With Allah's love
Assalamu'alykum my dear
*Ni posted dari e-mail terus.*
Sumber: e-mail ngan website asal entry ni [http://ondscene.my/pengguna/percayalah-anda-juga-pernah-menggunakan-ubatkosmetik-ini]
Subject: FW: Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini.Percayalah, Anda Juga Pernah Menggunakan Ubat/Kosmetik Ini…
By ondscene on July 27th, 2011
Taman Perindustrian Sg Chuadan Taman Kajang Impian,Kajang, Selangor26 Jul 201112 tghriNota banyak lagi foto dan maklumat menyusulSerbuan ini membabitkan 4 kategori ubat/kosmetik:1 – Ubat tidak berdaftar2- Kosmetik tidak dinotifikasi3- Produk kosmetik mengandungi racun berjadual4- Ubat yang dilabel tradisional (ubat papan) disyaki mengandungi racun berjadual
Rampasan ini bernilai kira-kira RM10 juta.
Tiada yang benar, melainkan yang palsu, tiruan dan penipuan belaka.
Bukan mudah untuk melakukan serbuan ini.
9 buah premis stor termasuk sebuah pejabat dan sebuah banglo diserbu serentak sebentar tadi.
Kawasannya di sekitar Taman Perindustrian Sg Chua dan Kajang Impian.
2 dari stor ini, tiada siapa yang mahu mengaku milik mereka.
Tindakannya, ialah dengan memotong kunci.
Hasilnya – begitu memeranjatkan apabila dibuka…
2 bulan kerja-kerja risikan dan intipan dilakukan.
Pelbagai cara dan teknik digunakan, sehinggalah akhirnya keputusan dibuat, semuanya telah mempunyai bukti yang cukup untuk melakukan serbuan.50 anggota Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan terlibat – dari Ibupejabat, cawangan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka membantu diketuai Pengarah Penguakuasanya, Mohd Hatta Ahmad.Hasilnya amat memeranjatkan malah di luar jangkaan sama-sekali.Rupanya, di sinilah segala mak bapak moyang taulan segala ubat yang anda beli di kedai-kedai runcit, di pedalaman atau bila balik kampung.Juga di tanah rancangan Felda, Felcra, malah terdapat di mana sahaja.Tidak dapat digambarkan, betapa selama ini , anda membeli ubat yang sebenarnya palsu, tiruan, tipu dan membahayakan kesihatan anda.Semua alamat yang tertera juga palsu.Ada yang hanya tertulis sebagai Kota Kinabalu, tanpa alamat lengkap. Jadi, mana nak cari pengeluar sebenar (jika benar ada…)Bayangkan, pakcik, makcik atuk, nenek di kampung yang tak tahu apa, terpedaya dengan ubat-ubat yang kononnya boleh menjadikan mereka kuat, gagah dan bernafsu.Pelbagai taktik digunakan bagi menarik mereka untuk membelinya.
Lukisan-lukisan berlambangkan orang tua, masjid, dan perkataan-perkataan yang melambangkan kekuatan, bertulisan jawi, malah ada tertulis berbagai ayat yang 'menggoda'.
Isinya ?
Adalah kapsul-kapsul pelbagai warna yang tidak diketahui apakah bahannya, dimasukkan ke dalam paket-paket kecil ini dan dijual sebagai 'ubat papan'.
Bagi wanita, produk-produk untuk melicin, memutih, melembut dan menjadikan wajah cantik, dibungkus sebegitu rupa.
Bermacam-macam krim/losyen dan bedak pelbagai jenama dan bentuk ditemui.Apabila dibuka, ada antara losyen/krim/bedak ini yang telah berkulat dan berubah warna.Malah baunya juga begitu berbeza dengan yang asal.
Jika anda masih tidak mahu mengakui, pernah menggunakan jenama seperti di atas, bagaimana pula dengan jenama ini?
Ye, kelihatan sama, tapi sebenarnya tidak serupa.
Pembungkusannya begitu berbeza dengan warna kotak yang agak gelap.
Malah bau/kesannya juga tidak seperti yang asli/asal.
Anda masih kurang yakin bahawa ini adalah barangan tiruan, palsu dan sebenarnya diimport dari negara luar?
Mari kita naik ke tingkat atas salah satu premis yang diserbu.
Jutaan kotak-kotak kosong ada di dalamnya, malah hampir apa sahaja kotak produk terutama krim/bedak ada di sini, menunggu untuk pembungkusan.Dan siasatan juga mendapati bahawa syarikat ini menggunakan maklumat palsu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.Kononnya mereka menjalankan perniagaan pemborong dan juga perniagaan am, menjual sabun dan air galian.Tapi, inilah hakikat sebenarnya – tiada yang benar, melainkan semuanya palsu, tiruan dan bohong belaka.
Dan antara lokasi diserbu termasuk sebuah banglo terletak di Kajang Impian.
Ribuan produk yang telah dibungkus juga dirampas dari banglo ini.
Begitu juga di sebuah premis yang dijadikan pejabat.
Malah ubat -ubat ini juga dijual secara terbuka di kedai milik rangkaian mereka.
Gile lah
Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
No comments:
Post a Comment