Thursday, January 13, 2011

80% or 90%...?

With Allah's love
Assalamualykum to my dear


Baru lepas solat, nak siap-siap tido tapi saja singgah blogging jap. Tadi makan megi kat cafe sengsorang sambil minum teh ais. huuuu....tatau napa ri ni sangat teringinkan teh ais. Sorang-sorang pun waku tak kesah. Nak jugak jugak. hehe. Naseb kafe tak penuh orang. Ada dua tiga group kecik je makan-makan, sembang-sembang. Alhamdulillah, lega dapat pekena teh ais tadi. Kenyang gak makan megi walaupun tak berapa buleh pi. haha

Well, memang ada benda nak setori pagi ni tapi kan... Ha, lantaklah. Mu nak terasa, terasa pi lah. Ntah-ntah mu pun bukannya baca entri ni, buang karan ja pikir lebey-lebey. *wex*

Maka, bermulalah ceritera.......zaaaasssss......!!! Layan.........

80% or 90%
Pilih, pilih...huhu

Tu peratusan anger sekarang nak completely hilang, lepas semua yang jadi hari ni dah habes. Allah, susah betul nak bagi jadi 100% hilang. Tolong laaahh... This is not good. I need my focus for this big event. Adoyai.... =_=

Apa yang jadi hari ni, satu perkara yang amat luar biasa lam hidup buat masa ni. And mungkin lepas-lepas ni jugak tapi harap tak ada dah la macam ni, amin....

Tadi memang gun shot betul. Memang tahap yang tak pernah waku sampai selama ni. Sampai terpaksa bertafakur kejap, lari dari semuanya. Serious, kalo tunggu lagi kat situ, risau makin ramai yang tak pasai-pasai kena. Hmm....

Macam-macam dah try. Duduk, tak jadi jugak. Baring, pun sama jugak. Masih tahap yang sama anger tu. Adus, tak boleh jadi nih. Duduk kat situ anger memang tak hilang. Sebab? Sebab masih nampak muka-muka tu, masih dengar suara-suara tu, masih terbayang situasi yang menyebabkan volcano meletus. Hadoi...

Bengkek... sangat bengkek... mungkin Fadhlan betul, tak ikhlas lam hati masa buat kerja, tu yang jadi macam tu. Ye ke...? Tak ikhlas? Boleh la kalo nak consider tu kot. Ntah la....

Apa yang pasti, hari ni anger tu naik tahap paling tinggi. Tak pernah lagi apa-apa yang boleh buat sampai tinggi tu. Tahniah, sangat mantap hari ni. Haha.

Waku nak ja terus tersenyum kat depa, tapi tak terdaya. Anger tu terlalu tinggi. Waku terpaksa undur diri kejap, balik ke bilik walaupun dah dipesan stay, tolong-tolong yang lain. Tapi waku tersangat lah geram, so tak boleh. Kena berangkat jugak.

Try lagi sekali, duduk, baca apa-apa, nothing happened. Baring, ulang jugak, result pun sama jugak. Haaiiizzz.... bahaya ni. Tak boleh lama-lama menghilang, nanti ramai pulak yang protes, mati waku. Last, bangun, capai tola, angkut timba, pi shower. Bertapa la waku kat situ lama-lama. Maybe ngan mandi dapat kurang kan lagi kot. Hmm....

Gila, sampai terketar-ketar waku dibuatnya. Nak kata time tu hujan, cuaca sejuk bangat, tak adalah. Sangat lah ironi nya masa tu. Tapi ketar ni sangat teruk. Memang, anger tu still membuak, tapi cuba jugak-jugak. I have to. Kalo tak mati semua ku fire. Tahan marah nya pasal, sampai sejuk-sejuk tangan and kaki. Gigi berlaga lebih dari time dok kat Cameron nuh. Masa tu pikir boleh kena strok gak la. Adoyai....haha

Sebelum tu ada mesej Wani, tanya cemana nak buat. Wani pesan amek wudhu', pastu doa bagi tenang hati. Kebetulan masa tu Zohor, so ikut ja cakap Wani. Lepas solah, hmm.... Masih ada berbaki. Masih banyak walaupun dah mula stop trembling masa tu.

Kenapa jadi macam ni? Anger tu tak patut ada sepanjang minggu ni. Minggu ni patut cool ja, mesti. Cool sebab nak sokong team, kalo marah-marah memang tak ada mood nak pi menyokong la jawabnya. Cool sebab minggu ni la ramai yang bakal perlukan pertolongan. Kalo tak cool, cemana nak tolong orang sebaiknya. Tadi dah jadi, and mungkin * orang manusia tu amat sangat terasa ngan ku tadi. Lantak lah, aak? Aku pun sakit hati ngan ampa, so fair la kan? haha.. Idop mesti adil kay, jangan berlaku zalim. =P

Bagi arahan bukan main lagi. Oooo, tak cukup orang ye? Pulun buat announcement berjuta kali mintak yang free pi tolong ye? Dah tu, attack bilik gerakan ye? Okay, fine! Kali ni, aku kesah. Sampai pecah gegendang telinga aku ampa jerit lam benda tu. Melampau tol. Bengkek aku. Satu habuk keja pun tak jalan dok pikir ampa ja. Eh, dari tadi announce ni, tak kan tak ada yang free pi tolong depa ni kot. Sangat pelik kat situ. So, dengan hati yang berat nak tinggal bilik gerakan tu tak ada guard, berangkat jugak lah pi tengok apa hal kat sana. Lam hati berdoa ja la moga tak dak apa-apa hilang satgi. Tawakal. Terpaksa.

Sekali ku pi sana, hampeh! Pehal ni? Sorang, dok kat hujung tu, makan. Dua manusia, dok kat depan tu, ku tak tau buat apa. Empat orang, berdiri kat meja tu, melengu ja. Sorang, dok depan laptop, tepi printer, dok print pa barang ku pun tak tau. Ku attack yang ramai-ramai ni, ku tanya jugak. Da pa benda nak tolong dak? Depa kata ntah, depa pon tak tau nak buat apa. *!!!!!!* Pooff..!!! Ayam!! Tadi sapa buat announcement?! Aku rasa nak jerit jugak tang tu tadi. Ayat tak bley blah btol.

Pastu? Ku blah la, tunggu lagi. Bilik gerakan sana tu dok kosong, segala barang semua ada situ. Kalo hilang sapa nak cari balik? Sapa yang banyak sangat duit nak cari ganti? Hampeh toi. Masa tu haku dah tak bley dah. Memang ku jalan tak tengok dah sapa-sapa manusia yang ku jumpak. Hangin. Kalo ku tengok muka, satgi kata ku bengang kat depa lak. Payah cerita.

Okay, fine. Ku dok lagi, tunggu situ. Game mula, ramai yang pi sokong. Ku nak pi gak, at least nak sokong Hafis ngan team c yang maen tadi, tapi nak buat gu mana. Orang laen bukan mau tunggu situ. Tak ada apa boleh buat tang tu. Dok la ku kat situ cam orang bodo. Depa masuk, ku tanya, ku bagi barang, depa blah. Fed up tengok depa terkial-kial cari barang tak jumpak. Sambil-sambil tu, cuba la buat sikit-sikit report program, cover balik minit mesyuarat mana yang dulu-dulu terlepas tu. Tapi tak sempat pon nak buat, baru type satu word, sorang masuk, mangkit la ku pi tolong. Dah tu, duduk balik. Tak dan apa-apa lagi, sama la jugak.

Selang dua tiga kali, bunyi lagi benda tu. Arahan yang sama. Teng! Menyampah aku. Aku biaq ja dulu, maybe satgi diam la tu. Sekali bunyi lagi. Siap ngan tone tinggi lagi. Haaiizz...!! Ni tahap melampau ni. Nak ja aku mute natang tu. Tapi satgi payah lak, law depa mintak barang-barang, cemana ku nak tau. Hmm... Sekali lagi, ku tinggal bilik tu ngan hati yang tak tenang. Walaupun Cak ada lam bilik tu, tapi hati tetap tak tenang. Sebab masa tu Cak bukannya nak dok lama tang tu. Dia asyik kuar masuk ja. Satgi law dia blah, kosong la tempat tu. Haaiizzz......

Bila ku pi sana, situasi beza la dari hat tadi. Nampak la keja tu berjalan.So, aku cool sket. Okeh, maybe memang kali ni they need help. Ku pi, tanya apa nak tolong, and ku dapat satu keja menyalin. Fine, ku tolong. Ya Allah, hantar lah sesapa tolong jaga bilik tu sat...

Dalam proses tu, ku ngaku, agak annoyed jugak. Apa yang payah sangat nak menyalin nih? Sampai nak kena bagi arahan kasar cam tu? Siyes, ku ingat keja apa la yang kalut sangat sampai stress depa ni sampai kuar arahan camtu. Hal kecik ja rupanya. Ku pun buat ja la. Hal kecik, wa tarak kesah. Tapi yang menambah geram nya....aigoo.....sorang berlari sana, berlari sini, gelak sana, gelak sini. Yang menyembang, cara menyembang. yang lembab terhegeh-hegeh cara terhegeh-hegeh. Ya Allah... Tadi bukan ka ampa stress tak menang tangan nak buat keja? Abeh, what's this?! Haaiizzz..!!!  bengkek lagi haku.........haih!!

Ku dah panaih hati, ku buat keja makin cepat. Cepat habeh, cepat selesai, ampa pun dah kurang sket stress tak menang tangan buat keja tu. Geram ku bertambah jugak time tu bila tengok orang buat keja lembab. Bukan sopan santun, tapi lembab. Ayam, dah tau situasi ngong camtu, boleh pulak terhegeh-hegeh tang tu. Mana la keja hang nak cepat selesai weh. Keja makin lama makin bertimbun, yang hang dok terlembab-lembab tang tu. Haaiizz....!!! Panas haku!!

Tengah-tengah dok cuba tenangkan balik hati ni, datang satu group ngan baju kurung segala. Mak aih, alien mana mai ni? Tergamam aku sat. Kalih la tengok sapa dia. Rupanya manusia-manusia ni. Oh, aku kenai. Kawan satu fac jugak. Tapi awat ada tang ni? Tetiba depa cakap, meh kami buat pulak. Haik? Mu ajk ka? Aku buat tak heran kat depa. Sebab? Ku tak leh bercakap time tu. AJK ka? Napa tak penah nampak muka? Ka ku yang tak penah terserempak ngan depa? Jangan, tolong jangan bagi ku bercakap. Cukup sudah ngan muka ku yang dah tak bley nak senyum dah, jangan tambah lagi perasa kat hati jantung ampa tuh. Dalam diam-diam tu, ku dengaq Pie tanya-tanya depa. Kalo ku tak silap dengaq, depa baru balik kelas ka apa ka, pagi tadi ada kelas, tak tau la ku. Lepas tu memang tinga ku pekak dah la. Bengang nye hal. Kelas?! Pi kelas?! Oh! So, ampa tinggai tanggungjawab ampa tang ni, pi sana, pastu menyebabkan orang lain kena? Bukan ku pertikai kena tolong tu, ku pertikai tang terasa hati. Dah tau bahagian ampa tu nazak, buleh pulak buat lagu tu? Haku idop lam bilik tu tak tenang langsung dok dengaq ja depa bising-bising kat natang tu. Ampa buleh pulak suka suki pi merata alam? Plus, mai buat keja pakai baju kurung? Aih... okay, jangan salah paham, bukan aku anti tutup aurat tu. Tapi siyes, bahagian ampa ni perlu orang pi sana sini, amek tu, amek ni, bagi tu bagi ni, cemana ampa nak buat keja ngan cepat law pakai macam nak pi kenduri tu? Kalo abi ada, kompem ampa kena. Ni nak melawa ka nak buat keja? Setempek lekat kat dai.

Masa tu tahap separa tinggi dah. Niat ku nak tolong menyalin lagi lepaih habeh satu set ilang teruih. Ampa buat la. Aku kena blah jugak, tenang kan hati ni sket. Dok lama lagi tang tu takut-takut terlepaih jugak sebijik dua kat depa. Haiizz.... bahaya... Jangan la oi..... gilak!

Ku blah, pi bilik tu balik. Lega hati ku, masa tu ada dua tiga orang lepak lam bilik tu. Mati-mati ku ingat bilik tu kosong dari tadi. Alhamdulillah. Ku tengok pun, smua barang still kat tempat yang sama. Ada la ubah-ubah tapi tak dak la kesan barang ilang tu. Cool sat, in, out, in, out. Ku baru ja dok nak menaip, bunyik lagi natang tu. Siyes, aku sampai naik nyampah dengor bunyik tu. Hatta nak pandang pon sakit jantung.

Naseb baek la hari ni ku tak dapat nak cam sora sapa. Yang pasti semua tak reti cakap elok-elok. Fed up haku. Bukan aku sorang. Orang laen yang dok lam situ, yang dengaq tu pon sama. Plus, depa yang cakap dulu pada ku. Eh! suka suki nya bagi arahan cam tu. Haa, ni bukan ayat ku kayh. Kalo ku lagi tajam dari nih. Nampak sangat orang laen pon terasa sama walaupun tu first depa dengaq arahan tu. Means bukan aku sorang la kay.

Dah dapat apa yang depa nak, ku pi la hantaq ngan tenang sket sebab depa tu ada jaga bilik tu. Masa sampai, ku sempat observe sat. Pergh!!! Ayam sungguh. Depa dok gelak-gelak sakan tang tu weh!! Bapak ar... Hilang lenyap terus good mood aku hari ni. aku baru pasang niat tak apa, depa stress, ku jangan tambah lagi. Skali....pergh!!! Stress la sangat kan..... bapak ar....ayam tol....pe la bodo sangat ku hari ni....ayam tol.... Stress ka senyum-senyum tu? Stress ka gelak-gelak tu? Mana keja-keja ampa yang tak menang tangan tu? Yang menyebabkan ampa alirkan aura negatif kat orang len tu? Mana? Masa  pi hantaq tu, ada sorang mai dekat ku, say thanx and grab my hand. Tindakan refleks ku, tepis tangan tu and blah. Wey, don't touch me kay? Waku benci btol orang sentuh sentuh, pegang pegang waku. Adik beradik aku pun ku marah law pegang aku, ni hampa, yang dah bagi aku hangin dari pagi. Bukan aku tak appreciate usaha hang say thanks tu, tapi aku memang tak suka disentuh, especially bila aku da bengang, got it? Don't touch me.

Ayam... Keja ku tak jalan, pikiaq sai ampa. Tiap kali ku nak mula buat keja, ampa mai bilik tu tengok ku ngan muka tak puas ati ku tak pi tunjuk muka kat sana. Haaiizz....!!!

Like hell!! Memang ku tak mo jejak dah tempat tu! Sat, buat apa ku pi sana? Memang dah tak ada apa dah nak buat pon tang tu. Dari ku dok sana melawak ngan depa, baik ku siapkan report ni. Dah siap, nanti lepas program, ku bleh tumpu nak edit laporan depa plak. Ya la, kata nak anugerah hapa ntah tu. Bapak.... cakap ja lebey, asap ja kluaq. Berangan la sampai mati law camtu cara ampa buat keja. Tak serius langsung.

Dah dekat tengah hari, bunyik lagi natang tu. Arahan yang sama. Masa ni memang haku dah hangin, ribut, tofan, tsunami dah. Ku tak puas ati, ku call one of them. Tak angkat. Okay, fine. Handphone dia memang ada problem pon, yang tu ku tau. So, tak pa. Cool. Tak lama, dia miscall. Dengan pantas kot, ku tepon dia balek, tanya ada apa keja lagi tak setel untuk arahan tadi tu (ayat len la). Dia kata tak ada apa pon, cuma nak panggil tu sebab nak suro menyokong. Incredilbe Hulk! Walla.... So, is that means dari awal tadi, arahan dan alasan tak cukup orang nak tolong buat keja tu dipergunakan?? Betol? Bengkek!!!

Haku nak pi menyokong, sebab tu ku mai hari-hari. Tidak aku dah lama pi kelaih dah. Haku nak, sebab semua satu team, tapi cemana? Tak kan ku nak tinggai tempat tu kosong? Cemana law ada orang mai cari apa-apa, need something? Cemana law tetiba ada orang asing masuk situ plak? Tak nak, haku tak mo tanggung risiko buang duit, buang tenaga nak ganti segala yang hilang. Keja sia-sia ja selama ni law jadi gu tu. Especially law jadi cam tu kat hadia-hadiah tu. Awat, ampa nak ganti ka?

Masa ku tanya tu plak, kebetulan depa dok makan. And ku dengaq dua tiga sora yang ku cam, ada tang tu skali. Makan? Makan? Tak lama, ku dengaq natang tu bunyik lagi, banyak kali depa ajak makan. Pergh...!!! Enough. Haku gila tak senang duduk, otak nak pikiaq report ku ni, pikiaq lagi keja apa la depa dok tak setel lagi dari tadi. Nak pi tolong, tak boleh. Tak pi tolong, depa satgi tak dan-dan nak cover game tu. Sekali......bapak ar......dok makan ghupanya.... Haku hilang truih selera nak sentuh makanan kat situ. I refused nak sumbat masuk makanan tu lam perut ku, sebab ku tak mo apa yang jadi hari ni kekal lam badan ku selama kekal makanan tu lam badan ku. Jangan!

Sudah, enough. Masa tu, dua manusia terdengar aku semboq tang tu jugak. Terdiam depa. Dah. Ni tahap paling tinggi pernah ku capai, sebab tu masuk gak lam blog. Ingat kot paling hangin ritu tu.

Dah, ku tak bleh dok situ lagi dah. Inisiatif ku nak elak dari ku paw dua tiga orang ngan machine gun tak pasai-pasai: Balik bilik, tenangkan diri dulu. Dah cool down, mai balik, tolong semua sekali.

Memang ketaq satu badan ku tahan marah, cuba stop dari mulut ku bukak, semboq sapa-sapa yang ada and cakap ngan aku time tu. Ada depa mai, mungkin cuba bantu aku cool down, tapi sorry to say la. Dah ICU dah ni. Aku kena kuarantin jugak. Sebab ngan ampa-ampa sekali ku dah tembak, toi dak? Apa-apa pun, thanx for trying, and sorry for what I did.

Haku jadi menyampah truih kat kawasan tuh walaupun terpaksa ngadap sebab tu tempat utama. Like hell. Ku nyampah, jijik nak jejak kaki tang tu dah. Ku jadi bengang, nyampah ngan natang tu dah. Sora-sora dari natang tu pon masuk skali. Nampak muka depa, hilang segala rasa hormat ku sebagai kawan. Gila. Ku tak mau camni. Ku kena blah gak, cool down sebab ku akan ngadap depa sampai hujung nyawa aku, sebab depa kawan ku. Ku tak mau kebencian ni lama-lama.

Well, usaha ku tak da la sia-sia sebab at least, kesabaran tu mai balik lepas berjam-jam cuba macam-macam sampai ku terlena. Mangkit, siap-siap, solat, ku pi balik tempat tu. Tapi tu lah. Payah. Bila nampak ja, hangin tu mai balik walaupun secebis.

Pergh, tetiba dia tu bley plak cakap ku lena ja taw. Bapak ar.... meng'upgrade'kan betol. Wey, kalo ikot aku, lama dah ku balik lena puas-puas. Cover balek berbulan yang ku bazir buat keja ku untuk benda ni since 1st meeting. Akhirnya, terbatal terus niat aku nak berlagak normal. Senyum? Ceh, aku da penat la. Bercakap? Suda la wey, fed up. Ilang selera ku. Ku ingat da setel bila mangkit tadi, rupanya masih terpendam jugak cebisan-cebisan tu walaupun ada certain manusia yang ku dah bley communicate sket. Cit. Masa ni baru semua buat muka kot. Bley nampak muka-muka yang terasa and agak annoyed ngan ku tadi tu. Lantak lah. Apa? Aku manusia gak la wey, bukan malaikat. Expect aku nak good mood tiap hati, terima ja semua dari ampa? Heh. Wey, bersyukur la ku memang tak buat kat ampa cemana ku buat kat orang len. Ku tak lepaih kat ampa cemana ku lepaih kat depa yang len. Yang terkena sket-sket tadi tu smua yang ku tak sempat nak tahan, tindakan refleks. Ku tak mo ampa terasa hati ngan ku, sebab beza ampa ngan depa bagi ku. Tapi, terkilan. Ampa sniri cakap, konon as a family, konon as a team, tapi camtu prangai manusia yang menggelar komuniti as a team ye? Hmm.... Berbuih la mulut ampa cakap....

Dah... hopefully lepaih ku type nih, mula hari baru, lepaih subuh satgi, ku harap sangat tak dak dendam lam ati nih. Ku tak mo abes kan minggu yang sepatotnya ku gunakan seluruh usaha and tenaga ku utk sempurnakan program ni terbantot camtu ja. Tak boleh, its just the same as a waste to every thing I'd been through.
Ya Allah, bantulah diri ini...





Cuba lupakan
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment