Wednesday, January 9, 2013

[ Noktah ]

With Allah's love
Assalamualykum my dear


Alhamdulillah, puas hati hari ni diberi peluang join semula training. Mula dengan jogging petang, then kami main sama-sama tuju kasut (epik gila rasa main ni - dak sekarang tak kenal dah). Pastu malam juga diberi peluang join training dengan my beloved coach, Abg Man. To be truth, tengah hari tadi masa nampak Abg Man masuk cafe Burhan, terus automatik bergenang air mata! Tak terluah betapa rindunya tatap senyuman dari seorang gentleman dalam jutaan yang pernah jumpa. Ya Allah, Kau peliharalah Azman bin Mat Zain, bukakanlah pintu rezeki untuknya dan seisi keluarga. Ameen. Rindu berTaming Sari!! Rindu memori and warga Taming Sari!! Tak sabar tunggu Taming Sari V. Harapannya adik-adik ni turut merasai nilainya Taming Sari macam mana kami rasai ^^


Cikgu Hafiz, Piee, Dila - partners - Me, Abang Man, Ain

Warga Taming Sari yang dirindui

Tapi, sekian la weh. Pancet tak yah cakap la. Cik Bee telah menyentap hatiku: Ni la bukti, orang kurus tak bererti dia sihat, orang berisi tak bererti dia tak sihat. Ceit. hahahaha makan dalam tu. kui3

Siriusli, lepas masum tu memang stop terus jogging ka, training ka, memang tak dak langsung. Berapa bulan tu bela lemak kat umah. Alah setakat kerja-kerja kemas rumah, taking care of those kitties, program dua tiga hari, tak tercapai tahap la nak maintain fitness tu. Ayok. Tengok tadi cukup la. Round campus tadi, terpaksa half-way, guna short cut sebab da tak terdaya sangat bila sampai sebelah bangunan baru FST tu. Gila kentang! Tu pun dah lebih 16 minutes dari dulu yang dok round campus full. Timing sama ja. Adoyai. Ni tak boleh jadi ni. Harus bangkit semula! Harus!

Bangkit
Bila ditolak jatuh bangunlah semula

Tetiba keluar lagu ni. kui3. Alang-alang dah ada kasut baru, nak bagi lunyai kasut ni pulak. Lepas-lepas ni tekad law tak sempat join training pun, mawu round campus cam dulu jugak. Jumpa Cik Azmanira tadi, excited jugak bila dah lama tak jumpa ni. Dia cakap, eh makin kecik mek ni. Omooo!! hahahahaha. Yezzzaaaa! Tapi sentap balik bila teringat kata-kata Cik Bee. Betul la tu. Kita tak maw jadi muslimah yang lemah, berpenyakit, tak sihat. Kita harus jadi muslimah yang sihat, harus! Biarlah apa orang nak kata, it's in my nature. Saya tak suka tubuh badan saya tak sihat, tak ada fitness. It will cost me my life! No, I won't let you words kill me. Kalau dah takdir jugak tak pa lah. Itu kerja Allah, bukan kamu.

Okay, apa-apa pun, lepas apa yang jadi hari ni, or more so, boley la nak cakap lepas apa yang jadi "lately" ni, I got the hunch that I need to put this thing here. Dulu tak letak sebab rasa nak post kat my other blog tapi kali ni atas rasa perlu, I need to. Used to tuju kat someone tapi sekarang biarlah untuk mereka pulak. Tak pasti dah pernah post sini or tak tapi search tadi tak ada. So this is it. Harapannya moga mereka yang berkaitan digerakkan hati oleh Dia untuk baca dan faham, sedalam-dalamnya. Bab-bab ni, I refuse to say it face to face, atas sebab-sebab peribadi. Sebagai manusia, sebagai sahabat, saya sayang kamu, enggan beri harapan palsu, berharap kita kekal begitu. Berharapkah pada Dia, moga ketemu jawapan terbaik untuk mu. So hopefully mereka baca dan faham. Ameen.

* * * *

Mungkin bagimu mudah didekati
Mungkin bagimu mesra bererti
Mungkin bagimu pahit manis dikongsi
Tapi maaf
Antara kita takkan pernah hilang
Hijab abadi

Jika mereka berbicara
Tidak bererti ia nyata
Jika dari mereka doa
Pohonlah panduan-Nya

Pabila ia kembali
Alunkan kata noktah
Pabila ia pergi
Muhasabahkan diri

Sungguh
Maafkan ku
Jika nyata kesakitan itu
Maafkan ku
Kerna belum tibanya waktu

* * * *

Some of the words dah diubah suai, dengan pada hematnya perlu supaya maksudnya sampai. Bait-bait asal ley view sini kay.

Apa-apa pun, moga tak disalah erti lah. Nak tido, letih training dari petang sampai malam tadi tapi tak boleh lena, terlalu runsingkan sesuatu, moga Allah beri bantuan. Ameen. So tunggu subuh ja la. Chaiyok!





Maaf dariku bila belum waktunya
Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

2 comments:

hana_aniz said...

jelesnyeee. =_=

rindu abg man sangat2!! hukhuk

Unknown said...

huhuhu bila nk dtg bangi? diorg cakap kem taming sari start 2 weeks b4 start sem..