With Allah's love
Assalamu'alykum my dear
Hari ni, sekali lagi ungkapan ni berkumandang: Kena mula survey dan beli baju raya dah ni.
Errrrkkk . . . !!
Baru masuk Rejab, dah langkau Syawal terus. kuikuikui. Jauh betul otak diorang ni pikir. Tapi betul jugak. Bagi orang-orang macam kami ni, me, my family, cousins, semua lah. Memang dah kena start dari sekarang. Kami payah sikit bab upah orang ni. Ghenyah. hehe. Kalau zaman sekolah dulu, memang last minute pun tak kesah lagi. Esok raya, malam ni baru kalut pi beli kat Kamdar la, booths kat luar Tesco la, Carrefour la, kedai-kedai mana la yang sempat. haha.
Sekarang..? Haisy.. Tak yah la. Memang maut poket buat macam tu. Tak kurang dari RM100 untuk sorang satu baju. Gila punya dunia sekarang ni. Tadi keluar shopping barang rumah ngan cousin, dia la salah sorang yang ungkapkan ayat tu. Betul la cakap dia tu, baju yang sama kita tengok, tapi masuk Ramadhan, Syawal, harga cecah RM200. Padahal tengok sekarang ni pun dah RM110 above. Gilak. *Design biasa ja, nak mahai sangat pun x taw la pasai pa. =.=
Cantik kan jubah hitam ni? Teringinnya..... |
Tak pa la kalau harga tu memang patut ngan kekemasan jahitan, design pun not bad. Ni tengok, benang terkeluar sana sini, design pulak... umanggggaaaiiii.. tak lawa, sirius cakap. Tak taw la kalau taste kita ni yang lain dari orang lain kan. Tapi setakat ni, semua yang kita tunjuk bila window shopping ngan member memang thumbs up punya taste ja pun. Hmm..
So, disebabkan kami tetiba dah terwindow shopping baju raya tadi, my cousin pun ajak pi shopping baju raya kat PKNS Shah Alam ngan Nilai 3 before its too late. Hmm.. Rasanya... Tak beli dah kot baju raya tahun ni. Setakat cuci mata pun boley. I like. kikiki.
Dah berapa tahun tak beli, so dah agak terbiasa ngan beraya baju sama tiap-tiap tahun. huhuhu. Tak beli dah tahun ni pun sebabnya, dah beli 1 jubah dah before this, ye la, konon kena pakai jubah masa program kat Surabaya, keterpaksaan memaksa pembelian tu, tapi orite gak. Ley pakai pi kelas. huhuhu. Then, tahun ni dapat banyak baju yang cantik-cantik orang bagi. Sampaikan ada orang mintak pinjam baju tu untuk dinner batch. Kira orite la, boleh guna jugak pi beraya. Alhamdulillah, rezeki berprogram. ^^
Kebaya hitam itu tersangatlah cantik tapi.... kalaulah material kain tu ditukar, lagi okay ^^ |
And.... dah ada baju kebaya Indonesia yang amat saya sayangi itu. Wee ~~
*Kebaya ni tak jarang & longgar okay ^^
Jadinya, raya tahun ni sangat tak kisah tak dak baju baru beli. Of course la tak pakai baju kebaya tu raya first, buat gila. Payah kot nak solat ngan baju tu. hahaha. Apa-apa pun, nasihat untuk pembaca: Berjimatlah untuk raya, tak menyesal di kemudian hari. kikiki.
Puasa dulu bagi banyak Rejab ngan Syaaban. Sambung Ramadhan, baru la rasa nikmat beraya. Insya-Allah ^^
Pasang niat, insyaAllah
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment