Wednesday, June 29, 2011

[ Curi Masa Sikit ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Sebelum apa-apa, nak sampaikan doa sikit kat kawan-kawan yang dua tiga hari ni pakat down. Girls and guys, walaupun saya tak tau hujung pangkal cerita, cukup dengan post you all about your feelings, saya doakan moga Allah ringankan beban kamu ye. Moga Allah lapangkan dada kamu dari segala kekusutan dan kegalauan. Amin.

And, sebelum start membebel, nak wish tahniah tahniah dan tahniah untuk kawan-kawan Pencak Silat UKM yang dah penat bertarung lam MASUM. Ada yang pulang dengan gembira, ada yang pulang dengan calar di hati. Cheers kay. Lumrah dunia. Apa-apa pun, selamat pulang ke kampung masing-masing dengan selamat ye. Yang bakal grad tu, nanti join le team alumni UKM pulak untuk Taming Sari IV ye. hehe.

Okay, dah.

Actually, sangat merindui jogging kat sana, training ngan diorang, lepak-lepak, semuanya lah. Dan sangat jeles bila tengok gambar-gambar diorang happy sama-sama kat sana. huuuu. If only . . . dah, dah. Tak baik if if ni, kan? Astaghfirullahalazim.

Stop, stop. Sebenar-benarnya nak citer sal lain nih. Adoyai. Shuh shuh.

* * *

As you know, tiap-tiap pagi saya lalui Penang Bridge untuk ke ofis. Means tiap-tiap hari lah saya merentasi lautan tu. Dear nak tau, selalunya hari cerah je tapi ada certain hari-hari yang hujan lebat, tak pun sekadar berkabus sebab malam tu dah hujan or cuaca sejuk gile.

Dear tengok tak cerita The Fog, main character Smallville tu berlakon.


Lam citer ni ada babak kabus tebal datang dekati budak lelaki kecil yang tengah main kat pantai yang sangat luas. Masa tu kabus berarak agak laju la. Cam biasa, kita set tu arahan pengarah filem, nak bagi seram sikit. Tapi cuba bayangkan, benda tu jadi betul-betul depan mata dear. Peh. Seriously, totally, menyeramkan. Saya merasainya dan masih terasa walaupun peristiwa tu dah sebulan lepas.


Gambar hiasan.

Masa tu saya ngan ayah atas jambatan. Hari kelam sebab pagi buta hujan lebat yang amat. Masa ni dah tak hujan dah. Pukul 7 lebih dah. Selalunya masa ni matahari dah terik dan cahaya tu amat menyilaukan. Tapi hari ni tak. Dan macam biasa, saya suka pandang ke luar tingkap, tengok pembinaan jambatan kedua penang dari jauh. Selalunya, boleh nampak tiang-tiang jambatan yang dipacak dengan jarak yang sama, nampak bayangan kapal-kapal berlampu pembawa bahan binaan. Mulanya, memang nampak bayangan walaupun kabur. Tapi lama-lama, makin kelam then terus tak nampak bayangan, tinggal lampu-lampu spot yang suram.


Gambar hiasan.

Bila kami sampai ke puncak jambatan, makin banyak lampu-lampu tu turut hilang, satu per satu. Peh, dah berdebar dah masa ni. Cepat betul kabus tu berarak. And moreover, it's coming towards this brigde. Pergh. Lagilah seram. Kereta-kereta banyak, so agak jam and memang semua bawak slow pagi tu. Ye lah, jalan licin lagi, kelam pulak, laluan tak clear.

Memang berdoa je la kabus tu tak sampai sini. Ada satu bot besar, agak dekat sikit antara bridge dengan Pulau Jerejak. Pertama kali tengok, kabus tu jauh lagi. Tengok depan kejap sebab ayah brek mengejut. Tengok balik bot tu, eh! Dah hilang! Ya Allah! Masa tu memang doa paling khusyuk la lam hidup. Meremang habis satu badan.

Tengok belakang balik, memang dah tak nampak terus kawasan pembinaan jambatan kedua tu. Yang nampak cuma satu garisan pemisah antara laut dan kabus tebal, yang macam tirai pentas opera. Pergh.

Gambar hiasan
Bayangkan macam gambar atas ni, sebijik. Cuma Dari jarak jauh. Hmm.

Alhamdulillah, kabus tu cuma berhenti sampai situ. Mungkin sebab range jambatan ni dah mula ada bahang dari kereta-kereta, motor-motor, lori-lori ni. Tapi serious. Tu pagi yang amat seram bagi saya. (Cam tajuk karangan zaman UPSR je pulak).

Itulah flash back saya. huhu.
Tapi, hmm. Memang pengalaman betul. Ingat kot jadi kat negara-negara luar je, tak terpikir negara sendiri pun ada lautan jugak. Huuuuuu..... Seram deh ~

Tekad lam hati: Tak mau rumah dekat ngan laut. Totally seram!
Tapi kalau dah jodoh, tak boleh nak buat apa dah... *pape ntah*

P/s: Walaupun gambar hiasan, memang situasi sebenar 90% macam tu. Heeeeerrrrr ~


Goosebumps
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment