Wednesday, January 26, 2011

[ What I Learnt Today ]

With Allah's love
Assalamualykum to my dear



Tonight, I've got something to share. I've been thinking about it since the moment I got out from my last tutorial class today at 3:45 pm. Well, this might involve history a.k.a. sejarah la. So, if you're not interested or not, you have your own choice but for my advice, read it, because it's worth it. Believe me, I know. =)
(Because it is to me.)


Tadi, tutorial Fiqh Sirah by Dr. Ismail Bakar. Best jugak walaupun agak mengantuk sebab time tu baru lepas ke hulu ke hilir, terkejar-kejar. No hal la tu kan. =)

Well, nama pun Fiqh Sirah, so we all belajar about sirah nabawiyah. Hari ni ust fokus pada 4 peristiwa besar dalam Islam yang I guess, kita semua dah tahu kecuali satu. Those are Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak and the last one peristiwa perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Zainab bint Jahsh. Secara briefing nya, ni [klik] boleh la jadi bacaan, tapi kena la buat research yang lebih ye, especially rujukan yang betul-betul dipastikan kebenaran.

Erm.. Well, we shall start from the beginning.

Perang Badar
Cam yang kita semua tau la kan, this is the first war in Islam history, betul kan? And dari sini, dah banyak pengajaran yang ust and usth dah ceritakan kat kita kan?

Antara pengajaran tu, kita lihat dari sudut faith in Allah. Tak perlu rasanya nak terang kat sini, kalau nak boleh je jumpa banyak lam buku-buku rujukan am termasuklah buku-buku cerita tentang perang untuk anak-anak. Jangan pandang remeh, kadang-kadang pengajaran yang diletakkan lam buku kanak-kanak tu kita sendiri pun tak sedar sampailah kita baca, betul kan? =)

Nak highlight kat sini, satu pengajaran yang dapat dari Perang Badar ni fokus untuk mereka yang berjawatan, of course, difokuskan untuk yang berjawatan tinggi such a leader, prime minister or something like that tapi tak bermakna ketua group presentation, ketua post or others terkecuali. Semuanya boleh ambil iktibar dari sini.

Dalam kisah ni, kita dapat lihat keberanian baginda s.a.w. mengambil risiko yang amat tinggi dalam membuat keputusan menyusun strategi demi menyelamatkan umat Islam masa tu. Strategi menyerang kafilah yang bawak balik hasil dagangan sering ditohmah oleh orang-orang 'luar' sebagai satu perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang nabi. Tapi cuba kita tengok balik, kenapa nabi buat cam tu ye?

Sebabnya:
1. Modal dagangan tu terdiri daripada harta-harta pemimpin kafir Quraisy masa tu. Setiap orang pembesar masa tu mengambil bahagian dalam menyumbang beberapa percent modal dalam barang dagangan tu.
2. And, setiap dari diorang dah pakat, a part of it will be used for the war against Muslims at that time.

Perkara ni, kalau zaman moden ni, called as forward defence. And, benda ni bukannya tak pernah dilakukan, malah jadi satu strategi some wars. Plus, strategi ni sendiri diperkenalkan by bekas presiden US, George Bush.

Antara wars yang pernah gunakan strategi ni:
Serangan terhadap Hiroshima and Nagasaki. Kita semua tahu kan, US sent nuclear bombs kat 2 tempat ni, betul? Kenapa? Sebab tentera berani mati Jepun dah letupkan kapal-kapal ketenteraan US yang bawak sangat banyak senjata and bahan letupan untuk serang Jepun. Nampak tak persamaan ngan peristiwa zaman nabi tadi? Can you see them? =)

Ada lagi perang yang ust sebut tadi, tapi sayang masa tu dah agak mamai sket =P

Okay, terus. Kat sini, kita lihat, nabi sebagai seorang manusia jugak, mesti terfikir impak bila jalankan strategi tu. Mesti ramai yang akan menuduh tindakan ni. Tapi, kita lihat pada sudut lain, nabi s.a.w. sanggup ambil risiko tu, kenapa? Sebab ianya satu cara penyelesaian atas masalah yang lebih besar: Meninggikan peratusan kemenangan untuk umat Islam yang masa tu hanya berjumlah 300+ orang berbanding kaum kafir Quraisy yang 1000+ orang, nak kurangkan dana yang kaum kafir Quraisy kumpul untuk peperangan tu nanti. Nabi, sebagai seorang pemimpin, sanggup menanggung risiko yang sangat tinggi that is people will said things about what he did, tapi baginda tak ambil pusing untuk menyelamatkan benda yang lebih penting, pendakwah (sahabat-sahabat) yang bakal menyebarkan Islam itu. Bagaimana pula kita sebagai pemimpin? Pernah ke kita jalankan tanggungjawab kita semaksimum ni? Ya, kita semua tahu nabi berdoa sesungguh-sungguhnya malam sebelum hari peperangan tu, mohon bantuan daripada Allah sebab risaukan peperangan ni, dengan jumlah umat Islam yang sangat sikit masa tu. Tapi kita tengok, nabi dah berusaha sehabis baik, sampai sanggup tanggung risiko tinggi macam tu sebelum baginda s.a.w. bertawakal pada Allah. Kita pulak, cemana? Hmm....

Perang Uhud
Dalam sirah ni pulak, kita tau yang peristiwa ni satu peristiwa pengajaran buat kita that is peperangan yang kalah buat umat Islam.

Ust tadi highlight kan tak banyak tentang ni, and Cleo pun agak pening-pening sikit masa ni. hehe. Tapi dapat la jugak pengajaran dari sini yang Cleo baru dapat masa tutorial tadi, that is:
How Nabi Muhammad s.a.w. counter the problem of handling masalah disiplin.

Kenapa disebut masalah disiplin kat sini ye? Sedangkan yang pergi berperang masa ni, semuanya sahabat-sahabat nabi, yang kita kenal dengan perwatakan dan sifat yang mulia, betul tak? Kita sangat sanjungi sahabat-sahabat nabi yang semestinya turut serta dalam peperangan Uhud. Tapi kenapa ditimbulkan isu masalah disiplin ni ye?

Tengok ye, kat sini kita dapat satu pengajaran (untuk pemimpin lagi ni), setiap dari kita, sebagus mana pun kita, sebaik mana pun kita, kita masih ada hati yang tertarik pada dunia. Kalau ikut kes ni, harta la kan. So, nak tunjuk kat sini, bawah pimpinan nabi s.a.w. sendiri, tak pernah terkecuali dengan masalah disiplin ni. Umat Islam ketika tu gagal untuk mengikut arahan baginda s.a.w. sebaik sahaja memandang harta ghanimah(rampasan perang) sedangkan baginda s.a.w. dah pun pesan, tunggu, jangan turun dari bukit tu sampai dapat arahan.

So, sebagai pemimpin, kita mesti bersedia menghadapi masalah ni. Masalah disiplin ni bergantung pada hati setiap ahli komuniti tu sendiri and pemimpinlah perlu ambil langkah awal dulu to prevent this. Dalam hal ni, logik pada akal vs iman pada hati. Boleh dapat tak?

Kalau diikut logik pada akal, masa para sahabat nampak tentera kaum kafir dah berundur, it means diorang dah menang peperangan ni, betul kan? Tapi signal daripada nabi s.a.w. belum dapat untuk diorang turun dari bukit tu. So, berlaku pertembungan dua arahan kat sini. Satu: Arahan daripada hati untuk tetap pada arahan nabi s.a.w. Dua: Arahan daripada logik akal untuk meraikan "kemenangan".

So, sebagai pemimipin, kita shall be prepared untuk perkara ni akan berlaku. We have to think of this matter long before it starts. Kerana itulah kita dilantik sebagai pemimpin. Untuk menggunakan seluruh kemampuan akal kita dengan memohon pertolongan daripada Allah, berfikir sampai ke tahap tu, macam mana yang nabi s.a.w. dah buat.

Nabi dah dapat prediction yang strategy tentera kafir macam tu, so nabi dah keluarkan arahan awal-awal. Tapi berlaku jugak hal ni, so that is a lesson to all of us.
Untuk pemimpin: Walau sebaik dan sebagus mana pun orang tanggungan kita, we have to think that all of us still have desire towards ad-dunya. So, macam mana pun nanti, we have to be aware of this matter and be prepared with commands that includes these kind of things.
Untuk yang dipimpin: We have to take the commands and orders from our leader, and think of it very deeply. Not only think of it with logical, but use our sixth sense. Think, using our hearts, that is our faith in Allah, his messenger, and Islam. Also, remind ourselves that we are human beings, that always love ad-dunya. That is our fitrah, as human beings. And we have to be more careful for each steps in our life.


Perang Khandak
Okay, ni dah masuk past ketiga pengajaran yang Cleo dapat hari ni. And seriously, mula-mula start kelas memang mata amat sangat berat, otak berpusing-pusing pikir ape la ust tengah cakap ni, tak nampak points. Tapi, lepas dengar dua cerita sirah tadi, terus celik bijik mata. Ye la, baru tersedar, info yang ust bagi hari ni sangat berlainan dari kelas-kelas lain. Tak pernah dapat. So, dengan semangatnya, walaupun tau dah panjang lebar dah entri ni, nak share jugak-jugak.

Kalo tak larat nak baca, stop la dulu tapi kena habiskan jugak-jugak baca ni nanti. Sangat rugi kalo baca tak abes. =P

Okay, habis dah kona kot lain, u-turn balik ke titik permulaan. hehe

Dalam Perang Khandak ni, ust fokuskan, untuk pemimpin jugak. Kat mana?
Ni meh nak ceghita meh.

Kita semua tau kan, perang ni strategi berlainan dari perang-perang lain. Why? Sebab strategi perang ni sangat unik, menggunakan parit besar sebagai benteng. Dari mana ye idea ni? Ingat tak sapa yang bagi idea ni? Fikir...fikir...fikir..... =)

Dari Salman al-Farisi. =)

Siapa Salman ni? Boleh refer kat sini [klik] tapi macam tadi gak, tolong buat research yang lebih, refer pada bahan yang sahih. =)

Kat sini, pengajaran untuk pemimpin: Tidak membezakan sesiapa pun mengikut latar belakang orang tu.
Kalau kita tengok, Salman al-Farisi ni, bukanlah orang Arab. Dia seorang 'ajam(orang luar, bukan orang Arab). Kalau diikutkan, boleh je Allah nak bagi ilham ni kat Saidina 'Umar al-Khattab masa tu, especially Saidina 'Umar ni dah terkenal rapat ngan Rasulullah s.a.w., and some other ciri-ciri. Tapi, Allah nak ajar nabi and kita semua, itu tidak menjadi ukuran Islam dalam bekerjasama demi Islam.

Seharusnya, kita tidak membezakan seseorang itu dengan seseorang yang lain terutamanya masa berlaku pertembungan cadangan-cadangan untuk pembaikan sesuatu perkara tu. Masa ni, bukannya nabi tak ada strategi perang. Dah ada tapi bila Salman al-Farisi kemukakan cadangan ni, nabi dapat lihat, this is a better way to win this war. So, despite of meneruskan strategy yang dah dirancang, nabi accept his idea selepas perbincangan dengan para sahabat yang ada dalam board masa tu. Kalo diikutkan, kita, kalau diberi jawatan tinggi macam nabi, that is a leader, adakah kita akan menerima cadangan daripada seorang orang ASING? Uuuu.... Fikir la sendiri ye. Hal ni, amat menyentuh tersentuh lam pengalaman Cleo sendiri. Hmm... Sungguh, pengajaran seumur hidup....

Perkahwinan dengan Zainab bint Jahsy
Erm...untuk yang ni, mintak maaf sangat-sangat. Cleo tak dapat nak hurai sebab masa ni, dah agak terganggu sket pembelajaran. Ust pun masa ni dah macam cepat-cepat nak habes sampai Cleo sendiri pun dah agak tak paham ayat-ayat ust. Dah la Cleo ni pon memang jenis blur-blur. Adoyai...

Minta maaf sangat-sangat ye. Nanti insya-Allah Cleo cuba tanya kawan-kawan about this and update entri ni. Tapi kalo tak update tu means tak dapat la eh, minta maaf sangat-sangat.

Orite.. So, moral of the story is... I kind of falling in love with this subject. Sebab? Sebab tak rasa macam tengah belajar sejarah macam zaman sekolah-sekolah dulu. Sirius. Kalo dulu, bila time sejarah ja, amat sangat lah tak berapa minat sebab cikgu bercakap ikut skrip. Adeh. And, masa belajar tu, tak nampak langsung apa motif belajar topik tu. Macam subjek ni, alhamdulillah ust terangkan satu per satu. Lepas cerita satu peristiwa, ust masukkan relevan peristiwa ni ngan keadaan zaman sekarang. Ust buat satu persamaan and perbezaan, ust cuba bukak minda students untuk link kan sirah ngan kehidupan sekarang yang memang nampak persamaan, pengulangan peristiwa sejarah tu. Pastu, siap ada bagi tau pengajaran di sebalik peristiwa tu.

Seriously, Cleo faham. Mesti ramai yang nanti cakap, "Dah besar, patut boleh pikir sendiri bla bla bla.." tapi nak tanya, yang cakap tu, dapat tak terfikir benda yang sama macam yang ust bagi tau paling kurang macam kat atas ni? Bukan nak kondem, tapi nak tanya ja. Sebab Cleo mengaku sendiri, walaupun sekolah dari Tingkatan 1 kat sekolah agama, tapi Cleo tak pernah terdedah pasal benda-benda ni. Dah la duduk asrama, pastu pulak Cleo memang jenis hujung minggu tak dapat outing melainkan balik rumah sebab masa tu je dapat rehat. Kadang-kadang, masa tu je lah yang ada nak buat homework sebab hari-hari sekolah sebok ngan hal-hal persatuan etc. Usrah? Cleo mengaku, sepanjang ada kat sekolah tu, boleh kira berapa kali je Cleo join walaupun benda tu diwajibkan. Bukan Cleo nak menyombong tapi serious, topik-topik yang usth bagi sangat bosan, tak menarik minat Cleo. Sebab, tiap-tiap kali join, asyik sembang pasal aurat, amalan-amalan sunat, amalan-amalan untuk students and sometimes ada la jugak muhasabah sal hubungan ngan mak ayah.

Ya Allah, bukan Cleo nak mendabik dada, dah perfect jaga aurat etc. Tapi, cukup lah topik-topik ni sebagai permulaan usrah setiap tahun, sebagai peringatan. Lepas-lepas tu, mungkin boleh cuba bukak topik lain untuk perbincangan contoh macam topik kat atas. Rasanya, bukan Cleo sorang yang cakap macam tu sebab ramai jugak yang merungut bosan ngan macam-macam alasan yang lain. Mungkin kat situ perlu ada pembaharuan, kan? Mungkin perlu lebih banyak topik yang memerlukan gerak kerja minda. =)

Masa first year dulu, Ust Zikmal guna teknik macam ni jugak, and I like it too. Sampai hari ni, still boleh ingat pengajaran yang ust ketengahkan tu, insya-Allah boleh terangkan balik. And rasanya, masa tu pun ramai jugak yang bagi perhatian kat ust, apa yang ust bincangkan. Cleo suka cara tu. Tak mengantuk, tak bosan sebab boleh nampak realistik, points and dapat fikir sendiri selain tersedar dapat satu ilmu baru. That kind of feeling, you won't get it banyak kali. Hanya once in a while and can give you such satisfaction in your learning process. Setuju? =)

Rasanya, cukup lah setakat ni dulu. Banyak pulak membebel kali ni. Semangat terlebih kot, effect dari satisfaction tu. hehe. Apa-apa pun, sangat bersyukur untuk ini, alhamdulillah. And harap pengajaran ni kekal lam diri Cleo, sentiasa menjadi peringatan pada Cleo and hopefully, pada orang-orang yang baca ni jugak. So, Cleo mintak diri dulu la ye. Ciao!



Learning process
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: