Tuesday, April 2, 2013

[ Amanat Akhir Untuk Mu ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Fuuuuhhh berhabuk blog ni sebulan tak jenguk. Alhamdulillah punya peluang jenguk walaupun sekejap. Dalam masa yang singkat ni, nak guna peluang untuk sampaikan satu amanat akhir untuk mereka yang bersangkutan ~~

Adik-adik, sahabat-sahabat yang sy kasihi. Tak sampai 26 jam lagi (ketika post ini mula ditaip) Taming Sari 5 akan membuka tirai menyambut kedatangan sahabat-sahabat kita dari jauh. Dup dap dup dap dup dap. Sudahkah anda bersedia? Saya? InsyaAllah sedang bersiap sedia, tak sabar ingin ketemu sahabat dari jauh walaupun yg paling sy nantikan - pasukan dari UMS tak dapat sertai kita kali ini (agak terkilan bila dapat berita ni tempoh hari).

Di sini sy cuma ingin menyampaikan serba serbi pesanan, moga kejohanan kita berjalan dengan baik, insyaAllah. Untuk yg bergelar urusetia, bermulanya esok hari marilah kita sama-sama pratikkan gaya hidupnya seorang yg baik pekertinya, murah senyumannya, ramah sapaannya, rendah hatinya. Sahabat yg dikasihi Allah, sedangkan ketinggian pun tak sama, apatah lagi rasa di hati. Mohon untuk kita sama-sama berusaha menjaga hati para jemputan dan tetamu nanti ye. Sesukar manapun, sesakit manapun, seperit apapun, telan dulu bila berhadapan dengan mereka. Hadapi dengan hati yg tenang, fikiran yg jelas. Jadilah seperti Laksamana Sunan, tinggi ilmunya, tinggi lagi budi pekertinya.
"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Gambar hiasan

Rasulullah s.a.w. berpesan: Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim) Muliakanlah mereka, tetamu kita, moga kejohanan kita diiringi redha Allah. Kalau berlaku sebarang pertengkaran, diharapnya dapat diselesaikan dengan baik, boleh? InsyaAllah kita sama-sama usaha ya. You are not alone. ^_^

Bagi yg bergelar atlet, bersedialah, bangkitlah! Percaya pada diri anda sahabat. Telah banyak masa diluangkan untuk berusaha memperbaiki, sekarang tiba masa untuk percaya pada kebolehan diri pulak. Ganbatte kudasai neh!! Nah satu lagu iklan yg lama dulu, tahun 2008 nyanyian Vince untuk anda.

"Terus lari mendaki 
Di puncak tertinggi
Mimpi jadi realiti

Ku percayai diriku
Seharusnya kau pun begitu
Untuk berpaut pada mimpi
Mimpi yang pasti"

Sekadar selingan

Dan untuk semua warga Taming Sari 5 2013, ayuh bangkitlah pendekar dan srikandi! Biar ribut mahupun badai, kita tempuhi bersama. Usaha selagi boleh, bak kata ayahanda kita: Selagi belum tamat 3 minit anda, anda masih ada peluang untuk berjaya. Jom! Man jadda wa jada! Usaha + Doa + Tawakal = Kecapi manisnya hasil yg dikurniakan Dia untuk kita nanti insyaAllah.

Gambar hiasan

Untuk yg masih belum punyai keyakinan diri, moga penulisan yang satu ini membantu anda percaya pada keajaiban yg tersimpan dalam diri anda (http://tofcleo.blogspot.com/2013/01/real-life-fairy-tale-exist.html).

Akhir kata, berusahalah untuk diri sendiri. Bukan untuk Abg Man, bukan untuk Cikgu Epit, bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri. Buktikan pada diri yg anda boleh pergi jauh dari jangkauan anda. Hilang peluang kali ini, tahun depan panjang umur baru dapat cuba semula tak kira atlet mahupun urusetia. Taming Sari asasnya berpaksikan intergriti dan ketelusan, usaha dan tawakal, selamanya kita cuba kekalkan. Come on UKM! Go UKM!!


* * * *
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur


Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/05/bangkit-dj-fuzz-ft-altimet-salam-lirik.html#ixzz2PF9VkJCS
* * * *



Merindui saat di tengah sana
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment