Thursday, September 1, 2011

[ Saya Tak Tahu: Kes 1 - 4 ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear

Saya Tak Tahu
Kes 1

Penat. Hari ni my parents buat open house. Tak tahu kenapa, abi sangat-sangat beria suruh ajak kawan-kawan datang rumah. Jadinya, ramai jugak yang datang penuhi jemputan. Sangat seronok sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan yang dah lebih setahun tak jumpa. And one of the comments: Awat makin kuruih ni? hoho. Really? Well..lalalalala ~ *Bongek...haha*

Sampai petang tak dapat nak join mana-mana group konvoi sebab nak tunggu group lain datang pulak. huhu. Tapi lastly, dapat jugak la join konvoi terakhir, pergi rumah Teacher Lela, my most beloved teacher. Sangat merindui teacher. Walaupun dapat jumpa tak sampai 20 minit, tapi sangat menghargai saat-saat itu. Ramai gile senior kat umah teacher. Dah jadi macam reunion depa dah. Tu yang balik awai tu. Sedey betoi. hukhuk.

Tak selesa nak duduk lama-lama around seniors ni. Macam-macam perangai tengok. Sampai gerun jadinya. Seram, tak tahu kenapa. Hisy.

Saya Tak Tahu
Kes 2

Masa rehat-rehat jap tadi, akibat terlalu banyak kali topik diutarakan, terpikir sorang-sorang. Malasnye lah nak pikir sal pilih-pilih pasangan hidup ni. Ye lah, kita ni dah memang jenis nak membeli baju ke, barang ke, kasut lagi la, amat sangat memilih. Same goes to my father. Cemana pulak ngan soal yang satu ni? Haaiihh.. Buatnya sorang, kita okay, ayah pulak tak. Sorang lagi pulak, kita tak okay, ayah pulak okay. Manggai. Payah gila. haha. Tak tahu lah. Terpikir nak serah ja kat family. Biarlah parents yang tentukan. Macam menyusahkan ja nak pikir. hoho. Pastu baru kejap tadi, tetiba termuncul satu artikel sal pilihan ni. Peh. Apekah..? Adakah ianya satu petanda? Jeng jeng jeng. Saya tak tahu. Lalalalalala ~

Tak Tahu
Kes 3

Rasa-rasanya lah, dia tak tahu tentang entri tu. Atau mungkin dia terlupa. Atau mungkin saya yang tak ingat kes mana satu yang dia rujuk sebenarnya. Hmm. Sedih bila teringat-ingat tau. Tapi nak buat cemana. Saya memang tak tahu. Hmm. Nak tanya, tapi bimbang dia makin jauh hati, makin terasa hati. Bukan boleh buat main bila orang dah mula terasa ngan kita, betul tak? Ntah-ntah last-last... cam biasalah kes-kes cenggini, terus tak kawan. Parah dow. Hmm. Saya tak tahu.

Tak Tahu
Kes 4

Patah balik topik kes 2. Bila persoalan tu asyik dimainkan oleh mereka, teringat satu kes yang lepas. Dah lama dah, asyik dihantui kes ni dan hari ni teringat lagi. Sesal yang tiada guna. Salah saya kah? Atau memang itulah yang dikata, jika tiada jodoh. :)

Persoalannya:
Apakah reaksi anda pada first proposal atau being proposed anda? Ayok. haha. Apekah..? Lalalalala ~

Well, hmm. Of course, sepanjang hidup sampai sekarang, itu bukan yang pertama tapi nak anggap yang pertama jugak sebab yang sebelum-sebelum tu lebih ke arah bentuk yang tak serius dari pihak di sana. Hmm.

Reaction nya?
Masa tu, confuse. haha. Dan akhirnya tersalah anggap. Kenapakah?
Sebab... ye lah. Masa dia tanya tu tengah sibuk kat kampus sal pilihanraya kampus. Dia pulak memang seorang yang disegani dalam bab-bab ni. So tersalah anggap ingatkan dia tanya untuk tolong dia dalam gerak kerja. Dia pun tanya secara kiasan masa tu, confuse lah sebenarnya dia tanya untuk yang mana satu. Malu nak tanya punya pasal kan. haha. Last sekali, anggap dia tanya untuk gerak kerja and terpaksa say No sebab terbayang tanggungjawab yang sangat berat, tambah pulak masa tu busy dengan kelab lain. Paham-paham je la kan cemana gerak kerja untuk diorang yang terlibat ngan pilihanraya kampus ni. Dari pihak atasan sampai bawahan, semua kerja macam 24/7 ja. And of course, rasa teramat rendah diri bila terpikir orang macam kita pulak jadi pembantu dia. Mengong kan? haha.

Pendek cerita, dapat tau jugak maksud tersirat dia yang sebenar lepas dua tiga hints yang dia bagi kat kelas and sometimes masa bertegur sapa. Termasuk jugak beberapa incident yang di luar jangkauan akal. Adeh. Tiap kali terpikir kes ni, memang tak terkata apa dah. Menyesal tu ada tapi . . . tak tau lah. Itulah, bukti ketentuan jodoh di tangan Dia. Sesal sebab dia, memang seorang yang baik agamanya. Keluaran DQ weh. Dia hafal segala yang ada dalam al-Quran. Jauh beza sungguh dengan orang di sini. Adoi. Dari first kenal masa Tahun Satu dulu lagi, dah rasa kagum ngan dia. Dia sangat mantap dalam study, masa perbincangan dalam kelas, dalam gerak kerja sosial dia. Of course dia bukan lah perfect, ada jugak salah silap, tapi itu menunjukkan yang dia seorang yang normal jugak, kan? huhu. Mungkin sebab tu kot dia bukan the one. ntah la, saya tak tahu. huhu.

Pernah jugak terdetik kat hati sebelum dia propose tu, kalau lah he is my husband in the future. Tapi selalunya of course terstop takat tu ja, nampak sangat jauh benor anganan kan? hoho.

Hadoi. Saya tak tahu. Dia pernah cakap, mungkin sebab dia tak kaya. Hmm. Apelah sangat ada pada kekayaan. Harta boleh dicari, Allah bagi kat semua ikut bahagian masing-masing. Kaya, tak termasuk dalam list sebab kalo takat mak ayah dia yang kaya, tak ada maknanya, betul kan? huhu. And, kalo dia yang kaya sekalipun, for me, tak ada maknanya jugak. Sebab tak terasa nikmat kaya kalo shopping guna duit dia nanti. hekhek.

Merepek dah ni. Hmm. Saya tak tahu. Bak kata my kazen, "Kalo bab-bab tinggai orang ni, serah kat dia la. Memang pro, expert. Dulu, kini, selamanya. Tak dak orang lain dah." haha. Adoi mak ai. Sampai cenggitu sekali dapat nama. Ntah la. Semuanya berlaku sekelip mata. Semua kes-kes kategori ni, awal-awal happy-happy je, kawan-kawan cam biasa je. Tup tup lain jadinya. Bukan sekali dua. And lastly, solution yang tak tersangka pulak yang jadi. Pastu terus masing-masing terlost contact. Hmm. Camni lah kehidupan. Tak tahu lah cemana. Saya tak tahu.





Tak tercapai akalmu

~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment