Friday, September 11, 2015

[ The Point Is...? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Ya ampun, lama betul tak update. Tadi kat rumah dah karang dah nak update, tetiba laptop tak dapat connect wifi. Sedih! Terus terlupa point yang dah susun tadi. Aduh....

Setengah jam melengu... I can't recall what's my point tadi... Aduyai...

Tak pa lah. Esok-esok kalau ingat update lain.

Sekian.




*sigh*
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, August 15, 2015

[ Delima Sedap, Dilema Tak ]

With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


Dah mengantuk sebenarnya ni, tapi terasa nak bebel jugak. Kejap. Hehe.

Bukan apa. Dua tiga hari ni, berjumpa semula dengan sahabat-sahabat seperjuangan. And some of them, masih bersemangat teruskan perjuangan further their studies, pursuing PhD. Jeles terasa, sebab hati Cleo dah semakin giving up nak level up to PhD. MA ni pun terasa macam hampir tak lepas. Terfikir pulak hutang PTPTN and MARA yang tak berbayar lagi. Aduhai.

Umur makin tua, kalau go on jugak untuk PhD, mana nak cekau duit bayar hutang? Sara hidup? Takkan nak harapkan PaMa lagi. Aduh!

Penatnya rasa. Nak cari kerja tetap, bertembung dengan penulisan yang tak lepas-lepas lagi ni. Tambah pulak contract dengan YADIM and MPWIM belum habis, padahal bukan dapat gaji bulan-bulan pun. Bikin hangin ja tiap kali pikir. Next month, nak tampung cost untuk teruskan research dengan tema MPWIM punya hal, I agreed to make another contract, also as a research assistant. Tak terbayang beban kerja yang bakal menanti woit!

Kerja freelance script polisher tu pun, kalau continue lepas ni, cukup untuk lepas sewa bilik bulan-bulan ja la rasanya. Wuisy. Kena ketat lagi disiplin belanja bulan-bulan la lepas ni. Tidak, tak balik kampung la Cleo jawabnya. Tamo! Nak balik kampung tiap-tiap bulan! That's the only way to get some rest from the hectic and stressful life ni.

Of course, ada orang yang anggap all of the sealed deal are not worth it. But I had no choice. The only thing yang berguna in me is my brain. Ni ja yang boleh guna untuk buat duit. So kira okay la lagi setakat ni all of the contracts I made, or will be. I don't think it's gonna be a burden, as long as I got paid la. Kalau tak, it really is a waste of time. Precious time. Yang sepatutnya boleh bantu kewangan and simpanan for future. Nak tunggu SPA, memang tak lah. Orang yang dah mohon 5 6 tahun pun dok pending lagi, ni kan pulak kita. Ayyooo.

Kebanyakan orang yang rapat dengan Cleo suggest me to do some sort of business. The truth, I'm totally out of it. I don't have the skills, and passion for it. Like I said tadi la, all I have is my brain. All I could do is to sell my ideas. Because that's all I have. Bila ideas yang dijual tak dibayar dengan setimpal, itulah yang jadi tak berbaloi tu. Tapi apa nak dikata, orang yang better dari kita pun terkena sama. Hmmm.

I'm not sure what's my point here tapi Cleo cuma rasa Cleo nak luah semua stress sebelum mula bulan 9 ni. So that Cleo dapat harung bulan 9 ni with all my might, to survive. And yes, Cleo kena beringat selalu, my missions starting this September are:

- help my parents and siblings as much as I can
- bayar PTPTN & MARA slowly
- save up money as much as I can
(simpanan untuk PhD - insyaAllah)
- focus for THESIS, RESEARCH TEAM I and RESEARCH TEAM II only

Cuma... masih dalam dilema. Questions begin to flood in my head.

- berbaloi ka nak teruskan sampai ke PhD ni?
- sebenarnya, apa yang Cleo nak dengan PhD ni?
- do I really need to go further?

And. Sirius jeles and tertanya-tanya, how did they manage to think about marriage when I don't. Dari degree sampai sekarang, tak jumpa masa yang sesuai nak think about it seriously. Sorry mom, I'm not trying to argue with you about this.

Hah. Ntah lah. Makin terasa nak give up the stupid dream, day after day. Nampak makin tak relevan kenapa dulu Cleo semangat tinggi nak ke Jepun, nak buat research tu, nak fulfil that one secret dream. Buang masa. Sheeeessshhhhh.





Melepaskan genggaman
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, July 10, 2015

[ Lemon Migrant ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Disebabkan dah lama tak update, so hari ni dapat idea for new entry.

Lemon Migrant

Tau tak apa benda ni? This is nama sejenis rama-rama yang ada kat Malaysia. Tapi bukan asal Malaysia. Asal dia dari Brisbane, Australia. Nama pun migrant kan. Yang boleh kenalnya ni, sebab tadi ternampak rama-rama ni. Ada kat daun pokok pisang kat laman rumah. Yang sedihnya, tak sempat snap gambar sebab dia lari. Rasanya dah habeh slow mo dah, habeh ninja dah. Tapi maybe sebab angin jugak kot. Tetiba time nak snap tu lah angin menggoncangkan daun pokok pisang tersebut, maka terbanglah ia ke udara.

Cari punya cari punya cari, so this is the only one yang Cleo jumpa, yang ada rupa seakan-akan rama-rama yang Cleo nampak. Please, do take a look. Cantik, siyes cantik baq hang.


Selain rama-rama ni, Cleo nampak ada burung kecil ni, yang obviously ingat perut dia warna hijau. Bila search kat sini tak ada pulak. Yang pasti, sekali tengok Cleo teringat macam burung kenari. Or might be one of these two: Grey-headed Canary Flycatcher tak pun Orange-bellied Flowerpecker. Hari tu masa kat Kolej Keris Mas ada jumpa Spiderhunter, hinggap kat tingkap bilik. Lama jugak. Tu pun tak dak rezeki nak snap gambar sebab dok cakap phone masa tu. Adeh. Tu la orang kata tak dak rezeki.

Cantik kan haiwan-haiwan ni? Subhanallah. Apapun, esok kita tengok lagi apa yang boleh jumpa kat laman rumah ni. Insya-Allah. Stay tune!




Having fun at home
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, June 7, 2015

[ Anime? - So what? ]

With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


[Kisah Semalam]

Someone asked me this question: Kenapa suka sangat dengan Naruto ye? (refer siri anime tu, bukan character Naruto)

And, this wasn't the first I get. Kebanyakan persoalan ni end up dengan senyuman, and sometimes just: ntah lah or sebab anime best la. haha.

But the real reason, the answer is:

Cleo bukanlah peminat tegar Naruto, cuma disebabkan sekarang ni tengah maraton Naruto so anime lain tak tengok la. Fokus Naruto ja. Kang tertukar plot, jadi anime buatan sendiri kang. hahaha. Cleo kan senang get confused. *sigh* Dan, tentulah sebab ada Gaara. ohohohohoooo ~~ (gelak tutup mulut dgn tangan)

Gaara, a villain who repent and became a hero.

Cleo suka tengok anime because I learnt a lot about life from anime. Bagi Cleo, anime sangat berbeza dengan animasi lain. Seriously sayin'. Bukan setakat Naruto, boleh dikatakan most of them. Antaranya Slam Dunk (usaha, disiplin, friendship, hubungan dgn orang lain, semangat berpasukan, the will of winning and dealing with kekalahan), Sailor Moon (friendship, family, second chances utk orang yang buat jahat), Samurai X (most of it sama dgn Slam Dunk, perjuangan, never give up on ourselves & others, loyalty), Naruto (banyak jugak yang dapat sepanjang maraton ni). Eh banyak sangat anime, tak ingat la.

Ada jugak anime yang ajar how to repent on bad things yang kita dah buat, how to deal with corrupted people utk bawa diorg ke arah kebaikan. And how to understand others by just looking at their expression. Okay yang ni, Cleo memang rekemen uollss belajar. Benda basic, tak perlu la sampai belajar ilmu baca muka orang, tapak tangan orang segala kan. Tapi kebanyakan orang yang Cleo jumpa gagal membaca ekspresi muka orang, actions, or even intonasi suara, menyebabkan berlaku banyak salah faham. Dah lah dah jadi salah faham, tak nak pulak face to face tanya betul-betul bagi tak salah faham pulak. (haaaa mula dah nak bebel. okay, stop. hahaha)

Things like that la, you know. And sometimes, these things jugak boleh jadi serious things contohnya buat Cleo aware dengan persekitaran. How? Sebab bila dalam anime ni ada bad things, Cleo terfikir, kalau ada orang boleh imagine these kind of things, tak mustahil benda-benda tu had actually happened. And, Cleo semakin aware dengan pemikiran orang lain. Tapi, agak-agak la jugak kan. Bukan semuanya based on anime, and bukanlah setiap sisi kehidupan Cleo berkaitan dengan anime. Just a part of it.

Tsunade no bachan

Susah nak explain tapi, benda-benda ni akan ingat on the spot bila things just happened. Kalau berjumpa dengan geng, senang. Depa faham what I was trying to say. Sebab tu bila orang bertanya soalan ni, mostly Cleo tak jawab. Tak taw macam mana nak ringkaskan jawapan, bagi contoh-contoh kat depa masa tu. And, part of me rasa tak nak jawab pun ada jugak, sebab consider orang yang bertanya. Orang yang tak minat ni, sometimes we can't just talk panjang lebar ikut sedap hati kita. It will bore them to death dengar ceramah kita. Hehe. So I try to avoid benda-benda yang boleh patahkan mood orang sembang dengan kita. Haha.

No offence, but I tend to take serious when it comes to anime discussions. And akan jadi ugly bila tersentap ada orang mengata about anime. Bukan la meaning tak boleh kritik ka apa, bare in mind, hanya beberapa percent ja anime yang elok and bagus untuk ditonton, yang lain banyak tapisan kena buat untuk menjaga kemaslahatan ummah. Hehe. Lama tak sebut phrase tu. So memang Cleo sendiri pun kritik jugak. Tapi ya lah, faham-faham la what I meant kan?

So, to avoid such environment, better shut it dulu. Serious matters cuma untuk serious people. When you're ready to talk and hear and exchange your thoughts, then we'll talk about anime. Kalau sekadar sembang-sembang, Cleo memang akan selalu close the case, cantas awal-awal. Haha. Warui na, minna. Minta ampun, minta maaf, tak dak niat mengguris hati mana-mana pihak. Niat hanyalah untuk menjaga hubungan antara kita. Peace, no war ^_^v

Eh, tetiba terpanjang pulak bebel! Ahahahaha! Jom lah, nak tidoq dah kita pun. Esok kerja oit! Apapun, selamat berexam untuk admins and warga UKM Otaku!! ihihi


FB UKM Otaku < https://www.facebook.com/ukmotaku >



Learn from a positive way
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, April 25, 2015

[ 10 Fakta Yang Hampa Tak Tau ]

With Allah's love
Assalamu'alykum, my dear


Wokeh. Entri ni diwujudkan selepas mendengar kisah daripada sahabat Cleo pasai sorang ni, dia tulis 10 fakta pasai diri dia dalam blog, tup-tup la ni dia dah jadi designer feymes. So, dengan harapan satu hari nanti Cleo turut jadi feymes, Cleo nak ikut jejak langkah dia. Ohohohoho ~

Link - Start!

(bajet SAO jap)


Hitotsu

Cleo pi tadika PASTI umoq 5 ngan 6 tahun tapi... dalam buku rekod cuma hadir 10 hari setahun. Dan seingat Cleo, kenangan Cleo kat tadika cuma malam persembahan batch (Cleo cuma jadi pokok yang bergoyang kena tiup angin sebab tak pi tadika, so tak pernah pi latihan. hahaha). Pastu ingatan hari sukan. Cleo main lipat baju dengan lumba terompah gergasi. Menang kot. Medal ada lagi kat bilik. hahaha


Futatsu

Best friend Cleo, jumpa masa first year degree kat UKM. Dialah sahabat yang tak pernah sembunyikan kelemahan, kekurangan, kelebihan, semualah tentang Cleo daripada pengetahuan Cleo.  And thanks to her, I changed a lot. From worst to the best of me. Bagi Cleo, dialah manusia paling berani dan being true as seorang sahabat.


Mittsu

Semua orang tahu, Cleo pencinta kucing. Tapi haiwan pertama yang Cleo jatuh cinta bukan kucing. It is an eagle. Setiap kali nampak burung helang terbang, Cleo akan teruja, berdiri sekejap tengok dia terbang-terbang.

Nak taw scene ni, sila tengok Disney's Pocahontas.

Selalu bajet nak buat gini bila pi zoo. Ahax! Tu helang versi omputih. Ni haaa, versi omelayu. keh3.

Axle dalam kartun Rimba Racer.

Macho kan? hahaha
Yang lagi tak sangka, Cleo search kat google: axle rimba racer. Taw apa Cleo jumpa? Jeng jeng jeng!


Nampak tak tu gambaq sapa tu? Muahahahahaha! Ini satu petanda bakal jadi feymes ni. Hampa tak caya search la keyword tu.



Yottsu

Cleo rapat dengan abi dari kecil mungkin sebab masa kandungkan Cleo, umi sangat merindui abi yang berada di kejauhan, Jepun. Abi masih kat Jepun masa Cleo lahir. And Cleo pernah terbaca diari yang umi tulis about perkembangan Cleo masa baby untuk tatapan abi. Manalah pergi diari tu sekarang eh. (Dah besar ni, mula sikit-sikit untuk cuba rapat dengan umi. Sayang mak kita ooooiiiii. Sapa tak sayang.) Mungkin sebab ni jugak kot membuatkan Cleo teringin sangat nak pergi Jepun, suka amek tau budaya Jepun and pernah berangan jumpa jodoh ngan orang Jepun. Tak dapat orang depa pon, dapat orang Melayu yang dah blend in dengan attitude depa jadilah. *berangan*


Ada dak orang nak sponsor kimono wedding dress kat ceq nanti? *berangan tak abeh*


Itsutsu

Cleo kidal tapi semua kerja-kerja Cleo buat guna tangan kanan, sama macam orang biasa. Tangan kiri Cleo pun tak sekuat tangan kiri orang kidal. Kalau main badminton, pukul bulu tangkis tak lepas net bila guna tangan kiri. Kidal hanya pada menulis. haha. Sebab umi tak suka bila nampak Cleo buat kerja guna tangan kiri. Masa kecik dulu pun, tiap kali menulis, umi tarik pensil, letak kat tangan kanan. Sampai darjah berapa tah, Cleo rasa identiti Cleo semakin hilang, keunikan Cleo hilang bila dah tak pandai menulis dengan tangan kiri. So, dengan berani matinya, Cleo menderhakai umi. (kasaq ngat aih. huhu) So, sampai sekarang, hanya menulis ja lah yang tinggal pada istilah kidal dalam hidup Cleo.


Muttsu

Disebabkan kidal jugaklah, Cleo amat tertarik dengan orang yang pakai jam tangan kat tangan kanan. Sebab percentage untuk orang tu jugak kidal sangat tinggi. Tapi kadang-kadang teori ni tersalah jugak. haha. Sampai satu tahap tu, Cleo pernah letak syarat cari jodoh, mesti pakai jam kat tangan kanan. Dulu la. Sekarang, mungkin tak wajib la. Tapi kind of an advantage la kat manusia tu. hahahahaha.


Nanatsu

Bercakap pasal jodoh. Cinta pertama Cleo was this guy, named Himura Kenshin a.k.a. Rurouni Kenshin a.k.a Himura Battousai dalam anime Samurai X. Tengoklah betapa cool and machonya beliau! :D

Dia suka cakap: Araa?


Yattsu

Cleo suka membebel.. dengan tulisan. Bukan lisan. Cleo malas gila nak bukak mulut, bercakap banyak-banyak. Sebab tu Cleo update selalu kat FB, page, takpun blog. Sebab boleh bebel panjang-panjang, tak dak orang nak interrupt. Puas hati sebab tak dak isi yang tertinggal dalam otak. hahahahaha. Tapi sebab ni jugak orang selalu salah paham dengan Cleo. *sigh*


Kokonotsu

Cleo sorang yang sangat sensitif. Like Yasmin Mogahed said: I'm all about being sensitive. Kami ada persamaan di situ. haha. Tak kisah la pasal apapun, bukan setakat sensitif cepat tatching ja. Macam-macam. And paling tak suka orang yang insensitive. Of course la kan. Tapi, tu lah. I need someone yang boleh selalu peringat myself from being too sensitive about something. Mungkin sebab tu jugak Cleo selalu menjarakkan diri dari orang yang akan menjerumuskan Cleo ke arah terlebih sensitif.

And, last but not least.


Too

My world is way too different from others, yang membentuk pemikiran Cleo menjadi different jugak. Ramai akui, I am unpredictable walaupun setiap kali orang tuju macam tu kat Cleo, I try to deny it. This thing jugak membuatkan selalu berlakunya salah faham antara Cleo dengan orang sekeliling melainkan orang tu dah biasa duduk semeja, berbincang, bertekak, and some kind of "hidup" sama-sama dengan Cleo. Selalu Cleo sebut, selagi tak hidup di samping Cleo untuk tempoh setahun (by means 365 days, 24 hours), you have no qualification in saying you know me better than others. And to be true, sepanjang masa ni, cuma ada dua insan yang kalau dia berbicara tentang Cleo, 98% I will say it's true. Even kalau Cleo dengar dia sebut tentang Cleo pada orang lain, dan orang tu sampaikan pada Cleo dia dengar dari dua insan ni, Cleo takkan marah. (Of course la ni dalam konteks bukan ahli keluarga. My family members know me best.)


So, tu ja lah kot. Susah jugak nak decide top 10 ni. haha. Apapun, day by day, year by year, Cleo semakin memahami diri yang diciptakan ni. And sebabkan tu jugak la, selalu terdetik di hati bila orang komen macam-macam tentang Cleo: Hang sapa nak ubah ciptaan dan didikan Allah yang special untuk aku? *sorry, kasaq bunyi dia*

So minna-san, what about you? Jumpa tak 10 fakta about yourself? Cubalah, it will be helpful for your spirit of being yourself. Ciao!





Being me
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~