Friday, October 8, 2010

[ Tenang, Kembali ke Saat Itu Seketika ]

 With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear


Alhamdulillah...lepas dekat sebulan kes ni beroperasi, semalam tiba lah kemuncak destinasi konflik segalanya bila Cleo kongsi cerita sebenar, behind the scene satu per satu kat room mate. Dari pukul 2 pagi, lepas balik buat keje sampai la kitorg terbaring atas katil kul 4 pagi, trus terlena. =)
Alhamdulillah....sangat-sangat bersyukur, sb lepas tu, Cleo bangun pagi, seriously memang terasa ringan kepala ni. Sangat ringan sampai tak rasa stress tadi masa buat assignment. And masa hantar Wani naik bas, ada jugak la rasa sebak tu sebab tak dapat join program tapi still dapat kawal. Alhamdulillah =)

Dia beri masa berminggu-minggu untuk Cleo belajar banyak perkara yang pahit tentang dunia, and Cleo dapat macam2. Tapi, Dia ambil masa 24 jam je untuk pastikan Cleo kembali "normal". Subhanallah, alhamdulillah =)

Malam tadi, memang Cleo cerita dari A sampai Z semuanya. Dari mula, memang Cleo dah cerita, and room mate pun dah tahu dari mana bermulanya ke'stress'an Cleo, cuma kes terbaru ni, semalam baru sempat Cleo kongsi ngan dia the whole story. Memang tenang terasa sebab at least, Cleo tahu ada insan yang dekat dengan Cleo, and tahu segalanya tentang masalah sebenar Cleo. Tak macam yang lain, Cleo tak dapat nak cerita full kat diorg sebab nanti jadi macam mengumpat, mengata. Sebab diorg kenal orang2 yang terlibat. Room mate ngan Cleo tak sama fakulti, so memang dia tak kenal pun oragn2 yg terlibat. So Cleo nak cerita pun tak de la rasa bersalah sangat. Memang tak de cover up, cut2 tak de. The whole story terus, real and live dari Cleo.

Bukan niat Cleo nak buruk kan pelajar fakulti Cleo, tp Cleo tak tahan. Lagi Cleo pendam, lagi dalam dendam ni. Cleo tanak, sakit, pedih, and mungkin menyebabkan Cleo jadi hamba yg mempersoalkan ketentuan Penciptanya.. Tanak lah Cleo. Cleo rasa macam diorg ni main cakap je tau, x selidik dulu apa sebenarnya yang membuatkan Cleo marah, Cleo menyampah ngan diorg. Suka suki terus keluar kenyataan yg Cleo ni emo. Tapi tak pe, sekarang at least Cleo dah tahu, ada orang yang setuju ngan Cleo, kemarahan Cleo bertempat, bukan sebab terlalu emo. Tak pe lah, Cleo tak kisah. Biar lah diorg cakap emo pun, yg pasti sekarang Cleo dah luahkan segalanya tanpa apa pun yang tersembunyi dalam hati Cleo. So sekarang Cleo dah agak tenang. Alhamdulillah =)

Pastu tadi, Cleo teringin sangat nak makan tomyam. Sanggup lah Cleo tunggu order tomyam kat kafe KTHO tu. Sementara menunggu, Cleo sempat join in conversation antara sahabat Cleo yang dah lama Cleo tak bertegur sapa macam dulu, Wan. Dia guy pertama yg Cleo kenal masa Tahun 1 dulu, masa baru nak kenal kawan2. Tapi kitorg dah makin jauh rasa nya. Masing2 sibuk ngan tugasan and post masing2. Tadi, kitorg dapat duduk kembali, berbual mcm dulu. Sempat la berkongsi dua tiga info and cerita-cerita terkini. Tenang, gembira, bahagia Cleo rasa.

Jangan salah faham, tapi ye lah. Cleo baru lepas lalui pengalaman yg pahit lebih dari peria, then Allah datangkan kawan, boleh la dikatakan kawan lama kat UKM, [huhu], untuk Cleo meluangkan masa sekejap. Alhamdulillah. Tenang rasa sekarang. =)

Eh eh..huhu..minta maaf, Cleo sempat terlena tadi. Ni terbangun mengejut ni. huhu..Tertido lima minit je mencukupi utk seketika. Jap lagi Cleo kena sambung assignment, esok kena submit. huhu.
Okay lah, I guess this is it. Nak sambung assignment ni. Lepas ni, Cleo dah tak nak terlibat dahdgn benda2 yang menyakitkan hati Cleo. Cukuplah, kalau dah memang tak boleh berubah ke arah yg lebih baik, tak apa. Cleo tak paksa. Cleo cuma akan bagi tahu apa yang seharusnya dilakukan dalam postmortem nanti ja. Kalau masih ada yg nak terasa nanti, biar lah. Itu di luar kuasa Cleo. Moga Cleo sedar segalanya. =)

And tak lupa jugak, hari ni banyak persoalan yg mengganggu fikiran Cleo terjawab, terungkai satu per satu. Memang rasa penat tapi at least, Cleo puas, tenang sebab dah tahu status semua. Alhamdulillah. =)



I will
Cleo

~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment