Saturday, December 27, 2014

[ Kisah Kampung Makam - Kisah Jodoh ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear



Malam ni, actually, tiap-tiap malam, tiap-tiap masa sekarang ni, tiap kali cleo balik kampung (yang tak berapa nak kampung ni), abi banyak bercerita. Nak-nak pulak dua tiga minggu ni all sorts of things happened all around us. Dari sekecil-kecil matter to sebesar-besar keadaan: banjir.

Sebelum mula bebel and lupa benda penting ni, cleo seru yang tengah membaca ni, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat kedua arwah suami isteri and remaja yang hilang nyawa (setakat ni tu je yang diconfirmkan pihak media), and also sebaris dua doa untuk saudara dan sahabat kita yang menghadapi ujian besar tahun ni. Cleo harap sahabat cleo dari sekolah rendah tu selamat. Masih tak dapat sebarang respon dari dia, mungkin juga bateri dan kredit disimpan untuk hubungi keluarga dia. Sama-sama kita doakan moga Allah berikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang hadapi banjir atau tak. Makin merapu racau masing-masing cleo nampak. Sama-sama kita beringat, ujian Allah untuk apa? Apakah reaksi kita menunjukkan kita dalam golongan orang-orang yang bersabar atau tidak? Apakah tindakan kita membantu dalam meringankan dan mengingatkan saudara kita akan kekuasaan Allah? And banyak lagi, tak perlu rasanya cleo senaraikan. Satu kejadian ja dah cukup banyak benda yang dapat otak kita tafsirkan. Terpulanglah pada kita memilih.

And by the way, cleo nak seru sahabat-sahabat UKMians, if you are free and available, and DAPAT IZIN FROM YOUR PARENTS, jom lah pakat kita join jadi Sukarelawan Banjir UKM. Volunteers needed untuk selepas banjir. Cleo dah daftar, hampa? =)

Okay. So, malam ni abi bercerita about Syed, his friend kat Kg Makam which is 10 years older than him. Syed ni, duduk kat Kg Makam, tapi kerja kat Alor Setar. Hang bayang la lagu mana dia tiap-tiap hari dok berulang pi balik, pi balik. Cleo tanya abi, Syed tu naik motor ka hari-hari? Abi kata dia naik bas. Subuh-subuh dia dah pi keja.

"Syed tu kata apa tau, aku pagi-pagi keluar pi keja, bini aku bukak kedai. Balik keja, aku tutup kedai." (gaya tangan, mohon bayang sekali naa)

Yang boleh bukak cerita ni, sebab esok cleo ada nak attend walimah senior cleo yang kenal kat ukm. Family pencak silat, Kak Farhan & Fakri (YDP KPSUKM masa cleo tahun satu). Esok kenduri blah kak paan, bulan satu nanti blah fakri. InsyaAllah masa tu kami ramai-ramai konvoi dari ukm to penang. Dua manusia ni, antara senior paling sempoi. haha. Kenangan toi.

Bila bagi tau kat abi kenduri kat Perlis, abi katalah kena keluaq awai. Sebab esok orang Kedah keja. Kalau pukul 4 tak lepas Alor Setar, naya sangkut jem dengan orang yang balik keja dari Alor Setar. You see, depa ni, keja kat situ, tapi rumah kat Sg Petani, Kulim, ada jugak yang kat Penang macam Syed tu.

Bila dah mula kisah Syed, sangkut pulak bab keturunan. Syed ni, abi kata, keturunan Arab. Yang boleh tau tu, dulu masa datuk dia meniggal, pak-pak Arab dari Hadramawt turun cari, untuk pembahagian harta pusaka. Abi cerita la sikit, Syed suka main sepak takraw. Petang-petang, dia naik motor scrambler, parking kat kedai Bian (kedai runcit paling dekat and always be the first choice tok dari cleo kecik), jalan kaki pi padang court (padang ni sebenarnya court badminton, tapi dah terbiasa semua panggil padang court - haha).

Dari sini, cleo dah agak lost macam mana boleh termasuk kisah penjajahan Jepun. Yang ingat, abi cerita kalau tak, perdana menteri pertama kita Dr Burhanuddin Helmy tu. Okay, ingat dah! haha! Al-kisah...



Bila sebut pasal wasiat tu, cleo ada cerita sikit about kawan-kawan. Abi sambung dengan kisah orang Melayu, tak ramai yang peduli about wasiat sebab umur pendek. Tak dan nak pikir pasal wasiat. Ada jugak faktor lain such as, hidup orang melayu, bukan macam orang cina, yang memang berusaha cari harta untuk diri sendiri, anak dia, also cucu dia. So depa ada harta yang perlu kepada pembahagian lepas mati. Melayu? Cukuplah, rezeki yang ada, tu ja lah. Esok-esok anak-anak boleh cari rezeki sendiri, kita bagi tinggal sikit as batu loncatan ja. Orang cina, dengan minuman herba, sup-sup depa, umur panjang so sempat pikir harta yang dikumpul banyak tu dibahagikan. So do the Japanese.

So ni dah masuk kisah orang Jepun pulak. Japanese pun jaga makan, minum depa. Sebab tu umur panjang. And Jepun kalau bekerja, depa kerja sungguh-sungguh. Then, cleo cakap: Nak cari orang jepun lah! hehehe. Nanti dapat anak cerdik. Sebelum ni ada abi story, banyak kali dah story ni ulang-ulang: tok wan dulu pesan, kalau nak anak cerdik, cari yang jauh dari family. Nak anak lagi bijak, cari yang berlainan bangsa. Sebab apa? Sebab kita nampak perjalanan tu, perbezaan budaya tu. (Cleo rasa ada kaitannya pesan tok wan ni dengan sikap turun-temurun orang melayu - tapi I won't tell you. Do your research sendiri kay. haha!)

"Dia cuba tengok, orang-orang di Sumatera, luaq sana, depa bersungguh dalam hidup. Bersungguh berlayar, mengembara, tak macam orang melayu, dok me-layu (gaya tangan daun layu), alasan tak habeh, kerja? Cerita si tenggang tu, mana asal dia? Dari Sumatera, bukan kita. Sampai kat kita, baru diolah kisah tu. Kalau pi sana, kita dapat tengok orang ngan kapal tu jadi batu. Depa sana, berlayar, berdagang, so that bila balik, nak pinang anak orang, depa boleh mai, megah dengan bukti, dia boleh sama taraf dengan mak ayah perempuan tu, untuk jaga anak dia.

I can relate apa yang abi cakap dengan some of orang yang cleo jumpa. Hmmmm.

Haa, pas kisah ni la cleo cakap nak cari orang Jepun tu. Actually, dah lama dah hasrat ni, malam ni baru berani nak cakap kat abi, tu pun sebab dok melawak jugak tadi. haha =P

Abi gelak, pastu abi cakap: (sambil jari dok kira) Ajal, maut.. dah ajal, maut lagi. (abi tutup balik satu jari. haha) Ajal maut, jodoh, rezeki, bila hujan nak turun, kat mana hujan nak turun, anak laki ka perempuan dalam kandungan, semua tu kita tak tau. Ya lah, bila orang dah buat scan tu kita boleh tau, tapi yang nak jadi tu, kita tak tau Allah bagi jadi laki ka perempuan.

So, tu lah kisah jodohnya. Okay, masuk pulak kisah Jepun. Cleo cuba nak ingat balik kot mana boleh mai cerita penjajahan Jepun ni. Yang ingatnya, tu lah. Tetiba dah masuk pasal Dr Burhanuddin Helmy tu. Lepas 4 tahun depa jajah, depa dah nak bagi Tanah Melayu merdeka. British? Berapa lama depa dok sini? Jepun dengan Burhanuddin Helmy tu dah duduk semeja. Indonesia, depa sempat sign kemerdekaan, tu yang boleh jadi ada presiden tu. Tanah Melayu, tak dan. Sebab Hisoshima ngan Nagasaki tu kena bomb, abi kata. Dulu Umno tak dak. Dulu KMM tu. Sebab tu, depa orang-orang umno tak dapat story sangat sebelum kemerdekaan, masa perang besaq tu. Sebab masa tu yang perjuangkan kemerdekaan KMM tu la."

Then cleo menyampuk: So orang Jepun baiklah?

"Baik ka dak, tengok masa depa sampai kat Kelantan. Ada depa bunuh orang Melayu? Depa perambat British ngan Komunis, dari hujung sampai hujung, kat Singapore, baru serang."

"Jepun tak bunuh orang Melayu ka?" Soalan cleo, maaflah, macam orang tak taw sejarah. Tapi cleo mengaku, dulu masa tingkatan 2, bila masuk sejarah Malaysia, I lost my interest. Dari kecik lagi, masa belajaq Kajian Tempatan lagi, rasa macam kena troll dengan buku teks. So bila masuk bab sejarah Malaysia, cleo... tidoq. Ngiahahahaha. Dah besaq, baru korek balik. Tu pun kalau rasa boleh dipercayai lah sumber tu. Sikit-sikit, dengaq orang tua-tua bercerita.

"Dia bunuh yang dok jadi tali barut la."

Then habis takat tu. My cousins datang ziarah baby baru: Ahmad Danish Putra. Rasa macam tak mau balik kampus pulak bila ada budak kecik ni. Bila mai ramai-ramai ni, hingaq habeh satu rumah depa dok main, mula-mula boleh la nak generate idea, ingat balik story tadi. Lama-lama, give up lah. hahaha. Finish up what I can remember, then that's it.

So, until next time. Ciao ~~





My wish, my dream
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: