With Allah's love
Assalamu'alykum to all
Lately, Cleo sangat amat lah teruja ngan satu drama series ni. Tak perlulah disebut lagi, bagi yang tahu, tahulah, yang tak tahu, minta maaf, Cleo tak nak you all pun terjebak sama. Dalam kerterujaan tu, Cleo lupa yang perbuatan Cleo tu umpama satu penyebaran dosa kat orang lain. Sebab? Sebab Cleo post kat facebook betapa terujanya Cleo tonton drama tu, dan mungkin bagi yang belum tengok turut sama 'berusaha' menonton drama tu. Bagi yang berkenaan, minta maaf dari Cleo. Sungguh, Cleo tahu, you all pun tahu, movies semua ni memang salah satu saluran pemberi dosa, walaupun hanya dosa kecil tapi sukar bagi Cleo nak stop on the spot. Kenapa? Sebab Cleo memang dari kecil membesar depan tv. Rasanya, Cleo tak keseorangan dalam hal ni, betul kan?
Susah, nak nak lagi sekarang makin banyak movies yang cantik menarik and memang tajuk pun the bomb. Tak percaya? Sila buat kajian sendiri, Cleo tanak tolong you all kali ni ye. And bila buat 'kajian' tu, niat kan lah dalam hati untuk mencari kebenaran, bukan untuk mencari list movies nak download ye (kena kat Cleo jugak ni, ya Allah...ampun...).
Dah banyak bukti-bukti tersebar yang Cleo tahu, you all pun kadang-kadang ada terdengar or terbaca, kan? Kan? Paling banyak pasal penyebaran iluminati, free mason, demonic, satanic and etc lam movies and cartoons. Kita tengok sangat lah comel characters ni, ngan characteristics yang diset. Gile comel tapi alih-alih kita dah dilitupi kain langsir penyembunyian tu di awal lagi.
Contoh? Boleh kot you all cari sendiri, kan? Kat facebook Cleo dah pernah post satu video about pendedahan seorang paderi di area orang yang bercakap bahasa "por fabor, esta bien" tu, tak ingat pulak Cleo. (huhu) Kan area sana kan memang kuat agama diorang. (Chritian la of course) Listen, biarpun yang mennyebarkan tu orang 'luar', tak bermakna benda tu salah. Tak kan lah dah terang lagi bersuluh bukti dia bagi kita nak kata salah jugak? Haizz... TIY okay?
Dah melalut gi situ pulak. Nak cerita sal lain sebenornya tadi. (adei)
Susah nak buang tabiat ni. Kartun? Jangan cakap la, memang tu yang Cleo cari bila stress, sedih or boring. Movies? Anytime je Cleo klik bila rasa nak menonton sorang2. Tu belum kira music. Games dalam facebook? Banyak betul nih.
Tapi kita cuba. Cleo masih mencuba untuk stop bit by bit. You all? Teeeettt...sila simpan jawapan tu. Sendiri jawab ye =)
Weeks ago, since Cleo dapat mimpi tu, and reply dari adik Cleo tentang mimpi tu bila Cleo kongsi ngan dia, Terdetik lam hati Cleo tentang apa yang adik Cleo bagi tau masa tu.
"Tu maksudnya Allah sayang dia. Allah nak dia fikir tentang kematian dia. Berubah la dari sekarang, orang pun tengah cuba berubah sikit2 sekarang ni."
Tu kata-kata dari adik Cleo yang baru je lepas exam SPM. Terdiam Cleo baca mesej tu. Benar, kata-kata dia terlalu benar. Dalam masa yang singkat, bila tengok balik, dah banyak dosa yang Cleo buat. Sedar? Tak sedar? Semua ada.
So, as the beginning, Cleo mulakan dengan music. Bagi Cleo, music yang first Cleo kena ubah, sebab banding dengan yang lain, music paling senang Cleo nak capai. Radio? Ada ja dalam kereta tu. Start engine, dah boleh start dengar radio bila nak ke kelas, ke training, keluar makan etc. MP3? Setia di sisi. Nak jogging, tak boleh tinggal. Nak ke mesyuarat, tak tinggal jugak sebab dah tau nanti amek masa nak tunggu semua orang datang. Kelas? Mesti la bawak, nak record lecture, tapi sebelum tu, teeeettt..... (paham kot?) Laptop? Lagi lah senang. 24 hours boleh on. Kalau online, anytime boleh search MP3, vidoes etc. Kalau offline, player belambak, pilih je playlist yang dah save. Gosh... sangat lah senang Cleo nak mencapai music ni.
So? Cleo tekad, memang kena usaha satu per satu. Music, paling "menambat hati", berperanan paling penting, kena Cleo atasi dulu (bagi Cleo lah). Ye lah, Cleo asyik dengar music, bila masa Cleo nak ingat "yang sepatutnya"? Masa sedih je la kot, tu pun kalau Cleo tak tekan 'play'.
Sekarang, bila kawan bukak list Cleo lam laptop, semua pening. "Tak de yang best ke?" Cleo senyum ja. Biarlah they all kata tak best pun, asalkan Cleo rasa tenang. Serious, lepas je Cleo tekad tu, tiap kali Cleo bukak balik playlist, play, kepala terus jadi serabut. So, nak senang, Cleo delete terus kebanyakan music. Yang tinggal pun music yang agak 'tenang'. Tu pun sekarang dah berhabuk kot player ni. (huhu)
MP3? Tak sempat lagi nak delete tapi bila play, Cleo tekan next ja. Bukan memaksa sangat diri ni pun, cuma dia jadi automatik, bila dengar mesti serabut. Dah serabut tu, next ja la. Tak kan nak tambah keserabutan lam diri kot. (ate nye kamu) Cleo sekarang cuba banyak kan dengar surah-surah, especially surah yang dulunya dah pernah hafal. Sekarang kalau tanya balik, minta maaf lah (dah jadi tambah dosa kat situ - hafal pastu lupa). Tak nak lah terus2an dapat saham, tak pasai ja. Semalam, gi tempat training, Cleo bawak, and listened to it. Ada salah sorang mintak nak dengar, Cleo bagi ja sebab masa tu ramai yang nak bertanya hal kelab. Cleo perasan dia dengar kejap ja, pastu tak lama, nampak dua2 earphone dah kat bawah. Cleo senyum sendiri, tak apa. Moga nanti dia pun terdetik something, amin.
Movies, dah banyak yang delete. Penuh disk satu hal, kalau Cleo tak delete, adoi. Parah nanti. Sebab? Cleo ni jenis yang suka ulang tayang movies. Bila dah tengok, okay fine, letak tepi. Tak lama, terasa nak tengok balik, terus cari and play. Menung la berjam-jam Cleo depan laptop, kerja tak jalan. Ampun... banyak buang masa... Memang, yang ni agak susah nak pulak hati meronta-ronta nak tengok movie terbaru Angie ngan Johnny Depp. Aigoo...aigoo..... (Pelakon L n P paling Cleo minat...aigoo...)
Mungkin ada yang cakap, salah ke nak tengok movies? Kartun? Apa-apa lagi lah. Bagi Cleo, tak salah, tapi you all kena pandai hidup la ye. Dosa yang confirm dapat: Tengok aurat baik lelaki or wanita. Dua-dua ada saham bila tengok movies. Tak perlu tuding jari, sendiri pikir. Pastu, tak kira lagi kalau nak2 masa tengah menonton tu, azan. Tak perlu tuding jari lagi, sendiri pikir. And then, movies paling koman, sejam setengah. And masa tu, bertimbun lagi tugasan, kerja, tanggungjawab tak setel. Teeettt.... macam Cleo cakap tadi, tak perlu tuding jari, sendiri pikir termasuk Cleo.
Boleh ja nak menonton, dengar music semua tu, tak salah IF niat untuk merehatkan minda, rohani kita. Betul Cleo cakap ni. Cuba fikir, kita ni manusia, bukan robot. Kita memang perlukan rehat. Kalau fizikal, tidur la kan? Tapi kalau mental? Of course, tak semestinya tidur. Just setakat baca bacaan ringan (majalah, komik etc) pun dah dapat rehatkan minda. Bagi yang suka menonton, movies la kan. Kang tambah stress pulak bila pulun pi baca benda2 alah ni. =P
* * *
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadith: “Berilah kerehatan kepada hati-hati kamu dari masa ke masa.”1
Kata al-Minyawi: Kata Abu al-Darda: “Sesungguhnya saya bersedia memberi kerehatan (ketenangan) kepada hati saya dengan sebahagian perkara-perkara batil, iaitu hiburan yang diharuskan syara’ untuk memulihkan tenaga hati yang benar (hak).”2
Kata al-Minyawi lagi: Pernah dibaca dihadapan Nabi s.a.w. al-Qur’an dan syair. Apabila Abu Bakar dating beliau terus bertanya: Membaca al-Qur’an dan syair? Jawab baginda: “Ya, suatu waktu membaca yang ini dan suatu waktu yang lain membaca pula yang itu.”3
Kata ‘Ali bin Abu Talib: “Berilah kerehatan kepada hati-hati ini kerana ia juga merasa jemu (bosan) seperti tubuh badan yang merasakan jemu, iaitu tumpul pandangannya.”4
- Hadith mursal riwayat daripada Ibn Syibah. Dicatat oleh Abu Bakr bin al-Maqri dalam al-Fawaid, dan al-Qada’I meriwayatkan daripada Abu Bakr, daripada Anas; Lihat al-Minyawi, Faid al-Qadir, 4: 400.
~ Minta maaf, Cleo tak tahu tajuk buku ni sebab orang lain yang pegang. InsyaAllah Cleo cuba dapatkan and edit post ni bila dapat. ~
* * *
Ni Cleo dapat masa buat tugasan yang mentor Cleo bagi. So, terbukti tak salah TAPI you all kena pandai2 hidup. Tak salah pun nak dengar music, nak pulak music tu lirik dia pemberi semangat, kalau yang lirik yang ntah apa-apa tu, pikir la sendiri yek. And movies or videos yang sekadar nak happy2, sebagai bahan melawak antara kawan, tak ada salahnya tapi tidak lah terlalu melampau. Cleo percaya, you all tak ada la buta sangat bila cakap about dosa-dosa ni sebab banyak dah bloggers and websites yang bercerita pasal ni. Tak kurang ngan majalah-majalah feymes macam SOLUSI etc. And, if tak silap Cleo, kat masjid-masjid, surau-surau pun banyak ja yang bincang hal-hal ni. Even rehat antara solat tarawih pun ada (paling koman kalau nak kata jarang pi masjid or surau la). Kalau nak tau jugak, buat homework sendiri, baru info tu lekat lama sikit dalam diri, insyaAllah. =)
Tak ada apa pun sangat, Cleo just terasa nak bebel, and blog ni pun memang tempat Cleo nak bebel jugak. =P
Ni satu link yang Cleo harap you all ambil masa sikit untuk baca. Bukan niat Cleo nak promosi blog ni, cuma nak kongsi, sebagai pembuka minda kita sama-sama. Hasil nya? Masing-masing tentukan.
Cleo hanya jalankan tanggungjawab Cleo, kongsi ilmu, and also memperingati diri sendiri and you all yang membaca.
And before Cleo end this up, mungkin ada terungkap: Jangan hanya cakap kosong or cakap tak serupa bikin. Bagi yang terdetik, minta maaf banyak-banyak dari Cleo. Cleo jugak masih dalam proses repairing myself, tapi tak salahkan untuk berkongsi apa yang kita dapat dalam perjalanan kita dengan orang sekeliling selagi sempat? And in case you all pun ada apa-apa nak kongsi, nak memperingati, tak salah kongsi dengan sapa-sapa pun. Jangan lah rasa rendah diri sangat sampai 'tanggungjawab' you all yang sepatutnya saling memperingati sesama manusia tu terabai. Tak perlu letak level or stage, terpulang kepada diri sendiri. Kita sebagai medium penyebaran, yang selebihnya terserah kepada kuasa Yang Berhak. InsyaAllah =)
Hoping won't go away too far too long
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment