Saturday, August 20, 2011

[ Suri Rumah Sebentar ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni, sangat penat dan lenguh kaki. huhu.

Dari pagi sampai petang buat kuih raya. huhu. Kuih apa? Kuih cornflakes oren. Sebenarnya sangat teringin yang tahun lepas beli dari Wani. Dia tolong jual kuih kawan dia. Tapi sebab tahun ni jauh kan, Kelantan - Penang. Terpaksa la buat sendiri. Kira okay la. Rasa, sedap. Crispy, pun okay. Bentuk, orite ja. So, puas hati untuk first timer. hehe. Tak sabar nak bawak gi kampus, share ngan kengkawan. huhu. Tapi bagi kat sapa yang mai bilik ja la. Limited edition, sikit ja ada. hikhik.

Well, masa Form 4  belajar buat honey cornflakes. Masa tu buat banyak, boleh la nak bagi half kawan-kawan kelas rasa. Sampai tak cukup, sanggup kawan-kawan girls hasut bagi kat diorang part kawan-kawan lelaki. haha. Masa cuti SPM, belajar buat bengkang/bingka ubi. Buat kat rumah Ayu, so ambek sikit ja bawak balik. Emm... faveret kuih, mestila kena tau cemana nak buat. Tapi masalahnya dah lupa dah. Ingat sikit-sikit ja. haha. Karut ja.

Pastu tadi, lepas baking rehat jap online. Pas solat asar turun masak pulak. Umi lewat bagi tau nak masak apa, kalut jugak la sorang-sorang kat dapur tadi. My sis sorang tu kalut dengan kuih semperit dia. Jadi hapa pun tak tau la tadi. Kenangan lawak tol. hahaha. Tak leh cerita, nanti bukak aib dia pulak. huhu.

Nasib la hari ni. Masak simple ja. Goreng ikan yang beli semalam kat Kuala Kedah, pastu buat sambal terung. Walaupun tak jadi cam selalu, tapi boleh la nak makan. huhu. Alhamdulillah. :)

Penat gak keja camni. And kali ni, injury kurang tapi ada jugak nak kena. haha. Sakit woo tertusuk tulang ikan kat celah kuku ngan isi tadi. Terasa sampai sekarang. Pastu termelecur jari masa celup cookies lam cukulet tadi. Tak pa, yang pasti cukulet mesti kena ada jugak. hehe.

Malam ni duduk rumah ja, tak dapat pi masjid sebab tunggu umi ngan abi balik dari Teluk Intan. Tu yang tetiba hari ni jadi suri rumah. Selalu jadi pembantu tepi-tepi, sipi-sipi ja. huahua.

Okay lah, nak cerita tu ja. Actually ada nak write something tadi, tapi terus tak jadi atas sebab-sebab sensitif. So, hmm. tunggulah nanti-nanti kalau still no progress. Ciao ~


Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment