With Allah's love
Assalamualykum to my dear
Okay, after the silence at last I have the mood to share again - of course I will share it here, cuz it's my hobby =P
There're things happened but I remember only some of them. A part of it leaves me with questions, and a part of it gives me inspirations, and some of it just something junks.
Well, the question is, perlu ke....? Ntah la ~~
Nak kata sakit hati, ada jugak sekelumit - mungkinkah kerana ego...? Ada kaitan ke...? Read and think, shall we? =)
1. Terasa ngan satu kenyataan ini: Haa... nanti boleh la dia masukkan sikit silat dia tu. Mungkin ni hanya kenyataan biasa, tak ada niat nak menyakiti hati tapi ntah, tak tau kenapa, terasa jugak. huhu. To you: Sorry to say but I always get it wrong when it comes to you. Maybe we're just not meant to be together. =P
Solution: It's okay, I'll try to cope in positively. =)
2. Penulisan ini: "fahamilah falsafah decision after acception..falsafah dan prinsip daripada sami'na wa ato'na kadang kala kene guna kawan2..bukan menolak syura tp kene fhm dururiah (situasi) kita sekarang yg kesuntukan..kita kene yakinla dengan ketua kita dan dia mesti lebih faham apa yg perlu d lakukan buat masa skrg..ape arahan yg kuar kita dgr jer dari *********..risau rasa hormat kita pada ketua hilang..hormat budaya sistem khalifah kita org dakwah kene amal.."
Perlu ke sampai macam ni...? Serious, bagi saya memang tidak boleh diterima logik (skema plak =P). Okay, sy faham, situasi ni agak rumit sebab melibatkan pensyarah. Tapi, hmm.. Tak tahu lah nak cakap macam mana sebab tak pernah deal ngan pensyarah untuk program. Tapi, siyes, ape kaitan plak nih...? Adoih. Tolonglah, you sendiri dah state kat situ, kesuntukan masa. I repeat KESUNTUKAN MASA. ".bukan menolak syura tp kene fhm dururiah (situasi) kita sekarang yg kesuntukan.." Kalau nak order baju pun, confirm la kena AMAT MAHAL, nak mintak discount? Pergh.... cuba lah, kalau berani =P
Anyway, dah kesuntukan masa. Masa yang tinggal ini seharusnya tidak dileburkan dengan men'design', meng'order' baju di saat akhir yang mana banyak memberi implikasi yang kurang disenangi. (Dah biasa buat program kan? Takkan tak dapat baca lagi what might happened if it's this way?) Seharusnya masa yang ada digunakan untuk persediaan program agar perancangan yang terhasil itu berjaya melancarkan perjalanan program. Bukan setakat terhasilnya satu plan sahaja, tetapi terhasil juga beberapa plan sebagai back-up if something happen. Dengan ahli yang banyak, membantu memerah otak, semestinya lebih banyak perancangan dapat tersedia. Benar bukan?
Okay2, pening eh? Jom baca dari awal story.
Satu program bakal dijalankan dan pengarah program telah memberitahu nak kutip duit rmXX utk program jabatan, some of it sebagai bayaran baju program seperti yang direquest oleh pensyarah2 pengiring sedangkan dulu semua dah setuju tak perlu buat baju dah sebab dah buat masa tahun 1, nak guna yang tu ja. Tanpa bermesyuarat, keputusan dibuat and then katanya lah, jabatan tanggung 50%.
Ada segelintir yang tidak setuju atas sebab tak bincang dalam mesyurat dan jugak bercanggahan dengan persetujuan majoriti dulu. Salah seorang telah menyatakan hasrat di hati tetapi tiba-tiba dicantas dengan kenyataan di atas. - Okay, dah dapat kefahaman situasi? Good. Teruskan.
Sirius, memang kena bertegas, this thing memang agak membebankan. Tak la, pikir jap, kita students, duit yang ada pun cukup nak sara diri je. Sikit-sikit lebih tu maybe nak guna tambang pi balik kampung ja. Lagi sebahagian tu, kan dah guna untuk masa depan, dulu dah rancang siap dah. kuota untuk benda alah tu dah digunakan. Kalau syarikat besar sekalipun, bila dah gunakan kuota tu, memang tak approve lagi dah nak keluarkan duit. Bimbang berlaku kerugian, kalau istilah yang betul, pembaziran kat situ.
Sirius, perlu diingatkan balik, our life is a STUDENT LIFE. Hatta kalau tanya kat parents pun, diorang kompem2 tak setuju jugak. Ye lah, bukan senang nak jana duit, tetiba digunakan untuk ni semata-mata. Ntah la, hanya kerana nak jaga hati orang yang lebih perlu "dihormati", rakyat marhain kena berhabis duit. Tak ke pelik tu?
Cuba tukar mind set kita kepada student life tu, jangan ingat yang kita ni ada duit. (Jurulatih saya sering berpesan ketika kami handle program kelab, anggap kita ni tak ada duit. Berjimatlah. Hal ni mengajar saya bukan sahaja dalam pengurusan kelab, tetapi juga dalam pengurusan hidup saya.) Duit yang ada dalam akaun tu, telah diamanahkan untuk "yang lebih utama". Cuba tanya balik parents kita dulu, masa diorang tempuh student life, cemana ye? Tak tau lah dear pernah tanya ke tak kan, tapi saya memang tau my parents punya situasi campus students' life. Dan dari pengalaman diorang, saya amat sangat bersyukur dengan kesenangan student life saya. Dear? No comment ~
We have to be firm, kena bertegas. Bila dah nampak situasi ni akan menambah beban pada ahli kita, keputusan yang dibuat perlu difikirkan antara keperluan atau kehendak. Kenyataan anda,".bukan menolak syura tp kene fhm dururiah (situasi) kita sekarang yg kesuntukan.." Bukankah anda memberi cadangan agar dururiah = keperluan diutamakan? Hmm.. Kalau saya dalam situasi ni, terus terang dengan pensyarah2 berkenaan situasi, pilihan keputusan, implikasi. Bagi diorang jelas persoalan apa, mengapa, bagaimana.
Cuma yang tak.. nak cakap ke tak? Terus terang je la eh? Memang tak puas hati, ngan kenyataan seorang hamba Allah ni. Yang kat atas tu. Apa la kaitan pulak menyatakan hasrat di hati ngan tidak menghormati ketua?? Huh...?? Apekah?? Mengapekah?? PERLUKAH..??
Tolonglah, sirius, tak tahu lah berapa kali nak cakap. Rasanya, kalau boleh search keywords kan, dah berpuluh kali saya berpesan (dalam blog ni), nak cakap apa pun, think dulu. Saya...? Of course, fikir dulu ni. Kalau tak tak keluar ayat-ayat sebegini =P
Tak de lah, persoalan di sini, kenapa perlu dikaitkan dengan kenyataan kedua itu? Aisy. Pelik la. Kalau tak boleh, cemana ye? Kuku besi tu. Haizz... Siapakah pemimpin, siapakah yang dipimpin, bagaimanakah dia memimpin? Ingat, segalanya akan disoal kelak. Itulah tugas seorang pemimpin, perlu fikirkan keputusan yang terbaik baginya dan bagi yang dipimpin oleh nya. Banyak lagi alternatif lain rasanya, tapi bak kata insan tersebut jugak, kesuntukan masa. so, alternatif2 tadi memang banyak yang disqualified sebab kebanyakan alternatif memerlukan masa yang cukup untuk gerak kerja. Hanya satu yang nampak kat sini, kalau pensyarah2 tu nak jugak, design hanya utk mereka, bayaran pun dari mereka. Sebab we all semua dah ada benda alah tu kan? Memang dah sepakat dulu kan? Kenapa perlu abaikan kata sepakat yang dulu? Give me a very good reason please. Satu dah cukup untuk saya timbal balik dan buat keputusan untuk mengeluarkan duit demi kamu.
Aigoo. Asyik-asyik lari je. Bukan nak salahkan sangat pun keputusan pengarah tu, dah jelas dah tu, udah le. Nak sebut sal yang satu lagi tu. Tolong lah otak ku....hoho
Memang tak boleh belah langsung rasa hati ini tatkala membaca kenyataan tersebut. Ape la, adoi. Betul ke itu menunjukkan tidak hormat kami terhadap ketua kami? Betul ke? Kenapa pulak ye? Give me an explanation please. Sami'na wa ato'na dijadikan alasan.
Ingin saya menimbulkan persoalan ini, alasan tersebut perlu ke kalau keputusan yang dibuat itu mendatangkan kemudharatan kepada kami? Bukankah agama kita menganjurkan supaya menjaga yang lima (agama, akal, nyawa, keturunan dan harta)? Kenapa? Sebab itulah prioriti dalam kehidupan seorang hamba itu. Keperluan semula jadi yang Allah telah tetapkan. Benar bukan? Anda juga telah nyatakan, ".bukan menolak syura tp kene fhm dururiah (situasi) kita sekarang yg kesuntukan.."
Dururiah, anda juga bersetuju untuk melihat kepada dururiah yang bermaksud keperluan. Lihatlah pada keperluan, bukan kemahuan.
Lihat di sini, dari segi aspek komuniti kita sekalipun, pernahkah anda tahu, ada antara teman-teman kita terpaksa berpuasa setiap hari sebab tidak mempunyai fund yang mencukupi untuk menampung hidup di bumi UKM ni? Pernahkah anda tahu, ada antara teman-teman kita yang menitiskan air mata setiap kali menghulurkan wang yang disimpan demi tidak membazirkan wang sakunya, yang perlu digunakan hanya untuk hal yang penting kerana teringatkan ayahanda yang gering di kampung? Anda peka tentang itu?
Let's face it. Saya akui, perkara tu telah diusulkan dalam mesyuarat yang dah agak lapuk, dan ianya hanyalah mesyuarat kecil antara kami tapi adakah perkara itu juga dianggap lapuk, hal yang lama, mungkin telah dapat diatasi dalam masa tak sampai setahun ni? Atau tidak kah mungkin terdapat beberapa kekangan yang amat serius, malah lebih serius daripada ini? Fikir-fikirkan lah. Sebagai seorang insan yang berani mengeluarkan kenyataan di khalayak umum, sudahkah anda memikirkan sebaik-baiknya sebelum bertutur bicara?
Lagi, kenyataan ini,"kita kene yakinla dengan ketua kita". Kalau tak yakin, masakan kami bersetuju dia sebagai ketua kami? Kami yakin dengan keputusannya, cuma kami mohon dipertimbangkan kerana sebagai manusia, kita tidak lepas dari kesilapan ketika membuat keputusan. Dan kerana itulah perlunya syura. Selepas mendengar pendapat, barulah ketua diberi hak membuat keputusan yang dirasakannya terbaik untuk semua, dan setelah itulah baru diperlukan sami'na wa ato'na.
Tambahan lagi, apabila membaca kenyataan ini,"risau rasa hormat kita pada ketua hilang..hormat budaya sistem khalifah kita org dakwah kene amal" Eh, takkan hingga sebegitu rupa jadinya? Harusnya kita ketahui, arif tentang batasan menghormati seseorang itu, benar bukan? Adakah ini termasuk juga dalam hal ini? Jika benar, mohon huraikan pada saya yang tidak mengetahui tentang ini. If I'm not mistaken, insan yang menyatakan hasrat hatinya itu sudah cuba sedayanya menjaga tutur katanya. Kenapa? Kerana ada hormatnya pada sang ketua. Benar di situ, bukan? Atau salah? Langsung, bagaimanakah yang dinyatakan oleh anda dengan hormat di situ? Mohon penghuraian kepada hamba yang kurang arif ini.
Sepanjang saya bersama kelab pencak, banyak yang saya pelajari dalam meng'handle' program terutamanya yang diajar secara tidak langsung oleh jurulatih saya. Antaranya lagi yang dapat diaplikasikan dan diambil iktibar oleh kita: Setiap keputusan yang dibuat oleh ketua/pengarah/jurulatih kami, adalah berdasarkan syura. Tak percaya, tanyalah kepada setiap ahli kami terutamanya para MT. Bukan bermegah tetapi menunjukkan contoh yang ditunjukkan oleh mereka yang lain. Kita semua masih dalam proses belajar. Paling kurang, jurulatih/ketua.pengarah kami akan memanggil beberapa orang kanan, atau yang dipercayai olehnya dapat membantu dalam membuat keputusan demi kelab/program kami. Benar, apa yang saya nyatakan ini dijamin benar oleh saya. Di saat program belum bermula, gerak kerja sedang giat dijalankan, program sedang berlangsung, dan tidak kira ketika mana sekalipun permasalahan itu timbul, on the spot mesyuarat tergempar akan diadakan. Tak perlu pun susah payah panggil semua, hanya beberapa orang yang dipercayai telah mencukupi syarat. Bukankah itu juga yang sering dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubi berdasarkan buku terbitan PTS Publication? Salahuddin sentiasa meminta pandangan saudaranya, yang amat dipercayainya setiap kali keputusan perlu dibuat. Setelah mendengar pendapat dan pandangan, keputusan yang diambil adalah setelah akal fikiran digiatkan untuk berfikir. You see, tidak seharusnya keputusan itu berdasarkan pandangan si pemberi pendapat tetapi adalah satu keputusan yang dirasakan terbaik oleh sang ketua berdasarkan fakta dan info yang diterima daripda orang yang dipercayainya. Mungkin kenyataan saya tidak benar, mohon diperbetul kerana saya juga masih memerlukan pengetahuan lagi.
Cukup rasanya panjang lebar di sini. Hanya meminta penjelasan sesiapa sahaja yang sudi. Hatta, dipersilakan tuan hamba yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri untuk memperjelaskan kepada hamba yang kurang pengetahuan ini. Wallahu a'lam ~
Waiting for explanation
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
2 comments:
haih. atenyee..
haha nap niza...? ayat berbelit ke turut sama seangkatan ngn aizh...? hoho
Post a Comment