With Allah's love
Assalamu'alykum to my dear
= Makhluk Halus X Supernatural =
Dua benda ni, memang rasanya yang paling popular zaman ni. Movies sekarang pun banyak yang berunsurkan ni. Ye, ada la yang guna animation semua tu. Yang tak pun sama ja. Melayu ke, English ke, Thai ke, semua bahasa ada.
Pernah sekali tu, Cleo tengok dokumentari about supernatural movies ni. Satu dunia akui, movies yang seram-seram ni memang Barat kalah ngan Asia, especially Thai ngan Indonesia. Sebab? You all pun boleh bagi tau kan? Sebab yang Barat buat seram tak berunsurkan makhluk-makhluk halus ni. Diorang seram kes-kes pembunuhan la, psycho la. Contoh movies? Saw tu.. Lagi? Freddy.. Nak kata yang berhantu pun, paling jauh rasanya The Others yang Nicole Kidman berlakon tu. (Mesti la sokong ni sebab Nicole Kidman yang berlakon..hihi)
The Others |
Satu lagi yang paling obvious, mesti la series Supernatural tu. Dean ngan Sam tu. Minat jugak walaupun citer ni sangat-sangat merapu meraban..ngiahaha
Supernatural |
Semalam pun sempat gak tengok movie Ghost Town. Sungguh tak best betul movie ni. Awal-awal cerita dah dapat view plot. Cemana klimaks movie tu, cemana ending dia pulak. Lastly sampai kat ending, hadoi, jadi sungguh sebijik macam yang dah imagine awal tadi. Hampeh betul terasa. Kalau tukar tengok channel lain pun tak menyesal. huhu..
Tak pa lah. Dah tengok pun, so let's move on, okay? huhu
Dalam dokumentari tu state, produser Barat tak dapat atasi kejayaan produser-produser movie genre seram Asia sebab dari Asia, movies ni datang bersama satu unsur kepercayaan, ancient belief, turun temurun digeruni dalam kalangan masyarakat tu. Barat cuba bangkitkan benda yang sama, ancient belief diorang tapi tak jadi sebab? Yang diorang belief tu langsung tak menimbulkan keseraman, betul tak? Serigala jadian la, vampire la, dracula la. Apa lagi? Demon from hell (konon nya) la, witches, sorcerers la.. macam-macam.
Seriously, kalau tanya Cleo, langsung tak menyeramkan. Lawak lagi ada la. Sebab? Ye la, diorang siap boleh transform vampire yang sepatutnya menyeramkan (bagi orang Barat) to someone yang digilai ramai pulak (bajet HOT =P) cam Twilight tu. (Sorry, tak minat Cleo ngan watak cam ni..haha)
Twilight |
Okay, move on to Asian pulak. Kalau nak tengok semua koleksi (kot), you all boleh try view website ni
Sila klik gambar di atas untuk linking. |
Seriously, movies Asian bagi Cleo walaupun tak 100% tapi boleh la cakap majoriti, seram. Kalau movies Barat tu, tengok sengsorang, tadak hal. Tapi Asian, sorry okay. At least adik or rumet Cleo kena teman tengok skali. haha =P
Kalau Astro Prima tu, ada hari tertentu diorang siarkan movies seram Melayu or Indonesia. Korea tak pernah lagi la tengok setakat ni. Kalau HBO tu, ikut season. Tengah sibuk Halloween, dia boh la movies seram-seram.
Okay, kalau tengok balik kan, satu dunia ni craving for something, betul tak? That is craving for something to believe living in the other world, they call it. Kalau Melayu nye la, perlukan something untuk percaya wujudnya alam ghaib tu... kan, kan?
Melayu, ngan cara Melayunya. Indon pun, ngan cara diorang. Orang Barat, pun ada jugak sal benda-benda ni walaupun most of them cuba deny yang all these crap (bagi diorang) tak wujud. Hanya khayalan. Ye la, khayalan pun, korang terpikir gak kan sal benda ni? (toin toin =p)
Allah dah lama dah state sal alam ghaib and isi nya kat dalam Quran:
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga..
Surah an-Najm, ayat 16.
Ada lagi bukti-bukti, cuba la buat homework ye bukak tengok dalam tafsir-tafsir tu. huhu
Well, nak percaya tu, memang kena percaya, sebab ni semua diciptakan oleh Allah. Tapi, jangan lah sampai kepercayaan tu melebihi percaya pada Pencipta ye?
Macam yang ada sekarang ni, mula dengan percaya pada tahyul, bomoh semua ni, dah dianggap kolot oleh orang sekarang. Tapi sekarang diganti dengan yang lain that is: horoskop, kira-kira umur, bacaan tapak tangan etc.
The point is, we all have the same feeling deep inside to believe in something. Perasaan seram ni timbul bila kita percaya sesuatu tu wujud tapi kita tak nampak kewujudan dia. So, jadilah situasi tu seram. (Nampak tak linking dia? Seram = Believe). Nak buat something pun, each of us mesti ada prayer masing-masing. Yang berdoa cara berdoa, yang mengharap cara mengharap. So, it's just the same. Still deep inside believe in something. Senang cakap, percaya ada satu kuasa lain dan luar bidang kita, tu la something tu.
Berbelit ke faham? Pandai-pandai hampa la kay? huhu
Yang pentingnya, kita boleh percaya KEWUJUDAN something ni, tapi kita dilarang percaya KEKUASAAN yang ada pada something ni. All of it, kita kembalikan pada yang berhak, Allah, yang Maha Berkuasa. (Peringatan untuk Cleo jugak nih.)
Susah? Memang susah. Tapi, susah-susah cemana pun, kita kena start didik diri kita, we have to try. Kalau Cleo, Cleo start ngan peringatan berterusan kat diri Cleo. Bila dah terasa agak terpesong, cepat-cepat istighfar, straight kan balik.
I believe, each of us ada cara yang berbeza. So, apa-apa pun, kita perlu mencuba. At least, ada jugak usaha tu dari statik je kan? huhu.
Okay, dah abes modal nak beleter sepanjang hari ni. Sebenarnya, dah berhari simpan idea ni, tunggu line okay je baru post. huhu. Apa-apa pun, tak perlu tunggu something happen baru nak peringat, kita kena selalu memperingati walau apa pun situasi kita..kan?
Well, this is it. I guess we'll see around next time. Ciao ~
Typewriter
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment