Sunday, June 13, 2010

..:[ Something to Think About ]:..

With Allah's love
Assalamu'alykum to all

In a vacation isn't a factor of not being able to share my new knowledge. So, here I would like to share a post I read just now from this blog AKADEMI FISABILILLAH. All of the content is credited to the author. Thank you.

* * *


Siapakah Jodohku...

Kategori:
" Didiklah anak mu mengikut zaman anakmu, dan janganlah kamu didik anakmu mengikut zaman mu"

-Saidina Umar Al-Khattab-

Hmmm... termenung seketika apabila membaca ungkapan ini. Terlalu dalam maksudnya untuk dirungkai.... Ramai yang telah berani untuk membuat tafsiran sendiri berkenaan dengan ungkapan ini.

Contoh yang pertama ialah dalam soal hati dan perkahwinan. Zaman dahulu andai mahu berkahwin, calonnya dipilih keluarga... Tetapi sekarang, andai mahu berkahwin, mesti keluar dengan pakwe/makwe dulu, makan sama2, dan mesti 'test drive' dahulu... Dan apabila diterangkan berkenaan dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam ungkapan tersebut, mereka mempertahankan hujah membela budaya 'test drive' mereka..

"Kalau nak kahwin kena try dulu... kalau mantap baru boleh buat isteri... kalau tak mantap cari yang lain... Nak buat bini mesti kena pilih yang terbaik.."

>>>tak boleh macam tu... itu dah dikira maksiat... Berdosa!

"Alaa, stakat pegang tangan, raba-raba sikit takpe la,,, nanti dah tua aku bertaubatla"

>>> Kita tak tau bila kita akan mati, jadi sebaiknya kena buat persediaan dari sekarang... kalau tiba-tiba kau mati masa tengah peluk awek kau macam mane???

"Kau ingat aku tak pernah buat baik ke?? Sejahat aku pun, aku pernah buat baik jugak... Slalu tolong orang... Kucing aku pun aku bagi makan jugak tau.."

>>> Aku taula... tapi kan lebih baik andai kau tinggalkan kerja-kerja maksiat ni. Dah berapa ramai perempuan yang dah kau ada... Belum jumpa lagi??

"A'ah.. belum jumpa la bro... Dorang ni macam sial... macam-macam hal... ada yang jenis pisau cukur, kaki jantan,.. yang paling aku tak boleh blah, suka tanya aku kat mana, kononnya nak ambil berat kat aku, tapi padahal dok keluar dating dengan laki lain... Dorang ni tak boleh harap kalau nak jadi isteri"...

>>>Haaaa.... kau tau pun...

"Tau apa?"

>>> yelah, bukan ke kau pun main perempuan jugak???

"Tapi aku couple sorg je dalam satu masa... kalau kena tinggal atau aku tinggalkan sorang perempuan baru aku cari yang lain. Aku ni jenis yang setia... Tapi kalau aku dikhianati, aku tinggalkan je perempuan tu.. cari yang lain..."

>>> Sesungguhnya.... Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
Beginilah senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Mereka berbangga-bangga dengan makwe dan pakwe mereka...
Pening...
Berdating sana sini menayangkan teman lelaki/wanita untuk menunjukkan mereka ni 'barang laku'....
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....."
(Surah An-Nur)
catatan penulis: Maaf andai entry pada kali ini nampak kurang berkualiti... Sebab nk rushing... and BZ....
Entry Berikutnya....:: DI MANAKAH KITA?







 Creating chances
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: