk awak berbakti, menjalankan tanggungjawab, awak hilang. Contact tak dapat, sms tak reply, hatta mintak awak tolong amek and hantar gambar awak kat pusan pun awak liat. Ya Allah, bantulah diri yg lemah ini.

Tapi tak pe. Sy redha, sebab sy dah jalankan tanggungjawab sy peringatkan awak tentang tanggungjawab awak tu. Mula-mula tu, sy ngaku, sy terasa amat sgt geram, sakit hati etc. Nak nanges pun ada, awak tau. Tapi bile sy fikir balik, sy salah. Tak boleh mcm ni. Sy kena ikhlas kan diri buat kerja-kerja ni, sebab ni tanggungjawab sy. Sy dah buat apa yg sy mampu, dan sekarang sy kene tawakal pada Allah je. Moga-moga awak dapat muncul dan bantu sy. Tapi ...

Tapi tak pe, lepas ni, kalau terpaksa, sy akan tanggung semuanya depan kaunter tu. Serious, puan tu tak garang langsung masa sy jumpa dia hari tu. Dia sgt baik, siap bg tempoh extra utk persatuan kita. Puan tu pun tanak bagi masalah and keluarkan amaran. Dia tanak tengok persatuan mahasiswa kite terbubar sebab perkara yg tak sepatutnya ni. Sy amat bersyukur mase tu, awk tau. Sebab tu sy rasa nak nanges. Awak, sy mohon, tolong la sy eh?

Tapi tak pe, bagi awak. Semuanya tak pe, sebab awak bukan yg bertanggungjawab dalam hal-hal ni. Salah sy sebab tak inform awak lebih awal dari mase sy hantar sms kat awak hari tu. Salah sy sebab ganggu awak mase exam hari tu. Salah sy sebab tak sms awak hari-hari, korbankan duit beli top up utk ingatkan awak pasal hal-hal tu. Sekarang awak dah ada alasan utk lepaskan diri awak. Jadi, awak tak perlu ambil berat hal-hal ni. Bagi awak, tak perlu respon pun tak ape. Sebab sy tau semua tentang awak, kan? =)

Tapi tak pe, ape-ape pun, sy dah tak marah kat awak lagi. Sy pun tak tau kenape, bile nampak awak, sy tak jadi nak marah. Sy senyum je, layan awak macam biase. Langsung tak teringat ape yg awak dah buat. Tak pe, sebab sy cube jadi profesional. Tak pe, awak tak perlu risau kalau terjumpe sy ye? =)

* * *

Hari tu kan, hari pertama sy kenal awak. Lucu, sebab mase tu sy dah betul-betul fed up ngan dunia ni. Sy dah penat dgn kebiasaan bile pegi je mane-mane, bende pertama yg kite nanti buat, cari kawan. Sy dah fed up sebab selalu je kawan yg sy jumpa tu cube ubah sy jd macam die. Tapi awak tak. Awak baik, sangat baik kat sy. Di mase sy berdiam diri, tak cube langsung bergaul ngan orang, awak datang. Awak kawan jugak ngan saye. Jadi sy letak tepi fed up sy, dan terus kan utk jadi kawan awak. Seronok kan?

Bile ade mase free je, kite kumpul pastu sembang-sembang. Citer sal awak, sy, ape yg jadi kat kite hari ni etc. Kalau ade problem je, sy cari awak, awak cari sy. Bile sy sms awak, awak pun sms sy balik. Kalau tak de kredit, masing-masing cube macam-macam cara nak bagi tau, supaya antara kite tak de yg tertunggu reply. Walaupun kite ade jugak berbeza pandangan, banyak jugak sebab awak golongan tu, sy golongan ni, tapi kite tetap bersame jugak.

Lama jugak kite jadi kawan, sampai sy rase kite memang rapat. Sy nampak, banyak yg kite same. Ade jugak yg berbeza tapi itu sy tak kesah, sebab sy terime awak sebagai awak, kawan yg sy kenal awal-awal dulu. Sebab awak jadi diri awak, sy rase kalau berbeza pun tak kisah. Sebab awak adelah awak, awak bukan sy.

Sampai lah sy yakin, utk kongsi citer sy ngan awak. Bukan citer biase-biase, tp citer yg bagi sy, hanya patut ditulis lam diari je. Tapi sebab sy yakin ngan awak, awak boleh bantu sy bile sy cite kat awak. And, sejak tu, sy makin rase rapat ngan awak. Betul, sy tak tipu. Memang lah diorg ade cakap-cakap, diorang taleh tahan ngan sy yg cepat marah, sy seorang yg tak de perasaan, hati keras cam batu, pentingkan diri, dan mustahil bagi sy utk ade teman rapat walaupun diorang sendiri tak penah berkawan ngan sy. Tapi bg awak, tak. Sy manusia jugak. Awak, sy amat sgt menghargai awak.

Tapi kan, sejak akhir-akhir ni, awak dah tak de. Awak seakan-akan hilang dari hidup sy. Awak, nape awak pegi dr sy ye? Awak pegi jauh sgt. Dan awak pegi dgn sekelip mate je. Serious, sy mula-mula tak baper rase sgt kehilangan awak minggu-minggu awal tu. Sebab sy kenal awak. Awak cume perlukan ketenangan, dan awak tanak tengok muke sy waktu awak marah sy. Dan mungkin jugak sebab sy masih terase ngan awak. tapi sy tawu, awak akan belagak cam biase, tegur sy mcm selalu awak buat, cam tak ade ape-ape yg belaku lepas awak cool down.


Sy tunggu awk. Mungkin awak nanti tanye khabar or something. Tapi awak terus diam, diam dan diam. Sy makin sedih. Sebab awak terlalu marah kan sy. Awak datang mase tu dengan persoalan-persoalan yg menunjukkan awak protes ngan kenyataan sy. Awak langsung tak macam waktu dulu. Awak soal sy ngan nada yg ....  Sy sedih, awak. Sebab awak letak semua kesalahan atas sy. Sy ingat, bile sy ckp mcm tu, awk akan fikir balik segalanya, fikir kenapa boleh jadi cam tu. Tapi sy salah. Ye, sy salah. Sy sentiasa tersalah. Awak tak tahu langsung ape-ape. Malah masih anggap awak .... Maaf, sy tak sanggup nak cakap tu kat awak.

Tapi tak pe, Lepas tu awak diam lagi. Teruskan hidup awak dengan cemerlang dan gemilang. Sy dengar tentang awak dari kawan-kawan baru sy, yg dulu sy perkenalkan pada awak. Awak buat tu, awak buat ni, awak rancang itu dan ini. Sy tersenyum. Awak mantap, awak bersemangat utk hidup macam selalu. Sy lak terus-terusan buang mase teringat ape yg jadi. Betapa bodohnye sy. Sy malu dgn awak. Awak terlalu perfect. Dari saat pertama sy kenal awak, awak sentiasa sempurna bagi sy. Sy tak setanding awak. Tapi tak pe, sy bersyukur dapat kawan ngan awak. =)

Tapi tak pe, walaupun dulu awak kongsi sesuatu dgn sy tapi tak lagi mase sekarang, sy tetap tau awak bahagia. Tak perlu awak kongsi pun, sy tetap dapat tau jugak. Sy baca komen-komen kawan-kawan awak, sy tau awak bahagia ngan diorang. Terguris jugak hati sy bile awak rancang dan jumpa kawan-kawan awak selalu tapi sy, awak terus lupe. Sy tau, mungkin sebab sy tak selalu dapat pegi jumpa awak bile kite terpisah, jadi awak anggap tak perlu ajak sy sebab dah confirm sy tak akan dapat hadir macam selalu. Terguris tapi tak ade ape yg sy boleh buat. Sy cume diam, dan anggap awak mungkin betul-betul terlupa. Kite semua manusia, manusia yg mudah lupe, sebab tu Allah suruh kite saling ingat-mengingati, betul kan awak? Maaf lah, sy tak ade ilmu sebanyak awak. Kalau ade tersilap awak tolong betulkan ye? =)

Sy jumpe awak hari tu, nak cite kat awak satu cite tentang sy, yg awak penah tanye lepas awak lame berdiam diri tu. Sy semangat nak cite kat awak, awak tau. Walaupun sy tau, kemungkinan sejarah berulang lagi. Tapi tak pe, sebab sy dah bersedia untuk tu, supaya lepas ni sy dan awak tak perlu lagi macam kutub utara ngan selatan. Tapi bile jumpe awak, awak nampak macam kekok je ngan sy. Macam kite ni bukan kawan rapat yg dulu tu. Pernah kan sy cakap kat awak, awak sukar nak cover perasaan awak. Sy dapat rase tu, awak nampak ... macam ... ntah la awak... Mungkin sy salah lagi. Patah terus rase hati sy nak kongsi ngan awak citer mase tu.

Tapi tak pe, sebab sy dah lali dgn semua ni. Mungkin benar kate mereka, sy tak layak dapat teman rapat. Sy salah kalau terus-terusan fikir macam ni, sebab akan bawa penyakit hati pada sy. Sy dah buat banyak salah kat awak sebelum ni, sy tanak buat lagi. Tak pe, sy terima semuanya. Awak dah happy sekarang. Sy senang hati bile tawu tu. Tak pe, sy harap awak akan sentiasa gembira. Walaupun awak dah membuktikan teori sy selama ni betul, tapi awak tetap awak bagi sy. Sy tak kan buat awak susah lagi, sy tetap akan balas komen-komen awak ngan happy walaupun ada terluke kat hati sy. Tak pe, luke sy ni boleh sembuh sendiri, macam dulu. Bile-bile awak perlukan sy, sy sedia tolong awak, tau... Sebab awak tetap kawan sy, dan sy cube sedayanye untuk tolong kawan sy. =)

* * *

Dear, time kasih ye luangkan mase dengar citer ni. Ringan nye Cleo rase. =)

Building new me


Cleo


~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: