Tuesday, March 30, 2010

[ Usah Risau, Usah Bimbang ]

With Allah's love
Assalamu'alykum to all

Hari ni, terasa nak post in BM. It's okay, nothing's wrong.

Usah risau,
bukan kerna ku tak peduli, tapi kerna ku fahami. Bukan mudah untuk kau terima ku seadanya, kerna mereka yg bertahun mengenali ku juga masih begitu. Masih sukar utk menerima ku seadanya. Apatah lagi kau.

Usah bimbang,
kerna ku tak mahu memaksa, kerna ku tak mahu menyiksa. Perlukah kau ku paksa, sedang kau punya kehendakmu sendiri. Ku biar kau dalam hitung mu sendiri, tak perlu ku campuri urusan itu.

Usah risau,
ku fahami detik itu. Mungkin perjalanan kita masih jauh, bersimpang siur jalan di hadapan. Maka ku tidak memaksa mu utk terus memahami ku. Jalani lah, susuri lah, pergi lah merantau agar kau lebih mengerti.

Usah bimbang,
bila kau bertindak begitu. Biar ku terluka, tapi tidak akan ku balas kepedihan itu. Kerna ku tahu, kau masih belum mengerti. Luka ini hanya secebis, yang akan sembuh tanpa perlu diubati.

Tak mengapa,
biarkan ia begini, sehingga kau dapat fahami segalanya. Ku tetap di sini, cuba perbaiki kelemahan diri, cuba hayati kembali segala yang telah terjadi. Ku pohon kemaafan andai kau pernah ku sakiti.


Sedang memahami
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: