Wednesday, May 25, 2011

[ Easy or Complicated? ]

With Allah’s love
Assalamualykum my dear


That's just a question, and this is just my answer. Up to you, readers for your own opinions, okay? =)


First of all, bila terbaca post ni dari facebook kawan:

Klik untuk clearer pic. Kepada pemilik, mohon letak sini ye.

Okay, bila baca ni, terasa it's not impossible tapi it's gonna be complicated. Sebab?
Meh nak share setakat yang Cleo tau selama duduk kat tempat praktikal ni.

Baru dua hari lepas, ada taklimat pegawai S17 yg baru dilantik kat sini. So, semua bahagian participate in bagi lectures about their job scope. Salah satunya, bahagian pengurusan halal. Banyak persoalan kami timbulkan and salah satunya terlibat dengan persoalan di atas, tapi sipi je lah, bukan sebijik camni, okay? huhu.

Okay, ceritanya, pegawai (ustazah) tu ada sebut sal pemberian sijil halal. Untuk sesuatu company tu dapat sijil halal, diorang kena request from _ _ _ _ _. Bukannya _ _ _ _ _  yang gi bagi kat diorang. This means, kalau company tu tak mintak, so there will be no inspection for their company berkaitan halal ni. Sebab diorang boleh sue _ _ _ _ _. Lepas diorang hantar request via website, then _ _ _ _ _ akan proses and pergi buat inspection mengejut. Yang ni memang diorang tak boleh sue sebab diorang yang request untuk sijil halal tu.

Cuba bayang, untuk sijil halal pun kena request, rasa-rasa ada tak yg request untuk sijil haram? *Sekali lagi ditegaskan, ni pendapat saya okay.*

Then, fikirkan ni pulak. Sekarang ni, kenapa orang susah payah buat sijil halal palsu? Tak pun, masa awal tu je tepati prosedur, lepas dua tiga penggal dah tak patuhi kriteria halal tu? Sebab dia semata-mata nakkan sijil halal tu untuk menjamin bisnes dia menjadi. Pernah satu company terpaksa tutup terus (kenyataan pegawai tu, sy pun tak ingat nama company tu) sebab tersebar meluas yang halal dia diragui.

Bila orang kalut buat ikut prosedur and kriteria untuk dapatkan sijil halal, rasa-rasa ada tak nanti yang request untuk cop sijil haram? Emm... Hal ni semua berbalik kepada company tu la kan, betul tak? Sebab according to pegawai tu, _ _ _ _ _ tak boleh langsung keluarkan kenyataan produk company mana halal, company mana haram. Sebab company2 ni ada hak sue _ _ _ _ _ kalau kenyataan ni keluar. Sebab, benda ni tak menentu. Boleh jadi hari ni didapati company ni guna benda haram, esok lusa dah tak ada. Macam kes penggunaan puratos tu. Kenyataan tu baru lagi, tapi kat sesetengah negeri dah ada tempat-tempat yang dah disamak dan dipastikan tidak menggunakan puratos tu. And, boleh jadi hari ni produk company tu halal, esok lusa lepas inspection or dapat sijil halal, diorang tak patuhi pulak. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi.

Em.. Jap, tadi idea tu datang, ni dah hilang pulak. Adeh. Jap ye.

. . . . . . .

Haa.. Nak tambah sikit, inspection tu kan, bukan tertakluk bila company tu request je, tapi bila ada pengguna yang buat aduan kat _ _ _ _ _, then diorang nanti aturkan inspection. Sampel diambil untuk segala benda test. Dah ada dah diorang jalankan macam ni. Itulah gunanya kuasa sebagai pengguna. Kalau diri dah rasa was-was, jangan diam je. Cuba communicate ngan pihak bertanggungjawab. Kalau dah ramai yang buat aduan, mesti tindakan diambil dengan segera. Pastu nanti kita jugak yang untung. Tak de lah tetiba termakan yang haram. Tak de lah kempunan tak dapat makan. Tak de lah ragu-ragu dah nak memilih. huhu.

Masyarakat kita masih belum ke next level lam hal-hal ni. Kadang-kadang, logo halal pun kita pandang enteng. Bila ragu-ragu, husnuzan la konon kan, "Eh, tak pe lah. Dah tulis tu halal, boleh je." Padahal cop halal tu sekadar pengakuan persendirian company (cop halal selain dari _ _ _ _ _, tulisan jawi je and sewaktu dgn nya). At least, kalau ada cop halal yang betul, tak pe lah nak husnuzan pun sebab memang kita dah maklum bahan-bahan and source dicek.

Inikan pulak bila tak ada cop halal cam jelly, butter tu semua. "Alah, tak pe, ni murah. Buat hamper boleh save, nampak meriah sikit." "Eh, jangan amek yang tu, ni murah lagi. Tengok haaa, packing pun besar lagi. Nanti dapat la kuin lebih sikit untuk raya ni." "Eh bro, ambek mayonis yang ni la. Boleh siap banyak burger guna ni der." Hmm... Amacam...?

Ni baru bincang sal makanan lam pack. Cemana lak ngan restoran-restoran and hotel-hotel? Haa... yang ni Cleo pun tak dapat nak cakap apa-apa. Cadang nanti berkesempatan, insya-Allah nak tanya lagi tapi maklum lah, kita praktikal memang banyak masa free. Pegawai-pegawai ni, kejap ada, kejap tak ada, gi urusan luar. Insya-Allah, moga-moga dapat jugak nanti. Amin ~

Apa-apa pun, back to us. Kita pengguna yang berakal sihat, pilihlah yang suci dan tidak memudaratkan. Rasanya, kalau kita guna akal logik ni, tambah ngan nikmat 6th sense tu, insya-Allah senang je. Ragu-ragu? Was-was? Tinggalkan. Banyak lagi pilihan lain, kan? =)

Berbalik pada post tadi, tu pun dah jadi tanggungjawab kita. Pihak bertanggungjawab dah berusaha buat website segala sebagai tempat kita refer. Walaupun tu hanya untuk halal, tapi berguna jugak kan? Kalau benda yang kita ragu tu tak ada, pandai-pandai lah. =)
Kita sendirilah yang kena selalu update info lam hard disk kita. Tidak, tak ada gunalah diorang je yang selalu update kat situ, kita tengok pun tidak. (Peringatan untuk diri sendiri jugak. Terkena batang hidung sendiri la ni. Adoi.)

Sekali lagi diingatkan, ni pendapat saya. Jadi anda semua dinasihatkan fikir dulu sebelum terpengaruh. hehe. Adios ~



Berleter mode
Cleo

~ Creating Ideas, Developing Words ~

No comments: