Sunday, June 19, 2011

[ Add Maths . . . Apekah..? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Mende la kan. Tetiba sebut sal Add Maths. Nya nya nya nya ~
Hahahaha

Lately, this thing sangat mengganggu. Sebelum tido, da bangun tido. Time buat keja kat ofis, lam keta nak balik umah. Haaaiiizzzz....

Okay, it's like this. Kalau sebut or dengar je perkataan add math, ramai yang nanti serupa orang fobia. haha.
"Pergh.. Tak pernah lulus subjek tu."
"Wah, usah disebut bro. Serabut otak ooo..haha"
Pape je lah. Selagi bernama manusia. huhu.

Actually, if you ask me, I'll say nothing. Sebab yang sebenar-benarnya, rasa menyesal tak sudah bila teringat sal add math ni. Betul-betul terkesan di hati. Mari kita baca satu cerita yok ~
P/s: Cam biasa, law terasa nyampas, amaran awal : Jangan skrol down. hehe.

Al-kisah...

Dulu, kini dan selamanya, saya suka matematik. teeettt...!!
I'm not kidding, okay.

Masa tadika dulu, selalu kena marah ngan ustazah (gi tadika PASTI dulu, cikgu semua subjek panggil ustazah) sebab buat keja laen. Apekah kerja tersebut? Adalah sorang lil girl ni terlalu ghalit buat soalan-soalan matematik dari buku teks matematik kakak dia. haha.

Puas kena marah kat tadika, balik umah pun buat lagi. Habeh buku teks tu, dah tak reti nak buat apa. Ye la, dulu kan tak banyak lagi buku-buku latih tubi melainkan yang cikgu bagi.

Masa sekolah rendah, selalu dapat 100% tapi tak kisah la, kawan-kawan lain pun ada yang dapat 100% gak. Ramai je. Cuma makin naik darjah, makin kurang la bilangan murid tu. Pastu nanti naik pentas amek hadiah subjek terbaik ke hape ntah tu untuk maths. Wah. Masa tu memang berbunga-bunga walaupun tak dak orang cakap tahniah. huhu.

Naik sekolah menengah, masa baru kenal-kenal, biasalah, ada yang tanya-tanya suka subjek apa. Masa ramai-ramai interview tu, boleh la nak kata keliling kawan-kawan cakap suka subjek lain, paling tak suka matematik. Toin. Masa tu, nak ngaku suka math pun rasa cam dalam bahaya ja. haha. Kalo ngaku, kompem kena setempek kat dahi, poyo je dak sorang ni. Toin toin. So, jawatankuasa ad hoc antara akal dan hati buat keputusan: Ngaku ja suka BM ngan English. ahax. =p

Okay, next!
Day by day, kesukaan tu walaupun di'ignore'kan, tak pernah terpadam. Cuma hilang la tabiat buat extra solutions tu, tapi kalo ada homework, tu yang pegang dulu. Selagi tak siap, yang lain pakat tak sentuh la. huhu.

Pastu, naik menengah atas, mai pulak add math. Pergh. Dugaan awal-awal tu, senior-senior dok buat  cuak pulak.
"Siap la ampa, add math tu payah la."
"Boleh terbakaq otak taw."
Macam-macam lagi la yang depa dok tanam.

Tapi, to me, you have no proof sis. So, sebelum mula kelas lagi, dah set otak, no hal la. Tak de yang susah kat dunia ni. Ikhlas belajar, tuntut ilmu. And alhamdulillah, berkat tu, Allah permudahkan. Susah la sangat kan. Bukan nak riak kayh. Cuma pengajaran kat sini, bila kita positif, ikhlas hati nak tuntut ilmu, Allah bantu kita mudah nak hadam ilmu Dia. Cheers girls =)

Memang la tough tapi kalo tak paham, tanya la. Cuba sedaya upaya. Pernah kitorang buat group gi tanya cikgu form three tu. Well, masa tu cikgu yang ngajo gi kursus kot. Dia bagi banyak homework. Pastu ada satu sumber gi tau, cikgu yang ajar kitorang masa form three tu terer add math, cuma dia tak ngajo sebab bagi dia, dia tak reti ngajo, dia cuma reti tolong selesaikan masalah je. Kita bagi soalan, dia buat terus jalan kira, dapat jawapan. Dia tak reti nak hurai. Of course la jawapan dia betul. Kerja rumah tu dapat sekali ngan jawapan. Kami cuma kena tunjuk kat cikgu jalan kira ja bila dia nak check. huhu.

Ingat lagi, soalan-soalan tu cikgu compile lam satu buku kuning. Kami guna dari awal tahun sampai akhir tahun form four. Buku teks rasa cam boleh kira brapa kali pegang. Hmm. Ada kawan tu sampai lunyai buku dia. I admit, dia memang terer and pakar la lam add math. Dak laki kan. I ni, sekadar budak normal je. Duduk lam kelas keliling dak-dak pandai. Kecik je rasa. huhu.

Walaupun rasa cam tu, tapi tak pernah rasa putus asa lam add math. And alhamdulillah, tak pernah fail add math. Selalu dapat B je. huhu.
Tapi memang enjoy buat add math bila tak dak keja walaupun kadang-kadang cover dari kawan-kawan. Ye lah, manusia kan. Memang sifat suka perlekeh. Tu yang payah tu. Well, memang la kita tak sepandai depa tapi tak perlu la nak perlekeh bila kita mencuba ye dak? =)

Masa tu, tak ada lagi penyesalan. Naik form 5 baru bermula kisah penyesalan. Okay, naik form 5, ntah cemana boleh terlepas masuk kelas depan. Adoi. Memang penyeksaan jiwa dan raga. Depan, belakang, kiri, kanan manusia-manusia yang memang tip top lah. Lagi la rasa kecik je dok lam kelas tu. ngiahahaha.

Awal-awal tu, memang berharap sangat dapat cikgu add math yang ajar masa form 4 tapi apakan nasib. Mesti la dia bagi cikgu yang better untuk kelas tip top. Tapi sakit gak ar dapat cikgu tu. Cara dia ngajo memang untuk students yang genius ar. Tak layan dow students cam kita ni. Terpinggir ja ku rasa. Tapi tak pa, tu semua cobaan. haha.

Oh, FYI, naik form 5, cikgu yang ajar form 4 tu amek dua kelas je kot, yang lain cikgu sorang lagi pegang. Perbezaan: Cikgu form 4 tu usaha sehabis baik tolong students yang tanya soalan tu sampai students tu paham and dia pun rasa puas hati. Cikgu form 5 tu tak, paling koman pun dia nanti cakap kamu boleh tanya dot dot dot, dia tau cemana. Apekah... tak paham nape cikgu suka buat cenggitu. Sangat tak best okay. Bukan semua orang suka berkongsi ilmu ngan kawan dia, bukan semua orang ada skill nak ngajo kawan dia. Yang selalu dengar, bukan lah, buat camni la, camni. hisy!! Tu yang buat ku nyampas je nak bertanya kat students genius. Tak beradab sopan dow. Law tak nak ajo, cakap je la, tak de la kita gi kaco dia study. Heee... nyampas tol. Wex wex.

Okay, stop. Back to the point. Walaupun cikgu buat cenggitu, tak pernah nak rasa stop. Cuba la belajo sendiri ngan bantuan buku rujukan. Boleh la nak maintain B tu sampai exam tengah tahun. Ni kemuncak. Masa cikgu nak bagi result, cikgu panggil sorang-sorang gi tempat cikgu, baru bagi kertas. Komen-komen apa yang patut. Certain students je dia sebut markah (of course la yang dapat A). Selamat tak sebut markah. hihi.

T A P I . . . haisy.... Tibalah turn cikgu panggil nama kita. Yang pasti, cikgu susun kertas ikut dari highest ke lowest. My name? Antara yang low marks la. Ye lah, yang atas-atas tu semua yang dapat A bro. Kita B ja. Masa tengok markah, lega gak la. Ingat kot fail. Orang lain semua cikgu cakap okay ja ngan depa, bagi tau sket-sket sal solution yang diorang silap tu. Me? Awal lagi dah kena: Ni bila nak dapat A ni?! Pergh! Satu kelas diam terus. Bapak malu dow. SMKA kan, ramai mana la sangat students lam satu kelas tu. Paling tinggi 37 orang camtu la. Adoyai nasib....

Muka masa tu tak tau merah tahap hape dah. Diskriminasi amat terasa. Apesal kita sorang ja kena ngan cikgu..? Memang lepas tu doa je lah cikgu cepat-cepat bagi kertas, balik tempat. Tak dengor dah hape ntah yang dia merepek depan kertas-kertas tu. Hmm...

Duduk ja kat tempat, memang tak pikir hape dah. Muka yang sememangnya garang ni lagi tambah cuka. Kawan pun tak berani nak mintak tengok markah (macam selalu la kan). Balik tu, memang hilang positif tu. Ni la bermulanya benda paling bodoh lam hidup. Memang tekad dalam hati, malaih dah nak nuntut ilmu dari cikgu ni. Do not mention add math depan saya. I hate it. Pergh. Lepas peristiwa tu, memang tiap kali cikgu ngajo kat depan, kita buat keja lain. Tak pun tido je terus. Nyampah nak dengor suara cikgu tu. Ya ampun. Sangat bodoh kan?

And exam lepas-lepas tu memang result tak pernah lulus kot. Line untuk add math lam buku rekod merah je. Nak lulus hape nye, tak masuk langsung ilmu. Ape ntah cikgu sebut sal graf-graf tu. Merepek je sorang-sorang kat depan tu, ke hulu ke hilir cakap tak berenti. Mata pun asyik pandang kat genius student tu je. Baik tak payah masuk kelas, panggil je budak tu gi ngajo kat tempat cikgu, kan senang. Geram tol ngan cikgu yang memilih ni.

Tu kelas yang memang tak boleh lari. Bila petang, ada kelas tambahan. Lagi la. Sayonara. haha. Tak minat kita nak masuk.

Hmm... Masa tu terasa cam nak tukar je gi masuk kelas yang cikgu form 4 tu ajar. Rindu cikgu tu. Cikgu yang baik. Hmm...

Dapat result SPM, bersyukur jugak tak fail. Tapi sedih tu tetap ada. My favourite subject tak mampu dapat A. Hmm...

Masa tu, penyesalan tak melambung lagi. Sebab tak sedar rentetan kisah result exam dari awal form 4 sampai SPM. My habit, lepas exam, tak tengok balik kertas soalan. Lepas tengok result for the first time, tak tengok balik for 2nd time. Sebab tak nak effect untuk next paper or time belajar sebab rasa down.

Yang rasa masa tu, bersyukur sebab tak fail add math, and menyesal sebab tak dapat A. Takat tu je. Sampai lah hari tu, nak tulis resume (Kat UKM dah ni). Bukak file nak tengok sijil-sijil, jumpa buku rekod. Tak pernah bukak pun buku rekod lepas amek dari cikgu dulu. Bila bukak, tengok result. Baru sedar rentetan skor add math. Masa tu baru sedar tak pernah fail add math selain exam lepas exam tengah tahun form 5 tu, which is lepas peristiwa tu. Hmm...

Masa ni, memang amat sangat terasa menyesal gila-gila. And rasa bodoh gila. Kenapa la tak terpikir cari inisiatif lain kalau tak suka kelas cikgu tu pun. At least, rajin kan diri gi jumpa cikgu form 4 tu ke, hape ke. Hmm.... Ni, memang nasi dah jadi bubur. Hmm... Nyesal weh. Sejak peristiwa tu, sampai saat tengok buku rekod tu, sangat membenci add math. Masa dapat matrik tu pun, tak mau pi sebab add math. Bodoh tak? Bodoh kan? Hmm... Lastly, end up la hidup lam sastera kat form 6. Masuk sini, memang tak pernah belaja langsung sal matematik. Nak pegang buku matematik, rasa malu sangat. Ye lah, mana ada orang buat math when you actually didn't have the subject in your syllabus kan? Tu lah saya. Selalu buat benda bodoh. Selalu pikir benda tak masuk akal. Memang akan ada orang mengata tapi tak lut pun, bukan nya boleh mati kan? huhu.

Tapi, memang, kalau ada orang tanya benda paling menyesal lam hidup, mungkin mulut cakap lain tapi lam hati, peristiwa add math ni yang paling menyesal lam hidup. Dek kerana kebodohan masa tu, sampai sekarang  terpisah jauh ngan matematik. Kalau tak, mesti dapat belajar macam-macam lagi. Tambah pulak kalo dapat sambung belajar math bila masuk u. Wah.... mesti best. Tapi sekarang... dah rasa cam matematik ni kekasih yang tak boleh declare je. haha. Sakit tu menusuk tiap kali ada yang sebut-sebut sal maths or even tetiba diorang gi sembang topik subject yang best bagi diorang. Hmm...

Pengajaran: Sila jangan ikut perasaan ye makcik. huhu. Adoyai ~

* * *

"Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
Kini kau pergi, dari hidupku
Ku harus relakanmu
Walau aku tak mahu..."

Tetiba lak kan? =P






Penyesalan hingga mati
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment