Monday, January 31, 2011

[ Ntah Hape-hape Ntah ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear


Hari ni, sangat lah sejuk kat sini walaupun dah tengah hari dah ni. Nak gi lunch pun dah tepat timing dah. Tapi tetiba hati ngan jantung ni panas lak. Termasuklah muka nih. Hangat hati di hari yang amat sempurna untuk buat kerja ni. Nyesal bukak facebook awal-awal tapi tak jugak. hehe. Whatever.

Yang pasti, sangat hangat hati pada sorang manusia, hamba Allah ni. Okay, fine, kira bagus la dia menegur, thanx la, tapi ayam tol. (dah mula dah..boleh stop membaca kalo terasa tak mau turut tereffect, okay?) Ntah hape-hape ntah. Bongek pon ada, pinggan mangkuk pon ada sama.

Bongok tak bongok manusia tu, orang da cukup baek dah, tak marah-marah "kawan" si manusia tu. Orang tulis baek2 kot, elok2 punya. Kalo ikut hati, mau cursing jugak kat wall mamat tu. Sebab? Mesti dear pening kan? okay, slowly kay.

First of all, mamat tu. Haaiizzz..... haku memang hangin ngan dia lama dah okay. Tahan ja sebab cakap kat hati, sabar, biar dia jalankan tugas dia dulu. Tegur sikit-sikit, jangan sampai dia terbantut terus nak buat kerja. Wey, orang dah cukup banyak tahan tau dak. Mamat tu bukan amek pusing pun, bukan takat orang sorang bengang kat dia, or maybe bukan dia tapi perangai dia, I'm not alone in this. MT ngan coach kami pun hangin jugak ngan cara kerja dia okay. Hari tu memang niat tak mau dah ungkit sal TS3 ni, tapi peristiwa tadi tu memang. Haaiiizzz.... Bapak, tak sedar diri langsung. Dah agak dah, tu memang geng dia. Dok becking sangat, cam ***** gi. Boooo ~

Okay, kat situ memang dah nampak api tu tak pernah padam, kan? kan? Okay. So, I dah tekad memang tak mau kipas bara yang dok ada, biaq la lama-lama nanti terpadam sendiri. Tetiba tadi, ada satu wakil sekolah tu menyampuk hal lama. Haaaiiizzz... Bajet nak mendidik la kan. Okay, fine. Cuma yang bagi haku hangin tu, dia fire tak tau hujung pangkal cerita. Bak kata orang, saja ja cari gaduh. Tak paham haku.

Klik je kalo nak baca betol2.
Okay, ni memang lama dah komen ni. Wey, kalo ikutkan, tu kira bersyukur dia ku komen punya baik dan bersopan camtu. Kalo program-program lain, jangan harap la weh. Nak senyum kat orang yang buat perangai and buat salah pon haku meluat yang amat. Dia punya salah, dia punya hal, dia punya sebab, orang lain yang kena tanggung padahal MT semua dah peringat, bagi macam-macam dah nak bagi dia beringat sama, tu TANGGUNGJAWAB dia weh. Habis, bagus sangat ke kalo utamakan dosa daripada kewajipan? You belajar agama kan, malah you belajar lagi mendalam dari I kan? Kaji al-Quran dan Sunnah. Belajar dulu pun bukan kat sekolah yang lopek, kat sekolah yang semua orang respect la konon, terbaik antara sekolah agama. (Belah, haku tak pernah membezakan taraf sekolah cam masyarakat tu. Yang beza ATTITUDE PELAJAR tu sendiri.)

Lepas komen tu, lama jugak haku nak tunggu report dari dia. In fact, he was the last one to submit his report to me. Hangin tak hangin nya ku masa tu? BANYAK ALASAN KAMU! ORANG DAH BAGI TAU CEMANA CARA SENANG NAK SUBMIT, TU PON TERHEGEH-HEGEH, TAK RETI-RETI NAK HANTAR KE?! AMBOI, BUSY TARA MANA SANGAT SAMPAI TAK BOLEH NAK SINGGAH LANGSUNG FOYER KTHO TU HAH? APA, KAJAI NGAN KTHO TU MACAM KKM NGAN ZA'BA KA?!

Haaaiizzz.... Aku diam ja. Diam. Sebab aku tau, segala yang keluaq dari mulut ni memang bakal kena tepat setempek kat dahi tu. Tajam, in fact boleh membakar sampai ke tua. Benci tu toksah dok cakap. Kawan-kawan sekolah yang dulu kena pun sampai sekarang hingat lagi. Dengan you? Apa ada hal? Ada aku kesah? Bongek!

Okay, okay. Seems like ni dah lari dari tajuk ni. Enough. Aku tak mau state any further comment. Bagi yang berkenaan, belajar lah. Kalau setakat kerja mudah tu you tak dapat nak handle, cemana nanti bila you nak handle segala hal dunia yang memang real and kaw-kaw punya. Aku tau, hang pun macam aku jugak, ego tinggi. Bukan aku nak suro hang jadi cam aku, tapi aku nasihatkan, ego tak baik untuk "kesihatan".

Hah. Dah. Second point yang membuatkan hangin ini datang di kala hari yang amat tenteram ni:
Bila manusia tu datang buat hal. Bongek ke hape. Aku tak kacau idop dia weh. Bapak ar.. (er..kesian bapak..asyek kena ja..sori r..)

Klik ja, baca betul2. Nanti jangan ada plak yang serbu tak pakai helmet.
Haaa... Dah baca kan? Haku sangat tak paham ngan mamat ni. Ade aku kaco idop dia? Sengal la. Wey, bongek! Habeh tu, apa fungsi facebook hah? Guna saja2, bazir masa, tak ke tu amalan syaitan? You pun seangkatan ngan mamat ni kan? So you patot tau kot, lebih mendalam hal-hal ni. Dah banyak fatwa keluar sal ni, takkan you buta tuli sangat. Kata sekolah (konon la), tapi apesal la you sendiri tak ada info yang lebih dari orang lain? Musykil weh.

Alasan tak bleh blah langsung. Habeh tu, yang tuan punya wall ni, kacau hidup aku ngan bebanan kerja-kerja yang dia tinggal terbengkalai tu apa cerita bro? Kacau hidup aku ngan akibat PERBUATAN dia tu kat aku apa cerita? Effect hidup aku kot. Dia boleh la lani, hidup senang lenang, lepas semua kat aku. Bijak betul, aku rasa memang boleh jadi kes bunuh kalo aku tak belajar agama dulu. Tak mau aku kena hukum bunuh balik sebab aku bunuh dia. Tak berbaloi langsung. Perlu ka aku korban hidop aku demi orang camtu? Peerrgh... Pi **** la. (lama tak guna perkataan ni)

Bapak. Tu kira bersopan tu, aku mintak TOLONG kat mamat tu. Tak de pon aku state kat situ arahan aku. Pergh... Wey, manusia. Ni, kalo aku nak bagi arahan, bukan macam tu ayat yang aku guna. Lembut sangat. Dengan orang macam mamat tu, tak dak guna berlembut, mintak tolong segala. Bukti? Tu, dah ada bukti. Yang aku sebut tadi tu. Ko tak puas hati lagi ke manusia? DAH TERBUKTI LA WEH.

Kalo ikutkan masa tu, aku nak ja bagi arahan kaw-kaw kat wall tu. Tapi aku pikir, lebih baik jaga adat, sopan bila nak post kat wall orang, tak kira sehangat mana pon hati aku time tu. Bongek ke hape?! Aku tengok orang laen tak dak la nak manners sampai cam tu. Bila dah bengang, depa maki terus kat wall kawan tu. You la....aaiiisyy.....aku rasa nak cepuk2 je you. Sumbat bagi melekap sekali kat otak tu.

Nak kata hangin, memang SANGAT hanging masa baca komen tu. Mamat ni pe hal?? Tapi tak apa, cool girl. Dia cuma nak tegur. Yang lebih-lebih tu, aku dah serah kat dia, duduk dulu diam-diam, risik dulu maklumat kat mamat tu, situasi masa komen2 tu berlaku.

Sekali dia balas cenggitu weh! Ayam tol. Lu pe hal la bro? Nampak sangat lu memang nak cari gadoh, bukan nak menegur or anything positive. Ni pandangan aku, and kalo you tak percaya sangat, bukan aku sorang yang cakap camni. CARA YOU TU TAK BETOL, BONGEK! CARA YOU TU, CLEAR SANGAT MEMANG NAK CARI GADOH, BONGEK! Pergh..... Nak lawan cakap pon ngan aku.

Baca ni. Jangan skip pulak. Malas aku nak cerita balik banyak kali.
Okay, masa reply ni, memang dah agak cool sikit sebab pikir, udah2 le tu. Tak payah la nak cari gadoh ngan orang camni. MANUSIA JENIS TAK PAHAM BAHASA DIA NI. So, I pun tulis, thanx. Ye la, thanx la, dia tegur kalo dah memang WUJUD JUGAK MANUSIA macam dia tu. SEBONGEK dia tu. Hape la b*h*** sangat aku pun tak paham. Mende la mamat ni. Esok-esok, aku kesian kat isteri dia ja. Jenuh nak bercakap ngan orang camni, seumur hidup pulak tu. Ya Allah, hindarilah aku dari manusia sebegini.

Bila baca komen mamat tu, yang last, lam hati aku ni ja:
TAK PAYAH NAK COVER LA BRO. BELAH BOLEH TAK? MEMALUKAN KAUM YOU, MEMALUKAN UMAT YOU, MEMALUKAN RAKAN-RAKAN SEANGKATAN YOU TERMASUK MAMAT YANG KU HANGAT HATI TU. NAMPAK SANGAT YOU ALL MEMANG ADA PENYAKIT TU TURUN TEMURUN, LAM GENETIK YOU ALL.
Cuma malas nak type kat situ ja. Biar je lah. Manusia tu memang bongek. Kalo dah bongek tu, sombong pulak tu, udah le. Gi main jejauh la. You are not welcome here dari dulu, sekarang dan selamanya. Blueerrkkkk ~

Adoi. Tengok haa... Dari semalam memang dah target nak update blog ngan cerita lain, tak pasai la cerita ni jadi topik hangat pulak. Haaaiiizzz....
Sorry la dear, you pun kenal I cemana kan? Law tak berleter kat sini, tak tenteram hati I nak sambung kerja ni. Esok nak submit. Aigoo...

Okay, okay. Gi dulu. Tata. Assalamua'lykum ~

P/s: Bagi mereka yang baca, sila jangan serap aura negatif ni ke dalam kehidupan you all hari ni, esok, dan selamanya kay ;)


Hushing away
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Wednesday, January 26, 2011

[ What I Learnt Today ]

With Allah's love
Assalamualykum to my dear



Tonight, I've got something to share. I've been thinking about it since the moment I got out from my last tutorial class today at 3:45 pm. Well, this might involve history a.k.a. sejarah la. So, if you're not interested or not, you have your own choice but for my advice, read it, because it's worth it. Believe me, I know. =)
(Because it is to me.)


Tadi, tutorial Fiqh Sirah by Dr. Ismail Bakar. Best jugak walaupun agak mengantuk sebab time tu baru lepas ke hulu ke hilir, terkejar-kejar. No hal la tu kan. =)

Well, nama pun Fiqh Sirah, so we all belajar about sirah nabawiyah. Hari ni ust fokus pada 4 peristiwa besar dalam Islam yang I guess, kita semua dah tahu kecuali satu. Those are Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak and the last one peristiwa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Zainab bint Jahsh. Secara briefing nya, ni [klik] boleh la jadi bacaan, tapi kena la buat research yang lebih ye, especially rujukan yang betul-betul dipastikan kebenaran.

Erm.. Well, we shall start from the beginning.

Perang Badar
Cam yang kita semua tau la kan, this is the first war in Islam history, betul kan? And dari sini, dah banyak pengajaran yang ust and usth dah ceritakan kat kita kan?

Antara pengajaran tu, kita lihat dari sudut faith in Allah. Tak perlu rasanya nak terang kat sini, kalau nak boleh je jumpa banyak lam buku-buku rujukan am termasuklah buku-buku cerita tentang perang untuk anak-anak. Jangan pandang remeh, kadang-kadang pengajaran yang diletakkan lam buku kanak-kanak tu kita sendiri pun tak sedar sampailah kita baca, betul kan? =)

Nak highlight kat sini, satu pengajaran yang dapat dari Perang Badar ni fokus untuk mereka yang berjawatan, of course, difokuskan untuk yang berjawatan tinggi such a leader, prime minister or something like that tapi tak bermakna ketua group presentation, ketua post or others terkecuali. Semuanya boleh ambil iktibar dari sini.

Dalam kisah ni, kita dapat lihat keberanian baginda s.a.w. mengambil risiko yang amat tinggi dalam membuat keputusan menyusun strategi demi menyelamatkan umat Islam masa tu. Strategi menyerang kafilah yang bawak balik hasil dagangan sering ditohmah oleh orang-orang 'luar' sebagai satu perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang nabi. Tapi cuba kita tengok balik, kenapa nabi buat cam tu ye?

Sebabnya:
1. Modal dagangan tu terdiri daripada harta-harta pemimpin kafir Quraisy masa tu. Setiap orang pembesar masa tu mengambil bahagian dalam menyumbang beberapa percent modal dalam barang dagangan tu.
2. And, setiap dari diorang dah pakat, a part of it will be used for the war against Muslims at that time.

Perkara ni, kalau zaman moden ni, called as forward defence. And, benda ni bukannya tak pernah dilakukan, malah jadi satu strategi some wars. Plus, strategi ni sendiri diperkenalkan by bekas presiden US, George Bush.

Antara wars yang pernah gunakan strategi ni:
Serangan terhadap Hiroshima and Nagasaki. Kita semua tahu kan, US sent nuclear bombs kat 2 tempat ni, betul? Kenapa? Sebab tentera berani mati Jepun dah letupkan kapal-kapal ketenteraan US yang bawak sangat banyak senjata and bahan letupan untuk serang Jepun. Nampak tak persamaan ngan peristiwa zaman nabi tadi? Can you see them? =)

Ada lagi perang yang ust sebut tadi, tapi sayang masa tu dah agak mamai sket =P

Okay, terus. Kat sini, kita lihat, nabi sebagai seorang manusia jugak, mesti terfikir impak bila jalankan strategi tu. Mesti ramai yang akan menuduh tindakan ni. Tapi, kita lihat pada sudut lain, nabi s.a.w. sanggup ambil risiko tu, kenapa? Sebab ianya satu cara penyelesaian atas masalah yang lebih besar: Meninggikan peratusan kemenangan untuk umat Islam yang masa tu hanya berjumlah 300+ orang berbanding kaum kafir Quraisy yang 1000+ orang, nak kurangkan dana yang kaum kafir Quraisy kumpul untuk peperangan tu nanti. Nabi, sebagai seorang pemimpin, sanggup menanggung risiko yang sangat tinggi that is people will said things about what he did, tapi baginda tak ambil pusing untuk menyelamatkan benda yang lebih penting, pendakwah (sahabat-sahabat) yang bakal menyebarkan Islam itu. Bagaimana pula kita sebagai pemimpin? Pernah ke kita jalankan tanggungjawab kita semaksimum ni? Ya, kita semua tahu nabi berdoa sesungguh-sungguhnya malam sebelum hari peperangan tu, mohon bantuan daripada Allah sebab risaukan peperangan ni, dengan jumlah umat Islam yang sangat sikit masa tu. Tapi kita tengok, nabi dah berusaha sehabis baik, sampai sanggup tanggung risiko tinggi macam tu sebelum baginda s.a.w. bertawakal pada Allah. Kita pulak, cemana? Hmm....

Perang Uhud
Dalam sirah ni pulak, kita tau yang peristiwa ni satu peristiwa pengajaran buat kita that is peperangan yang kalah buat umat Islam.

Ust tadi highlight kan tak banyak tentang ni, and Cleo pun agak pening-pening sikit masa ni. hehe. Tapi dapat la jugak pengajaran dari sini yang Cleo baru dapat masa tutorial tadi, that is:
How Nabi Muhammad s.a.w. counter the problem of handling masalah disiplin.

Kenapa disebut masalah disiplin kat sini ye? Sedangkan yang pergi berperang masa ni, semuanya sahabat-sahabat nabi, yang kita kenal dengan perwatakan dan sifat yang mulia, betul tak? Kita sangat sanjungi sahabat-sahabat nabi yang semestinya turut serta dalam peperangan Uhud. Tapi kenapa ditimbulkan isu masalah disiplin ni ye?

Tengok ye, kat sini kita dapat satu pengajaran (untuk pemimpin lagi ni), setiap dari kita, sebagus mana pun kita, sebaik mana pun kita, kita masih ada hati yang tertarik pada dunia. Kalau ikut kes ni, harta la kan. So, nak tunjuk kat sini, bawah pimpinan nabi s.a.w. sendiri, tak pernah terkecuali dengan masalah disiplin ni. Umat Islam ketika tu gagal untuk mengikut arahan baginda s.a.w. sebaik sahaja memandang harta ghanimah(rampasan perang) sedangkan baginda s.a.w. dah pun pesan, tunggu, jangan turun dari bukit tu sampai dapat arahan.

So, sebagai pemimpin, kita mesti bersedia menghadapi masalah ni. Masalah disiplin ni bergantung pada hati setiap ahli komuniti tu sendiri and pemimpinlah perlu ambil langkah awal dulu to prevent this. Dalam hal ni, logik pada akal vs iman pada hati. Boleh dapat tak?

Kalau diikut logik pada akal, masa para sahabat nampak tentera kaum kafir dah berundur, it means diorang dah menang peperangan ni, betul kan? Tapi signal daripada nabi s.a.w. belum dapat untuk diorang turun dari bukit tu. So, berlaku pertembungan dua arahan kat sini. Satu: Arahan daripada hati untuk tetap pada arahan nabi s.a.w. Dua: Arahan daripada logik akal untuk meraikan "kemenangan".

So, sebagai pemimipin, kita shall be prepared untuk perkara ni akan berlaku. We have to think of this matter long before it starts. Kerana itulah kita dilantik sebagai pemimpin. Untuk menggunakan seluruh kemampuan akal kita dengan memohon pertolongan daripada Allah, berfikir sampai ke tahap tu, macam mana yang nabi s.a.w. dah buat.

Nabi dah dapat prediction yang strategy tentera kafir macam tu, so nabi dah keluarkan arahan awal-awal. Tapi berlaku jugak hal ni, so that is a lesson to all of us.
Untuk pemimpin: Walau sebaik dan sebagus mana pun orang tanggungan kita, we have to think that all of us still have desire towards ad-dunya. So, macam mana pun nanti, we have to be aware of this matter and be prepared with commands that includes these kind of things.
Untuk yang dipimpin: We have to take the commands and orders from our leader, and think of it very deeply. Not only think of it with logical, but use our sixth sense. Think, using our hearts, that is our faith in Allah, his messenger, and Islam. Also, remind ourselves that we are human beings, that always love ad-dunya. That is our fitrah, as human beings. And we have to be more careful for each steps in our life.


Perang Khandak
Okay, ni dah masuk past ketiga pengajaran yang Cleo dapat hari ni. And seriously, mula-mula start kelas memang mata amat sangat berat, otak berpusing-pusing pikir ape la ust tengah cakap ni, tak nampak points. Tapi, lepas dengar dua cerita sirah tadi, terus celik bijik mata. Ye la, baru tersedar, info yang ust bagi hari ni sangat berlainan dari kelas-kelas lain. Tak pernah dapat. So, dengan semangatnya, walaupun tau dah panjang lebar dah entri ni, nak share jugak-jugak.

Kalo tak larat nak baca, stop la dulu tapi kena habiskan jugak-jugak baca ni nanti. Sangat rugi kalo baca tak abes. =P

Okay, habis dah kona kot lain, u-turn balik ke titik permulaan. hehe

Dalam Perang Khandak ni, ust fokuskan, untuk pemimpin jugak. Kat mana?
Ni meh nak ceghita meh.

Kita semua tau kan, perang ni strategi berlainan dari perang-perang lain. Why? Sebab strategi perang ni sangat unik, menggunakan parit besar sebagai benteng. Dari mana ye idea ni? Ingat tak sapa yang bagi idea ni? Fikir...fikir...fikir..... =)

Dari Salman al-Farisi. =)

Siapa Salman ni? Boleh refer kat sini [klik] tapi macam tadi gak, tolong buat research yang lebih, refer pada bahan yang sahih. =)

Kat sini, pengajaran untuk pemimpin: Tidak membezakan sesiapa pun mengikut latar belakang orang tu.
Kalau kita tengok, Salman al-Farisi ni, bukanlah orang Arab. Dia seorang 'ajam(orang luar, bukan orang Arab). Kalau diikutkan, boleh je Allah nak bagi ilham ni kat Saidina 'Umar al-Khattab masa tu, especially Saidina 'Umar ni dah terkenal rapat ngan Rasulullah s.a.w., and some other ciri-ciri. Tapi, Allah nak ajar nabi and kita semua, itu tidak menjadi ukuran Islam dalam bekerjasama demi Islam.

Seharusnya, kita tidak membezakan seseorang itu dengan seseorang yang lain terutamanya masa berlaku pertembungan cadangan-cadangan untuk pembaikan sesuatu perkara tu. Masa ni, bukannya nabi tak ada strategi perang. Dah ada tapi bila Salman al-Farisi kemukakan cadangan ni, nabi dapat lihat, this is a better way to win this war. So, despite of meneruskan strategy yang dah dirancang, nabi accept his idea selepas perbincangan dengan para sahabat yang ada dalam board masa tu. Kalo diikutkan, kita, kalau diberi jawatan tinggi macam nabi, that is a leader, adakah kita akan menerima cadangan daripada seorang orang ASING? Uuuu.... Fikir la sendiri ye. Hal ni, amat menyentuh tersentuh lam pengalaman Cleo sendiri. Hmm... Sungguh, pengajaran seumur hidup....

Perkahwinan dengan Zainab bint Jahsy
Erm...untuk yang ni, mintak maaf sangat-sangat. Cleo tak dapat nak hurai sebab masa ni, dah agak terganggu sket pembelajaran. Ust pun masa ni dah macam cepat-cepat nak habes sampai Cleo sendiri pun dah agak tak paham ayat-ayat ust. Dah la Cleo ni pon memang jenis blur-blur. Adoyai...

Minta maaf sangat-sangat ye. Nanti insya-Allah Cleo cuba tanya kawan-kawan about this and update entri ni. Tapi kalo tak update tu means tak dapat la eh, minta maaf sangat-sangat.

Orite.. So, moral of the story is... I kind of falling in love with this subject. Sebab? Sebab tak rasa macam tengah belajar sejarah macam zaman sekolah-sekolah dulu. Sirius. Kalo dulu, bila time sejarah ja, amat sangat lah tak berapa minat sebab cikgu bercakap ikut skrip. Adeh. And, masa belajar tu, tak nampak langsung apa motif belajar topik tu. Macam subjek ni, alhamdulillah ust terangkan satu per satu. Lepas cerita satu peristiwa, ust masukkan relevan peristiwa ni ngan keadaan zaman sekarang. Ust buat satu persamaan and perbezaan, ust cuba bukak minda students untuk link kan sirah ngan kehidupan sekarang yang memang nampak persamaan, pengulangan peristiwa sejarah tu. Pastu, siap ada bagi tau pengajaran di sebalik peristiwa tu.

Seriously, Cleo faham. Mesti ramai yang nanti cakap, "Dah besar, patut boleh pikir sendiri bla bla bla.." tapi nak tanya, yang cakap tu, dapat tak terfikir benda yang sama macam yang ust bagi tau paling kurang macam kat atas ni? Bukan nak kondem, tapi nak tanya ja. Sebab Cleo mengaku sendiri, walaupun sekolah dari Tingkatan 1 kat sekolah agama, tapi Cleo tak pernah terdedah pasal benda-benda ni. Dah la duduk asrama, pastu pulak Cleo memang jenis hujung minggu tak dapat outing melainkan balik rumah sebab masa tu je dapat rehat. Kadang-kadang, masa tu je lah yang ada nak buat homework sebab hari-hari sekolah sebok ngan hal-hal persatuan etc. Usrah? Cleo mengaku, sepanjang ada kat sekolah tu, boleh kira berapa kali je Cleo join walaupun benda tu diwajibkan. Bukan Cleo nak menyombong tapi serious, topik-topik yang usth bagi sangat bosan, tak menarik minat Cleo. Sebab, tiap-tiap kali join, asyik sembang pasal aurat, amalan-amalan sunat, amalan-amalan untuk students and sometimes ada la jugak muhasabah sal hubungan ngan mak ayah.

Ya Allah, bukan Cleo nak mendabik dada, dah perfect jaga aurat etc. Tapi, cukup lah topik-topik ni sebagai permulaan usrah setiap tahun, sebagai peringatan. Lepas-lepas tu, mungkin boleh cuba bukak topik lain untuk perbincangan contoh macam topik kat atas. Rasanya, bukan Cleo sorang yang cakap macam tu sebab ramai jugak yang merungut bosan ngan macam-macam alasan yang lain. Mungkin kat situ perlu ada pembaharuan, kan? Mungkin perlu lebih banyak topik yang memerlukan gerak kerja minda. =)

Masa first year dulu, Ust Zikmal guna teknik macam ni jugak, and I like it too. Sampai hari ni, still boleh ingat pengajaran yang ust ketengahkan tu, insya-Allah boleh terangkan balik. And rasanya, masa tu pun ramai jugak yang bagi perhatian kat ust, apa yang ust bincangkan. Cleo suka cara tu. Tak mengantuk, tak bosan sebab boleh nampak realistik, points and dapat fikir sendiri selain tersedar dapat satu ilmu baru. That kind of feeling, you won't get it banyak kali. Hanya once in a while and can give you such satisfaction in your learning process. Setuju? =)

Rasanya, cukup lah setakat ni dulu. Banyak pulak membebel kali ni. Semangat terlebih kot, effect dari satisfaction tu. hehe. Apa-apa pun, sangat bersyukur untuk ini, alhamdulillah. And harap pengajaran ni kekal lam diri Cleo, sentiasa menjadi peringatan pada Cleo and hopefully, pada orang-orang yang baca ni jugak. So, Cleo mintak diri dulu la ye. Ciao!



Learning process
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Thursday, January 20, 2011

[ Eh eh...? ]

With Allah's love
Assalamualykum to my dear


Hmm... Tetiba baru tersedar masa setting balik time and date kat phone tadi. Eh eh..? Dah 2011 eh..? Blur jap. hoho. Adei... Ghupenye dah masuk 2011 dah. Lambatnya otak ni nak setting. toin toin =p

Jarak antara 2006 sampai 2011, berapa tahun dah eh...?
2007, 2008, 2009, 2010, 2011 = 5 tahun. ayok!!!
Aigoo....baru tersedar lagi nih...mati la.... I'm not ready yet...tulun.....huuuu......

Dulu, 2006, lepas je SPM, ramai-ramai sebok-sebok asyek buat reunion. Padahal tak sampai setahun terpisah kot. haha. Tapi, as usual, muka ni malas nak join. Kenapa...? Biarlah rahsia =P (terhegeh-hegeh..haha)

Nak bagi alasan, tak reti nak menipu, so last-last gi tau diorang, "Lagi 5 tahun baru ku join reunion, okay?" hoho. Ayat bajet macam bagus je. wex

Tapi......adoi....siyes. Tiap kali jemputan datang, ayat ni la yang dilontarkan tak kira sapa pun yang ajak. Walaupun asalnya niat kat hati sekadar alasan cari tempoh panjang la konon. Sedar-sedar dah 5 tahun dah ni. Adei. Mati la kalo datang lagi jemputan reunion. Especially bagi orang tu yang sangat ingat ayat ni. Adei. Cemana nak buat nih. Malas tol la.

Nak top up tempoh boleh tak? haha. Suka suki ja no... Tak boleh buat camtu ceq oi... Berpegang pada kata-katamu.... Adei... Nape la gi sebut 5? Nape la tak sebut 10 ke? 15 ke? Baru betul panggil reunion masa tu. Datang ngan husband, lagi best. hoho. TEEEEETTTT....!!!! heee....

Ye la, malas la nak gi sorang-sorang. Dah tu, kompem-kompem kena tempuh sesi soal jawab ngan abi ngan umi, berhari-hari  resah gelisah tunggu jawapan boleh gi ke tak. Law ngan husband, no hal (kot) sebab dia pon pi sekali. (TEEEEETTTT...!!!! lagi) adei...

Haaiiizzz...... Apa la yang dok merapu meraban sangat malam ni..... Adei... Kerisauan ini semakin menggunung bila baca kat group facebook tu. Dah siap ada planning lagi diorang tu. Teng.... Nguu.... Selalunya, dapat bagi alasan yang sangat munasabah kat diorang, "Aku busy la, ada program masa tu." Memang betul pun. Masa tu memang ada program. Tapi kali ni, program pe benda nya, cuti 4 bulan. (hamek ko) Adess.... Cemana nak lari ni..... Resah gelisah gundah gulana...

Hmm... Tapi rasanya, tinggal berapa kerat ja yang still ingat kata-kata tu kot. Yang lain agak macam dah putus asa nak mengajak. hehe. Hari tu kena setempek, "Ye la, hang dak hostel, mana rindu-rindu kat kami dak luaq." Toin toin. Dush... Kena tepat weh. Haha.

Okay, okay. Dengar sini rakyat jelata, beta mengakui, memang beta tak merindui anda-anda pon, sebab tiap-tiap hari menatap nama-nama korang kat dalam group facebook tu, dah terubat rindu la katakan. hehe. (alasan ja lebey) Tak de la, cemana mau rindu maa... Kat sekolah dulu pun, ada ka kita selalu menyembang, bergosip, bergelak-gelak? Adei... Jarang weh.. Ada pun yang tak pernah langsung. So, cemana? Reunion yang dak hostel sendiri buat pun ku kadang-kadang tak terdapat nak join, ni pulak ampa. Adei... Bukan menyombong tapi, rasanya, korang pon paham kan situasi ni kan? huhu

Cumanya, yang jadi isu kat sini, rasa bersalah sangat kat orang-orang tu, yang tiap-tiap kali ajak, mesti orang cakap, lagi 5 tahun okay? Adei... Sian kome ye? Cemana nak buat ni ye? hmm.........

Tak pa lah. Apa-apa pun, tunggu ja kalo-kalo depa ada teringat pasai ni. Kalo sorang pon tak ungkit, means depa pon da lupa "kata-kata manis" ku itu. So, hi hi bye bye la eh? Kira halal la eh? Tak pi reunion pun no hal la kan? Ampa pon dah terlupa kat ku. hehe. (boleh ke camni?) Tapi kan dah janji kan? Tu dikira janji kan? Hmm..............susah-susah.......... hmmmm..........

Psstt...saja nak menyelit: Silau ku makin teruk. Ades. Semalam ngan tadi driving, adoi... Hanya Tuhan yang tahu. Tak nampak jalan weh bila kena suluh ngan kete moto kat depan. Adei. Alhamdulillah Allah masih nak bagi chance hidup. Hmm....

Pastu hari ni jadi dua gugusan emosi yang berlainan dalam masa yang amat singkat. Petang tadi sangat happy dapat jumpa ngan M. Firdaus kat Low Yat. Alhamdulillah, my bro's still safe and sound. And one more, tadi terpaksa hantar pulang Luna ke tempat asalnya. Hmm........ Bubye Luna..... Bubye......... =(



Resah dan gelisah
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~