Friday, November 16, 2012

[ Mereka - Didikan Dia Untukku ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Missed me? I missed sharing with you. Dear, alhamdulillah, baru lepas join program with kids kat Batang Kali. First and second program dengan suasana baru, orang baru, leader baru, cara baru, segalanya baru. Gosh. hahahaha Macam-macam benda jadi dalam masa 6 hari. Fuh ~~

Alhamdulillah, macam-macam pengajaran Allah bagi. Macam-macam ilmu Allah didik. Sangat bersyukur Allah bagi peluang macam ni. Alhamdulillah. Jazakallahu khairan kathira untuk Acik and TBTC sebab bagi peluang ni. And jazakallahu khairan kathira jugak untuk adik-adik yang baru kenal sepanjang 2 program ni. Melalui kalian Allah mendidikku, moga melalui Allah juga lah balasan terbaik untuk kalian doaku. Amiin.

Truly from my heart, awal tu memang anggap: Okay, this is work, just work. Tak de niat pun nak go further like a family. Cukup la dengan pengalaman-pengalaman lalu, masa tu la rasa cam ni. So memang malas nak pikir to give them any chance get nearer to my heart. So masa taklimat and training untuk fasilitator tu memang serious je la, walaupun bos cakap cuba wujudkan suasana family. huhuhu. Hati keras betul. Tak nak jugak. Ye lah, faham-faham je la kan dear. You know better. hehe

Pastu, tiba time program.
Pagi buta keluar rumah sebab nak pegi amek Fi ngan Mira kat IPIS Bangi dulu. Then kami gerak gi TBTC sesama. Sampai sana, masa nak gerak tu, ramai-ramai kumpul, tolong-tolong, gerak bersama. Then sampai la di destinasi: Kem Cholo-Cholo, Batang Kali. Cantek! ^^

Then, angkut barang, preparation semua. Of course, diorang semua joking around, kita sekadar tergelak je la, tak kenal lagi masing-masing perangai cemana, takot jugak nak joking around suka hati. huhu.

Then, esoknya pendaftaran. Pergh!! Tak tahu la kenapa, macam-macam rasa. Serabut weh! Mungkin sebab sendiri jugak la, stress yang tak patot:
1. Try to do the best sebab pikir tak nak nanti ada buat silap masa first time kerja ngan orang baru. Tapi terlalu fikir sampai diri sendiri jadi gabra, kalut cemana tak tau la weh. Hampeh!
2. Ntah la. Salah silap yang dulu memang never did, never happened tetiba semua macam-macam buat kat program kali ni. Huisy! Stress bertambah!
3. Mungkin benda nak jadi, batuk-batuk makin teruk, muntah-muntah bagai. Nak makan pun pikir dua tiga kali, takut terkeluar balik. Allah.. Rasanya batuk-batuk ni mula dari rumah sebab dari rumah lagi sebenarnya dah stress pikir cemana nak perform first day kerja. Memang camni pun, batuk-batuk datang bila diri di tahap stress. Tu tanda-tanda awal. Hmmm.

Malam tu, postmortem, sekian terima kasih la. Memang mengamuk bos. hahahaha. Hadoi. Otak da stress sebab teringat salah-salah silap kita semua, malam tu pulak kena sebijik-sebijik kat dahi. Sekian! hahahaha

Esoknya, dah tak reti nak berdepan dengan bos cemana. Aigoo. Ye la, kalo dengan abang man, kita tahu cemana nak settle. Dengan Prof Bad, senang ja. Abi? Lagi la senang. Masing-masing dah paham cara masing-masing. Tapi, bos? Dah la kita orang baru, aisy, kenal hati budi dia pun belum, ni pulak nak tau dia orang yang jenis cemana kan. Nak nak pulak baru kenal terus da kena sebijik ngan dia. hohohoho. Banyak kali jugak la terserempak ngan bos second day tu tapi tu lah. Pikir kang kita senyum ke dia, dia lagi tambah sakit hati pulak: Boleh pulak dak senyum-senyum, tak tahu ke kita hangin ngan dia? Haaa sudah. Lastly, malas nak pikir ku buat tak reti ja teros. Dari dok stress tekanan pikir sal bos ni, satgi keja len tak jalan. Ah, tak dak masa. hahaha. Siyes memang buat tak reti dah terus kat bos hari tu. Keja gila. hohoho.

Malam tu tak ada postmortem rasanya, tapi ada jugak bos panggil kumpul nak briefing sal apa tah, tak ingat sudah. I, of kos la buat biasa ja. Lantaklah, you nak hangin tu hal semalam. Hari ni I nak setelkan tanggungjawab I. kui3.

Ntah cemana, petang lepas balik jungle trekking tu, terlepas jugak suara guruh ni. hahahahaha. Tak sengaja, termarah adik-adik tu. Bukan la, masa tu, tekanan tu still ada lagi, then, you know me. Sangat marah bila orang tak dengar arahan. Awal tu dah cakap dah kat adik-adik ni, adik, nanti tak payah masuk bilik, ambil wudhuk kat bilik air belakang, sebab bilik air belakang tu banyak ruang lagi. Cepat sikit boleh solat asar jemaah, tak buang masa. Tengah dalam kekalutan tu, ada jugak yang pegang tombol pintu, nak masuk bilik. Memang hangin terus la. Dah la dah lambat, nak masuk bilik lagi buat apa. Pergh! Masa tu perasan Najmi ja ada area tu, tak sedar pulak fasi lain pun ada. Tapi bila meeting, Mira tegur tu, sirius baru terpikir, oh gosh! Semua orang ada menonton bersama ka situasi tu? Ah sudah. hahahaha. Hamek kau. Ingat I diam-diam, sopan-sopan, tak reti marah? wekkk Silap besar korang kat situ. kuang3

Then hari ketiga, ada la jugak kalut-kalut tu tapi tak dak la sampai nampak sangat. huhuhu. Alhamdulillah, dapat adik-adik yang super. Paling sayang adik nama Izzah. Tengok nama la, nak dekat dah tu. hik3 She's a very good and bright girl. Ya Allah, tetapkanlah hatinya pada jalan-Mu.

Truly dari hati, kem pertama tu tak rasa sangat happynya, meriahnya. Maybe sebab tekanan-tekanan tadi kot. Tapi still, alhamdulillah dapat banyak input, dapat banyak belajar dari sahabat-sahabat baru. Fi, Mira, Ira, Amal, Kak Fadh, Kak Su, banyak ajar sepanjang program tu. Diorang pun tak berat mulut nak tolong gi tau kita silap kat mana, how to overcome the problem pas ni. Alhamdulillah, Allah temukan dengan diorang. Sangat bersyukur. Ni satu yang sangat berbeza dengan program-program dulu. Kalau nak kata ada ego, sanggup kerat jari, memang tak ada istilah tu dalam diri diorang. ^^

Yang nak ceritanya lagi, malam lepas hari kedua program tu, hati rasa nak call Wani sesangat. Baru je dengar Wani jawab salam, terus air mata mencurah-curah ke ladang gandum. hahahahaha. Ayooo. Tak tau la kenapa. Tak penah, siyes tak penah nanges kalo situasi ni happened dulu. Dalam bercerita tu, relax jap, nanges jap, gelak-gelak jap. Ya Allah, boleh gila jadinya. Penat jungle trekking, penat layan anak orang kaya yang macam-macam perangai pun ada, tekanan sebab setiap kali buat tindakan mesti ternampak kesilapan and kesalahan yang ada. Allah... Memang luahan betul malam tu kat Wani. Alhamdulillah Wani pun tak tido lagi masa tu, baru balik dari jalan-jalan ngan family.

Habis program first, petang terus sambung program second. Dengan anak-anak yatim. Ya Allah, setiap kali duduk bersama adik-adik ni, tersentuh hati. Tahan je air mata ni. Ya Allah, sepanjang program tu, rasa... ntah la.. kita kan tak ada adik perempuan, dulu teringin sangat nak rasa ada adik yang kita boleh care, boleh share. Adik lelaki, paham-paham je la. Hidup survival, lone ranger pun orite ja bagi depa. Care memang la care tapi beza. Lagipun, my bro la yang macam abang, kita yang depa layan macam adik. Hahaha.

Masalah? Memang ada, tapi ni dari pihak kita sendiri la. Lack of experience la kot. Dulu dengan consultancy lain, macam lain cara kerja. Dengan TBTC ni lain pulak. Biasalah. And yang tertak sangkanya, I've become someone yang sangat lain. Cukuplah dear tau, memang I jadi lain sangat. Hmm..

Sebenarnya, bukan la tanak show them sapa kita yang sebenar. Cuma.. mungkin sebab fobia la jugak dengan pengalaman lepas kan. Ye la, setiap orang penerimaan berbeza. Kang takut ada yang tak senang dengan kita. Hmm. Tapi ada jugak la terbukak bit by bit and some of them dah mula nampak, kita ni agak manja. And ada yang anggap kita ni anak last. Tambah pulak bila kita kata tak dak adik nak sharing and caring, maybe diorang faham kat situ kita maksudkan anak bongsu kot. huhuhu. Sorry, you all tak tanya, I pun tak teringat nak bagi tau. huhuhu.

Gambar-gambar kem first:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.426206477445064.102038.117819994950382&type=3

Gambar-gambar kem second:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.426238437441868.102042.117819994950382&type=3

Apa-apa pun, alhamdulillah, sangat bersyukur Allah beri peluang berprogram bersama orang-orang yang special and antara the best person yang pernah jumpa macam diorang ni. Ni antara insan-insan yang sekarang jadi my new family, insyaAllah till jannah ^^

My leader: Acik
Sepatutnya panggil encik tapi sebab dia muda lagi, umur 25 tahun, nak panggil abang dah pelik jadinya, so he decide panggil dia Acik. Acik, kalau betul-betul kenal dia, memang teringat Abang Man, my coach. He is someone yang care about kebajikan orang lain. Walaupun selalu tak ngaku. Sirius. Otak dia, memang the best. Memang sesuai la Acik ni jadi leader. Tabik hormat la. Acik, kalo dia marah, hahahaha. Sebijik macam abi. Tak dak beza. ^^

My brothers: Abang Megat, Amin, Afiq, Azizi, Najmi

Abang Megat ni dah around 40s kalau tak silap. Abang Megat, sorang yang considerate, rendah diri, selalu tergelak buat orang rasa senang nak communicate. Nak macam sifat kebapaan tu pun ada la jugak. He's someone yang ada hikmah dalam komunikasi.

Amin, gaya dia memang gaya sorang cikgu yang sangat baik. Tiap kali tengok dia teringat Piee, sebab gaya mereka amat serupa. Tinggi pun dah nak sama, beza Piee gemok la, dah lama tak training. hahahaha. Sorry Piee :p Amin, umur dia 21 tapi sangat matang dari segi percakapan dia. Tabik lah. Memang buat kita rasa kecik nya diri kita banding dia walaupun dia muda dari kita. Ilmu dia lebih banyak dari kita..

Afiq, budak 19 tahun tapi macam orang 25 ke atas. hahahaha. Siyes, ni sorang lagi. Memang banyak belajar dari dia walaupun diam-diam dia. Tak tau la dia nipu ke memain ke about his marriage sebab kitorang gugurls ni memang tak de sorang pun yang percaya. hahahaha

Azizi.. sorang fasilitator baru jugak, student IPG jugak, Terengganu rasanya. Ya Allah, senang cakap semua budak-budak ni dari IPG. So memang banyak la terernya psikologi ni banding kita. Kita apa ada. huhuhu. Dia join kem first ja. So kenal dia sikit ja la. Sorang yang pendiam jugak, tapi boleh nampak macam jenis ustaz jugak dari segi komen-komen yang dia bagi. Hmmm.

Najmi, tak sempat kenal sangat tapi from my observation, he's a sempoi guy. Suara dia ya ampun, memang gerun budak-budak. hahahaha. Tambah ngan body dia yang tegap tu, memang sesuai la jadi disiplin. kikiki. Najmi pun ada masa program first ja. Hopefully pasni jumpa lagi laen kali, insyaAllah ^^

My sisters: Kak Fadh, Kak Su, Fi, Mira, Ira, Amal

Kak Fadh, first jumpa pun dah agak, dari air muka, she's someone yang susah nak berenti bercakap. hahahaha. Tapi ye la, kita pulak yang tak reti nak bercommunicate ngan kak Fadh. She's a kind person, sorang yang care jugak. Senang rasa bila ada dengan kak Fadh. Suka melawak, selalu kena paku ngan Acik. Masa mula jumpa, orang ingat kak Fadh ngan Acik kazen, sebab muka nak sama. Selalu melawak sesama pulak tu. hahahaha.

Kak Su, sorang yang... kiut! hik2 Kak Su staff TBTC, bukan cam kitorang, fasilitator sambilan ja. Kak Su, senang jugak rasa bila dengan kak Su. Kak Su dulu study kat USIM. Banyak jugak belajar dari kak Su. Mekasih kak Su! ^^

Fi, orang Sabahan. Talkative jugak! And Fi kalo da start gelak, ya Allah.... Susah betul nak berenti. Masalahnya kita pun la jugak terkena tempias. Kita pun bila nampak orang gelak da susah nak nak berenti jugak. Aigoo aigoo hahahaha Fi, walaupun umur 20 tapi siyes banyak ajar kita sepanjang program. Alhamdulillah. Fi bukan yang jenis suka tengok orang lain buat kesilapan, kesalahan, so Fi ni dari hemat beta, sorang yang memang akan cuba jugak bagi tau cemana pun kalo kita ada salah silap kat mana-mana, and sebolehnya nak tolong kita perbaiki. Bagus kan? ^^

Mira, sama kampus, sama umur ngan Fi. Mira sekarang study foundation kat IPIS Bangi, Bahasa Arab. Pergh! Masa first kenal-kenalan tu dah tabik dah. Mantap sey orang yang boleh amek arab ni. hohoho. Mira, sorang yang sangat sopan berbanding kita. And Mira pun jenis yang suka berkongsi. Macam-macam dapat dari Mira sepanjang sebilik ngan dia. Mira ni, mengaku sendiri, sorang yang ego. So bila ada orang ego ngan dia, dia cuba jadi lebih ego. hahaha. So, senang la nak handle, bila da tau dia jenis camtu, kita pun pandai-pandai la kan. huhuhu. Mira, kalo tak kenal, orang ingat dia marah, tapi sebenarnya tak. Mira ni sorang yang tegas dalam lembut. Great kan? ^^

Ira, sorang yang just like me, pendiam. Sampaikan diorang selalu confuse Ira dengan kita. Aigoo.. Ira, umur 23 tahun, IPG jugak. Tapi tak ingat dia cakap amek apa ritu. TESL sama ngan Fi ke tak, ntah. Dah lupa. Ira, sorang yang detail. Sangat detail. Nak nak pulak kalau berkaitan dengan duit, memang detail. She's good at her work. Dia boleh collaborate ngan sesapa pun. Ira tak join second program.

Amal, hmmmmm. hahahahaha. Orang first beta ingat nama sebab dia sangat huha huha. Tapi dalam huha huha tu dia jaga jugak hati orang, bukan huha suka hati dia ja. Amal brings out the noise, a good one. haha. Suka bergosip. Masa jungle trekking tu, sempat lagi kitorang bergosip walaupun da penat, da stress ngan adik-adik tu. hohohohoho. Tapi, bila dia marah, memang nampak kegarangan dia tu. Jangan memain adik-adik kay.. kikiki Amal, sama umur ngan kita cuma, ye lah, mungkin sebab dia suka huha huha, nampak muda dari kita. Untung la Amal. hahahaha Amal pun tak dapat join second program. So Amal ngan Ira da balik dulu tinggal kitorang kat kem. Huuuu. Hope nanti boleh jumpa lagi Amal ngan Ira, amiin.

So, tu la my new family, insyaAllah. Ada lagi sorang, kak Piah, tapi tu nanti lah. Next program ngan kak Piah, masa tu baru dapat kenal betul-betul okay ^^

Acik - Abang Megat
Najmi

Amin - Azizi - Afiq - Abang Megat
Me - Kak Fadh - Ira

Fi - Amal
Mira
Gambar kak Su tak de la pulak. Ye la, dia photographer. Gambar-gambar ni pun amek dari collection company. huhuhu.

Orite, so this is my new family, and insyaAllah I'll make sure we'll be together till jannah, amiin. ^^

Who knows, masa apply cuma harap dapat pengalaman bekerja, semata-mata tu. Tak harap pada gaji, tak harap pada any relationship. Tapi, ya benar, yang menentukan itu Allah, bukan kita. Alhamdulillah, Dia lebih mengetahui tentang segala sesuatu ^^




New family, new surroundings, new motives to live the life
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment