Saturday, September 24, 2011

[ Sutera Kasih by In-Team ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Tak tahu la kenapa, sejak bangun tido sampai sekarang, asyik terngiang-ngiang lagu ni. Teringat pulak zaman usrah ngan kengkawan. Walaupun bukan kaki usrah, tapi join jugak bila rasa usrah tu dihandle oleh orang yang memang pandai handle usrah. :)

* * *

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran

Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

* * *

Suka lagu ni, sebab tak macam lagu-lagu lain, asyik-asyik sebut sal cinta manusia. Nama ja nasyid. Bosan. Nyeeeh :p haha

Hari ni majlis konvo my sis kat USM. Sedih tak dapat balik. Ayah cakap tak payah balik, susah je nanti. Hukhuk. Apa yang nak susahnya kalau demi family sendiri. Tapi nak buat cemana, dengar cakap ayah ye cik adik. huhu.

Congratz sis!! Moga dia dapat keja yg sesuai la eh, amin.. :)





Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment