Friday, December 31, 2010

[ Lepas Geram..? Haizzz.. ]

With Allah's love
Assalamualykum to my dear


Seriously serious, bila geram apa yang boleh buat eh? Tak nak la tanya apa yang selalu buat, tapi nak tanya, apa yang kita boleh buat? If anyone happens to know, tolong lah bagi tau. Sangat-sangat ingin melepas geram yang sangat tinggi ni. Kalau zaman sekolah-sekolah dulu, no hal. Geram je, volcano pun meletus. Tapi dah besar, tak kan nak berperangai cam kanak-kanak rebina lagi kot? Ate nye kamu... (Lately sangat suka frasa ini..huhu)

Amaran awal: Kalo rasa nak malas nak amek tau, boleh la setakat komen perenggan atas ni je. yang bawah ni bebelan panjang Cleo masa tengah serabut. Harap maklum, terima kasih.

Tadi, aigoo... Geram untuk benda minor je pun. Tapi sebab geram ni dah terkumpul since TS II lagi dah. Cleo diam je, sabar. Mungkin dia ada alasan kukuh, tak perlu la hukum dia atas benda2 sal kehidupan ni. Kita bukan pemilik nyawa & putaran hidup ni. Anything can happen walaupun kita dah plan betul-betul. Okay, fine. Dah lepas TS II, geram tu pun hilang. Jumpa "hai hai bye bye" je cam normal.

Bila TS itu kembali... Awal-awal dah pasang niat, moga kali ni lebih baik dari yang dulu. Namun, tak mungkin ianya terjadi bila sebegini rupanya. Hmm...

And tadi, memang volcano kegeraman tu dah mengalirkan lava dah tapi sikit je lah. Nak tau apa jadi? Yang jadi bila lava dah mula mengalir: Haku buat tak reti sudah ~

Naseb la nak jadi hape pun, dah tak kesah. You datang, latihan jalan. You tak datang, cukup time, gerak langkah tak menjadi, timing tak betul lagi, buah pun masih tukar-tukar lagi, dah. Cukup. No hesitation from me to back off walaupun banyak masa dah terluang kat trainig. Orang mungkin cakap, rugi je buang masa training berminggu-minggu, sampai jadi macam-macam kes, alih-alih tak main pulak. Ade saye kesah? Benda ni perlu komitmen semua pihak (paling kena batang hidung kedua-dua pihak la). I dah tak amek pusing. Enough. Tadi pun, sangat-sangat rasa bersalah kat Paan. Bukan nak lepas geram kat dia tapi lava dah mengalir masa tu, tanak la volcano pulak yang meletus.

Paan tanya tadi, partner mana? Datang tak? Tak contact? Tak ajak dia datang training?
Seriously, bosan tau tak dengar ayat-ayat tu. Masa tu makin banyak lava yang mengalir kuar. Bukan la sebab yang tanya tu Paan, tapi sebab ayat-ayat tu. Ate, pandai-pandai kamu la. Budak tahun satu yang baru join training tak sampai seminggu tu pun reti nak datang sendiri, siap tanya lagi kita ni dah siap ke belom, nak gi training sesama. Kamu tu, ni bukan kali pertama kan? And kamu pun dah maklum dah kamu nanti wakil team apa, kategori apa. Takkan still nak kena jemput tiap-tiap kali training? Tak kan still ada rasa not belong to this team lagi kot? Come on la. Kalau reply ngan something ke, alasan ke, walaupun tak amek pusing alasan kamu tu, I tak kesah. Mungkin you memang betul-betul desperate masa tu. Tapi.. aigoo... Bengkek jek hati ni. Last-last, bila dah pissed off. Ha, lantak lah ke kamu. Nak datang? Datang lah. You ada, kita training. Tak nak datang? Tak pe. I no hal. Bila-bila masa je I boleh cakap kat MT I tarik diri demi jaga nama baik team. Ye la, dari masuk buat ntah apa-apa dalam gelanggang tu, baik I tolong-tolong sekretariat yang lain prepare bagi program jalan lancar. Haizzz.... Sangat geram!!!

Kesian jugak kat Paan tadi, dia terpaksa korbankan kredit dia pulak call her. Tapi nak buat cemana, masa tu dah memang kena shut my mouth sungguh-sungguh. I can't talk to her at that time. Kalo tak, habes la. Memang la... Nak tau selanjutnya, sila tanya orang yang dah berpengalaman, terima kasih.
To Paan, sorry sangat-sangat tadi. I have to cool down myself agak lama sebelum jumpa or speak to her. Sebab tu orang pun acuh tak acuh ja nak cakap ngan Paan tadi. Sorry ye Paan.

Tapi ni lah masalah nya. Kaw-kaw kena tadi. Kita yang geram, kita balik yang kena cash. Ye la, mungkin memang I salah pun, tak boleh buat macam tu kat partner. Tak kesah la lam kes ni ke, kes lain ke. Dia manusia jugak. (Habeh tu I ni manusia ke malaikat? teeeettt...!!!) Nasib la tadi. Partner datang, I cool la balik. Tak pe, dia dah datang, tak ada maknanya nak geram-geram lagi. Diam sudah. Gi training. Tak perlu kusut kan lagi keadaan yang dah memang serabut. Tengah training tadi, tak pasey ja kena pok. Menyengat gile. Tongkat tuh ditibai nya dia kat buku lali nih. Ya Allah, mak datok... Lutut nih tak cure lagi, kena pulak kat kawan dia. Aigoo... Terbaring jugak haku dalam kepenatan and kesakitan. Dalam terbaring tu, terpikir. Ni kena cash tadi ke eh? Hmm... Salah ku kita buat dek je? Balaih tak hantaq mesej ajak dia mai training ja pun, tak kan tu pun kira dosa sampai kena cash? Sebab lepas geram, tu ke? Hmm....

Nak kata tak fokus, seriously, masa lompat tu dok nampak dah dia dok teragak-agak nak hayun tongkat tu. Instinct dah gi tau dah, careful kaki ngan tongkat tu. Masa first lompat, lega gila tak kena. Second time tu, tak tau la silap tang mana, kena jugak. Tu yang sampai boleh terpikir tu, cash ka yang nak kena ni? Hmm.... Salah kita jugaaaak...... Tak tau dah la nak kata apa. Pi mai pi mai kita jugak yang salah nya.. Hmm...
(Tu yang malam ni nak lepas geram gak tu kat blog ni. Kalo dah tak mau continue tu, tutup je la post ni kay. Ni memang betul-betul lepas geram ni, bukan cobaan.)

Sebelum tu ada dah kena dua tiga kali gak minor injuries. Masa tengah tunggu nak start training ganda tu dah kena sedas. Kaki kanan jugak yang jadi mangsa. Memang banyak betul dosa dapat cash malam ni. Cuma tak tau je yang mana satu. Hmm....

Serious, geram ni bagi I bukan lah sebab emo tak bertempat ke hape ke. Kalo you nak kata I tengah emo, katalah. I memang ada emosi, and sekarang I meluahkan emo I atas benda yang I percaya I berhak luahkan emo ni keluar. Bukan atas dasar tak logik.

Yang tu, I rasa dah luahkan apa yang menjadi faktor kegeraman. Ada lagi tapi ni belakang kira. Sangat-sangat minor yang boleh dituang je dalam Alur Ilmu tu nak bagi hilang. Dah, full stop untuk kes tu. Huh!! Geram dah berkurangan.... hmm...

Ni hal lain pulak deh. Kalo tadi lepas geram sebagai atlet, ni lepas geram sebagai ahli organisasi. Peringatan, lam ni kes-kes yang dinyatakan bercampur aduk antara beberapa organisasi okay. Harap tak timbul salah faham. Law ada jugak, settle kan lah sendiri. =P

Sangat geram, geram, geram dan GERAM!!
Bangon lah weh! Tinggai tak sampai seminggu weh!! Ape cer nih...!! Yang bagi komitmen tu, alhamdulillah, sangat bersyukur. Diorang ni lah pemberi semangat untuk yang lain teruskan usaha, terutamanya towards MT kejohanan. Tapi, aigoo.... Nak buat cemana lah kat yang sekerat dua ni. Tolong lah, tolong lah jangan disebabkan you, habis effect kejohanan jadi tempang. Coach sendiri pun tadi cakap macam tu.

"Saya tak nak nanti disebabkan orang-orang ni, habis usaha yang lain-lain jadi sia-sia." - Kata-kata coach masa kat mapley.

Weh, you tak ada rasa tanggungjawab ke atas amanah yang dah diberi kat you ni? Katalah alasan you, tak sempat la kan. You ingat balik, betul ke tak sempat? You kata tak tau lah apa lagi ni, betul ke you tak tau? Kalo tak tau kenapa tak refer kat mantan yang pegang post you? You kata you tak biasa pegang and buat tugas ni, you ingat kawan-kawan kita yang lain tau ke? You ingat diorang dah biasa ke buat keja-keja ni? Bukan ke kita semua umur sama je? Masuk UKM masa yang sama, kenal Taming Sari pun sama-sama, diberi amanah dan tanggungjawab masa AGM pun sama-sama, betul tak? Haizzz...

Jangan lah fanatik sangat dengan frasa: Tak pe lah, dia memang dah expert tugas tu. Tak pe lah, dia memang dah biasa buat keja-keja ni.

Kalo you asyik lontarkan frasa-frasa ni or yang sewaktu dengan nua, bila you nak jadi ecpert? Hmm? Bila you nak mula mengorak langkah belajar dari bawah macam kawan-kawan you yang konon dah ecxpert bagi you tu? Tak kan you nak tunggu dah grad, dapat keje, baru you nak start belajar bertatih? Geram..geram..sangat geram ngan orang yang suka guna frasa ni. Wake up! Stop acting so childish! Out there, at your age, people starts to change the world. At your age, people starts conquering the world. Wake up! Jangan salah kan orang lain bila diri sendiri tak berusaha. Allah sendiri dah berjanji, takkan membantu mengubah mereka yang tak berusaha mengubah diri mereka sendiri.

Tu yang kes tu. Ni, kes yang lain pulak. Boleh pulak buat kerja sambil lewa. Hangat betoi. Geram...!! Ey, you, kalau dah tau sangat amat busy ngan organisasi lain, nape tak ambil tindakan awal-awal? Choose either one la! Haizz... Cuba la jangan buat orang lain tertekan disebabkan sambil lewa you tu, boleh tak? Sikit sebanyak that thing bagi effect tau tak kat orang lain walaupun orang tu tugas dia tak selesai-selesai jugak. Kita wujud secara berkumpulan, cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Lagi sekali nak quote kata-kata coach tadi:
"Saya pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah nak wujudkan semangat berpasukan antara kamu-kamu ni."

Abang Man, sabar banyak-banyak ye...

Seriously, nak kata sibuk ngan organisasi lain, you are not the only one. Orang lain pun sama. Tapi kenapa they all masih boleh commit ngan tanggungjawab diorang dalam organisasi ni? Kenapa tidak kamu? Ingat lah, segala sesuatu yang Allah takdirkan itu tidak akan melebihi tahap kebolehan kamu sendiri. You actually boleh optimumkan komitmen you kat semua sekali tapi tanya sama hati, betul ke you dah cuba sedaya upaya you guna semua peluang dan kesempatan yang ada? Hmm...

Ingat lah, puas kawan-kawan you berjaga malam, gunting tu, gunting ni, print tu, print ni, survey sana, survey sini, habis minyak, habis duit, lari naik turun tangga, naik turun pejabat, semata-mata nak beri yang terbaik untuk kelancaran program ni. Bukan nak berkasar, tapi you? Setakat mana, sejauh mana, semahal mana yang dah you usahakan? Takkan kerja yang sepatutnya you buat, nak bagi kawan lain buatkan? Sedangkan tugas-tugas dia sendiri pun masih belum setel. Ada jugak yang tertangguh sebab tu you je. Fikir lah untuk kemaslahatan orang lain jugak kay...

Tu satu hal kegeraman sal organisasi. Ni satu hal lagi kegeraman yang bertapak bermula minggu ni. Ada jugak manusia macam ni rupanya. Lepas ni tak payah tanya la kenapa banyak company tak dapat nak ambil golongan-golongan ni bekerja hatta jabatan agama Islam sekalipun. Bukan nak membuka aib tapi nak melepaskan geram! Sangat geram!

Boleh pulak diorang sesuka hati buat macam tu. Ni kes apa nak kategorikan pun tak tau lah. Susah bebenor yob. Orang dah majoriti lantik tu, terima je lah. Cubalah yang terbaik nak jalankan tanggungjawab tu. Ni boleh pulak lari dari tanggungjawab. Eh, nak tanya, esok-esok la kan, kalau bos you all bagi tugasan la kan, macam ni jugak ye you all buat kat dia nanti? Kompem-kompem you all takkan tahan lama kat situ. Tahan lama pun sebab tak dapat kenaikan pangkat. Sorry la, agak kasar tapi sangat geram weh!

Boleh ke dibagi nya wanita jadi ketua? Ey, kata you all belajar agama mendalam. Lagi hebat dari I kot. Macam mana you all boleh biar wanita jadi pemimpin pulak? Ye lah, pengarah program pun main tolak-tolak. Aku pas kat hang, hang pas kat dia. Dah tu, post kat facebook. Ape ke bende nye ni... adoi la.... Idok le teman paham haa ~ Pening sudah ~

Muka-muka ni, sangat geram tiap kali terserempak muka-muka ni, Nasib baik lah sekarang dah pecah ikut modul, jumpa pun sangat jarang dah. Haaiiizzz.... Ade jugak kaum yang macam ni. Pelik bebenor. Seriously, benda ni buat I terfikir, macam mana la nanti you nak handle you own family. Tu memang no turning back dah tu. Kalau organisasi ni, silap orang boleh betulkan selagi program tak habis lagi. Tu, yang insan-insan yang bakal mulakan hidup tu, sekali dah rosak cara memimpin diorang tu, tak de nye nak betulkan dah. Kalau dapat pun kesan mendalam tu tak dapat nak cover. Haaiiizzz..... Reject awal-awal dah. (Teeeettt...!!!)

Hangat betul di pagi buta yang sejuk nih. Geram...!!

Nak pesan sangat-sangat kat kes-kes berkenaan, ingatlah, you are not alone. Kalo ada apa-apa hal, masalah ke nak mintak tolong ke, cakap je. Ramai je yang willing to help you out. Kita bekerja lam satu team, bukan sorang-sorang. Lain la you memang bukak company sendiri, berniaga sendiri, sendiri la handle. Ni kita ada komuniti kita, yang sama-sama nak capai hasrat yang sama. Aigoo... Tolonglah tukar mind set tu. Sampai bila la nak dok kat takat tu ja ni.. Hmm....

You jadi terbeban tu salah satu sebab tu you tak kembangkan organisasi you sebetulnya. Bila dah cakap persatuan tu persatuan fakulti, means tu untuk semua students dalam fakulti tu. Satu medium untuk semua orang berpeluang berorganisasi, timba pengalaman untuk soft skill masing-masing. You suppose to have another organization under your unit, barulah tak rasa you're doing all the work alone. Ni tidak. Bila orang mintak cari AJK lagi, diam je. Tak ada amek ikhtiar nak buat. Cubalah at least wujudkan MT baru under your unit ke, wujud kan beberapa post yang perlu masa nak buat program tu such as post program and protokol lain. Tak de lah you terkapai-kapai buat keja sorang-sorang. Dah bila jadi kalut kat situ, habis tanggungjawab lain you secara tak sengaja menganak tirikan pulak. Apa guna you join in organization tapi you sendiri tak ambil peluang berorganisasi sehabis baik? Tak adalah sampai nak kena ikut manual berorganisasi tapi at least you buat bagi organisasi you tu tersusun and teratur. Nak bagi tau pun dah tak reti dah ni, pikir kang yang membaca ni terasa hati pulak kang. Payah dah jadinya pulak. Hmm... Paham-paham la sendiri kay.


Dah, puas lepas geram. Banyak lagi tapi yang lain tu tak perlu la dilepas kat sini. Minor je tu, esok-esok dah lupa sebab tak de kaitan pun ngan orang lain. Yang jadi major ni bila benda-benda berkaitan ngan orang lain. Tu sepatutnya kita cuba elakkan, sebab kita boleh consider untuk maafkan diri kita sendiri, tapi orang lain? Lepas apa yang jadi, you rasa-rasa dapat tak orang tu maafkan you nanti? Hmm..??

Fikir-fikirkan lah.....






Lepas geram
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: