Sunday, December 18, 2011

[ Wajib atau Kewajipan...? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Entri kali ni, nak sentuh satu bab berkaitan wajib dan kewajipan sebagai ... sebagai apa ye? Lebih mudah disebut, sebagai insan yang dipertanggungjawabkan. :)

Sebagai pendakwah, most of them amat sangat teruja dan excited dalam menjalankan usaha dakwah masing-masing. Ada yang melalui organisasi, ada juga melalui ceramah-ceramah bebas, kuliah-kuliah, kelas-kelas agama berjadual and so on. Kes ni tak tertumpu kepada warga hard core dakwah semata-mata, tapi termasuk jugak anak-anak muda yang mula berjinak dengan usaha-usaha dakwah ni.

So, yang nak jadi isunya, bila terjadi perbualan antara saya dan salah seorang penggiat aktiviti dakwah ni. Sungguh, saya tak terdaya melawan kekuatan dan ketabahan daie muda ni. Kami sebaya tapi alhamdulillah, dia lebih baik, berjuta kali ganda dari saya dalam usaha berdakwah ni. Cuma yang jadi sentap nya, bagi saya, is when this person tak dapat bezakan antara wajib atau kewajipan.

Ya, saya setuju dengan kenyataan bahawa each of us yang bergelar Muslim atau Muslimah, wajib menyampaikan dakwah kepada semua walaupun sepotong ayat. "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat." Hadis Nabi SAW yang pernah dihafal ketika sekolah dulu. Tapi, perlulah dibezakan, wajib dan kewajipan.

Ayat yang keluar dari mulutnya, yang membuatkan saya tersentap.
* * *
"Dah inform mak ngan ayah tak pasal ni?"
"Tak bagi tau pun."
"Eh...? Kenapa...?"
"Alah, benda kecik je ni. Nanti-nanti boleh bagi tau."
"Well, at least you inform your parents about this."
"Tak payah la, nanti mak marah, mak tak bagi."
* * *
Sentap.

Mungkin bagi dia, tiada apa yang perlu diambil berat hal ni. Tapi bagi saya, ini tidak sewajarnya berlaku. Jalan yang dipilih terlalu mudah. Bukanlah satu semangat daie yang saya nampak. Seharusnya, sebagai seorang daie, tidak berlaku kes 'membelakangkan' ibu bapa dalam soal kehidupannya walaupun telah jelas, terang lagi nyata hidup berjauhan dari mereka.

Teringat saya tentang satu kisah berkaitan seorang isteri yang tidak langsung dibenarkan untuk keluar dari rumahnya oleh si suami. Saya yakin dan pasti, kisah ini telah diulang berkali-kali kepada setiap kita. Wanita tersebut rela ayahnya dikuburkan tanpa kehadirannya di sisi ayahanda tercinta buat kali terakhir atas hanya satu sebab, tidak mendapat kebenaran dari si suami yang out station.

Bayangkan, itu baru setakat hubungan antara isteri dan suami, yang memang diketahui, syurga isteri adalah pada suaminya. Then, how about a child? Bukankah syurga seorang anak itu adalah pada ibu dan ayahnya? Redha Allah itu ada pada redhanya ibu dan ayahnya?

Mungkin, bagi daie muda ini, perkara seperti ini tidak seharusnya difikirkan kerana terlalu remeh. Kelak akan mengganggu usaha dakwahnya kerana terkongkong dengan 'sekatan' ibu dan ayahnya. Tapi, bukankah telah Allah didik kita dengan ayat ni: 
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" - Al-Ankabut : 2

 So, itu adalah salah satu ujian untuk daie tu sepatutnya. Dengan segala ilmu yang dia ada, hikmah berhadapan dengan pelbagai mad'u, macam-macam pengalaman bagi daie aktif seperti dia, seharusnya dipraktikkan dalam situasi ni. Gunakan hikmah dalam berdakwah, fahamkan mak ayah tentang tanggungjawab dia sebagai daie, fahamkan tentang gerak kerja sebagai daie, pengorbanan yang perlu and so on supaya parents boleh faham dan terima, takkan berlaku perkara di atas.

Usah ditanya,"Kenapa dakwah saya selalu gagal?" "Kenapa dakwah saya tak pernah berhasil?" "Dah puas saya guna macam-macam pendekatan." Tak, berhenti di situ dan tanya kembali, adakah gerak kerja dakwah saya mendapat keredhaan Allah? Redhanya ibu dan ayah saya, mungkinkah bersama-sama saya? Adakah syurga saya, beriringan dalam gerak kerja ni?

You see, sebagai daie, keredhaan dalam gerak kerja amat penting. Bila tiada restu ibu dan ayah, maka tiadalah restu Allah bersama-sama kita. Na'uzubillah. Saya tak nafikan, setiap ibu dan ayah pasti menentang, terutamanya bila melibatkan anak gadisnya untuk berjuang memandangkan persekitaran masyarakat kita sedari dulu tidak mengetengahkan perjuangan daie muslimah. Tapi di situlah peranan kita bermula, untuk membuka ruang-ruang sempit yang disediakan masyarakat untuk gerak kerja dakwah. Bukakan minda mereka bermula dari hubungan terdekat kita dulu. Beri mereka kefahaman sebaik mungkin, pahatkan pada hati mereka, asal kita bergelar Muslim atau Muslimah, dakwah itu perlu.

Ya, bila masing-masing telah memahami, maka redha itu akan datang bersama. Kan mudah? Tak ke rasa tenang, senang dan lapang dada? Kerana redha itu ada.

- Wallahu a'lam -


Assignment
Cleo 
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: