Friday, January 4, 2013

[ Gentleman = Siapa Di Hatiku? ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

This time, bukan sebab ketagihan nak update tapi sebab ada satu persoalan yg ditimbulkan oleh Cik Ayu petang tadi and a comment from Cik Aliaa menarik minat sy untuk berpanjang lebar kat sini. kikiki.

The statement:
Man when they laugh, it always a silly sound they make, when they smile it always a crook smile they make.. They are suppose to be serious then they are gentleman.

Statement ni she got from a novel and she asked for my opinion. For me, of course I said: Totally agree. hoho. And this is why I said that.

Someone, or more so lots of people said: Tak best la serious memanjang. Kena la melawak sama. Kalau tak cepat tua la. Serious ja, stress hidup kot. And more, more, and more.

Haha. Okay, tu pandangan you all. Bagi sy, yg menaip, agak kurang setuju di situ. You see, for me, it's kinda hard to put my trust for someone yg tak habis-habis melawak, joking around, asyik main-main, susah nak tengok bila masa dia serious in what he's doing. Dalam Islam sekalipun, Rasulullah SAW dah berpesan, "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu matikan hati." - Riwayat Ahmad. *Boleh rujuk pada ulama/ustaz/ustazah untuk lebih yakin ya.*

Most of the time, bila sy utarakan hal ni, ramai yg respond lebih kurang macam ni:
Alah, habis tu takkan nak serious memanjang.
Stress gila hidup macam tu.
Takkan nak kawan ngan orang yg menangis memanjang kot.

And much more. Oh my, my. Dear, kenapa biarkan diselubungi misteri? Kenapa negatif? Look at the bright side. Kenapa Islam anjurkan macam tu? Baca ni, and tanya sama hati.


Dilihat pada diri seorang lelaki tu sendiri, hilang terus ciri-ciri kepimpinan kalau bagi sy - so bukan gentleman. For me, a gentleman is someone yg kita rasa kita boleh percaya dengan kepimpinan dia, insya-Allah. Bukan tak boleh joking tapi berpada-pada. Rasulullah SAW sendiri, bukannya tak pernah buat lawak, bahkan banyak sirah menunjukkan Rasulullah SAW melawak TAPI Rasulullah SAW tak berlebihan. Paling jauh ketawa hanya tersenyum menampakkan gigi Baginda SAW. Cuba bayangkan: Ada two guys, A and M, pakai smart betul, a suit yg nampak kemas dengan rambut yg disisir rapi, penampilan yg kemas terjaga. (Kemas okay, jangan bayang yg hensem.) You look from a distance both of them talking dalam satu kumpulan kecil. Tersenyum menyapa and mula bersembang rancak. Tiba-tiba all of them gelak besar terbahak-bahak, kecuali si M yg hanya melemparkan senyuman manis. Okay stop. Let me ask, antara A dengan M, yg mana nampak lebih meyakinkan? Yg mana dear lebih prefer to look at? If both of them vome to you, which one you will feel comfortable with? :)


Tiada sensitiviti - defintely bukan ciri-ciri a gentleman. A gentleman is someone yg sensitif dengan persekitaran dia, sensitif dengan orang keliling dia. Beza dengan yg kita nampak sekarang, kalau boleh runtuh, dah lama runtuh kedai-kedai mamak tu dengan suara gelak tawa guys. Kadang-kadang it's annoying sangat bila duduk satu bumbung dengan orang yg macam ni. Macam dia ja yg nak bercerita, melawak. Dah tu kita pulak kena peda dok tengok kawan kita yg dok bercerita, tak dengar suara. Orang macam ni, memang tak gentleman. Tak dak sensitiviti langsung. Kalau diberi pilihan, tak sanggup pilih orang yg tak sensitif macam ni.


Tak serious = tak ada komitmen 100% - tentulah bukan gentleman. A gentleman is someone yg take serious in every decision he made, every work he did, every responsibility he got. Bukan tak pernah, tapi ramai yg sy jumpa, sibuk melawak, asyik joking around sampaikan kerja yg dibuat tak dapat siap on time. Kalau siap sekalipun, not the best from him. Sangat tak memuaskan. And yg paling annoying sangat, bila mesyuarat yg dijalankan became satu pembaziran masa yg massive! Yg ni sangat sangat sangat annoying for me. So not gentleman. Mesyuarat yg sepatutnya dapat hasilkan penyelesaian untuk macam-macam permasalahan and tamat dalam masa sejam dua, berlarutan sampai empat lima jam sedangkan masalah tak dapat penyelesaian langsung. Hatta penyelesaian tak terbincang dengan detail langsung. Sibuk nak melawak, konon tak nak stress, nak bagi semua suka masuk mesyuarat. Hisy. Buat la lawak macam maharaja lawak sekalipun, tak dak sapa dalam dunia suka masuk mesyuarat. Sebab mesyuarat menyebabkan semua gerak kerja terpaksa hold dulu, betul kan? The best solution is singkatkan waktu mesyuarat tu haa. Be precise, ringkas, padat, kritis untuk setelkan masalah or whatever it is in the agenda. Orang pun puas hati sebab masalah setel, masa pun tak banyak terluang dalam mseyuarat. Haa kan kurang dosa kat situ (dosa bazir masa satu hal, dosa buat orang menyampah satu hal, dosa melawak lebih-lebih sampai orang terasa satu hal) ^^


Dalam ketegasan, ada ketenangan - this is gentleman. You are being serious but in the same time, you make people around you feel comfortable working with you. Tegas or serious tak bermakna kena garang, kena marah-marah, tengking-tengking tapi tegas menunjukkan dia tahu apa yg dia tahu, dia tahu apa yg dia perlu, and he's aware of his job. He's firm, yakin diri. For me, melawak yg nak bagi hilang stress tu bila jokes yg dibuat tak mengganggu perjalanan gerak kerja yg lain, tak buatkan orang pakat lupa tujuan sebenar or bidang tugas or niat sebenar or whatever the situation is lah. Dengan erti kata a simple and short one. Bukan yg melalut sampai dah macam buat show dah tengok. =.= 
So bila lepas jumpa dia, orang tak la serabut otak pikir, apa la yg ku nak buat tadi sebenaqnya. Tapi orang pikir, alhamdulillah, lega sikit rasa. Tenang sikit nak sambung kerja ni. Itu baru gentleman, tak menyebabkan orang lain susah sebab dia. ^^


Looks sweet - this is a gentleman. Nampak sweet ja orang yg selalu tersenyum. Banding orang yg selalu gelak kuat. Kan? ^^
Plus kalaupun orang kita kenal tu jarang bergelak ketawa, tapi setiap kali dia tersenyum apa kita rasa? Tanya sama hati. Sweet, and selalu buat orang rasa sweet bila dengan dia, that's a gentleman. ^^


Kebiasaan orang yg suka melawak tanpa dia sedari, kata-kata dia buat orang tersinggung - this is definitely tak gentleman. Sy ulang, kebiasaan. Kalau ada terjumpa yg tak macam ni, alhamdulillah. Even orang gelak ketawa dengan jokes dia, tapi who knows, hati orang lain-lain. Dikhuatiri banyak yg tersinggung. Bagi yg selalu beringat, mohon kemaafan lepas joking around tu tak pa lah, kalau yg jenis langsung tak peduli? Hmm. Tak mo la hidup ngan orang macam tu, satgi keja orang dok terasa ngan dia ja, kita nak hidup pun tak senang jiwa. Kan dah speak the oath sehati sejiwa till jannah tapi macam mana nak ke jannah kalau nanti depan pintu syurga ramai yg halang? Yg tu memang terbukti, jelas lagi nyatalah: NOT A GENTLEMAN.

Yg jadi masalahnya sekarang ni, typical Malays termakan hujah typical dari luar through media, yg stereotype terus serious means garang, tak boleh bawak melawak, and semua yg negative lah. Tapi sebetulnya, being serious is what Islam really teach us to be. Tak percaya? Balik ke masa silam, tengok semula timing Rasulullah SAW melawak and timing Rasulullah SAW being serious. Stop thinking: Rasulullah tu lain lah, dia rasul. Stop it. Bukan ka Allah dah bagi tau kita: Rasulullah SAW sebagai contoh akhlak terbaik. Maksudnya tahap akhlak kita dengan Rasulullah SAW tak mungkin sama level, tapi boleh ja kita cuba sebaik mungkin contohi, betul kan? ^^

Boleh cuba baca some stories here, and here, and here. Sy hanya cuba permudahkan, but you shall do more research my dear. To make sure you get the real reason for your choice of becoming a gentleman muslim.

So ringkasannya di sini:
Being serious means he's ready for being responsible. Kalau nak ikut Barat sangat, tengok balik bilamasa seseorang tu mula dipanggil a gentleman. A gentleman memang selalu digelar bila seseorang tu dah boleh diberi kepercayaan. Contohnya, yg selalu kita dengar, "My boy has become a gentleman." dalam filem-filem.



"A true gentleman is one that apologizes anyways even though he has not offended a lady intentionally. He is in a class all of his own because he knows the value of a woman's heart." - Shannon L. Alder

Nampak tak? A gentleman cuba untuk tak offend sesapa pun, tak kira la a lady or not. Cuba perhati orang yg banyak ketawa, most of them yg sy kenal would say: Biaq pi la dia nak terasa, kesah pulak aku. Or: Terasa ka? Memang nak paku pon. Then mesti ramai-ramai gelak, kan? Or any sorts of that. That's not a gentleman, my dear. Kalau dia sorang yg serious and sensitif about keliling dia, dia dapat sense, someone's hurt or better, he knows his words will offend other people, jadi dia elakkan. ^^



"A gentleman is someone who does not what he wants to do, but what he should do." - Haruki Murakami

Ni boleh tengok balik point yg ke-3 and ke-4. Take your time and cuba kaitkan apa yg Haruki Murakami sebut dengan dua points tadi, my dear ^^



"Being male is a matter of birth. Being a man is a matter of age. But being a gentleman is a matter of choice." -  Vin Diesel

Kenal Vin Diesel? Yg dua atas tu tak kisah la tak kenal. Tapi yg ni sapa tak kenai memang saja la. Tengok Vin Diesel macam mana, and tengok apa yg dia kata. It's a matter of choice. So guys, choose now, wisely. Either you nak jadi a gentleman muslim or you nak jadi someone yg opposite of it. ^^


Gambar hiasan - drama ni memang shows perbezaan a gentleman and a man.

So that's it my dear. To Cik Ayu and Cik Aliaa, ni jawapan sy yg panjang berjela and take time sikit nak hasilkan ni. hoho. So harapannya berpuas hati lah dengan my opinion ni. kikiki. Till we meet again, my love. Adios!




Yearning to meet a gentleman
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Real Life Fairy Tale - Exist! ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Haaa rajin tak I lately mengupdate? kikiki. Tak pa lah. Layan kan ja. Lalalalala. Okay, today ka tonight ka tomorning? haha Apa pon boley. Today, nak timbulkan satu persoalan: Do fairy tales really exist in real life? Or more so, does it really exist in real life of a muslim? Jeng jeng jeng ~


Okay, persoalan ni timbul sebab sekarang ni tengah baca a novel, a gift from my best friend, Cik Ayu. A novel about the dark side of fairy tales.

Black Thorn, White Rose

Dalam novel ni, segala fairy tales diceritakan dari segi bersusah payahnya watak-watak utama, tak sama langsung dengan tales yg diceritakan. Penceritaan ni sampaikan mampu buat para pembaca berfikir: There's no such thing as fairy tales in this world. Witchcrafts? Yes. Black magic? Yes. But pure magic from fairy godmother is rubbish. No one gets what he wants without hardwork. This concept yg dipegang oleh masyarakat Barat sehinggakan macam mana usaha sekalipun, they can't make themselves believe in Santa Clause, Sandman, Tooth Fairy etc.

You see, this concept semakin menular dalam pemikiran masyarakat lain, termasuklah umat Islam sendiri. Abunaiyo - kata orang Jepun. It's dangerous. Disebabkan konsep ni lah, masyarakat mula bekerja keras 24 hours, 7 days non-stop to make sure they live in a comfort zone. Pada mulanya, it seems like it is a positive thing. But then things are changing. The heart filled up with eager for more, nak lagi, dan lagi, dan lagi. Tak hirau dah apa nak jadi, macam mana nak jadi, nothing can stop me. Dari sini, macam-macam penyakit hati singgah: hasad dengki, takbur, riak, bakhil dan segala mak nenek lah. Corruption mula merebak sampaikan effect pada organisasi utama sesebuah kerajaan.

Boleh nampak tak kejadian tu bermula dari mana? Tentu lah, this isn't the main subject tapi ada kemungkinan kan? Cuba tanya sama hati, is it true or not. ^^

Kids always believe like this:


And this:


Or nowadays with technologies:

Fairy tale world wallpaper no89072

And adults who were overwhelmed by media, think of this:


Or this:


And even this:


Or this one:


Hahaha. Banyak lagi, sendiri taw kan. Okay, enough. Let's talk about this pulak: Fairy tales in muslim's life, for real? Penulis berkata: Yeah, it is real. Memang ada fairy tales dalam kehidupan seorang muslim. Berlambak-lambak kot. Cuma sebelum tu, may I ask, what do you think when you heard: Fairy Tales. Hmm?

Secara konsepnya, bagi sy, "fairy tales" brings the meaning of magical experience in life that was told from generation to another generation, and become a legendary, that being simplify and beautify by adults when they share it with children. And then, these tales will remain in our children's mind and secara tak langsung, jadi satu matlamat hidup anak-anak ni: I want to become a part of this fairy tale. Cumanya my dear, there is ONE BIG DIFFERENCE between fairy tales Barat and fairy tales Islam: REALITY. ^^

Fairy tales Barat based on 100% made up stories or paling tak pun 0.1% ja true story, yg lain dak pon. While fairy tales Islam 100% based on true stories. Yg nak jadi ada add up tu pun kisah-kisah Israiliyyat. Kalau tak tau boleh baca kat sini. Tak pun boleh tanya kat Ustaz Azhar Idrus je. Senang sikit, ramai boleh tau, dapat sumbang pahala jugak. Insya-Allah. hehe.

Sebab tu, orang Barat susah nak percaya fairy tales depa sendiri. Sebab zuuq tu tak terasa, semangat kebenaran berlakunya peristiwa magic tu tak teralir dalam penceritaan. Berbeza dengan fairy tales Islam, bila dengar, or even kita baca dari artikel sekalipun, terasa paling kurang, kagum tu membuatkan bulu roma kita seram sejuk kejap. Means roh kita rasa ada semangat and kebenaran dalam kisah tu. Terpegun, terpana, and so on. Not to them, siap boleh buat melawak lagi.

Contoh yg paling senang kita tengok pada mukjizat nabi-nabi dan rasul-rasul Allah. Macam mana kisah pertemuan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis; kisah burung hud-hud; kisah terbelahnya lautan untuk menyelamatkan umat Nabi Musa; kisah terbelahnya bulan mengikut telapak tangan Rasulullah SAW; kisah Nabi Nuh yg ditelan ikan nun; kisah Nabi Sulaiman berinteraksi dengan semut, jin, angin etc; and banyak lagi. Tak pun kisah-kisah para khalifah terdahulu, such as kisah Salahuddin al-Ayyubi, yg siapa sangka boleh menjadi pahlawan yg paling digeruni sampai ke hari ni; Uwais al-Qarni, yg siapa sangka dirinya begitu berharga bagi makhluk-makhluk Allah di langit; and much more. Tak sama ka dengan konsep fairy tales? It's magic, right? Tak berlaku dalam kehidupan sekarang tapi still, it does happen long long time ago.

Kisah Hajar yg berkorban untuk anaknya; kisah Maryam yg sentiasa dalam bimbingan Allah; kisah Zinnirah; kisah mulianya Khadijah yg setia pada suaminya; dan Aisyah yg dibersihkan namanya dari fitnah dalam al-Qur'an; kisah Hawa yg diciptakan sebagai cinta kepada Adam; kisah kelahiran Rasulullah SAW sendiri bersama cahaya yg terang benderang; dan banyak lagi kisah lain.

You see, my dear, banyak kan fairy tales in Islam's history? Ni baru sebut about sirah, kisah silam yg kita tahu. Belum lagi fairy tales yg kontemporari, yg happened dalam dunia serba moden ni. Media tentulah tak hebahkan, kita kena pandai cari. Read, research, ask for more, and you will find a lot of modern Islamic fairy tales, insya-Allah. Kalau tengok dalam youtube or facebook, dah banyak and macam-macam magical things shared. Air laut yg tak bercantum; awan yg jatuh ke bumi di tanah Arab; singa yg menyebut nama Allah; kanak-kanak kecil yg dikurniakan suara merdu mengalunkan ayat al-Qur'an bahkan menghafaz 30 juzuk semuanya; kisah penghijarahan hidup penyanyi-penyanyi kepada kehidupan Islam - pengalaman-pengalaman magical depa; and  even pengalaman relatives kita masa di Mekah and Madinah pun, soon become a fairy tale to our grandchildren; kisah pertemuan dua jiwa dengan satu ikatan suci - yg pernah popular dengan lamaran menggunakan DSLR tu; kisah seorang anak muda yg dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford - Dr Afifi al-Akiti; and banyak lagi.

You see, fairy tales really exist. And once again, sy tegaskan "fairy tales" dalam kehidupan seorang muslim jauh berbeza dengan yg lain atas sebab kita, umat Islam berpegang pada konsep:

Usaha + Ibadah + Doa + Tawakal => Magical moments



[Usaha] Kisah kita tak goyang wands macam fairy godmother buat kat Cinderella or macam Harry Potter ngan Hermione buat tu. Kisah kita bermula dengan usaha dulu sehabis baik.

[Ibadah] Lepas tu kisah kita tak hanya bekerja keras sampai tak peduli hukum-hakam, nilai moral macam yg Snow White buat or macam dalam Lord of the Rings. Semua yg berpeluang merasai magical life tu menjaga batas syariat and hukum-hakam Allah sebaik mungkin.

[Doa] And then kisah kita tak bergantung harap pada kuasa yg lemah like witch, wizard, fairies, evil lord, jin, tapi kita bergantung harap pada kuasa yg paling Agung, yg tiada bandingan: Allah. Kita berdoa, memohon pada Dia 100%.

[Tawakal] Lepas tu kisah kita tak berhenti setakat tu. Kisah kita ditemani tawakal dengan segala ketentuan yg Allah beri. Macam kisah Nabi Nuh yg berdakwah selama 900 tahun tapi hanya sedikit yg mengikuti. Malahan anak dan isteri baginda sendiri enggan bersamanya. Tapi Nabi Nuh bertawakal, tak pertikaikan ketentuan Allah. And, does this complete yet? No, mana magical nya kisah ni?

[Magical moments]
The magic happens bila tiba masanya Allah berikan keputusan, the result of what we have been doing all along. Saat yg ditunggu-tunggu, tika itulah Allah datangkan keajaiban untuk hamba-Nya. Kita tengok semula kisah Nabi Nuh tadi. Bagi kisah itu, kejayaannya (the magical scene) doesn't happen in the era but it happens afterwards. Bila? It is bila para khalifah, para da'ie selepas era tu dengar kisah Nabi Nuh, the magic begins dengan menjadi sumber kekuatan dalaman bagi mereka bangkit tika kesedihan melihat sanak-saudara yg enggan bersama dalam Islam, menjadi sumber ketabahan bilamana jarum-jarum hasutan syaitan menusuk hati-hati mereka. It becomes the inspiration for them. That's the magic in this story. Tengok pula kisah Maryam, magical things happened on the spot - keluarnya air zam-zam, and who knows, the magic remains sampai sekarang, jadi bukti kukuh kepada dunia! Kisah Salahuddin al-Ayubi, magic tu happened bilamana beliau berjaya memerangi tentera Salib dan menawan Baitul Maqdis. Sampai sekarang kisah tu bukan sahaja diceritakan oleh umat Islam, menjadi inspirasi zaman berzaman untuk tawan kembali Baitul Maqdis, bahkan turut menjadi kisah yg menggetarkan hati-hati orang kafir.

Salahuddin al-Ayubi

Dear, now do you see the magical world Allah had given to us? Ni baru kisah-kisah about human beings, belum lagi tengok pada magical things that He showed to us in other creatures' life. Islam dah sediakan begitu banyak fairy tales untuk kita kongsikan, ceritakan pada anak-anak kita, mengapa perlu kita ambil kisah-kisah fairy tales Barat jugak? Why? And I wonder why most of us masih mengharapkan kisah hidup masing-masing bertukar jadi kisah fairy tales Barat terutamanya yg dah dewasa ni. Masih mengharapkan kisah cinta yg terevolusi dari asas fairy tales Barat. Non-sense! Rubbish! Sedangkan orang Barat sendiri getting sick of their stories, boleh kita lihat dengan jelas dalam some of their songs contohnya lagu Adam Lavine dalam lagu Payphone:

If "Happy Ever After" did exist,
I would still be holding you like this
[Video:] All those fairy tales are full of shit
[Album:] All those fairy tales are full of it.
[Video:] One more fucking love song, I'll be sick.
[Album:] One more stupid love song, I'll be sick

Mengapa kita yg terkinja-kinja membayar begitu banyak wang demi merosakkan anak-anak kita? Hmmmm. Kalau pikir panjang, jangan tanyalah lepas ni kenapa ekonomi orang Islam mundur. Sendiri tak nak usaha gunakan semaksima mungkin bidang perniagaan (termasuk bidang-bidang berpotensi dapat jadi sumber kewangan such as media), and sendiri jugak tak nak usaha gunakan peluang yg ada support bidang perniagaan Islam.

Once again, my dear, look around. See with your eyes, think with your mind, and never forget to ask your iman. I'm sure after this, each time you see the world, you'll see the magic works out and insya-Allah, you will have your own magical moments. Ameen ^^


Aurora - the magical sky




Believe it or not
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Tuesday, January 1, 2013

[ The Road Is Taken ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

Rindu or not, kena rindu jugak. Nak bebel-bebel jugak. hohoho


Dah mula tahun yang baru ikut kalendar dunia. So.... azam baru....?? I'm not sure. Sebab tiap hari kita update azam baru, tiap hari ada azam baru. Cumanya, mungkin ada pembaharuan nak set malam ni. Sebelum tu, kita imbau semula sejarah. Layan ~~

- - - - -

Masa first ditakdirkan ada hobi suka baca buku cerita, tantangan hebat dari parents. Masa first ditakdirkan suka tengok cartoons, tentangan hebat dari family. Tapi, bila dah ditakdirkan, sebati dalam jiwa, tentangan hebat macam mana pun, tak guna rasanya. You see, apa yang Allah tetapkan tu, ada hikmahnya. Dulu terpikir jugak, biasalah, zaman muda-mudi, darah remaja, always curious and anxious. Kenapa tak boleh? Kenapa tak bagi? Habis tu kenapa dialirkan dalam jiwa ni minat ke arah tu? Selalu terpikir, mungkin tu kerja nafsu. Hmm.

Masa semakin berlalu pergi, jiwa tetap macam ni. Sampai dah besar panjang. Bila dah besar, kepala makin besar, lagi tak heran. Nak kata apa pun katalah, this is what I love to do, this is the only thing I enjoy by myself. Tapi sometimes it did menyimpang jugak. Tapi tak pa, kita belajar dari kesilapan so that next time bila jumpa persimpangan yang seakan-akan sama, kita dah boleh cam and takkan turn into the path, kan? ^^

Sampailah masa kritikal, antara dua: Matrikulasi or Pra-U. Tanya sama hati, memang tak nak life matrik. Tanya lagi sama hati, tak kisah apa orang nak kata, form 6 nampak cam best jugak. And then, Umi nak jugak-jugak masuk aliran agama. So be it. Still enjoying the life sebab... sapa kata form 6 susah? Pentipu. Lain kali try sendiri, jangan sibuk percaya kata orang.

And then, for the second time, pilihan masa depan untuk degree. Masa ni memang tak tau cemana and to be truth, tak ingat pun pernah letak Pengajian Dakwah & Kepimpinan dalam choice. Pernah dengar pun tak kot pasal course ni. Tup tup result dapat this one. Okay, why not? huhuhu. Walaupun hati bimbang, sebab sedar diri tak layak sebenarnya untuk terus dalam bidang agama ni. Tak sebagus kawan-kawan lain. Malu. Kemungkinan untuk fail pun terpikir jugak masa tu. Menangis jugak la malam-malam pikir sal ni, especially bila dah masuk and start kuliah. Tertekan sebab jumpa ramai kawan-kawan yang sangat mantap agama banding kita. Nyesal pun ada tapi lama-lama tu, cuba sibukkan diri dengan outdoor activities, agak melupakan jugak benda ni, except masa dalam kuliah la. huhu.

Sepanjang zaman tu, tak terfikir langsung hikmah behind the scene. Cuma set minda: just go on, nothing more I can do to reverse the fate. Sampai lah naik Tahun 2, time to choose module. On the spot, nampak arah tujuan, nampak masa depan yg memberi harapan sikit: modul komunikasi. I tried everything I could to make sure I got selected ke modul komunikasi. Memang, once again ramai yg hasut susah lah, selalu tak score lah, macam-macam lah. Ah, persetankan semua tu. Asek-asek menuysahkan hidup orang lain dengan negative words ampa tu. Nak ja cakap, berdosa tau dak buat hidup orang susah. Ya la, sebabkan your words tu, orang dah terset persepsi negative towards something. Susah tau dak nak make another step bila dah ad persepsi tu. Hisy. Kuang sam betul kalau dapat friends yg macam tu. Suppose friends support each other la kan? Hmmm. Tak pa, benda dah lepas. Bai.

Okay, bila dah start major ni, terus dapat bayangan, sekaligus dapat nampak hikmah di sebalik semua yg happened years before. Rasa bersyukur tu memang tak terhingga. Alhamdulillah, thanks to Allah for all of these. Mula dari saat tu, start to be positive, cuba sehabis baik untuk ikhlaskan hati timba ilmu. Korbankan anything I had to, just to make sure I'll be leaving without any regret.

And then, final year. Lagi terang, jelas, lagi nyata about perancangan Allah, yg memang terbaik antara segala perancangan. Dulu, mungkin sekadar join tapi tak berminat. But now, join and mula berminat dalam gerak kerja dakwah dalam kem and program. Mula ada tujuan and niat untuk go further, more and more and more. Alhamdulillah.

Then, graduate. Kosong. Niat di hati memang betul-betul nak ambil cuti, rehat sungguh-sungguh for at least a semester la. Penat sungguh 3 tahun degree. Bukan penat belajar, penat ngan life tu sendiri. Need some time to make sure penuaan tak berlaku. hahaha. Then, people start to ask about future. Job or study. I guess, memang dalam jiwa, I want to learn more, research more, get new knowledge. So terus tutup pertanyaan semua dengan: Doakan sy, insya-Allah nak sambung lagi belajar no matter what.

Tapi, ntah tak tahu kenapa tergerak hati untuk cari jugak, at least a part-time job. Sebagai pengalaman hidup. Search punya search, tak dak yg berkenan. Tanpa disangka, dalam saat nak stop searching dah, terjumpa satu adv ni: fasilitator sambilan. Interesting!

Masa tu tengok company tapi memang tak terfikir langsung about status company tu. Lagipun iklan tu dah expired kot. 2011. hahaha. Just fikir, why not? Hantar ja resume, dia panggil kita pi. Tak panggil dok diam-diam kat umah. hehe. Plus, terfikir jugak, dari diam-diam kat umah, at least some of the days berbakti kat masyarakat pun okay jugak pe. Tanya sama hati, hati kata: Why not? You should not stop your main purpose in life: dakwah. Kalau ada peluang, ada rezeki, silakan. Tiada bantahan.

So, nak dijadikan cerita, dipanggil temuduga and alhamdulillah, smooth and diterima. Okay, lepas habis the first program, dapat responds yang macam-macam especially from friends, of course. Ada yg cakap: Tak penat ke asek berprogram je. Time belajar pun program, dah grad pun program? Ada yg cakap: Baik cari kerja tetap terus, buang masa part-time. Ada yg cakap: Bagus lah, at least ada kerja nak buat. Tak boring. And ada yg cakap: Good, cari pengalaman temuduga, pengalaman kerja dulu sementara tak dak apa ni. My mom turut berkata: Tak pa lah, awal-awal ni jadi orang bawah. Esok-esok jadi orang atas pulak.

Huhuhu. Thanks all. But above all that, I know my main purpose. I said to my mom: No, it's okay. I'm not interested dengan pangkat yg lebih tinggi. Tak best lah. Orang cuma nak jadi fasilitator, yg bergaul, duduk dekat dengan budak-budak kem and program.

- - - - -

Okay, tu imbasan kembali. Now the present. So, the road is taken, by me. hohoho. You know, apa pun orang lain cakap, it won't change my heart. Sahabat yg dekat memang dah faham. Kalau kita cakap hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Melainkan ada hujah lain yg boleh buat things better, then it will change. Memang, kalau ikutkan, siapa yg nak kerja tak setimpal dengan status degree, gaji pun berapa ja dapat. Kerja pulak macam orang out-station la. Tapi... that's not my purpose. Rezeki tu, Allah yg tentukan. Kita cuma jalankan apa yg Allah nak, apa yg sepatutnya kita buat. I did it pun sebab rasa, nak rehat, banyak lagi masa boleh rehat. Program cuma dua tiga hari. Tak salah kalau I join untuk serve the community, kan? Plus, kalau I tak gerakkan dakwah dalam bidang tu, who else? Sebagai seorang muslimah, I must say, I cannot let it go. It's one of my responsibilities. Apa guna I belajar tinggi-tinggi tapi tak share sehabuk pun dengan my next generation yg makin hari makin kecundang dengan media. Pity.

Dengan rendah diri, sy nak seru bagi yg membaca: Jangan asek sebok azam baru, sebokkan diri jugak dengan perbaiki niat hati kita, niat hidup kita. Atas dasar apa?

Kalau hidup atas dasar gaji, cari harta, kumpul ribu juta, ingatlah, yg tetapkan rezeki kita adalah Allah.
Kalau hidup atas dasar cari pasangan yg sempurna, cari imam dan makmum yg setia, cari mother and father yg sesuai, ingatlah, yg pertemukan kita adalah Allah.
Walau hidup atas dasar apa pun jua, ingatlah, kalau kita berusaha walau hanya pada niat dan setapak langkah untuk sebarkan agama Allah, mengembalikan masyarakat pada jalan Allah, hatta untuk mengubah haluan bahtera hidup sendiri kembali dekat dengan Allah, Dia takkan pernah berpaling dari kita. Ujian? Cabaran? Dugaan? Relax. Tu semua sebab Dia nak tengok sejauh mana kita sanggup pergi untuk kejar Dia. Bukan ke tu ala-ala orang bercinta? ^^

Hmm. The point is, just do anything. It doesn't matter to Him. As long as He love it, as long as redha Allah ada bersama, it'll be count in. Set la azam baru, tapi tiap hari set jugak niat yg betul, okay?

For me, pembaharuan is: My life's changing, and I need to be better, I need to be tougher and I need to be closer to Him. Insya-Allah. Sama-sama kita doakan moga azam, matlamat, mind set semua yg membaca dalam redha Allah. Ameen. ^^




Siapapun jua, di mana pun jua, ku harap kita kan bersua
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~