Wednesday, August 17, 2011

[ Tersentap Melihat ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Nak tau tak? Meh nak sambung bebel tengah-tengah hari ni lepas dua tiga hari tak dapat update entri. haha.

Tapi sebelum tu, sila baca ni dulu sebab entri ni ada kaitan jugak.

Okay. Ni lagi satu kisah tentang ayah dan anak lelaki.

Balik tarawih dua hari lepas, masa on the way tuju ke kereta, terstop tengah jalan sebab ada pak cik nak keluar ngan moto dia. Pusing tengok, ternampak anak lelaki dia, duduk kat depan ayah dia ngan kaki kat lam bakul. Mungkin lam area 3 or 4 tahun la I guess. Kecik dan cumil je tengok dia pakai songkok. huhu.

Tapi, yang jadi tersentap bila tengok tu is adik tu, buta matanya. Terus terkesan di hati.

1. Beratnya ujian untuk adik tu, and mak and ayah dia, kan? Pak cik tu bukan tua mana pun, rasanya adik tu mungkin anak first or second dia la. Moga Allah sentiasa membantu keluarga tu, moga diorang kekal hingga ke syurga, amin ~

2. Walaupun adik tu tak nampak, dia tetap nak ikut ayah dia gi masjid. Dia tak guna alasan kekurangan diri dia untuk tak gi masjid. Kita yang celik ni? Hmm..

3. Walaupun pak cik tu anak dia tak boleh melihat, dia tak jadikan alasan tu untuk tinggal anak dia kat rumah dengan isteri dia masa dia gi masjid. *Pak cik tu naik moto ngan adik tu je, mak cik tak de. So, assume mak cik kat rumah la. huhu* Dia bawak anak dia sekali. Dia tau, tanggungjawab dia utuk didik anak dari mula, jangan cari alasan untuk tak turut sama cari pahala macam orang biasa, yang celik mata. Jangan jadikan kekurangan diri untuk jadi alasan berputus asa dengan nikmat yang Allah beri: berpeluang merebut pahala di bulan Ramadhan macam manusia normal yang lain.

Terus terbayang macam mana agaknya adik tu masa dalam masjid tadi ye? Pak cik tu pulak? Mak dia kat rumah? Mesti ketiga-tiga orang ni ada sekelumit kerisauan lam hati masing-masing kan? Tapi tu lah, bagusnya pak cik ni. Dia buat apa yang perlu untuk anak dia, tetap pentingkan soal didikan, asuhan yang diperlukan anak dia demi masa depan anak dia. Banyak impak yang dapat dari tindakan pak cik tu terhadap peribadi anak dia nanti.

Kalau nak diikutkan, mesti lam hati pak cik tu rasa susah kan? Ye lah, dia gi masjid nak solat tarawih, tapi kena jaga pulak anak dia ni. Kalau nak senang, mesti dia buat je macam lam kisah yang lagi satu tu kan? *entri yang link kat atas tu* Mesti dia serah kat mak cik je, biar mak cik jaga anak diorang kat rumah, selamat. Tapi tak. Pak cik tu tetap bawak anak dia ikut pegi masjid. Terharu okeh.

Itulah dinamakan pengajaran dari kehidupan. Kalau kita luaskan pandangan, banyak lagi yang dapat kita tengok and ambil iktibar pengajaran kan? Sirius, sangat terkesan di hati.

Ya Allah, jadikan lah keluarga tadi antara keluarga yang bahagia di dunia hingga ke syurga-Mu ya Allah. Amiin ~




 Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: