Thursday, December 20, 2012

[ Ini Bukan Cobaan, Ini Betul-betul ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


How are you, my dear? Hope you're doin' fine sepanjang ketiadaan sy la ye. hik3 Merepek ja lebey lalalalala.

Orite la. Nak kata tak dak apa, nipu la kan, tapi ada banyak tu yang jadi sampai rasa, macam tak dak apa. Err apekah hahaha.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Walaupun tak official tapi kira official la dulu naa, buleh? hehe Alhamdulillah, hari ni tamat sudah contract keja part time as facilitator. Huuuuu. Macam-macam pengalaman, dan yang pastinya, tentulah banyak salah silap yang jadi. Hopefully mereka-mereka yang terlibat mampu untuk memaafkan salah silap kita ni. Ameen.

Empat hari lepas berprogram untuk Kem Rasul in My Heart and tadi kemungkinan hari last berkhidmat as fasi untuk program anak-anak staf. Macam-macam benda jadi untuk hari ni saja. Meh nak story...

Mula-mula sekali tentulah bangun lambat. Tak tau lah, malas nak salahkan tido lambat semalam tapi mungkin sebab tu la kot. Bangun tadi, memang tak sempat la kalo nak naik ktm kan. So terus drive gi sana. Hadoyai. Bermulalah al-kisah lagenda budak sesat. Masa pi tadi, dok terasa hati ni nak ikut jalan yang adik-adik IPG selalu guna: Stadium Bukit Jalil. Ye la, dok ingat kalo ikut situ tak tempuh jem, tak banyak tol. Kita tak pernah lalu situ, memang tak tau apa la. Sekali sampai situ, jem...!! Lama gila, panjang gila. Tambah pulak tak pernah lalu situ, ikut suka hati ja masuk jalan mana pun. Lagi la tambah lambat nak sampai. Dah tu, tambah pulak last skali jalan tu tembus kot jalan yg sama I ikut jalan yang selalu guna tu! Siriusli?! Masa tu memang hati kering sungguh dah. Satu, terasa bazir gila minyak and masa, tambah pulak, its the same route, so got the same amount or kalo less pun satu ja kot plaza tol all the way tu. So, bazir duit sama. Siriusli... kesesatan yang nyata ni memang di tahap Kinabalu.

Okay, pagi dah macam tu, sampai sana alhamdulillah ada parking kosong. Tapi bila jejak kaki masuk,  adoyai...... Hari ni paling dasyat la adik-adik tu. Bayangkan, untuk sehari tu 5 orang menangis. Kena buli, bergaduh, macam-macam. Kelam kabut ngan depa, terlupa about makanan. Kelam kabut habis hari tu. Haisy.... Tapi tak pa, penat takat tu ja, belum tenat lagi. hehe.

Cukup situ, nak balik, sekali tengok ada surat cinta berharga RM 100 menanti kat cermin keta. Oh no! Panjang umur betul la. Sebelum tu baru ja sembang ngan dak-dak fasi ni about saman and tiket parking area tu. Adoi la...... Sekian!

Tak pa la, dengan hati yang redha ku terima warkah cinta itu, letak elok-elok. Drive pasang lagu UNIC kuat-kuat, melalak sorang-sorang. hohoho. Ada keta sport kat lane sebelah, baru beli kot, tengok plat dia cantik ja. huhu. Tapi kesah pulak aku? You nak bayarkan saman I ke? Tak kan, so gi maen jejauh. hahaha. Okay, pastu bermulalah kisah pengembaraan pulang Budak Sesat. Tak faham! Guna jalan yang sama selalu guna jugak, tapi tak tau macam mana baca signboard, tak tau macam mana GPS otak control tangan ngan steering tu, boleh jugak sesat!!

Kali ni punya penyesatan memang menyimpang jauh sangat weyh! Bayangkan la, boleh pulak termasuk laluan nak ke PICC. Tembus keluar jalan belakang PICC. Siap boleh nampak rumah Prof Siti lagi haaa, memaen kau. hahahaha. Gile betul, half tank minyak habis dalam satu malam! Naseb baek la keja sambilan ja, kalo tiap-tiap hari lagu ni punya cerita, naya weyh, naya. Confirm kalo kawen ti kena berenti keja. Mana tak nya, duit habis kat minyak and tol, then masa habis kat atas jalan, then sampai umah paling awal 10 lebih. Nah kau, sapa nak jaga rumah, anak semua? Aigoo aigoo. =.=

Dah sampai jauh tu, tambah lapaq pulak, tak terasa nak nasi, so teringin la nak beli RFC. Cari jalan from there pi B.B. Bangi, pusing punya pusing tak jumpa parking, full! Tak faham. Kenapa malam ni jugak nak full semua tempat makan ni, bukan hujung minggu. Stress! Tak jadi, nak pi PKNS beli KFC. Sampai sana ingat dan nak beli susu dulu sat dalam Billion, sekali ramai orang pulak beratur kaunter. Semata-semata nak bayaq 3 items, beratur sampai lenguh kaki. Dah keluar tu memang tak la kan, tutup dah la KFC nye pon haa. Sekian. =.=

Dengan perut yang lapaq teringin segala benda tak dapat, last hope, burger sedap depan umah ja la. Memang yakin burger tu akan dapat jugak, so plan singgah sat Pusanika, nak tengok dak-dak training. Pi sana pulak, parking full jugak! Dah kenapa laaaahhhh..... Tak paham. Kalau siang kot la, ni da dekat tengah malam kot. Fed up terus balik. Tapi sempat lagi calling-calling coach, terus ajak minum-minum area umah kami. So tu lah pengakhiran kali ni: Dating ngan coach, sambil makan burger ditemani Radix ais. Balik dengan tangki minyak hampir kosong, touch n go yang semestinya kosong - kosong oooo, tapi alhamdulillah perut yang penuh. Sekian wassalam. hohohoho.

Tu ja lah, jom jom nak kira bil pulak. Bayaq jangan tak bayaq ^___^





Lagenda Budak Sesat terbaek
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment