With Allah's love
Assalamu'alykum my dear
Sebelum mula apa yang nak mula sebenar-benarnya, nak sampaikan satu berita gumbira. My former school mate, Puan Fatin Izzati, selamat melahirkan baby first dia. Baru ja tadi tertengok gambar yang dia upload. Wah wah wah... The first baby among batch kitorg la. Wuuuuu ~
To Fatin, moga lebih ceria hidup kamu, and moga Allah pelihara keluargamu, ameen ~~
Okay. Back to the real point. Ni sebenarnya nak sembang-sembang about food. Saya suka makan dan makanan. hoho. Okay. Nak imbas kembali saat-saat praktikal kat JHEAIPP dulu, tiap-tiap hari ditemani soalan-soalan berkaitan status halal haram makanan. Fuh. Tak ku sangka, pegawai-pegawai kat sana memang jaga makan depa. Sikit. haha. Paham-paham la.
Orite. Bab makan ni, kalau bersembang ngan orang biasa, I mean orang yang bukan lam bidang agama, tentu macam-macam yang kita dapat feedbacknya. Paling banyak, negatif sebab bagi diorang berat. Nak makan pun susah, halal la, haram la, sumber la, tukang masak la, kilang yang buat la. Hmm....
Kadang-kadang, orang yang dalam bidang agama pun dua kali lima sepuluh gak. Serabut...serabut. huhu.
Hmm. Macam ni lah. Senang cerita, kita set our mind senang ja. Bagi yang nak taraf dia same with the others, gunapakai yang ni: Selagi ada cop halal dan diyakini halal, makanlah, minumlah.
Bagi yang nak suci sikit dari the others, use your sense. Apa yang kita makan, itu yang tentukan siapa kita, dan siapa zuriat kita, dan siapa generasi kita. Peace no war :)
Pernah jugak dilontarkan ayat ni bila cakap tentang halal haram:
"Dah semua kira nak haram, apa pun tak boleh makan kan?"
Isy isy isy isy Astaghfirullahal azim. Cuba relax dulu, fikir dulu diam-diam baru bercakap, kan hilang kontroversi..
Okay. Bagi insan-insan yang berpendapat cenggitu, meh sini meh. Baca ni dengan emosi yang terkawal meh. hehe. Camni... cuba kita renung balik. Apa yang sebenar-benarnya Allah tetapkan haram untuk kita...?
Sikit je. Babi dan keturunannya, haiwan yang memakan bangkai atau kotoran, haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat, haiwan yang hidup dua alam, daging keldai, dan haiwan yang bertaring.
Ce tengok ayat Quran ni:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ
Diharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, binatang yang disembelih tidak dengan nama Allah, yang mati dicekik, mati dipukul, mati jatuh, mati berlaga, binatang yang telah dimakan binatang buas, kecuali yang dapat kamu sembelih,dan dilarang memakan binatang yang disembelih atas nama berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan (Qs. Al-Maidah : 3)
*Kalau nak tau lebih lanjut, rajin-rajin kan diri ye ;)
Okay. So... tak banyak pun yang haram kan? kan? Selagi tak ada was-was tu, silalah. Tapi for sure, zaman sekarang ni, semua kena berhati-hati. Kalau dah teringin sangat makan benda lain, yang sendiri pun tak confirm status tukang masak dia ka, tempat masak dia ka, barangan masak dia ka, apa salahnya cuba buat sendiri kat rumah? Bajet pun save jugak. Yang nak keluar duit pun, paling jauh nak dekat sama harga ngan beli kat restoran tu. Tak susah, bukak laptop, search recipe, then ce masak. Senang, kan? kan?
Selalunya, yang kita teringin ni, mesti makanan barat. And, makanan barat, bukanlah sesusah nak masak makanan Melayu ni haa. Teeettt..!! hohohoho
Banyak yang Allah cuba nak ajar melalui situasi ni. Nampak tak, nampak tak..? huhu
1. Bahasa kasarnya, tok sah dok pulun nak hat haram ngan was-was, belambak lagi yang halal boleh masak, makan, minum dengan hati yang tenang, tak dak resah gelisah. Skill memasak ni, semua orang ada. Memang dah nature of human, tak kira gender, tak kira bangsa, tak kira umur. Yang selalu jadinya bila orang mula berkira gender, pangkat, bangsa, umur. Betul kan? Tak payah hurai, orang yang membaca selalu menilai ~
2. Allah nak didik kita berusaha sendiri. You nak rasa, you kena usaha. Tak perlu harap orang lain, setakat nak mintak tolong (dalam konteks ni sediakan bahan mentah. contohnya, orang tolong jual sayur, kita beli dan masak sendiri. Ada paham tak konsep ni? =D) tu boleh la. Apa guna hidup dalam masyarakat, komuniti tapi tiada tolong menolong kan? kan?
3. Allah nak didik kita kenali dan fahami budaya, cara hidup bangsa lain. Bila kita tengok shows makan-makan macam dalam Asian Food Channel (lam Astro) dan lain-lain, kita dapat kenal macam-macam cara masak, macam-macam hasil masakan dari macam-macam bangsa dan kaum. Padahal raw material dia sama dengan yang ada depan mata kita: minyak bijan, minyak zaitun, rempah kari, daun kunyit, ayam, daging, rusuk semua lah. Betul kan? So, bila kita tengok, kita akan cuba cari resipi tu, nak buat jugak. Dan dari situ, kita mula dapat kenal, "Oh, diorang guna benda haram ni, tak mustahil sebab budaya diorang cenggini cenggini." Dan kita akan dapat belajar budaya orang lain secara tak langsung. Nampak tak, nampak tak..? haa.. Belajar dari alam, itu perintah pertama dari Allah, ingat tak? Iqra' :)
Ada lagi pengajaran yang you all dapat..? Kongsi-kongsi kan lah ye. Penulisan ini sekadar lontaran idea penulis. Wallahu a'lam
Lapa la pulak
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment