Wednesday, May 30, 2012

[ Segala Bantuan Diperlukan ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Tolong! Tolong! Help!

Baru dapat berita, sorang student UKM hilang. Mungkin tadi, diorang ada buat operasi mencari this girl. Bagi yang ada maklumat, mohon bantuan sekalian. Report polis family dia dah buat kot. Dalam usaha setakat yang taw tadi.

Any info bout this girl, refer kat sini ye.



Ya Allah, selamatkan lah saudaraku siti norhafeezah bt mohd yusoff. Pertemukanlah dia pada keluarganya kembali ya Allah.. aamiin..



Hanya mampu berdoa untuk mu
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, May 26, 2012

[ RAYA....?!! ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni, sekali lagi ungkapan ni berkumandang: Kena mula survey dan beli baju raya dah ni.
Errrrkkk . . . !!

Baru masuk Rejab, dah langkau Syawal terus. kuikuikui. Jauh betul otak diorang ni pikir. Tapi betul jugak. Bagi orang-orang macam kami ni, me, my family, cousins, semua lah. Memang dah kena start dari sekarang. Kami payah sikit bab upah orang ni. Ghenyah. hehe. Kalau zaman sekolah dulu, memang last minute pun tak kesah lagi. Esok raya, malam ni baru kalut pi beli kat Kamdar la, booths kat luar Tesco la, Carrefour la, kedai-kedai mana la yang sempat. haha.

Sekarang..? Haisy.. Tak yah la. Memang maut poket buat macam tu. Tak kurang dari RM100 untuk sorang satu baju. Gila punya dunia sekarang ni. Tadi keluar shopping barang rumah ngan cousin, dia la salah sorang yang ungkapkan ayat tu. Betul la cakap dia tu, baju yang sama kita tengok, tapi masuk Ramadhan, Syawal, harga cecah RM200. Padahal tengok sekarang ni pun dah RM110 above. Gilak. *Design biasa ja, nak mahai sangat pun x taw la pasai pa. =.=

Cantik kan jubah hitam ni? Teringinnya.....
Tak pa la kalau harga tu memang patut ngan kekemasan jahitan, design pun not bad. Ni tengok, benang terkeluar sana sini, design pulak... umanggggaaaiiii.. tak lawa, sirius cakap. Tak taw la kalau taste kita ni yang lain dari orang lain kan. Tapi setakat ni, semua yang kita tunjuk bila window shopping ngan member memang thumbs up punya taste ja pun. Hmm..

So, disebabkan kami tetiba dah terwindow shopping baju raya tadi, my cousin pun ajak pi shopping baju raya kat PKNS Shah Alam ngan Nilai 3 before its too late. Hmm.. Rasanya... Tak beli dah kot baju raya tahun ni. Setakat cuci mata pun boley. I like. kikiki.

Dah berapa tahun tak beli, so dah agak terbiasa ngan beraya baju sama tiap-tiap tahun. huhuhu. Tak beli dah tahun ni pun sebabnya, dah beli 1 jubah dah before this, ye la, konon kena pakai jubah masa program kat Surabaya, keterpaksaan memaksa pembelian tu, tapi orite gak. Ley pakai pi kelas. huhuhu. Then, tahun ni dapat banyak baju yang cantik-cantik orang bagi. Sampaikan ada orang mintak pinjam baju tu untuk dinner batch. Kira orite la, boleh guna jugak pi beraya. Alhamdulillah, rezeki berprogram. ^^

Kebaya hitam itu tersangatlah cantik tapi.... kalaulah material kain tu ditukar, lagi okay ^^
And.... dah ada baju kebaya Indonesia yang amat saya sayangi itu. Wee ~~
*Kebaya ni tak jarang & longgar okay ^^
Jadinya, raya tahun ni sangat tak kisah tak dak baju baru beli. Of course la tak pakai baju kebaya tu raya first, buat gila. Payah kot nak solat ngan baju tu. hahaha. Apa-apa pun, nasihat untuk pembaca: Berjimatlah untuk raya, tak menyesal di kemudian hari. kikiki.

Puasa dulu bagi banyak Rejab ngan Syaaban. Sambung Ramadhan, baru la rasa nikmat beraya. Insya-Allah ^^




Pasang niat, insyaAllah
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Friday, May 25, 2012

[ Umpama Udara ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari Jumaat. Dari sekolah dulu Jumaat memang hari yang paling best antara semua. And boleh dikata la, Jumaat significance to hari mendung. Payah nak dapat cuaca terik. Best! Alhamdulillah ^_^
Jadinya memang suka kalau Jumaat. Tenang ja.

Niat tadi nak jogging petang ni tapi dapat call from work, ada kelas ganti malam ni, so malas la pulak. hehe. Kena teach adik-adik darjah 4 ngan 6. Hmmm. Satu ujian ni. Cemana la nak ngadap kids.... pasrah ~~

Orite, actually nak story about something. Terpukul dengan satu ayat yang tetiba terfikir: selama ni memang bersalah la saya dalam hal ni. T.T

Hari ni berturut-turut sahabat post tentang orang kafir yang cuba hidup dengan cara Islam kat barat. Tersentuh dengan usaha para daie kat sana. Of course, banyak komen yang diterima, macam-macam pendapat yang ada. Setuju, tak setuju, itu, ini. Yang paling banyak, orang yang tak faham Islam dan komen yang bukan-bukan.

Terasa ditampar bertalu-talu.
1. Selama ni, tak banyak ilmu yang ditimba sebagai persediaan menjadi orang yang menyampaikan. Tak tercapai akal nak jawab balik apa yang orang-orang tu komen, kritik and so on. Harapkan kelas kat sekolah, kuliah kat universiti je, memang out la. Hmm.
2. Tak selalu berfungsi sebagai udara yang diperlukan. Hmm..

Udara..? Apa kaitan pulak..?

Let's take a look at this one:

 a flicker can make a fire, with the help of the air.. dlm hati dia, da ad flicker tu, n utk ad fire tu lam diri dia, kita la kna jd udara utk hdup kn fire tu.. cth: niat dia nk pkai tdung labuh sikit, kita, ce cucuk2, ajak2 dia, skit2, slow2.. dr flicker yg kecik tu, lma2 nti ad smgt utk dia try dgn persoalan yg timbul: why not? - so tu la penting ny someone yg jd udara utk dia tu.. its just a matter of time :)
kan konsep masyarakat in Islam saling mbantu, saling mnyokong.. back to basic ^_^

Jadi, dah faham..? Hmm.. Rasa diri ni dah terlalu lama berdiam diri. Alhamdulillah, sem ni belajar subjek kajian teks dakwah tu. Terkesan mengesan jugak la tiap kali kuliah and tutorial.

Hmm. Come on, have to wake up now. Takut-takut nanti mati, Allah tanya, nak jawab apa la nanti. Ya Allah, bantulah ku, tunjukkan ku jalan-jalan nya, bukakanlah untuk ku pintu-pintu nya, berikan ku peluang lagi.. aamiin...


Hmm
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Sunday, May 20, 2012

[ Tiru, Pentiru, Mentiru ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Dah post as status facebook, banyak kali. Dan disebabkan orang tu tak terkesan, jadinya kat sini nak membebel-bebel about si pentiru. kuikuikui.

Hmm.. Okay la, memang la, it's not so bad kalau jadi pentiru. Sometimes it is good, tiru orang buat benda baik. Tapikan, it still annoying bila si pentiru mentiru apa yang kita buat. Tambah pulak apa yang dia tiru is dengan tujuan tak elok. Aisy...

Dik, (kira adik la awak tu, sebab kalau akak abang, diorang tak meniru orang kurang matang dari diorang, kan?) Hmm. Akak tak suka dik tiru akak. Sebabnya, paling obvious, bila dik tiru akak, kalau dik dapat dosa, tak tentu pasal akak dapat saham. Adoi. Then, kalau disebabkan pentiruan adik tu, orang lain mengutuk mengata adik, tambah lagi double dosa akak. Matematiknya happens bila disebabkan adik, orang tu terumpat, terkata, dah dosa. And dosa tu tak berenti kat adik ja, mengalir datang kat akak pulak. Dik oooiii, dik. Tolonglah, jangan lah mentiru apa yang akak buat dan membuatkan apa yang adik tiru tu jadi satu dosa pulak kat akak, eh?

And, kalaulah apa  yang dik buat tu dapat pahala, thanks, but no thanks. Akak tak nak pahala tu, sebab chain dia dari adik sendiri. Bukan apa, akak tak nak ada apa-apa perkaitan ngan dik kat akhirat nanti. Orang lain tak pa, tapi bukan adik. (Macam specific for someone ja..? lalalalala) So sorry. ^_^

And then... Dik, akak memang dari kecik tak suka orang tiru apa yang akak buat. Kadang-kadang rasa macam habeh tak dak keja dah orang tu nak tiru apa yang kita buat. =.=

Adik, bangun lah. Cuba bina diri adik sendiri, dengan usaha adik sendiri, boleh kan? Apa yang adik buat sekarang, itu bukan diri adik yang sebenar. That's me. Dik, you won't feel grateful or thankful for your life selagi dik tak usaha cari and bina diri adik sendiri. Believe me. That's why Allah dah cakap awal-awal, setiap dari kita Allah ciptakan berbeza-beza. Dik boleh cuba kenali and ambil iktibar, pengajaran dari orang lain, tapi yang mencipta peribadi tu, you. Only you. It's already in you. You just need to pull it out from your inner self.

Hmm... Dik, please eh..? I beg you, berenti la tiru, mentiru, jadi pentiru. Kalau betul try nak ubah diri, cubalah dengan sendiri untuk menjadi lebih baik. Buat kerana Allah, bukan kerana tiru orang lain. Dah lain dah niat tu. Not good, not so good for your health, dear. Bukan takat akak, orang lain pun naik rimas, annoyed. Perlu ka nak tiru personaliti and gaya orang lain? Hmmmm.... jemmmm..




Yang ni akak kesah
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Tenang, Tenang lah, Sahabat ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Truly, deeply, lately, tergempar seketika dengan pergolakan hidup. Bukan sekali tapi berkali-kali, bertimpa. That is, cases melibatkan sahabat dan persahabatan. Perkara biasa, sering berlaku antara perhubungan. Tapi kali ni, memang ajaib, miracle, sungguh tak tercapai akal fikirkan kekuasaan-Nya menentukan segalanya tentang kehidupan.

Yang kiri pergolakan cara kiri, yang kanan pergolakan cara kanan. Yang depan belakang, ada pergolakan masing-masing. Dan semua penjuru ni, berkumpul, berpusat di tengah-tengah. Subhanallah, alhamdulillah. Macam-macam dapat lihat, macam-macam dapat kenal, macam-macam dapat hadam. Kuasa Dia.

Tenang lah, sahabat. ^_^

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

Truth, always the best choice in friendship even if it hurts so much.

Ku mohon kemaafan darimu andai ada kesalahan dan kesilapanku sahabat.

And lastly, kata-kata ni terzahir automatik semalam masa berfacebook dengan sahabat-sahabat.

Tak semua orang boleh terima kita, macam tu la tak semua orang kita boleh terima. So bila dah jumpa orang yang boleh terima kita, and kita boleh terima dia, itu satu nikmat yang paling berharga.

Saling menghargai, saling menjaga adab dan hak, saling menghormati, saling berusaha memperbaiki, itulah yang menambahkan keindahan bersahabat. Tiada istilah egoistik, tiada istilah melebihi, tiada istilah menyaingi, tiada istilah membalasi. Terlajak perahu, masih bisa diundur kembali, terlajak bicara, mampukah kita menelannya kembali. Hilanglah sengketa, hilanglah duka, hilanglah penyakit hati. Damailah, tenanglah sahabat ^_^




Alhamdulillah ~
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Pilihlah yang Mudah ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Just nak share something dapat from facebook...


Ketika aku berpikir negatif pada seseorang. Tanpa sadar, aku telah menghakimi orang itu.

Lebih mudah mana?
Berusaha menyingkirkan semua kerikil tajam di setiap jalanan, atau memakai sepatu agar kaki kita tidak terluka?

Lebih mungkin mana?
Berusaha mensteril semua tempat agar tak ada kuman atau memperkuat daya tahan tubuh kita sendiri..? 

Lebih mudah mana?
Berusaha mencegah setiap mulut agar tak bicara sembarangan
atau menjaga hati kita sendiri agar tak mudah tersinggung? 

Lebih penting mana?
Berusaha menguasai orang lain atau belajar menguasai diri sendiri?

Yang penting bukan bagaimana orang harus baik padaku, melainkan bagaimana aku berusaha baik pada orang lain.

Bukan orang lain yang bikin aku bahagia, melainkan sikap diriku sendiri-lah yang menentukan, aku bahagia atau tidak. 

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. 
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari esok yang lebih baik. 

Hidup adalah proses, 
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi ..
KALAH, mencoba lagi ..
GAGAL, bangkit lagi ..


Hmm
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, May 19, 2012

[ Hanya Istilah ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear

Tersentuh dengan status-status sahabat-sahabat dari Kelantan tentang tuduhan meliar pada diorang, "Orang Kelantan asabiah gile." "Tak habes-habes ngan puak-puak dia je." And so on.

Tak nafi, memang pernah dengar ayat-ayat ni. Cuma antara setuju atau tidak ja. Well, penulisan ni cuma pandangan dari saya, jadinya yang membaca tak digalakkan terhasut menghasut menjadi penghasut la kay? =D

Hmm.. The first thing to see is, sekarang tengah sibuk nak game, and game tu tentang mereka, of course lah diorang bersemangat. Kalau think positive, it's good kan? Ada semangat menyokong negeri sendiri. In fact, bukan setakat orang Kelantan ja yang sokong team tu, orang negeri lain pun turut sama sokong. So, tak fair la kalau orang Kelantan diberi label macam tu. Kalau macam ni dikira asabiah, salah la kita selama ni asek-asek sokong Lee Chong Wei ja kalau badminton, Nicol David ja kalau squasy and so on la. Kan? Kan? Asek-asek Malaysia sampai sanggup mengata mengutuk players negara lain masa tengah-tengah game tu. Right? hihi

Orite. Next, kalau pun label ni dapat kat diorang sebab kat kampus alih-alih datang satu group, dak Kelantan semua. *ni aspek kampus la. Adik, memang la. Kalau tengok balik, satu sikap ni semua orang ada. Lebih senang dengan orang yang serasi dengan kita, kan? Pernah terfikir tak ni..? Kalau ikutkan, loghat Kelantan antara loghat yang payah nak paham. Saya sendiri kalau menyembang dengan sahabat-sahabat dari Kelantan ni, ada ja kalimah yang terpaksa diorang explain macam explain kat budak tadika. haha. Mesti la tak best kalau selama ni guna bahasa ibunda tetiba datang tempat orang hari-hari guna bahasa orang lain. So lebih senang and happy bila jumpa kawan-kawan yang serasi bersama, betul kan? Macam tu jugak orang-orang utara. Kalau tengok, diorang pun duduk berkumpul, berkawan dengan orang-orang loghat diorang jugak. So, kenapa tak labelkan diorang asabiah jugak..? Haaaiiii, berat sebelah nampak. Same goes to sahabat-sahabat yang menggunakan loghat '-e'. Faham tak? Guna loghat 'kenape', 'same-same', camtu la.

Jadinya, hentikan label menglabel ni, dik. Be mature, matang kan pemikiran anda. Daripada kita sibuk-sibuk ngata orang, label orang asabiah ni, lebih baik kita cuba dekati diorang, belajar loghat diorang, bersahabat dengan diorang. Kalau dah memang person yang kita cuba rapat tu jenis menyombong, tak pa lah. Belambak lagi yang lain yang ramah tamah orang nya. Seriously, saya jumpa ramai orang Kelantan yang ramah, murah senyuman, just the same as anyone else from other states. Bab sikap diri, itu hal peribadi, saya tak masuk campur.

Apa yang penting, cuba la keluar dari pemikiran yang telah diset oleh masyarakat yang serkap jarang nih. Bahaya. Cukup tak sesuai diamalkan untuk kesihatan masyarakat, ya adik-adik. =)


Yang penting, semangat kesukanan.. game tetap game, lawan tetap lawan, sokong tetap sokong, luar game kawan tetap kawan.. say no to istilah berpuak ni.. peace ^_^

Pakat-pakat menyokong la, pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya ~



Kerana bola ~
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

[ Who You Are - Megan Hilty ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


How are you, dear? I'm fine, half of me but I wanna believe, I am alright. There's a song, just heard it once and only a part of it. Then found it in Youtube. I guess I was meant to find it and search for myself again.

Come, take a look and maybe you'll find yourself. But don't, please don't take this song as the main source in your life, dear. You have the Quran, you have Him. Pray, He's the one who will help you all along. Cheers ^_^

* * *

Lyrics :
I stare at my reflection in the mirror
Why am I doing this to myself?
Losing my mind on a tiny error
I nearly left the real me on the shelf
No, no, no, no...

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing
It's okay not to be okay
Sometimes it's hard, to follow your heart
Tears don't mean you're losing, everybody's bruising
Just be true to who you are!
(Who you are) x11

Brushing my hair, do I look perfect?
I forgot what to do to fit the mold, yeah
The more I try the less is working, yeah yeah
'Cause everything inside me screams "no, no, no...!"

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing
It's okay not to be okay
Sometimes it's hard, to follow your heart
But tears don't mean you're losing, everybody's bruising
There's nothing wrong with who you are

Yes, No's, egos, fake shows
Like "woo!", just go, and leave me alone
Real talk, real life, good love, goodnight
With a smile
That's my home!
That's my home, oohh...

No, no, no, no!

Don't lose who you are, in the blur of the stars!
Seeing is deceiving, dreaming is believing
It's okay not to be okay
Sometimes it's hard, to follow your heart
Tears don't mean you're losing, everybody's bruising
Just be true to who you are!
Yeah yeah yeah


Well, this is a song from the new series, Smash. A beautiful voice...


By the way, this will be the day I won't forget for receiving such a wonderful message from my father, alhamdulillah ^_^


Don't lose who you are ~
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

Saturday, May 5, 2012

[ . . . . ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Alhamdulillah, congratulation to you. Cukup dengan doa, dan ku teruskan hidup seperti kebiasaannya. Semoga perhubungan kalian berkekalan hingga ke syurga. Hargailah, percayalah, hormatilah, sungguh, dari hati ini, semoga kalian kekal bersama hingga ke syurga. Seribu belum mencukupi, diri yang hina ini memohon seberapa kemaafan yang termampu dari kalian jika ada salah dan silap selama kita mengenali. Jangan pernah sangsi, tiada daya bagiku menghasratkan selain dari kebahagiaan kalian. Cukup dengan doa...



Sedar diri ini yang sebenar-benarnya ^_^
~ Creating Ideas, Developing Words ~