Saturday, April 25, 2015

[ 10 Fakta Yang Hampa Tak Tau ]

With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


Wokeh. Entri ni diwujudkan selepas mendengar kisah daripada sahabat Cleo pasai sorang ni, dia tulis 10 fakta pasai diri dia dalam blog, tup-tup la ni dia dah jadi designer feymes. So, dengan harapan satu hari nanti Cleo turut jadi feymes, Cleo nak ikut jejak langkah dia. Ohohohoho ~

Link - Start!

(bajet SAO jap)


Hitotsu

Cleo pi tadika PASTI umoq 5 ngan 6 tahun tapi... dalam buku rekod cuma hadir 10 hari setahun. Dan seingat Cleo, kenangan Cleo kat tadika cuma malam persembahan batch (Cleo cuma jadi pokok yang bergoyang kena tiup angin sebab tak pi tadika, so tak pernah pi latihan. hahaha). Pastu ingatan hari sukan. Cleo main lipat baju dengan lumba terompah gergasi. Menang kot. Medal ada lagi kat bilik. hahaha


Futatsu

Best friend Cleo, jumpa masa first year degree kat UKM. Dialah sahabat yang tak pernah sembunyikan kelemahan, kekurangan, kelebihan, semualah tentang Cleo daripada pengetahuan Cleo.  And thanks to her, I changed a lot. From worst to the best of me. Bagi Cleo, dialah manusia paling berani dan being true as seorang sahabat.


Mittsu

Semua orang tahu, Cleo pencinta kucing. Tapi haiwan pertama yang Cleo jatuh cinta bukan kucing. It is an eagle. Setiap kali nampak burung helang terbang, Cleo akan teruja, berdiri sekejap tengok dia terbang-terbang.

Nak taw scene ni, sila tengok Disney's Pocahontas.

Selalu bajet nak buat gini bila pi zoo. Ahax! Tu helang versi omputih. Ni haaa, versi omelayu. keh3.

Axle dalam kartun Rimba Racer.

Macho kan? hahaha
Yang lagi tak sangka, Cleo search kat google: axle rimba racer. Taw apa Cleo jumpa? Jeng jeng jeng!


Nampak tak tu gambaq sapa tu? Muahahahahaha! Ini satu petanda bakal jadi feymes ni. Hampa tak caya search la keyword tu.



Yottsu

Cleo rapat dengan abi dari kecil mungkin sebab masa kandungkan Cleo, umi sangat merindui abi yang berada di kejauhan, Jepun. Abi masih kat Jepun masa Cleo lahir. And Cleo pernah terbaca diari yang umi tulis about perkembangan Cleo masa baby untuk tatapan abi. Manalah pergi diari tu sekarang eh. (Dah besar ni, mula sikit-sikit untuk cuba rapat dengan umi. Sayang mak kita ooooiiiii. Sapa tak sayang.) Mungkin sebab ni jugak kot membuatkan Cleo teringin sangat nak pergi Jepun, suka amek tau budaya Jepun and pernah berangan jumpa jodoh ngan orang Jepun. Tak dapat orang depa pon, dapat orang Melayu yang dah blend in dengan attitude depa jadilah. *berangan*


Ada dak orang nak sponsor kimono wedding dress kat ceq nanti? *berangan tak abeh*


Itsutsu

Cleo kidal tapi semua kerja-kerja Cleo buat guna tangan kanan, sama macam orang biasa. Tangan kiri Cleo pun tak sekuat tangan kiri orang kidal. Kalau main badminton, pukul bulu tangkis tak lepas net bila guna tangan kiri. Kidal hanya pada menulis. haha. Sebab umi tak suka bila nampak Cleo buat kerja guna tangan kiri. Masa kecik dulu pun, tiap kali menulis, umi tarik pensil, letak kat tangan kanan. Sampai darjah berapa tah, Cleo rasa identiti Cleo semakin hilang, keunikan Cleo hilang bila dah tak pandai menulis dengan tangan kiri. So, dengan berani matinya, Cleo menderhakai umi. (kasaq ngat aih. huhu) So, sampai sekarang, hanya menulis ja lah yang tinggal pada istilah kidal dalam hidup Cleo.


Muttsu

Disebabkan kidal jugaklah, Cleo amat tertarik dengan orang yang pakai jam tangan kat tangan kanan. Sebab percentage untuk orang tu jugak kidal sangat tinggi. Tapi kadang-kadang teori ni tersalah jugak. haha. Sampai satu tahap tu, Cleo pernah letak syarat cari jodoh, mesti pakai jam kat tangan kanan. Dulu la. Sekarang, mungkin tak wajib la. Tapi kind of an advantage la kat manusia tu. hahahahaha.


Nanatsu

Bercakap pasal jodoh. Cinta pertama Cleo was this guy, named Himura Kenshin a.k.a. Rurouni Kenshin a.k.a Himura Battousai dalam anime Samurai X. Tengoklah betapa cool and machonya beliau! :D

Dia suka cakap: Araa?


Yattsu

Cleo suka membebel.. dengan tulisan. Bukan lisan. Cleo malas gila nak bukak mulut, bercakap banyak-banyak. Sebab tu Cleo update selalu kat FB, page, takpun blog. Sebab boleh bebel panjang-panjang, tak dak orang nak interrupt. Puas hati sebab tak dak isi yang tertinggal dalam otak. hahahahaha. Tapi sebab ni jugak orang selalu salah paham dengan Cleo. *sigh*


Kokonotsu

Cleo sorang yang sangat sensitif. Like Yasmin Mogahed said: I'm all about being sensitive. Kami ada persamaan di situ. haha. Tak kisah la pasal apapun, bukan setakat sensitif cepat tatching ja. Macam-macam. And paling tak suka orang yang insensitive. Of course la kan. Tapi, tu lah. I need someone yang boleh selalu peringat myself from being too sensitive about something. Mungkin sebab tu jugak Cleo selalu menjarakkan diri dari orang yang akan menjerumuskan Cleo ke arah terlebih sensitif.

And, last but not least.


Too

My world is way too different from others, yang membentuk pemikiran Cleo menjadi different jugak. Ramai akui, I am unpredictable walaupun setiap kali orang tuju macam tu kat Cleo, I try to deny it. This thing jugak membuatkan selalu berlakunya salah faham antara Cleo dengan orang sekeliling melainkan orang tu dah biasa duduk semeja, berbincang, bertekak, and some kind of "hidup" sama-sama dengan Cleo. Selalu Cleo sebut, selagi tak hidup di samping Cleo untuk tempoh setahun (by means 365 days, 24 hours), you have no qualification in saying you know me better than others. And to be true, sepanjang masa ni, cuma ada dua insan yang kalau dia berbicara tentang Cleo, 98% I will say it's true. Even kalau Cleo dengar dia sebut tentang Cleo pada orang lain, dan orang tu sampaikan pada Cleo dia dengar dari dua insan ni, Cleo takkan marah. (Of course la ni dalam konteks bukan ahli keluarga. My family members know me best.)


So, tu ja lah kot. Susah jugak nak decide top 10 ni. haha. Apapun, day by day, year by year, Cleo semakin memahami diri yang diciptakan ni. And sebabkan tu jugak la, selalu terdetik di hati bila orang komen macam-macam tentang Cleo: Hang sapa nak ubah ciptaan dan didikan Allah yang special untuk aku? *sorry, kasaq bunyi dia*

So minna-san, what about you? Jumpa tak 10 fakta about yourself? Cubalah, it will be helpful for your spirit of being yourself. Ciao!





Being me
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment