Sunday, October 2, 2011

[ Balik La, Balik. haha. ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Haaaaahh....!!! Akhirnya, tercapai jua hasrat mau pulang ke rumah walaupun seketika okeh. Alhamdulillah. Jumaat tu kalut-kalut bersiap, walaupun berkali-kali missed ktm, tunggu jugak. Saya tekad nak balik okeh. MESTI balik!

Bukan apa, kena balik jugak. Paling penting nak amek knee guard tu. Sy sayang lutut sy okay. huhu. Memang la boleh beli baru tapi... yang lama ada lagi, boleh guna lagi, kenapa nak beli baru? Mengada tahap cipan pulak nak beli baru segala, mengalahkan star. huhu.

Lagipun ada jugak certain things yg diperlukan especially aksesori laptop ni. Hari tu tinggal, ingatkan tak guna dah. huhu. Assignment dari cinta hatiku punya pasal, sy sanggup. huhu.

Yaaahh.. Masa tengah tunggu ktm, ada jugak sama-sama tunggu a guy, seems like a student, ngan a girl, pon macam student. Diorang ni same class kot, sebab tak banyak nyembang sangat kalo nak kata couple. Tengok gaya la kan. huhu. Sian jugak kat guy tu, sebab dia ada injury kat kaki, siap pakai tongkat. Cemana lah dia tahan lam train tu ye. Hmm..

Tak pa lah. Continue. Geram sangat kat minah-minah yg sama-sama tunggu train. Tak tawu lah nak cakap kan, tak salahkan takdir kita terlepas train tu. Tapi sangat menyalahkan diorang sebab kebengongan diorang tu. Haa. Amek ko. Ye lah, dalam train tu banyak lagi ruang kosong, tak reti-reti nak menginjak masuk betol. Nak jugak berhimpit kat ruang depan pintu tu. Bengong tak bengong. Habeh kitorang kat luar ni pe cer? Sangat geram. Sian kat abi ngan umi, kena tunggu sampai tengah malam kat Ipoh. Orang dah tepon, kalau terlepas ETS pukul 7, tak pa lah. Tak dak rezki nak balik. Dah nama pun ayah, mak. Nak jugak tunggu, sanggup tunggu anak dia. Sedih weh.

So, tekad. Untuk next train, kalau ada jugak minah-minah lain yg perangai cenggitu, memang nak cepuk je pale sorang-sorang. Masa awal tu, memang ada. Tak tunggu dah, cakap terus, injak masuk lagi boleh? Ramai lagi nak get in. Yang lain, memang pushing la. Sy memang tak suka tolak menolak, sentuh menyentuh ni. Buatnya orang yg tersentuh tu luka ka, jatuh ka, mati ka, tak pasai kita pulak kena sebab ada cap jari. Eee. Tak kuasa I.

Alhamdulillah, dapat jugak naik train. Tapi sedih la jugak kan, sebab while waiting tu, ETS yg pukul 7 will be arriving kat KL Sentral lalu depan mata weh. Masa tu memang nak gheyau dah la. Call abi, abi kata tak pa, tunggu ja. Nanti beli tiket ETS pukul 9. Sekali bila sampai sana, semua sold out! Yang tinggal 10.30 punya trip. Hati memang tertutup terus nak balik. Call lagi abi, cakap memang tak mau balik la. Gila ka, 10.30 dari sini, sampai sana 1 am. Kesian kot kat abi ngan umi. Masa tu memang abi pun macam dah pasrah ja, tak pa lah tak jadi balik pun. Dah siap pesan balik naik ktm tu nanti baik-baik la. Pastu ntah cemana, tetiba abi kata beli ja tiket tu. Balik. Keputusan terkejut tergempaq tak sampai 1 second lepas pesanan ringkas tadi. haha.

Gile lah, kalo ada orang laen mengutuk, mengata, mencaci mak ayah ku, memang maut la. Kita pun tak tentu boleh jadi mak ayah se'best' diorang ni. Tak payah la anugerah-anugerah bagai dari kerajaan tu, this couple walaupun selalu gaduh-gaduh, marah-marah kitorang, tapi tetap the best parents in this whole world. :)

Hmm. Balik tu, semestinya tak lepas dari mencari budak-budak kecik kat rumah tu. Waaahh... Mereka dah besar. Kiut-miut nya mereka!! Rasa macam nak bawak datang ukm ja, tak mau tinggal kat umah. hukhuk. Kat sini kucing semua tak comel, dah tua. Takut kat manusia pulak tu. Baru nak dekat dah lari sebatu. Eeee.. Stress. haha.

Tapi yang sedihnya, shiba tak ingat kat orang. Dia pun tak cam dah kalau panggil shiba. Maybe sebab orang kat rumah panggil dia nama lain kot. Hmm. Shiro ngan shila paham bila kita panggil nama diorang. Datang gedik-gedik. Lari-lari, bajet kiut. Eeee. Nyampas. Bila orang peluk kalut nak lari. haha. Kuangsam nya budak. haha.

Hmm. Sangat bersyukur dapat balik. Walaupun setengah hari ja ada kat rumah, tapi sangat aman jiwa. Handphone memang letak tepilah. Silent. Balik ukm baru tengok segala yg missed.

Huuuu. Tak pa, lepas ni memang tekad nak balik banyak kali bila ada free weekends. Biarlah orang nak kata membazir duit, korang tak nak balik jumpa family, tu hal korang. Me..? Masa untuk bersama diorang rasa semakin pendek ja, tak tau kenapa. Mungkin otak ni dah makin waras kot, umur masing-masing dah tak panjang. Time will pass, things will change, people will go to different destination. Hargai masa yang ada, betul tak? :)

Okay, tu ja nak bebel. Sangat happy dapat balik, and sekarang, insya-Allah cuba yg terbaik untuk teruskan kehidupan kat sini. Chaiyok!!! Adios ~



Dear Cleo - be good
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: