With Allah's love
Assalamualykum my dear
Entri ni menyentuh bab budak-budak PLKN yang bergaduh tu. Berita lanjut klik sini. Hal ni dah pernah bebel dah dulu kat post ni. Ley rujuk sana kalau nak tau lebih kayh.
Haaa tu la.. Filem melayu kan balik-balik buat cerita kaki pukul, geng belasah geng, asyik-asyik panggil geng belasah, bunuh segala. Sekarang budak-budak muda lagi dah pandai buat geng pukul walaupun baru kenal kat kem. Haa tu la. Memang la realiti wujud geng-geng ni, tapi tak perlu la sampai nak buat filem yang rosakkan kehidupan sosial anak muda sendiri. Nama pun filem, pandai-pandai la kona bagi sesuai ditonton budak bawah umur. Kalau nak buat jugak violence, konon nak tiru filem barat, action bagai, pastikan la PENAPISAN filem tu BERFUNGSI. Rasanya cukup kot dengan berita-berita about geng ni kalo nak bagi masyarakat sedar kewujudan depa.
Geram. Haa sekarang dah mula tunjuk kesan jangka masa panjang hasil kerja tangan hampa sendiri, dah terbukti, apa hampa nak buat sekarang? Salahkan orang tu, salahkan orang ni, kondem pihak sana, pihak sini pun sama naik, nak lagi dekat-dekat pilihanraya, mula la sedap orang politik ambil port. Tak pa la nak respond untuk kes ni, tapi jangan sekadar lepaskan batuk tepi tangga saja dato', datin, tuan, encik, puan mak cik, pak cik, apa lagi lah. Make sure you buat tu untuk jangka masa panjang jugak, perbetulkan semula situasi ni bila dulu masing-masing lepas tangan.
Yang penting, kalau dengar ada yang salahkan budak-budak muda ni, memang mintak sekeh lelaju la orang tu. Dulu bising suruh kami belajar and ambil pengajaran dari sejarah kan? Haa sekarang masa untuk you all pulak, tengok balik sejarah macam mana budak-budak ni boleh jadi violence dalam usia muda macam ni. Yang lagi tak mau dengaq, "Eleh, kat Barat tu budak kecik pon dah membunuh." Ewah, ewah, tempat awak berpijak sekarang ni Barat ke? Nak sangat ikut Barat tu la yang jadi kacau bilau, huru hara, tonggang terbalek habis sosial anak-anak muda sekarang.
Dah nama pun anak muda, budak baru kenal dunia, mestilah depa terpengaruh dengan apa yang kita suap. Memang la dalam jiwa depa nak memberontak tapi kita jangan la jadi salah satu manusia yang tunjuk jalan menyimpang untuk depa salurkan pemberontakan jiwa depa tu. Sudah-sudah lah dengan ayat makan garam dulu tu, fed up dah dengar. Guna tak kena tempat. Kalau you dah makan garam dulu, sepatutnya you dah nampak benda-benda ni bakal terjadi, consequences dia. You should save your children before it's too late. Itu baru la boleh terima kalau nak guna pakai ayat makan garam dulu tu. Kalau setakat umur ja tua, peluh setitik pun tak dak guna, buat apa. Hmmmmm ~~
Tak sabar nak tengok ulasan la, respon la, apa lagi la yang depa nak buat about this. Sibuk bising kata anak muda aset negara kan? Haa nak tengok sket sapa yang betul-betul hargai aset negara ni. Ciao ~
Kita tak dak kuasa, yang ada paling jauh pun bebel kat blog ngan Facebook ja la. Hmmm
Nak tengok apa kata mereka
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment