Monday, September 26, 2011

[ Hari yang Sangat Mengecewakan ]

With Allah's love
Assalamu'alykum my dear


Hari ni start petang malam training cam dulu balik. Pergh. Sangat-sangat kecewa. Petang tadi, just dapat 4 round je, tu pun slow jog dari mula sampai habis. Lepas round 3, jalan keliling sekali. Pastu baru sambung balik jog round 4. Round 5 memang tak larat nak jog, jalan ja pusing. Round 6 ingat nak sambung jog, memang tak dak maknanya. Penat gila. Jog tak sampai half, stop terus. Masa tu memang dah rasa lain dah lutut ni. Yang lagi risaunya tu, tengah dok jogging tetiba rasa sikit sakit, sikit je la, kat lutut ni. Tu lah padahnya tinggal guard kat umah. Bajet dah baik betul la lutut ni. haha. Belagak sangat kan. haa. Tapi memang amat risau la. Dah elok-elok ni, jangan la sakit balik pulak. Nak main Ganda ngan Ain. hukhuk.

Malam kira okay lagi la, dapat buat straight terus 4 round. Tu pon, haaiiizz... Terhegeh-hegeh. Adoih. Fitness sangat di tahap ZERO! Gile lah. Fitness tak dak, cemana nak praktis Ganda pulak. SUKEM pulak tinggal berapa minggu ja ni. Haaaiizzzz.... Pakat say Hi Hi Bye Bye la gamaknya cik adik oi.

Tak pa, tekad nih. Sepanjang minggu ni kecuali Rabu, nak turun tiap-tiap petang jogging. HARUS! Minggu depan, nak jog dengan dumb bell. Diorang tak dapat pinjam, pi pinjam sendiri pun tak kisah. HARUS jugak! Tak leh nak wajib sangat, satgi jadi apa-apa, langsung tak dapat main. Nauzubillah, idok le teman mintok haa..

Tapi, kecewa jugak malam ni. Baru kena sikit hujan, dah berdenyut kepala ni. Eeee..!! Mengada tol. Patot la orang len menyampah sangat ngan aku. Hisy!!

Dah, plan nak jumpa Kak Adau ngan Ayu pun cancel. Sedey nya. Sedey tahap maksima dah ni. Dah berhari-hari plan nak jumpa diorang. Kak Adau maybe esok, maybe malam ni dah nak balik ngan husband dia. Huaaa...!! Nak jumpa Kak Adau, nak bagi handphone strap tu kat Kak Adau. Dah la kenduri dia tak dapat pegi, lepas dia konvo pun tak dapat pegi jumpa. Sedey nya..!!

Tak tahulah ada buat masalah apa lagi, rasa macam kena hukum ja tak habis-habis. Ayu tak kisah sangat, sebab tau lepas-lepas ni still dapat jumpa dia. Tapi Kak Adau... hukhuk. Kak Adau.....

Bye lah, tersangat kecewa dah hari ni. ='(

Adios ~



Dear Cleo
~ Creating Ideas, Developing Words ~
Post a Comment